Total Pageviews

Wednesday, 3 October 2018

Hati hati termakan ubat beracun



Hati hati makan ubat beracun



PRODUK-PRODUK YANG DICEMARI DENGAN BAHAN RACUN BERJADUAL, UBAT UBAT BARAT DAN BAHAN TERKAWAL YANG TIDAK DIISYTIHARKAN









Produk-produk yang tersenarai di dalam buku ini adalah produk-produk yang dilarang penggunaannya di Negara Brunei Darussalam disebabkan ianya didapati dicemari dengan bahan racun berjadual, ubat barat atau bahan terkawal yang tidak diisytiharkan.

Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan kebenaran ke atas pengimportan dan penjualan produk-produk tersebut. Sehubungan dengan pencemaran ini, produk-produk berkenaan adalah dilarang untuk diimport, dijual dan digunakan di negara ini.

Orang ramai yang terlibat dalam penjualan produk-produk tersebut (termasuk penjualan secara online seperti melalui Facebook dan sebagainya) adalah diingatkan bahawa ianya adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Racun 1956 untuk menjual mana-mana produk yang mengandungi bahan yang dikawal di bawah Akta berkenaan dan boleh dikenakan denda sebanyak $ 8,000 atau penjara enam bulan, jika didapati bersalah. Tambahan pula, jika seseorang melakukan sesuatu di atas kecuaiannya sendiri yang membahayakan atau mungkin membahayakan nyawa manusia, jika dia dapati bersalah, akan didenda sebanyak $ 16,000 dan duabelas (12) bulan penjara.

Orang ramai yang telah membeli atau memakan produk-produk tersebut adalah dinasihatkan untuk memberhentikan pengambilannya dengan serta merta. Jika mereka mengalami kesan advers dan merasa tidak sihat selepas memakan produk-produk berkenaan, hendaklah berjumpa doktor dengan segera.

Kementerian Kesihatan juga ingin memohon kerjasama dari orang ramai untuk melaporkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Farmasi jika mendapati produk-produk berkenaan masih dipasarkan di negara ini.

Untuk senarai yang terkini bolehlah menghubungi Bahagian Penguatkuasaan Farmasi atau menyemak laman web Kementerian Kesihatan Brunei Darussalam. Senarai produk-produk ini akan sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa.

Untuk maklumat lanjut atau senarai yang terkini, orang ramai boleh menyemak laman web Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam atau menghubungi Bahagian Penguatkuasaan Farmasi melalui talian telefon 2393298 sambungan 208, menghantar emel kepada pharmacy.enforcement@moh.gov.bn atau berjumpa terus Pegawai Penguatkuasaan Farmasi di Tingkat 1, Bangunan Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Simpang 433, Lebuhraya Rimba, Kg Madaras, Negara Brunei Darussalam.




Bahan-bahan pencemar yang sering didapati dalam produk-produk kesihatan


Bahan-bahan pencemar yang didapati di dalam produk-produk kesihatan yang dilarang boleh menyebabkan kesan-kesan mudarat yang membahayakan kesihatan.Berikut adalah sebahagian daripada bahan-bahan pencemar yang sering di kesan di dalam produk-produk kesihatan.



Acetaminophen / Paracetamol

Acetaminophen adalah juga dikenali sebagai Paracetamol. Ia boleh diambil untuk rawatansendiri (self-medication) tetapi apabila perubatan tradisional tidak diisytiharkan mengandungi acetaminophen/paracetamol, pengambilannya yang berlebihan tanpa disedari boleh membawa kepada kerosakan hati, kegagalan buah pinggang, koma dan akhirnya kematian.



Aminopyrine Atau Dipyrone

Aminopyrine atau Dipyrone adalah bahan untuk ubat penahan sakit (pain killers) yang mempunyai risiko tinggi dalam menyebabkan penyakit darah yang serius. Ini juga mengakibatkan sistem imunisasi badan berkurangan dan seterusnya menyebabkan jangkitan teruk dan boleh membawa maut.



Azaleic Acid

Produk yang mengandungi azelaic acid adalah digunakan untuk merawat masalah jerawat dan rosacea dan juga adalah dilarang sebagai bahan di dalam produk kosmetik. Produk yang mengandungi azelaic acid hanya boleh digunakan di bawah pengawasan doktor. Penggunaan azelaic acid tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu akan mengalami rasa terbakar, pedih, kering, mengelupas dan kemerahan.




