Total Pageviews

Wednesday, 3 October 2018

Lelaki Sembuh Kanser Tahap 4


Makan Sayur sembuh Kanser Tahap 4




Siapa yang tidak mahu sembuh dan sihat seperti orang biasa jika anda menghidap penyakit kanser bukan? Pelbagai cara dilakukan dan ianya memerlukan semangat yang kuat untuk meneruskan rawatan hingga kanser hilang sepenuhnya lebih-lebih lagi jika anda seorang penghidap kanser tahap empat.

Seorang lelaki bernama Rob Mooberry, 43 tahun, dari Las Vegas telah berjaya sembuh daripada kanser usus tahap empat dengan memakan sayur dan buah-buahan sahaja.
Menurutnya, dia disahkan menghidap kanser usus pada tahun 2012. Dia berjaya menurunkan tahap kanser kepada tahap 3A selepas menjalani pembedahan dan kemoterapi.
Kemudian, doktor meminta dia membuat kemoterapi dan terapi radiasi dua kali dan memberitahunya bahawa dia berkemungkinan terpaksa memakai bungkusan kolostomi.

Walau bagaimanapun, Rob memulakan diet buah dan sayur sejak November 2012 dibantu oleh isterinya, Amanda yang sememangnya seorang vegetarian.

Semasa pemeriksaan imbasan dibuat pada tahun 2013, doktor mendapati saiz sel kanser Rob menurun hampir 80 peratus. Memang banyak perubahan selepas dia menukar gaya pemakanannya.

Kini, doktor mengisytiharkan dia bebas dari kanser selama lima tahun dan dia dapat menjalani kehidupan seperti biasa dengan keluarganya.






.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.