Total Pageviews

Tuesday, 2 October 2018

Haiwan Mangsa Kerakusan Manusia




Haiwan Mangsa Manusia Rakus 






Kuala Lumpur: Bukan hanya kucing hutan, malah beberapa lagi spesies haiwan dilindungi turut dikesan dijual di pasaran tempatan terutamanya burung murai batu, katak demam dan tenggiling.

Berdasarkan statistik Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) terdapat lima spesies haiwan dilindungi yang sering dijual di pasaran tempatan terutamanya melalui siber.

Perbuatan ini jelas menyalahi undang-undang kerana haiwan itu dilindungi sepenuhnya dan tidak boleh dimiliki, diburu ataupun dijual.

Pengarah Bahagian Penguat Kuasa PERHILITAN Abdul Kadir Abu Hashim berkata, berdasarkan statistik sepanjang tahun ini, burung murai batu mencatatkan rampasan tertinggi dengan 1,143 ekor.

Katanya, setiap burung itu dijual pada harga sekitar RM1,000 hingga RM25,000 bergantung kepada saiz, warna dan bunyi burung berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.