Bisacodyl

Bisacodyl adalah ubat yang dimakan untuk merawat sembelit.Penggunaannya tanpa pengawasan boleh menyebabkan kekejangan perut, merasa mual, muntah-muntah, ciritbirit dan hypokalaemia (tahap potassium yang rendah).



Chlorpheniramine

Chlorpheniramine adalah ubat dalam kategori anti-histamine. Penggunaanya tanpa pengawasan boleh menyebabkan kesan-kesan advers seperti pening, tekanan darah menurun, denyutan jantung yang tidak menentu, kekeliruan, kemurungan dan sawan adalah antara yang boleh terhasil dari penggunaan chlorpheniramine.





Cyproheptadine

Cyproheptadine digunakan untuk melegakan gejala-gejala alahan yang mana ianya mempunyai beberapa kesan advers termasuk merasa mengantuk, kelemahan otot, tekanan darah menurun, kabur penglihatan, kemurungan, meningkat selera makan dan menambah berat badan.



Dexamethasone Dan Prednisone

Dexamethasone dan Prednisone adalah kortokosteroid yang mana penggunaannya secara berpanjangan tanpa pengawasan boleh menyebabkan peningkatan paras glukosa dalam darah yang mengakibatkan kencing manis, tekanan darah tinggi, katarak, penyakit otot dan tulang, serta meningkatkan risiko jangkitan yang teruk.

Penggunaan kortikosteroid dalam jangka panjang juga boleh mengakibatkan Cushing’s syndrome yang mana dicirikan dengan muka bulat atau moon face, serta kegemukkan pada bahagian badan dengan anggota tangan dan kaki yang kecil.

Pengambilan dos steroid yang tinggi dalam tempoh yang lama menyebabkan pengguna mengalami gejala keletihan, sakit otot dan sendi, demam, kadar gula dalam darah rendah, tekanan darah rendah dan dehidrasi.




Hydroquinone

Hydroquinone adalah bahan yang lazimnya digunakan untuk merawat penyakit kulit. Bahan ini adalah dikawal di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik), 2007 di mana Hydroquinone adalah dilarang dalam produk kosmetik yang digunakan bagi penjagaan kulit.
Penggunaan hydroquinone tanpa pengawasan boleh menyebabkan hipersensitiviti pada kulit, perubahan kepada warna kulit yang menyebabkan kulit secara beransur-ansur menjadi kehitaman, dan meningkatnya risiko kanser kulit.




Lidocaine

Lidocaine adalah sejenis anaesthesia (ubat bius) yang mana kesan sampingannya adalah pening, kebas, kekeliruan, masalah pernafasan, tekanan darah menurun, degupan jantung yang perlahan dan hipersensitiviti.




Mercury

Tahap mercury yang tinggi atau pendedahan yang kerap boleh meyebabkan kulit kebas, sakit kepala, ruam, perubahan warna kulit serta kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Anak damit dan kanak-kanak kecil boleh terdedah dengan kesan sampingan penggunaan mercury; yang boleh menggangu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau anak damit yang belum dilahirkan.




Phenolphthalein

Phenolphthalein adalah sejenis bahan yang pernah digunakan dalam rawatan sembelit akan tetapi penggunaannya sekarang telah dilarang kerana ianya boleh mengakibatkan barah. Penggunaan berpanjangan boleh mengakibatkan cirit-birit serta kehilangan air dan mineral dari badan secara berlebihan.




Phenobarbital

Phenobarbital adalah sejenis barbiturate yang digunakan untuk mengawal penyakit sawan. Pengambilan phenobarbital tanpa pengawasan boleh menyebabkan kesan advers yang serius seperti tekanan darah yang rendah, ataxia, gangguan pada tingkah laku, cepat meradang, kemurungan, kelesuan, halusinasi, alahan pada kulit, hiperaktif terutamanya pada kanak-kanak dan orang tua.




Phenylbutazone, Piroxicam Dan Diclofenac

Penggunaan Phenylbutazone, Piroxicam dan Diclofenac tanpa pengawasan boleh menyebabkan ulser peptik, pendarahan gastro-usus, loya, muntah-muntah, ruam kulit, kabur penglihatan, edema, penyakit kuning dan kegagalan buah pinggang. Phenylbutazone juga sering dikaitkan dengan kesan sampingan yang teruk seperti penyakit darah yang serius.




