Total Pageviews

Tuesday 2 October 2018

Uruguay negara pertama benar jual ganja





Uruguay negara pertama benar jual ganja


Montevideo: Uruguay bakal menjadi negara pertama di dunia membenarkan menjual dijual secara terbuka selepas tiga tahun proses menghalalkan penjualan dadah itu.
Pembantu khas presiden, Juan Andres Roballo, berkata undang-undang baru itu membenarkan farmasi di seluruh negara berkenaan menjual ganja mulai Julai ini.
Reuters melaporkan, Roballo berkata, kerajaan berharap ia dapat menjamin ‘ketulenan dan kualiti produk berkenaan kerana ganja yang dijual farmasi itu ditanam pihak yang diberi lesen oleh kerajaan.
“Ini bukan bagi mempromosi, tapi bersaing dengan pasaran tidak sah,” katanya.
Undang-undang itu memerlukan pembeli berusia sekurang-kurangnya 18 tahun dan mendaftar dengan kerajaan. Harga yang ditetapkan ialah £1.00 satu gram.
Mereka yang boleh mendaftar sebagai pembeli ialah rakyat atau penduduk tetap Uruguay dan boleh membeli sehingga 40 gram sebulan.
Setakat ini, 16 farmasi sudah diberi kebenaran untuk menjual ganja itu.
Di bawah pentadbiran Presiden Mujica, Uruguay menjadi negara pertama membenarkan penanaman (untuk kegunaan sendiri), pengedaran dan penggunaan marijuana pada 2013.


Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 April 2017 @ 7:50 AM








.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.