Tangisan
bumi bergulung
Kuala
Lumpur: “Bumi bergulung. Tanah bergerak seperti air dan keadaan sangat
huru-hara,” kata Afrinal Dilham, 39, penduduk daerah Sigi menceritakan detik
cemas kejadian gempa bumi yang berlaku di kota Palu dan Donggala di Sulawesi,
Indonesia.
Menurut
Afrinal, ketika kejadian dia di hadapan rumahnya dan mendengar bunyi dentuman
kuat.
“Ia
seperti letupan bom besar dan bunyinya sangat kuat. Pada masa sama, bumi
bergoncang menyebabkan kami sukar berdiri. Saya lihat penduduk kampung
bertempiaran lari keluar dari rumah masing-masing ke kawasan lapang.
“Jeritan
dan tangisan memenuhi ruang. Saya terkejut sebelum berlari ke kawasan lapang
bersama keluarga dan penduduk sekampung. Kira-kira 150 meter dari lokasi kami
berkumpul, tanah kelihatan bergerak seperti air malah rumah juga dibawanya
(bergerak).
“Kemudian,
ia (tanah) bergulung, bahagian bawah berada di atas dan sebaliknya. Keadaan itu
berlaku lebih lima minit. Kami hanya mampu berdoa meminta perlindungan daripada
Allah,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Afrinal
berkata, gempa bumi menyebabkan bekalan elektrik terputus dan jalan raya musnah
teruk.
“Keadaan
sangat huru-hara di sini. Bantuan makanan dan ubat-ubatan belum tiba kerana
jalan raya terputus. Mungkin bantuan melalui udara dapat dilakukan...kami masih
menunggu,” katanya.
Bagaimanapun,
katanya, kawasan berkenaan terletak jauh dari laut dan terselamat daripada
tsunami, jika tidak pasti banyak nyawa terkorban dan harta musnah.
Mayat
mangsa yang berjaya dikeluarkan dari runtuhan dan mereka yang cedera
diterbangkan dengan helikopter serta pesawat Hercules milik tentera Indonesia ke
Makassar untuk rawatan susulan.
Sementara
itu, Sukarelawan Onsight
Foundation, Agung Wijanarko yang diminta menggambarkan keadaan
terkini bencana itu berkata, mayat mangsa korban bergelimpangan dan ada yang
masih terperangkap dalam runtuhan.
“Jalan
raya musnah dan 70 peratus bangunan runtuh, bekalan elektrik terputus. Mangsa
gempa sangat memerlukan bantuan makanan dan ubat-ubatan. Semua rakyat di Palu
trauma dengan apa yang berlaku,” katanya.
Katanya,
pihaknya menggerakkan dua pasukan untuk menghulurkan bantuan ke kawasan
bencana.
“Kita
bawa ubat-ubatan dan bekalan makanan sementara menanti bantuan kerajaan.
Bantuan yang dibawa kini sudah menghampiri kawasan bencana namun disebabkan
jalan terputus, bantuan belum dapat diagihkan,” katanya.
Dia
yakin bantuan akan diagihkan tidak lama lagi.
“Jika
saudara di Malaysia mahu hulurkan bantuan boleh melakukannya di akaun nombor
71188-86137 Bank Syariah Mandiri (Kod Bank 451) atas nama Onsight Foundation.
Penyumbang dana boleh mendapatkan sebarang maklum balas dengan menghubungi
talian +62085647566667,” katanya.
Menjawab
soalan wartawan, Agung berkata, berdasarkan maklumat diperoleh lebih 800 mangsa
maut dalam insiden berkenaan.
“Jumlah
mangsa pasti meningkat lebih ramai kerana mangsa yang parah juga tinggi
jumlahnya. Kebanyakan korban adalah mangsa yang berada di kawasan pantai di
Palu. Mohon saudara di Malaysia mendoakan kami supaya urusan dipermudahkan
Allah,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Oktober
2018 @ 10:42 AM
.
Tanah
terangkat lima meter
TANAH
di perkampungan Balaroa terangkat setinggi lebih lima meter, diputar sebelum
dihempas semula bersama ribuan rumah dan penghuni di dalamnya.
Pekatan
lumpur kemudian memancut keluar dari dalam tanah sebelum kebakaran besar
berlaku dan memusnahkan sebahagian kampung yang memiliki 1,747 rumah.
Ratusan
penduduk mati sama ada tersepit atau terbakar hidup-hidup dalam tragedi
‘keranda besar’ sejurus gempa bumi berlaku di perkampungan Balaroa, Perumahan
Perumnas di sini, ketika gempa bumi 28 September lalu.
Salah
seorang penduduk yang terselamat, Jaufan Saib, 45, berkata, kejadian itu
menyebabkan kira-kira 700 mangsa terkorban dan beribu lagi masih gagal ditemui
sehingga kini akibat tertimbus di dalam runtuhan besar-besaran itu.
Menurutnya,
gempa bumi berlaku selepas azan Maghrib itu mengakibatkan perkampungan bertanah
rata itu menjadi beralun dan berombak.
“Rumah
diangkat dan diterbalikkan begitu saja. Keadaan ibarat di dalam mesin pengisar.
Gempa bumi sekuat lebih 7.4 magnitud itu benar-benar menakutkan.
“Mujur
kediaman saya terletak di lereng bukit dan hanya mengalami gegaran. Saya sempat
berpaut pada tiang rumah sebelum melihat seluruh perkampungan di bawah bukit
musnah sepenuhnya,” katanya.
Dia
berkata, beberapa jiran yang terselamat bertempiran lari menuju ke rumahnya
untuk mencari perlindungan.
“Keadaan menjadi gelap-gelita seketika berikutan bekalan
elektrik terputus serta-merta. Namun malam tragedi itu diterangi dengan
kebakaran besar di kawasan kampung itu.
“Jeritan dan tangisan mangsa yang terselamat kedengaran di
mana-mana namun saya hanya mampu pegun melihat malapetaka ini,” katanya.
Menurutnya, usaha mencari mayat mangsa di perkampungan itu hanya
dimulakan keesokan paginya.
“Sehingga kini sebanyak 700 mayat mangsa sudah ditemui di
perkampungan ini. Mayat mangsa dikeluarkan sama ada oleh ahli keluarga yang
terselamat atau pasukan penyelamat menggunakan jengkaut.
“Namun masih ramai mangsa yang terbunuh terus tertimbus dan
gagal dikeluarkan. Buktinya bau mayat masih kuat dan dapat dihidu di sekitar
kawasan sehingga kini,” katanya.
Sementara itu salah seorang lagi penduduk, Alex Budianto, 45,
berkata, kejadian gempa itu turut mengakibatkan Masjid Perunas di sini, yang
mampu memuatkan sehingga 1,000 jemaah itu bergerak sendiri sejauh lebih 300
meter sebelum roboh.
“Walaupun sudah enam hari tragedi berlalu, masih ada mayat baru
ditemui dan dibawa keluar dari runtuhan. Sebanyak 12 mayat mangsa ditemui tadi
(semalam) dalam keadaan sudah mereput.
“Saya tidak pasti nasib mayat selebihnya namun saya yakin kubur
besar ini akan terus ditangisi waris yang masih gagal menemui baki mayat
keluarga masing-masing,” katanya.
Menurutnya, bencana yang berlaku di kampung
Balaroa berbeza dengan bencana menimpa kampung Petobo berikutan tanah di
kawasan itu diangkat plat tektonik bumi manakala tragedi di kampung Petobo
berpunca aliran lumpur yang keluar dari dalam bumi.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Oktober 2018 @ 8:31 AM
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.