Salicylic Acid

Salicylic Acid adalah bahan yang boleh digunakan dalam produk kosmetik tetapi dalam had dan kondisi yang dibenarkan seperti yang ditetapkan didalam Perintah Ubat (Produk Kosmetik). Penggunaan produk yang mengandungi salicylic acid dengan tahap yang tinggi boleh mengakibatkan kulit terasa gatal, kering dan merah.




Sibutramine

Sibutramine adalah agen pelangsing badan yang tidak lagi disarankan penggunaannya dalam rawatan obesiti kerana kesannya yang boleh memudaratkan jantung dan hati. Pengambilan sibutramine juga boleh menyebabkan kesan advers yang serius seperti tekanan darah tinggi, denyutan jantung yang tidak menentu dan sukar untuk tidur; dan dalam kes-kes yang paling teruk, ianya boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan hati.




Sildenafil, Tadalafil dan Vardanafil

Sildenafil, Tadalafil atau Vardanafil adalah ubat yang digunakan untuk merawat mati pucuk yang mana pengambilannya memerlukan preskripsi doktor. Antara kesan-kesan sampingan apabila memakan ubat-ubat tersebut ialah merasa mual, muntah-muntah, muka kemerahan dan pening. Dalam kes-kes yang teruk, ia juga boleh menyebabkan peningkatan yang luar biasa dalam degupan jantung, kehilangan pendengaran secara tiba-tiba dan sawan.




Simvastatin

Simvastatin adalah merupakan sejenis ubat yang digunakan untuk menurunkan paras kolesterol dalam darah. Pengambilan simvastatin tanpa pengawasan boleh menyebabkan kesan sampingan seperti sakit kepala, loya, sembelit, gatal/ruam, keletihan, gangguan tidur, tekanan, gangguan pada fungsi normal hati, sakit pada otot dan pada kes yang jarang berlaku, ianya juga boleh menyebabkan pecahan pada tisu-tisu otot yang boleh membawa kepada kerosakan pada buah pinggang.




Spirinolactone

Spironolactone adalah sejenis diuretik potassium-sparing yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi, kegagalan jantung kengesif dan lebihan kandungan air dalam badan. Penggunaan spironolactone tanpa pengawasan boleh menyebabkan kesan sampingan seperti kerosakan pada hati, kekeliruan, pening, loya-loya, keletihan, gangguan pada kitaran haid, paras potasium yang meningkat dalam darah yang menyebabkan degupan jantung tidak menentu dan ruam pada kulit hingga menyebabkan kemerah-merahan dan melepuh pada bahagian lain badan (dinamakan sebagai sindrom Stevens-Johnson).




Theophylline

Theophylline adalah ubat yang digunakan dalam rawatan asma dan mempunyai kesankesan advers seperti merasa mual, muntah, iritasi pada perut, cirit-birit, degupan jantung yang tidak teratur, peningkatan kadar jantung yang tidak normal, susah tidur dan sawan.





Topiramate

Topiramate adalah ubat yang hanya boleh didapati melalui preskripsi doktor untuk merawat penyakit sawan. Antara kesan-kesan sampingan pengambilan topiramate adalah merasa loya, sakit bahagian perut, cirit-birit, keletihan, mengantuk, sukar untuk tidur dan kemurungan.




Tretinoin

Tretinoin adalah bahan yang digunakan dalam ubat-ubatan yang memerlukan preskripsi bagi merawat penyakit kulit dan ianya dilarang sebagai bahan di dalam produk kosmetik penjagaan kulit di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik). Penggunaan tretinoin yang tidak betul boleh menyebabkan kulit yang disapu menjadi kemerahan, mengelupas dan parut pada kulit.







