Orang Mukmin
2:2 Kitab itu tidak ada keraguan padanya, jadi petunjuk bagi orang orang-orang yang taqwa.
2:3 Iaitu orang-orang yang beriman kepada yang ghaib, mendirikan sembahyang dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
2:4 Dan orang-orang yang beriman kepada yang diturunkan kepada engkau dan yang diturunkan sebelum engkau, sedang mereka itu yakin akan adanya akhirat.
2:5 Mereka itu atas petunjuk daripada Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang menang.
2:42 Dan janganlah kamu campurkan kebenaran dengan yang batil dan (jangan) kamu sembunyikan kebenaran itu, sedang kamu mengetahuinya.
2:152 Maka ingatlah kamu kepadaKu, niscaya Aku ingat kepadamu dan berterima kasihlah kepadaKu dan janganlah kamu menyangkal (nikmatKu).
2:195 Belanjakanlah ( hartamu ) pada jalan Allah dan janganlah kamu jatuhkan dirimu ke dalam kebinasaan dan berbuat baiklah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang orang berbuat baik.
3:28 Janganlah orang orang mukmin mengambil orang orang kafir jadi wali (pemimpin), bukan orang mukmin. Barang siapa memperbuat demikian, bukanlah ia dari (agama) Allah sedikit pun, kecuali jika kamu takut kepada mereka sebenar benarnya takut, dan Allah mempertakuti kamu dengan diriNya dan kepada Allah tempat kembali.
3:104 Hendaklah ada di antara kamu umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan maaruf (yang baik baik) dan melarang dari yang mungkar; dan mereka itulah yang menang.
4:13 Demikianlah batas batas (peraturan) Allah. Barang siapa mengikut (perintah) Allah dan rasulNya, niscaya Allah memasukkan dia ke dalam syurga yang mengalir air sungai di bawahnya, sedang mereka kekal di dalamnya. Dan itulah kemenangan yang besar.
4:92 Tidak boleh orang Mukmin membunuh orang Mukmin (yang lain), kecuali jika tersalah. Barang siapa membunuh orang Mukmin dengan tersalah, hendaklah memerdekakan seorang hamba yang Mukmin serta dibayarkan diah (denda) kepada keluarga yang terbunuh itu, kecuali jika mereka sedekahkan. Jika orang yang terbunuh itu dari kaum musuhmu, sedang ia Mukmin, maka hendaklah memerdekakan seorang hamba yang Mukmin. Jika yang terbunuh itu dari kaum (kafir) yang ada perjanjian antara kamu dengan mereka, maka hendaklah dibayarkan diah kepada keluarganya, serta memerdekakan seorang hamba yang Mukmin. Orang yang tiada memperoleh hamba itu hendaklah berpuasa dua bulan berturut turut, sebagai penerimaan taubat dari Allah. Allah Mahamengetahui lagi Mahabijaksana.
4:114 Bukanlah suatu kebaikan dalam kebanyakkan bisikan bisikan mereka, kecuali orang yang menyuruh bersedekah atau dengan ma’ruf atau memperdamaikan antara manusia. Barang siapa memperbuat demikian, kerana menghendaki keredaan Allah, maka nanti akan Kami berikan kepadanya pahala yang besar.
4:135 Hai orang orang yang beriman, hendaklah tegakkan keadilan, serta menjadi saksi bagi Allah, meskipun atas dirimu sendiri atau ibu bapamu dan karib kerabat mu. Jika pesakitan itu orang kaya atau miskin, maka Allah lebih mengetahui keadaan keduanya. Maka janganlah kamu turut hawa nafsu, sehingga kamu tiada berlaku adil. Jika kamu berputar atau berpaling, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa apa yang kamu kerjakan.
4:141 (Iaitu) orang orang yang menantikan giliran yang akan menimpamu. Jika kamu mendapat kemenangan dari Allah, mereka berkata : Bukankah kami bersama kamu? Jika orang orang kafir mendapat untung baik, mereka berkata (kepada orang orang kafir itu) : Bukankah kami dapat menguasai kamu dan mempertahankan kamu daripada orang orang mukmin? Allah akan menghukum antara kamu pada hari kiamat. Allah tiada mengadakan jalan bagi orang orang kafir terhadap terhadap orang orang mukmin.
