Total Pageviews

Tuesday, 2 October 2018

Singapura larang import salad Malaysia


Singapura larang import salad Malaysia






SINGAPURA – Penguasa Agromakanan dan V eterinar (AVA) Singapura telah melarang pengimportan hasil segar dari ladang di Malaysia yang menghasilkan Iceberg Lettuce (sejenis salad) kerana dicemari dengan bahan kimia pada tahap tinggi, lapor The Straits Times hari ini.


Pada 4 Okt, AVA telah mengarahkan pengimport untuk menarik balik produk berkaitan kerana ia telah mengesan tahap tinggi Fipronil, sejenis racun serangga, pada salad tersebut yang dihasilkan dari ladang di Malaysia.

Produk itu diimport oleh Go Fresh Impex Pte Ltd dan dijual di pasar raya NTUC Fairprice dan Sheng Siong di sini.

Laporan itu yang memetik kenyataan terkini berkata AVA juga telah memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia bahawa ia telah mengesan tahap Fipronil melebihi kadar maksimum yang dibenarkan dalam produk tersebut.

Laporan itu berkata AVA telah meminta supaya siasatan dijalankan terhadap ladang berkaitan yang tidak dinamakan.

Produk makanan yang gagal dalam pemeriksaan AVA dan ujian makmal tidak akan dibenarkan dijual, pihak berkuasa dilaporkan berkata.

Laporan itu berkata AVA akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pengimport yang membawa masuk produk sayuran yang didapati mempunyai residu racun perosak yang tidak selamat.

Produk berkaitan akan dirampas dan dimusnahkan.

Pengimport juga boleh didenda, atau didakwa, kata laporan itu. – MalaysiaGazette







Andai Singapura telah menolak sayur malaysia disebabkan faktor keselamatan permukaan sayur Malaysia telah dicemari racun berbahaya, kenapa masih ramai orang Malaysia yang masih boleh dan dibenarkan membeli sayur sayur yang sedemikian rupa ?


..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.