PRODUK UNTUK RHEUMATISM, MELEGAKAN SAKIT, SEJAHAN YANG DILARANG PENGGUNAANNYA DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


PRODUK UNTUK RHEUMATISM, MELEGAKAN SAKIT, SEJAHAN YANG DILARANG PENGGUNAANNYA DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

NO
NAMA PRODUK
PENGILANG / PENGEDAR
DICEMARI DENGAN
1
357 Nasal Spray
Qiandongan Liqaqing Tec Co Ltd China
Dexamethasone
2
Air Ikan Haruan
Perniagaan Jasa Sykt Mulia Setiawan, Perak
Dexamethasone
3
Al-Taqwa Juice Skyline Sihat dan Kuat
Al-Mubarak Medical, Saudi Arabia
Dexamethasone

4
Akar Ginseng
PJ Yogatama, Indonesia
Paracetamol
5
Amargo Jaya Gemuk Sehat Serbuk
Mujur Jaya PJ, Cilacap
Paracetamol & Phenylbutazone
6
Amuraten
PT Herba International, Indonesia
Dexamethason, Piroxicam & Paracetamol
7

Antanan Kapsul
Tiara Cipta Usaha PJ
Paracetamol, Phenylbutazone & Dexamethasone
8
Antanan Kapsul
Tiara Cipta Usaha, Indonesia
Phenylbutazone & Dexamethasone
9
Antik Kaplet
Serbuk Manjur Jaya PJ, Cilacap
Phenylbutazone
10
Armatik Serbuk
Delapan Dewa PJ. Cilacap
Paracetamol & Phenylbutazone
11
Asam Urat Cap Unta Serbuk
Unta Mas PJ, Cilacap
Phenylbutazone
12
Asam Urat Citra Madura Kapsul
Citra Fajar Sehat PT, Surabaya
Paracetamol
13
Asam Urat Jamur Mas
PT Gading Oci Purnama Setya, Indonesia
Phenylbutazone & Dexamethasone
14
Asam Urat Flu
Tulang Cikunguya Cap Suramadu PJ. Suramadu, Indonesia
Paracetamol
15
Asam Urat Nyeri Tulang Pengapuran Buah Merah
PJ Buah Alam Papua Indonesia
Paracetamol
16
Asam Urat Sangat Manjur
PJ Jaya Asli, Cilacap Indonesia
Phenylbutazone
17
Asam Urat dan Pengapuran Buah Naga Tunggal Jaya
P.J Andy Jaya Indonesia / PT SM Jaya Indonesia
Phenylbutazone
18
Asam Urat Flu Tulang Cap Kijang Kencana Serbuk
Sehat Segar Supra PJ, Cilacap
Methampyrone
19
Asam Urat Flu Tulang Kapsul
Kopja Sabuk Kuning,Banyumas
Phenylbutazone
68
Flu Tulang Tablet Untuk Pria Dan Wanita

Nusantara Buana Surya, Jakarta-Indonesia

Phenylbutazone & Acetaminophen
69
Flu Tulang Sido Waras

Tidak diketahui

Acetaminophen, Chlorpheniramine & Dexametahasone
71
Fukuwan

Shanghai Export & Import Product
Dexamethasone
80
Glaxi Rheumatic Cap
USA Lincon
Nebraska

Dexamethasone
81



Hu Ku Wan

Tientsin Medical Manufactory Co. China
Dexamethasone
82

Huo Li Bao


Shen Loon She Enterprise Sdn Bhd, Penang, Malaysia

Chlorpheniramine, Frusemide & Piroxicam
91
Jamu Surut Ayu

PJ Air Madu, Indonesia
Lidocaine
106



Kapsul Gaut (Asam Urat)
Ustaz Mustafa, Malaysia

Phenylbutazone & Dexamethasone
119

.

Majun Dua Istimewa (Yellow Label)
Malaysia

Dexamethasone,
Griseofulvin & Etophylline
208

SALOMA ZARA-Ultimate Skin Perfection-PEARL DAY CREAM SPF 30

Saloma Zara Spa & Beauty

Merkuri
241
Qu Puteh Kosmetik-Whitening Pro 9

Distributed by Vida Beauty Sdn Bhd Wisma Vida Beauty, Block C-G-5, Jalan Dato Seri Ahmad Said, Greentown Suria, 30450, Ipoh, Perak

Mercury
242
Qu Puteh Kosmetik-Whitening UV Block
Distributed by Vida Beauty Sdn Bhd Wisma Vida Beauty, Block C-G-5, Jalan Dato Seri Ahmad Said, Greentown Suria, 30450, Ipoh, Perak
Mercury






Senarainya ada banyak lagi weh ....


Sila Klik Pautan di atas atau pautan di bawah










Terima Kasih




....

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.