4:146 Kecuali orang orang yang telah taubat dan memperbaiki (amalannya) serta berpegang teguh kepada Allah dan mengikhlaskan agama bagi Allah. Maka mereka itu adalah bersama orang orang beriman. Nanti Allah akan memberi orang orang beriman itu pahala yang besar.
5:47 Hendaklah ahli Injil menghukum menurut yang diturunkan Allah dalam Injil itu. Barang siapa yang tiada menghukum menurut yang diturunkan Allah, maka mereka itu orang orang fasik.
6:162 Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku semuanya bagi Allah, Tuhan semesta alam.
11:23 Sesungguhnya orang orang yang beriman dan beramal salih dan tenteram hati mereka terhadap Tuhannya, mereka itu penghuni syurga serta kekal di dalamnya.
11:24 Umpama dua golongan (kafir dan mukmin) seperti orang buta lagi tuli, dengan orang melihat lagi mendengar. Adakah kedua perumpamaan itu serupa? Tiadakah kamu mendapat peringatan?
12:23 Kemudian yang empunya rumah tempat tinggalnya (Zalikha) mengajak Yusuf berbuat jahat, lalu ditutupnya segala pintu, serta katanya: Marilah engkau ! Jawab Yusuf : Berlindung aku kepada Allah, sesungguhnya suami kau tuan saya, telah membaikkan kedudukan saya ( maka tak patut saya berkhianat kepadanya ). Sesungguhnya tiada menang orang orang aniaya.
17:79 Pada malam hari, hendaklah engkau bertahajud (berjaga untuk sembahyang malam) sebagai tambahan untuk engkau, mudah mudahan Tuhan mengangkat engkau ke tempat yang terpuji.
19:60 Kecuali orang yang taubat dan beriman lagi mengerjakan yang baik, mereka itu akan masuk syurga, sedang mereka tiada teraniaya sedikitpun.
19:61 (Iaitu), Syurga Aden yang dijanjikan oleh Yang Mahapengasih kepada hambaNya, dengan barang yang ghaib. Sungguh janjiNya akan datang.
19:62 Mereka tiada mendengarkan di sana omong kosong, kecuali (ucapan) selamat. Untuk mereka ada rezeki di dalamnya pada pagi dan petang.
19:63 Itulah Syurga yang akan Kami wariskan kepada orang yang taqwa di antara hamba hamba Kami.
23:57 Sesungguhnya, orang orang yang takut, kerana takut (akan azab) Tuhannya,
23:58 Dan orang orang yang percaya kepada ayat ayat Tuhannya,
23:59 Dan orang orang yang tiada mempersekutukan Tuhannya,
23:60 Dan orang orang yang memberikan apa apa yang telah diberikannya (sedekah, zakat dsbnya ) sedang hati mereka itu takut, kerana mereka akan kembali kepada Tuhannya.
23:61 Mereka itulah orang orang yang bersegera membuat kebaikkan dan merekalah yang terdahulu (menang).
24:2 Perempuan yang berzina dan laki laki yang berzina hendaklah kamu dera, masing masingnya seratus dera dan janganlah kamu kasih sayang terhadap keduanya, dalam (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Hendaklah hadir ketika menyiksa keduanya satu golongan di antara orang orang Mukmin.
24:55 Allah telah menjanjikan bagi orang orang yang beriman di antara mu, dan mengerjakan yang baik baik, bahwa Allah akan mengangkat mereka jadi khalifah di muka bumi sebagaimana orang orang dahulu telah menjadi khalifah dan Allah akan menetapkan agama mereka (Islam) yang diridhaiNya untuk mereka dan akan mengganti ketakutan mereka dengan keamanan, Mereka menyembah aku dan tiada mempersekutukan Daku dengan suatu juapun. Barang siapa yang kafir sesudah itu, mereka itulah orang yang fasik.
