makan daging monyet dan sawa
KEGIATAN
menjual hidupan liar dilindungi di `pasaran gelap’ dikesan terus aktif
dilakukan kumpulan pemburu haram bagi mendapatkan keuntungan mudah terutama
ketika musim perayaan.
Ini termasuk menjual daging monyet, napuh, babi hutan selain daging ular sawa.
Ini termasuk menjual daging monyet, napuh, babi hutan selain daging ular sawa.
Ketua
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim yang dihubungi semalam
berkata, kegiatan itu sukar dibenteras sepenuhnya berikutan masih terdapat
penggemar makanan eksotik hidupan liar dilindungi di negara ini.
"Golongan
ini sanggup membayar harga tinggi hingga ribuan ringgit bagi menikmati hidangan
dianggap istimewa dan sukar diperolehi ini.
"Kebiasaannya
hanya pelanggan tetap sahaja yang ditawarkan hidangan istimewa ini. Malah besar
kemungkinan permintaan terhadap hidangan eksotik ini bertambah sempena musim
perayaan," katanya.
Terbaru
katanya, seorang lelaki berusia 60-an ditahan sepasukan lima pegawai
penguatkuasa Jabatan PERHILITAN Daerah Johor Bahru kerana menyimpan pelbagai
daging beku hidupan liar di premisnya Ahad lalu.
“Serbuan
jam 7 pagi itu dilakukan terhadap premis milik lelaki itu di Bukit Senang,
Senai, Johor, susulan intipan dilakukan.
“Hasil
pemeriksaan, pihak PERHILITAN menemui dua ekor babi hutan yang disiap dilapah,
lima kilogram daging ular sawa dan lapan ekor kura-kura.
"Selain
itu pacuan empat roda Toyota Hilux milik suspek yang digunakan untuk membawa
semua daging itu turut dirampas,” katanya.
Kadir
berkata, suspek tidak mempunyai dokumen sah daripada pihak PERHILITAN bagi
menyimpan semua organ hidupan liar itu.
"Semua
daging hidupan liar dirampas itu dipercayai mahu dibekalkan kepada peniaga
makanan eksotik tempatan. Susulan itu semua daging itu dibawa ke Pejabat
PERHILITAN Johor Bahru," katanya.
Sementara
itu dalam operasi jam 6.30 pagi semalam, Unit Penguatkuasaan Jabatan Perhilitan
Negeri Sembilan turut menahan seorang lelaki menunggang motosikal dalam keadaan
mencurigakan di Jalan Jeram Talang, Tanjung Ipoh Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
"Hasil
pemeriksaan menemui dua ekor napuh dan satu kepala napuh dalam satu bungkusan
plastik diletakkan dalam raga motosikal.
"Suspek
berusia 30-an turut tidak mempunyai dokumen pemilikan hidupan liar yang
sah," katanya.
Beliau
berkata, kesemua hidupan liar itu disita untuk siasatan lanjut dan kes disiasat
mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 710).
"Sabit
kesalahan mereka boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih
dua tahun atau kedua-duanya," katanya.
Menurutnya,
pihak Perhilitan sentiasa komited menangani isu pemburuan haram serta meminta
orang ramai memberi sokongan dan membantu dengan cara menjadi mata serta
telinga PERHILITAN melalui penyaluran maklumat dalam usaha melindungi khazanah
negara supaya tidak diancam kepupusan," katanya.
Sebarang
maklumat boleh disalurkan melalui hotline PERHILITAN melalui talian
1-800-88-5151 atau e-aduan menerusi laman web jabatan: www.wildlife.gov.my.
Sebelum
itu, pihak PERHILITAN turut membuat pemeriksaan di sebuah premis kediaman di
Jalan Tampin Dioh, Kuala Pilah di sini, pada 5 Februari lalu.
Hasil pemeriksaan menemui seekor lotong, dua kera dan dua
bungkusan disyaki berisi daging babi hutan yang sudah dibekukan.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.