Total Pageviews

Tuesday, 15 September 2020

The Orphans

 

Anak Yatim

 

2:83 Ketika Kami ambil janji Bani Israil, bahawa tidak boleh kamu sembah, selain Allah dan berbuat baik kepada ibu bapa, karib kirabat, anak anak yatim dan orang orang miskin; dan katakanlah kepada manusia perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat, kemudian kamu berpaling (tiada menurut perintah itu), kecuali sedikit di antara mu, sedang kamu tetap berpaling.

 

17:34 Janganlah kamu hampiri harta anak yatim, melainkan dengan (jalan) yang sebaik baiknya, hingga ia sampai dewasa, dan tepatilah janji, sesungguhnya janji itu akan diperiksa.

 

22:78 Berjuanglah kamu pada (agama) Allah dengan sebenar benar perjuangan. Dia telah memilih kamu dan tiada mengadakan kesempitan bagimu dalam agama, seperti agama bapamu Ibrahim. Dia (Allah) menamakan kamu orang Islam dari dahulu dan dalam ini (Quran), supaya rasul menjadi saksi terhadap kamu dan kamu menjadi saksi pula terhadap manusia. Maka dirikanlah sembahyang dan bayarkanlah zakat dan berpegang teguhlah kepada Allah. Dia wali kamu; Maka Dia sebaik baik wali dan sebaik baik penolong.

 

74:6 Janganlah engkau memberikan (sesuatu) kerana hendak meminta lebih banyak (daripadanya).

 

89:15 Adapun manusia, apabila diuji oleh Tuhannya, lalu dimuliakanNya dan diberinya nikmat maka ia berkata: Tuhanku telah memuliakan daku.

 

89:16 Adapun apabila ia diuji Tuhan, lalu dikurangkan rezekinya, ia berkata: Tuhanku telah menghinakan daku.

 

89:17 Sekali kali jangan begitu. Tetapi kamu tidak memuliakan anak yatim.

 

107:1 Adakah engkau ketahui orang, yang mendustakan pembalasan (agama)?

 

107:2 Maka demikian itu ialah orang yang mengusir anak yatim,

 

107:3 Dan tiada menyuruh memberi makan orang miskin.

 

107:4 Maka celakalah (azablah) bagi orang orang yang sembahyang,

 

107:5 Yang mereka itu lalai dari sembahyangnya,

 

107:6 Lagi mereka itu riya,

 

107:7 Dan enggan memberikan zakat (barang barang rumah).

 

 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.