Total Pageviews

Tuesday, 15 September 2020

Berbeza makamnya

 

Berbeza makamnya

 

 

2:253 Rasul rasul itu Kami lebihkan sebahagiannya dari yang lain. Di antara mereka, ada yang bercakap cakap Allah dengan dia dan meninggikan sebahagian mereka beberapa darjat. Kami berikan kepada Isa anak Maryam beberapa keterangan dan Kami kuatkan dia dengan roh suci (Jibril). Jika Allah menghendaki, niscaya tiadalah berbunuh2an orang orang yang kemudian rasul rasul itu, setelah sampai kepada mereka beberapa keterangan. Tetapi mereka itu berselisih juga, maka di antara mereka ada yang beriman dan di antara mereka ada yang kafir. Kalau Allah menghendaki, tiadalah mereka itu berbunuh bunuhan, tetapi Allah memperbuat apa apa yang dikehendakiNya.

 

3:146 Beberapa banyaknya nabi yang berperang bersamanya kaum yang banyak. Mereka itu tidak pengecut, kerana (bahaya) yang menimpa mereka pada jalan Allah dan tiada lemah dan tiada pula tunduk: dan Allah mengasihi orang orang yang sabar.

 

16:36 Sesungguhnya telah Kami utus seorang Rasul kepada tiap tiap umat: Hendaklah kamu sembah Allah dan jauhilah thaghut (berhala). Maka diantara mereka ada yang ditunjuki Allah dan diantara mereka ada yang berhak mendapat kesesatan. Maka berjalanlah kamu di muka bumi, lalu perhatikanlah, bagaimana akibat orang orang yang mendustakan (Allah).

 

17:79 Pada malam hari, hendaklah engkau bertahajud (berjaga untuk sembahyang malam) sebagai tambahan untuk engkau, mudah mudahan Tuhan mengangkat engkau ke tempat yang terpuji.

 

 .

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.