Ganja Ubat Kanser
Husam: Malaysia terkedepan jika perkenal ganja kesihatan
Cadangan
supaya Malaysia memperkenalkan tanaman ganja kesihatan bagi tujuan perubatan
dilihat sebagai langkah terkedepan jika berjaya direalisasikan.
Senator
Husam Musa berkata, tanaman ganja secara terkawal itu bakal diperkenalkan di
Kanada bermula tahun depan dan turut akan diperkenalkan di Jerman serta
beberapa negeri di Amerika.
"Ia
mempunyai unsur-unsur kesihatan yang sangat kaya dianugerahkan Allah.
"Dari
segi pengubatan kanser dia ada 36 elemen untuk perubatan kanser," katanya
ketika berucap di program di Lembaga Kenaf dan Tembaga Negara di Kota
Bharu, Kelantan hari ini.
Husam
yang juga naib presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) berkata demikian sebagai
mengulas kenyataan Menteri Tanah, Air dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar yang
berhasrat untuk membawa isu perubahan terhadap undang-undang melibatkan ganja
ke kabinet.
Beliau
berharap perubatan berasaskan ganja tidak dianggap sebagai jenayah mengikut
Akta Dadah Berbahaya 1952.
Terdahulu
isu perubatan berasaskan ganja mendapat perhatian selepas seorang pengamal
perubatan berasaskan ganja, Muhammad Lukman yang dijatuhkan hukuman mati
keranan memiliki 3.11 liter minyak kanabis, 279 kilogram ganja mampat dan 1.4
kilogram bahan mengandungi kimia asas tetrahydrocannabinol (THC) yang
terkandung dalam ganja.
Sementara itu, Husam berkata penggunaan marijuana kesihatan itu
merupakan bahan yang lebih baik bagi untuk kaedah kimoterapi bagi pesakit
kanser.
"Pada
hari ini kita menggunakan kimoterapi, bagaimanapun kimoterapi memberi kesan
yang teruk kepada badan manusia, kerana sel-sel yang sihat juga terkesan
susulan kimoterapi.
"Tetapi,
kanabis yang digunakan untuk kimoterapi hanya mensasarkan sel-sel yang buruk
untuk dihapuskan dan tidak memberi kesan yang teruk.
"Dan
kanabis ini juga sangat berguna kepada perubatan HIV. Yang kita bincangkan
adalah marijuana kesihatan," katanya.
Berkongsi
maklumat yang diperolehinya daripada saintis Taiwan, Husam menjelaskan
marijuana kesihatan tidak menghasilkan ketagihan bahkan ia boleh menghasilkan
ketenangan.
Jika
penanaman ganja itu diperkenalkan di Malaysia, katanya, ia bakal meningkatkan
pendapatan rakyat.
"Di
Australia marijuana dijual dengan harga 30-50 dolar Amerika untuk satu kilogram
tapi insya-Allah marijuana kesihatan yang boleh dhasilkan ini boleh mencecah
5,000 hingga 10,000 dolar bagi satu kilogram.
"Bayangkan
kalau orang Bachok boleh berubah daripada tanam tembakau kepada marijuana
kesihatan insya-Allah pendapatan mereka akan meningkat. Inilah hasrat kerajaan
Pakatan Harapan," katanya.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.