25:61 MahaSuci Yang menjadikan buruj (bintang bintang) di langit, dan mengadakan di sana pelita yang besar (matahari) dan bulan yang menerangi.
25:62 Dia yang menjadikan malam dan siang berganti ganti untuk (keterangan) bagi orang yang hendak mendapat peringatan atau orang yang hendak berterima kasih (kepadaNya).
25:63 Hamba hamba Yang Mahapengasih, ialah orang orang yang berjalan di muka bumi dengan tenang (tidak sombong), jika mereka dicela oleh orang orang jahil (jahat), mereka berkata: Selamat !
25:64 Dan orang orang yang pada malam hari bersujud dan sembahyang pada Tuhannya.
25:65 Dan orang orang yang berkata : Ya Tuhan kami, hindarkanlah siksa neraka daripada kami. Sungguh siksanya itu mesti menimpa (orang orang yang kafir).
25:67 Dan orang orang yang menafkahkan (hartanya) tanpa berlebih lebihan dan tiada pula kikir, melainkan pertengahan antara keduanya.
25:68 Dan orang orang yang tiada menyembah Tuhan yang lain bersama Allah, dan tiada pula membunuh manusia yang diharamkan Allah, kecuali dengan kebenaran dan tidak pula mereka berzina. Barang siapa yang memperbuat demikian, niscaya akan menemui dosa (siksa).
25:70 Kecuali orang yang taubat dan beriman lagi mengerjakan amal salih. Maka Allah akan mengganti kejahatan mereka dengan kebaikan. Allah Pengampun lagi Penyayang.
25:71 Barang siapa yang taubat dan beramal salih, maka sesungguhnya ia bertaubat kepada Allah sebenar benarnya taubat.
25:72 Dan orang orang yang tidak mau menjadi saksi palsu, jika mereka liwat dengan omong kosong, mereka lewat sebagai orang yang mulia.
25:73 Dan orang orang, jika mereka diberi peringatan dengan ayat ayat Tuhan, mereka tiada menerima dengan telinga pekak dan mata buta (malahan diturutnya).
25:74 Dan orang orang yang berkata: Ya Tuhan kami, berilah kami isteri isteri dan anak anak yang mengirangkan hati kami, dan jadikanlah kami imam (ikutan) bagi orang orang yang taqwa.
25:75 Orang orang yang tersebut itu akan diberi balasan dengan darjat yang tinggi (syurga) kerana mereka berhati sabar, dan mereka akan disambut dengan kehormatan dan keselamatan di dalamnya.
25:76 Mereka kekal di dalamnya. (Syurga itu) sebagus bagus tempat tetap dan tempat diam.
29:12 Berkata orang orang yang kafir kepada orang2 yang beriman: Ikutlah jalan kami dan kami akan memikul kesalahanmu. Pada hal mereka tiada akan memikul kesalahan orang orang mukmin sedikitpun. Sesungguhnya mereka orang orang dusta.
32:16 Rusuk (lambung) mereka terjauh dari tempat berbaring (kurang tidur malam hari), sedang mereka memohon kepada Tuhannya dengan ketakutan dan harapan, dan mereka menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepadanya.
32:17 Seseorang tidak mengetahui, apa yang disembunyikan untuknya diantara bermacam macam kesenangan, sebagai balasan apa yang telah mereka amalkan.
33:22 Tatkala orang orang mukmin melihat sekutu, mereka berkata : Inilah yang dijanjikan Allah dan rasulNya kepada kami, Allah dan RasulNya maha benar. Hal itu tiada menambah mereka, melainkan menambah keimanan dan kepatuhan.
33:43 Dia yang selawat (memberikan rahmat) kepadamu beserta malaikatNya, supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada terang benderang. Dia pengasih kepada orang orang mukmin.
33:44 Ucapan mereka pada hari mereka menemuiNya (Allah): Selamat! Dia menyediakan untuk mereka pahala yang mulia.
34:20 Sesungguhnya telah benar persangkaan iblis terhadap mereka itu, lalu mereka mengikutnya, kecuali satu golongan di antara orang orang mukmin.
