Total Pageviews

Tuesday 2 October 2018

Titik gempa hampiri Malaysia


Titik gempa hampiri Malaysia

Oleh MOHD. ALIF ABU BAKAR dan AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
berita@kosmo.com.my










KUALA LUMPUR Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.

Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan. 

Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.





.
.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.