Cara Mudah Buat Racun Organik Buatan Sendiri
Kebun saya selalu diserang serangga
perosak seperti koya-koya (mealy bug) dan ulat bulu. Habis pokok saya
banyak mati. Saya jenis tak suka guna racun
kimia.
Pertama, sebab harganya mahal. Bayangkan satu botol kecil saiz tin minuman,
harga sudah boleh mencecah RM100. Walhal guna sedikit sahaja. Sangat tidak
sesuai untuk pekebun bandar skala rumah.
Kedua, penggunaan racun kimia berbahaya. Kelengkapan seperti penutup
mulut dan sarung tangan wajib ada semasa kendali racun kimia. Saya tahu sebab
semasa saya belajar di UPM dulu, saya kena buat begitu. Jika tak kena marah
dengan pegawai bertugas. Cuba fikir. Jika untuk kendalikan racun kimia itu
sendiri sudah perlu berhati-hati. Apatah lagi apabila kita sembur pada tanaman
yang akan masuk perut kita? Bukankah bahaya?
Jadi saya pun mencari resipi buat racun organik di rumah.
Akhirnya jumpa satu untuk saya kongsikan resipi membuat racun organik.
Bahan A (kisar):
1. Bawang putih – 1 labu
2. Cili padi – 6 biji
3. Air – 300
mL (satu cawan biasa)
Setelah kisar semua bahan A, peram selama 24 jam.
Bahan B:
1. Minyak masak (apa-apa
jenis minyak masak pun boleh) – 1 sudu makan
2. Sabun pencuci pinggan
(tak kisah jenama apa pun) – 1 sudu teh
Alat:
1. Penapis
2. Penyembur – 1.5 L
Cara:
1. Tapis bahan A
dan ambil patinya. Hampas kisaran boleh dibuang pada pangkal pokok untuk
dijadikan baja
2. Simpan pati di dalam
bekas dan masukkan ke dalam peti ais untuk tahan lama
3. Masuk 100 mL pati
dan bahan B ke dalam penyembur
4. Isi air penuh botol
penyembur (1.5 L)
5. Goncang sehingga semua
bahan sebati
6. Sembur sampai basah
daun terutama bawah daun dengan kadar tiga hari sekali pada pokok bermasalah.
7. Jika pokok tiada
masalah serangga, sembur juga sebagai kawalan.
Cuma sedikit peringatan. Sembur sikit dahulu pada satu pokok. Ini kerana
ada pembaca Kebun Bandar yang beritahu apabila sembur ramuan racun organik ini
pokoknya menjadi layu. Jika pokok layu, terus basuh dengan air biasa sehingga
hilang cecair racun organik ini pada pokok.
Resipi buat racun organik sendiri ini banyak. Nanti saya kongsikan lagi.
Kalau takut terlepas, boleh langgan emel. Saya akan hantar emel percuma untuk
inform artikel-artikel terbaru di Kebun Bandar.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.