Bacto-10 penggalak
pembentukan akar pokok
Mohamad
Hussin
rencana@hmetro.com.my
Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Perbadanan
Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) menghasilkan produk baja cecair bio
dikenali sebagai Bacto-10 yang berfungsi sebagai penggalak pembentukan akar
pokok dan sesuai untuk semua jenis tanaman.
Bacto-10 adalah produk baja cecair bio yang mengandungi Bakteria
Penggalak Pertumbuhan Tanaman hasil penyelidikan pensyarah dan pakar
Mikrobiologi Tanah, Fakulti Pertanian UPM Prof Dr Zulkifli Shamsudin.
Ia didapati sesuai untuk semua jenis tanaman termasuk sayuran
berdaun, bunga, buah-buahan, herba selain digunakan kepada tanaman komoditi
seperti sawit, padi dan getah.
Projek pengkomersialan itu melalui program UPM-MTDC Symbiosis
yang kini dikendalikan syarikat Phytogold Sdn Bhd (Phytogold).
Ketua Pegawai Eksekutif Phytogold Muhamad Nazri
Lokman berkata, syarikatnya yang berasaskan pertanian menjurus ke arah
penggunaan Bioteknologi bagi membantu meningkatkan hasil tanaman.
Beliau berkata, ia menyediakan produk dan perkhidmatan teknologi
hijau yang berinovatif untuk pengguna pertanian bagi meningkatkan sosioekonomi
ke tahap yang lebih baik.
“Mikro organisma (bakteria) pengikat Nitrogen (N) adalah
bakteria yang mampu untuk mengikat unsur nitrogen yang banyak di atmosfera 78
peratus untuk keperluan nutrisi pokok secukupnya.
“Bio-baja Bacto-10 menggunakan mikrob pengikat nitrogen jenis
Bacillus subtilis iaitu bakteria jenis mutualistic yang biasa ada di bintil
akar tanaman kekacang berakar serabut jenis Rhizobium.
“Ia mampu mengikat lebih banyak unsur nitrogen yang ada di akar
tanah malah juga mampu untuk mengambil nitrogen di udara (atmosfera),” katanya
yang ditemui di Bangi, Selangor, baru-baru ini.
Muhamad Nazri berkata, fungsi utama bakteria pengikat nitrogen
adalah untuk mengikat lebih banyak nitrogen di tanah dan di udara selain
menguatkan struktur akar pokok.
“Bakteria ini mengikat nitrogen sebagai sebahagian daripada
kitaran metabolisme mereka dan berupaya hidup lebih lama dalam akar.
“Enzim yang digunakan bakteria untuk mengikat nitrogen adalah
nitrogenase. Tanpa adanya nitrogenase, bakteria tidak akan mampu melakukan
proses pengikatan nitrogen.
“Produk akhir dari proses pengikatan nitrogen adalah Amonia
(NH3) dan air. Enzim nitrogenase tidak aktif dalam keadaan beroksigen.
“Oleh itu, proses pengikatan nitrogen hanya berlaku pada keadaan
anaerob (tanpa oksigen) atau oksigen yang diserap bahan kimia lain seperti
Leghaemoglobin,” katanya.
Menurutnya, baja-bio Bacto-10 dapat mengurangkan penggunaan baja
kimia berdasarkan fungsinya yang mengikat nitrogen dari udara dan mengurai
nutrient (fosforus, kalium) dari tanah.
“Dengan pengambilan Bacto-10 secara sistematik, ia mampu untuk
membaik pulih tanah dan menyuburkan semula tanah.
“Akar
yang bertambah daripada penghasilan fitohormon membantu dalam lebih penyerapan
nutrien dan air (tahan musim kemarau) dengan itu hasil tanaman (daun, buah,
bijirin) boleh meningkat sehingga 30 peratus,” katanya.
.
...
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.