Total Pageviews

Tuesday, 2 October 2018

Jangan Minum Terus Air Paip




Kalau bersih, taklah berlambak penapis air di pasaran'


Nor Afzan Mohamad Yusof
cnews@nstp.com.my






RAMAI netizen tidak bersetuju untuk terus minum air dari paip kerana meragui kualiti air yang sampai ke rumah mereka.

Undian dalam talian berhubung persoalan ‘Apakah anda rasa bekalan air di negara ini selamat untuk diminum secara terus dari paip tanpa perlu penapis air? yang dimuat naik pada jam 12 tengah hari tadi di Facebook BH, Harian Metro dan New Straits Times hingga jam 6 petang tadi menunjukkan sebanyak 88.7 peratus netizen tidak setuju.

Undian berkenaan membabitkan 17,060 pelayar laman sosial.

Manakala dapatan di ketiga-tiga Facebook media The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) menunjukkan hanya 11.3 peratus sahaja bersetuju.

Di ruangan Twitter pula sebanyak 4,396 pelayar membuat undian.

Dengan hasil undian di Twitter menyaksikan 86.4 peratus tidak bersetuju, manakala 13.6 peratus menyokong.

Selain undian, pelayar media sosial juga mengemukakan pandangan mereka di ruangan komen.

Zanita Mustapah Nita memberi komen: “Kotor lah tak boleh minum terus air tak bersih saluran paip air pun tak bersih. Kalau bersih tak lah berlambak orang menjual penapis air di Malaysia ni.

Bagi Aidil Afandi II pula: “Setuju dengan menteri , saya berjaya jimat berpuluh-puluh ringgit seminggu tuan-tuan, sebabnya mudah tak perlu beli Milo, susu, teh dan sebagainya kerana buka saja air sudah keluar warna coco (coklat) warna milo, warna teh terus siap untuk diminum dan jimat tak perlu bayar Coway RM120 sebulan.”

Mohd Zairi Said pula berkata: “Suruh menteri minum tengok. Ni kawasan Jalan Kebun ni tiap bulan takda air. Asal kembali air berkeladak. Itu dah pasang water filter. Pandai-pandai menteri zaman PH ni.”

Hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Mohd Ridhuan Ismail, mengesahkan sistem bekalan air di negara ini bukan saja bersih dan selamat diminum secara terus, malah bebas bakteria E-Coli.

Ia sekaligus menyokong kenyataan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berhubung perkara itu semasa Persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini.

Xavier dilaporkan berkata, air terawat dibekalkan kepada orang ramai di Malaysia adalah mematuhi standard kualiti minimum yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdasarkan kepada Garis Panduan Kualiti Air yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Memang, air yang keluar dari paip boleh diminum di seluruh Malaysia, tiada masalah. Kalau ada masalah, itu masalah tempatan, bukan sebab loji.

“Air yang keluar dari loji di seluruh Malaysia, 100 peratus boleh diminum. Memang saya minum terus dari paip,” kata Xavier sewaktu menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ismail Said (BN UMNO-Kuala Krau) di Dewan Rakyat.



Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Oktober 2018 @ 9:00 PM






Isu untuk dikenang fikir kan:

1. Loji Air di Malaysia adalah dari jenis lama zaman tentera British. Sistem penapis air teknoloji lama ini tidak mampu menapis kontaminan atau sebatian kimia yang banyak ada dalam air.


2. Loji pengambilan air sungai terletak di hilir sungai manakala pencemaran bahan kimia dari industri pekilangan banyak berlaku di hulu sungai  !


..



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.