PRODUK-PRODUK
KOSMETIK YANG DIKESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL
1. Bahagian
Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin
menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan
produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual
seperti di bawah:
Ikut
turutan:
[Nama
Produk] → (Nombor Notifikasi) → [Racun Berjadual Yang Dikesan] → {Nama Pemegang
Notifikasi}
1. Dnars Honey Cream NOT160802315K Hydroquinone dan Tretinoin Onew Cosmetics
2. Moleek Skincare Anti Pigmentation Cream Plus
NOT170204393K Hydroquinone dan Tretinoin
Sejagat Global Resources
3. Dnars Yellow Gold Collagen NOT131006026K Merkuri Ori Herbs Coffee Marketing
4. Luffiya Night Cream 1 & 2 (Nama produk pada label:
Luffiya Night Cream 1) NOT170200716K Hydroquinone
dan Tretinoin Arriana Rose
Beauty Resources
5. Luffiya Night Cream 1 & 2 (Nama produk pada label:
Luffiya Night Cream 2) NOT170200716K Merkuri
Arriana Rose Beauty Resources
2. Notifikasi
produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan
Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam
produk berkenaan.
PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL DAN
KESANNYA PADA KESIHATAN
3. Produk yang mengandungi
hydroquinone dan tretinoin adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu
berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan
nasihat profesional kesihatan.
4. Produk kosmetik yang
dicampurpalsu dengan hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang
disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit
menjadi hipersensitif. Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang
proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada
pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
5. Produk kosmetik yang
dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah
jerawat dan membantu mengurangkan kedutan. Penggunaan tretinoin tanpa
pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu
menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada
cahaya matahari.
6. Produk kosmetik yang
dicampurpalsu dengan merkuri boleh memudaratkan kesihatan kerana merkuri yang
terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan
menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh
menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum
dilahirkan.
7. Selain itu, kesan mudarat
akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling
terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang
disapu pada kulit meruap dan dihidu. Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah
kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi
merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya
memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut. Penggunaan produk yang mengandungi
merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.
PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR
PRODUK KOSMETIK INI
8. Penjual dan pengedar
produk-produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan
pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjual adalah
diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah
melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
9. Individu yang melakukan
kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak
melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk
kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi
5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang
melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan
pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM
10. Orang awam yang sedang
menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan
penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika
mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.
11. Sebarang pertanyaan berkaitan
produk kosmetik boleh diemel kepada kosmetik@npra.gov.my atau menghubungi talian 03-78835400. Pengguna
dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu
produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA http://npra.moh.gov.my/
DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.