34:21 Tidak ada kekuasaan iblis terhadap mereka itu, melainkan supaya Kami ketahui orang2 beriman kepada akhirat dari orang yang dalam keragu raguan tentang kebenarannya. Tuhanmu Mahamemelihara tiap tiap sesuatu.
34:22 Katakanlah : Panggillah orang2 yang kamu katakan Tuhan, selain daripada Allah. Mereka tiada mempunyai seberat zarrah baik di langit dan di bumi dan tidak ada bagi mereka sekutu pada keduanya, dan tidak pula penolong bagi Allah.
37:102 Setelah anak itu sanggup berusaha bersamanya, berkata Ibrahim kepadanya: Hai anakku, sesunggguhnya, aku bermimpi dalam tidur, bahawa aku menyembelih engkau, maka perhatikanlah, bagaimana fikiran engkau? Sahut anaknya: Hai bapaku, perbuatlah apa yang diperintahkan itu, bapa akan mendapatiku berhati sabar, Insya Allah.
37:103 Tatkala keduanya patuh (menurut perintah Allah) dan telah digulingkannya anaknya (ketanah) atas pipinya.
37:104 Lalu dia Kami seru : Hai Ibrahim!
37:105 Sesungguhnya telah engkau turut mimpi itu, sesungguhnya begitulah Kami membalasi orang orang yang berbuat baik.
37:106 Sesungguhnya itu adalah cobaan yang nyata.
37:107 Kami tebusi anaknya itu dengan sembelihan yang besar (seekor kibas).
37:108 Dan Kami tinggalkan untuknya pada orang orang yang kemudian (kalimat ini):
37:109 Keselamatanlah untuk Ibrahim.
37:110 Demikianlah Kami membalasi orang orang yang berbuat baik.
37:111 Sesungguhnya dia salah seorang dari hamba hamba Kami yang mukmin.
37:112 Kami gembirakan dia dengan Ishaq, seorang nabi, serta termasuk orang orang yang salih.
37:113 Kami berkati Ibrahim dan Ishaq itu. Diantara anak anak cucu keduanya (keturunannya), ada yang berbuat baik dan ada pula yang aniaya kepada dirinya dengan seterang terangnya.
37:129 Kami tinggalkan untuknya pada umat yang kemudian (doa ini):
37:130 Keselamatanlah untuk keluarga Ilyas.
37:131 Sesungguhnya demikianlah kami membalasi orang orang yang berbuat baik.
37:132 Sungguh dia termasuk hamba hamba kami yang mukmin.
38:29 (Inilah) kitab yang kami turunkan kepada engkau lagi diberkati, supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat peringatan orang orang yang berakal.
39:9 Adakah orang yang taat (patuh mengikut Allah) pada waktu malam, seraya sujud dan berdiri, lagi takut akan (siksa) akhirat, serta mengharapkan rahmat Tuhannya ( sama dengan orang yang durhaka)? Katakanlah; Adakah sama orang orang yang berilmu pengetahuan dengan orang orang yang tidak berilmu pengetahuan? (Tentu tidak). Hanya yang menerima peringatan ialah orang orang yang berakal.
39:10 Katakanlah: Hai hamba hambaKu yang beriman, takutlah kepada Tuhanmu! Untuk orang orang yang berbuat baik di dunia ini ada kebaikan pula. Dan bumi Allah itu luas. Orang orang yang sabar disempurnakan pahalanya tanpa terhitung.
39:11 Katakanlah: Sesungguhnya aku disuruh supaya aku menyembah Allah, serta mengikhlaskan agama bagiNya.
39:12 Dan aku disuruh pula, supaya aku orang yang mula mula Islam.
39:13 Katakanlah: Sesungguhnya aku takut akan siksa hari yang besar, jika aku mendurhakai Tuhanku.
39:14 Katakanlah: Hanya Allah aku sembah, serta mengikhlaskan agamaku bagiNya.
