Tak
sampai 1 minit pun...semua tertimbus
“SAYA tidak sempat buat apa-apa. Kejadian cukup pantas. Tak
sampai satu minit," kata mangsa terselamat dalam tanah runtuh di Lengkok
Lembah Permai, Tanjung Bungah, Georgetown.
Warga Bangladesh, Mohd Bachu, 30, berkata, dia baru hendak
memulakan kerja memasang besi di kawasan tapak pembinaan bersama rakan, pada
kira-kira 8 pagi.
Menurutnya, ketika sedang bekerja dia diminta
rakannya ntuk pergi mengambil besi di kawasan tapak pembinaan tidak jauh dari
tempat runtuh itu.
“Tidak sampai satu minit tiba-tiba tanah runtuh dan terus menimbus
hampir 20 kawan lain termasuk saudara saya, Nur Alam, 35.
“Saya lihat semua sudah terperangkap bawah runtuhan. Tak sempat
buat apa-apa," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Difahamkan, antara 15 hingga 20 pekerja tertimbus dalam kejadian
itu dan dua sudah diselamatkan.
Kerja mencari dan menyelamat kini dijalankan membabitkan
pelbagai agensi.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Oktober
2017 @ 12:26 PM
.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.