Total Pageviews

Tuesday 2 October 2018

Malaysia bakal dilanda gempa



Malaysia bakal dilanda gempa






ORANG ramai diminta berhenti menyebarkan dakwaan kewujudan garis sesar baharu dikenal pasti pakar geologi dunia yang mungkin menyebabkan Malaysia bakal dilanda gempa bumi.

Ahli Geologi di Institut Geologis Malaysia (IGM), Ahmad Rosli Othman P Geol berkata, ini kerana tiada penemuan seumpama itu direkodkan di Malaysia dan mereka sebagai ahli geologi tempatan seharusnya lebih mengetahuinya berbanding ahli geologi dari luar negara.

Katanya, bukan mudah untuk mengesan sesar baharu kerana ia terletak di bawah tanah dan tidak boleh dicerap begitu sahaja tanpa melakukan kajian terperinci dengan bukti di lapangan.

“Hakikatnya di Malaysia memang mempunyai retakan batuan dipanggil sesar yang sudah lama terbentuk sejak ratusan juta tahun, ia boleh aktif semula atau sebaliknya.

“Jika aktif pun ia berskala kecil yang mungkin disebabkan pelepasan jasad air di empangan atau tegasan plat bumi, apabila berlaku gempa, sesar-sesar baharu akan terbentuk,” katanya ketika dihubungi di Kuantan, hari ini.

Beliau mengulas penularan dakwaan di media sosial yang kononnya pakar geologi dunia mengenal pasti kewujudan garis sesar baharu di Malaysia yang berkemungkinan boleh menyebabkan berlakunya gempa bumi.

Dakwaan itu mula tular selepas kejadian gempa bumi di Sulawesi, Indonesia.

Kenyataan tular itu mendakwa garis sesar baharu berkenaan bermula dari Shah Alam, Selangor ke Bukit Tinggi, Pahang membabitkan jajaran di Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Klang yang padat dengan penduduk.


Sesar baharu kedua pula dikesan merentasi Ranau sehingga Lahad Datu, Sabah dan ketiganya di Selat Melaka ke Manjung, Perak.

Ahmad Rosli berkata, ada tiga sesar utama di Semenanjung Malaysia iaitu sesar Bokbak yang meliputi kawasan dari Perlis sehingga ke Ipoh, Perak, zon sesar Bentong ke Raub, Pahang dan sesar Bebir dari Tumpat, Kelantan ke Johor Bahru, Johor.

“Sesar utama ini secara relatif tidak aktif tetapi ada berlaku gempa berskala kecil yang berkemungkinan disebabkan pelepasan jasad air empangan atau tegasan daripada plat iaitu masing-masing di dua kawasan di Pahang (Bukit Tinggi dan Lepar) serta Terengganu (Baling dan Kuala Berang).

“Kejadian yang berlaku di Indonesia kerana ia terletak dalam lingkaran api pasifik, memang normal ada gempa bumi, cuma bezanya kuat atau tidak sahaja. Gempa bumi kuat di Sumatera kerana berlakunya pertembungan tektonik yang teruk menghimpit plet kecil,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Oktober 2018 @ 11:10 AM









.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.