Residu Racun Perosak
Penggunaan racun perosak pada tanaman
merupakan satu topik yang sering diutarakan dalam isu keselamatan makanan. Ia
sering diperkatakan samada oleh pihak pengguna mahupun pihak berkuasa. Secara
teorinya, terdapat kemungkinan sisabaki racun perosak akan kekal pada tanaman
yang disembur dengan racun perosak.
Bagi mengatasi masalah ini, pihak berkuasa
telah menetapkan paras maksimum residu racun perosak yang boleh didapati dalam
sesuatu tanaman segar ataupun yang telah diproses.
Analisis residu racun perosak ini
melibatkan proses penyediaan sampel bagi menghasilkan ektrak yang kemudiannya
dianalisis ditentukan menggunakan kromatografi gas (GC). Makmal residu racun
perosak di Bahagian Kimia Makanan dilengkapi dengan pelbagai jenis kromatografi
gas iaitu GC-MS, GC-NPD, GC-ECD, GC-XCD dan GC-FPD.
Bahagian Kimia Makanan menyediakan analisis meliputi sampel-sampel
buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta yang telah diproses.
·
Organofosforus (OP)
·
Piretroid sintetik (SP)
·
Organochlorine (OC)
·
Karbamat
.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.