39:22 Adakah orang yang dilapangkan Allah dadanya untuk Islam, sehingga ia mendapat cahaya dari Tuhannya, (sama dengan orang yang keras hatinya?) Maka celakalah bagi orang yang keras hatinya untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata.
46:12 Dan sebelum Quran, ada kitab Musa (Taurat), jadi ikutan dan rahmat. (Quran) ini kitab yang membenarkan (kitab kitab dahulu itu) dalam bahasa Arab, untuk memberi peringatan kepada orang orang yang aniaya, dan memberi khabar gembira bagi orang orang yang berbuat baik.
46:13 Sesungguhnya orang2 yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka berlaku lurus, maka tiadalah mereka takut dan tiada pula berdukacita.
46:14 Mereka itulah penghuni syurga, serta kekal di dalamnya, sebagai balasan bagi apa yang telah mereka amalkan.
46:15 Kami wasiatkan kepada manusia, supaya berbuat baik kepada dua orang ibubapanya. Ibunya mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula. Masa mengandungnya sampai menceraikannya dari susuan, tiga puluh bulan lamanya. Sehingga bila ia sampai dewasa dan sampai (umurnya) empat puluh tahun, ia berkata : Ya Tuhanku, taufiqkanlah aku (tunjukilah hatiku) buat mensyukuri nikmat Engkau, yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan supaya aku kerjakan amalan salih yang Engkau sukai dan perbaikilah bagiku anak anak cucuku (keturunanku). Sungguh aku bertaubat kepadaMu dan aku termasuk orang orang Islam.
46:16 Mereka itulah orang orang yang Kami terima daripada mereka sebaik baik (amalan) yang mereka amalkan, dan Kami maafkan kesalahan mereka serta termasuk penghuni syurga, sebagai janji yang benar yang telah dijanjikan kepada mereka.
48:18 Sesungguhnya Allah telah rela (suka) terhadap orang orang Mukmin, ketika mereka bai’ah (berjanji setia) dengan engkau di bawah pohon kayu, lalu Dia mengetahui apa apa yang dalam hati mereka, kemudian Dia menurunkan ketenangan ke dalam hati mereka dan memberi ganjaran kepada mereka dengan kemenangan yang dekat.
49:6 Hai orang orang yang beriman, jika datang kepadamu orang pasik (membawa berita), hendaklah kamu periksa kebenarannya, (kerana takut), kalau kalau kamu mengenai suatu kaum tanpa pengetahuan, lalu kamu menyesal atas perbuatanmu.
57:8 Mengapakah kamu tidak beriman kepada Allah, pada hal Rasul menyeru kamu, supaya beriman kepada Tuhanmu, dan sungguh Dia telah memegang janji setiamu, jika kamu orang Mukmin.
57:12 Pada hari (kiamat) engkau lihat orang orang Mukmin laki laki dan Mukminat perempuan berlari (bersinar) cahaya mereka di hadapan dan di kanan mereka (dikatakan kepadanya): Kabar gembira untuk mu pada hari ini, ialah surga yang mengalir air sungai di bawahnya, sedang kamu kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.
57:13 Pada hari berkata orang orang munafik laki laki dan orang orang munafik perempuan kepada orang orang Mukmin; Tunggulah kami, kami ambil sedikit cahayamu. Dikatakan (kepada mereka): Mundurlah kamu ke belakang, lalu carilah olehmu cahaya itu. Kemudian diadakan antara mereka suatu pagar (dinding) yang mempunyai pintu. Didalamnya rahmat (masuk orang orang Mukmin ke dalamnya) dan disebelah luarnya siksa (untuk orang orang munafik).
59:13 Sungguh kamu (hai orang orang Mukmin) lebih ditakuti (oleh mereka) dalam hatinya daripada Allah. Demikian itu, kerana mereka kaum yang tiada mengerti.
61:2 Hai orang orang yang beriman, mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu perbuat?
61:3 Amat besar kebencian di sisi Allah, kerana kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu perbuat.
61:4 Sesungguhnya Allah mengasihi orang orang berperang pada jalanNya, dengan berbaris baris, seolah olah mereka bangunan tembok yang sangat rapat (menjadi satu).
