Ganja tingkatkan pendapatan rakyat
Ganja kesihatan banyak kelebihan, mampu tingkatkan
pendapatan rakyat
KOTA BHARU 2 Okt. -
Cadangan penggunaan ganja kesihatan bagi tujuan perubatan, jika dapat
direalisasikan, bakal meletakkan Malaysia terkehadapan dalam bidang perubatan.
Menurut naib presiden
Parti Amanah Negara (AMANAH), Husam Musa seperti dipetik oleh portal
Malaysiakini semalam, tumbuhan tersebut mempunyai banyak kelebihan termasuk 36
elemen dalam perubatan kanser.
"Ia mempunyai
unsur-unsur kesihatan yang sangat kaya dianugerahkan Allah," kata Husam
ketika berucap di program di Lembaga Kenaf dan Tembaga Negara di Kota Bharu,
Kelantan semalam.
Beliau berkata demikian
ketika mengulas kenyataan Menteri Tanah, Air dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar
yang berhasrat untuk membawa isu perubahan terhadap undang-undang melibatkan
ganja ke kabinet.
Husam turut berharap
perubatan berasaskan ganja tidak dianggap sebagai jenayah mengikut Akta Dadah
Berbahaya 1952.
Mulai tahun hadapan,
Kanada bakal memperkenalkan penanaman tumbuhan tersebut, diikuti oleh Jerman
dan beberapa buah negeri di Amerika Syarikat.
Dan jika penanaman ganja
itu diperkenalkan di Malaysia, katanya, ia bakal meningkatkan pendapatan
rakyat.
"Di Australia
marijuana dijual dengan harga 30-50 dolar Amerika untuk satu kilogram tapi
insya-Allah marijuana kesihatan yang boleh dhasilkan ini boleh mencecah 5,000
hingga 10,000 dolar bagi satu kilogram.
"Bayangkan kalau
orang Bachok boleh berubah daripada tanam tembakau kepada marijuana kesihatan
insya-Allah pendapatan mereka akan meningkat. Inilah hasrat kerajaan Pakatan
Harapan," kata beliau lagi. - UTUSAN ONLINE
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.