Kosmetik
Beracun
ISU ADULTERANT PRODUK TIDAK BERDAFTAR
GARCINIA CAMBOGIA BOOSTER CAPSULE DAN
SS-II COSMETIC 5 IN I SERLAHKAN KEJELITAANMU-HERBAL
CREAM
Kenyataan ini dikeluarkan susulan daripada
Kenyataan Akhbar Kementerian Kesihatan Brunei bertarikh 3 September 2018 yang
melibatkan isu adulterant bagi produk Garcinia Cambogia Booster
Capsule yang mengandungi Sildenafil dan SS-II Cosmetic 5 In I
Serlahkan Kejelitaanmu-Herbal Cream yang mengandungi Mercury.
Produk Garcinia Cambogia Booster Capsule
dan SS-II Cosmetic 5 In I Serlahkan Kejelitaanmu-Herbal Cream tidak
pernah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) di Malaysia.
PERINGATAN
Sekiranya terdapat penjual dan pengedar
produk ini, adalah diberi amaran bahawa pemilikan untuk jualan produk ini
melanggar Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan
Kosmetik 1984.
Individu yang melakukan kesalahan di bawah
Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000
atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama
dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau
kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan
kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan
denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
Jika ada orang awam yang sedang menggunakan
produk-produk yang dinyatakan digesa supaya mendapatkan nasihat serta rawatan
dari profesional kesihatan dengan SEGERA. Orang awam yang mempunyai
maklumat mengenai produk-produk tidak berdaftar ini dinasihatkan untuk menyalurkan
maklumat melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di alamat
http://moh.spab.gov.my agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membanteras
pengedaran produk-produk ini di pasaran.
Orang awam diminta untuk memastikan produk
yang diguna adalah produk berdaftar di mana ianya mempunyai pelekat hologram
dan dilabel dengan nombor Pendaftaran MAL. Semakan status pendaftaran sesuatu
produk boleh dibuat melalui laman sesawang http://npra.moh.gov.my/ atau menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi
Negara (NPRA) di talian 03-78835400.
DATUK DR. NOOR
HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH
KESIHATAN MALAYSIA
13 SEPTEMBER 2018
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.