61:5 Ingatlah, ketika Musa berkata kepada kaumnya: Hai kaumku, mengapakah kamu menyakitiku, padahal kamu mengetahui, bahawa aku rasul Allah kepadamu. Maka tatkala mereka condong, Allah mencondongkan hati mereka. Allah tidak menunjuki kaum yang pasik.
61:6 Ingatlah ketika Isa anak Maryam berkata; Hai Bani Israil, sesungguhnya aku rasul Allah kepadamu, serta membenarkan apa yang sebelumku, iaitu Taurat dan memberi khabar gembira dengan seorang rasul, yang akan datang kemudianku, namanya Ahmad (Muhammad). Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan (membawa) keterangan, mereka berkata : ini sihir yang nyata.
61:7 Siapakah yang terlebih aniaya daripada orang yang mengada adakan dusta terhadap Allah, sedang dia diseru kepada Islam? Allah tidak menunjuki kaum yang aniaya itu.
61:8 Mereka hendak memadami cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah menyempurnakan cahayaNya, meskipun benci orang orang yang kafir.
61:9 Dia yang mengutus rasulNya dengan (membawa) petunjuk dan agama yang benar, supaya Dia memenangkan agama itu atas sekalian agama, meskipun benci orang orang musyrik.
61:10 Hai orang orang yang beriman, maukah ku tunjukkan kepadamu suatu perniagaan yang akan melepaskan kamu dari siksa yang pedih,
61:11(Iaitu) bahwa beriman kamu kepada Allah dan rasulNya dan berjuang pada jalan Allah dengan harta dan dirimu. Itulah yang terlebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.
61:12 (Jika kamu perbuat demikian), niscaya Allah mengampuni dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir air sungai di bawahnya, dan (ke dalam) tempat tempat diam yang indah dalam surga ‘Aden. Itulah kemenangan yang besar.
61:13 (Dan lagi nikmat nikmat) lain yang kamu cintai, (iaitu) pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat. Dan berilah khabar gembira orang orang mukmin.
61:14 Hai orang yang beriman, hendaklah kamu penolong (agama) Allah, sebagaimana Isa anak Maryam berkata kepada Hawariyin (murid murid pilihannya): Siapakah penolongku kepada Allah? Sahut Hawariyin, kami penolong (agama) Allah. Kemudian beriman satu golongan di antara Bani Israil dan kafir golongan (yang lain). Kemudian kami kuatkan orang orang beriman melawan musuhnya, lalu mereka menang.
64:2 Dia yang menjadikan kamu, maka di antara kamu ada yang kafir dan di antara kamu ada pula yang Mukmin. Allah Mahamelihat apa apa yang kamu kerjakan.
64:13 Allah, tidak ada Tuhan, kecuali Dia. Kepada Allah hendaklah menyerahkan diri orang orang Mukmin.
64:17 Jika kamu meminjami Allah (berderma kepada orang orang miskin) dengan pinjaman yang baik, niscaya Allah melipatgandakan (balasannya) bagimu dan mengampuni kamu. Allah Penerima kasih (memberi pahala) lagi Penyantun.
66:4 Kalau kamu berdua (hai Hafsah dan Aisyah) taubat kepada Allah, maka sesungguhnya telah miring hatimu (maka taubatmu diterima). Jika kamu bertolong tolongan (menentang) Nabi, maka sesungguhnya Allah menolongnya, serta Jibril dan orang orang Mukmin yang salih; sedang malaikat malaikat sesudah itu menolong pula.
67:12 Sesungguhnya orang orang yang takut kepada Tuhannya, dalam keadaan gaib (sendirian), untuk mereka itu ampunan dan pahala yang besar.
74:6 Janganlah engkau memberikan (sesuatu) kerana hendak meminta lebih banyak (daripadanya).
79:35 Pada hari (itu) teringatlah manusia apa apa yang telah dikerjakannya.
79:36 Dan diperlihatkan neraka kepada orang yang melihat,
79:37 Maka barang siapa yang durhaka,
79:38 Dan mengutamakan hidup di dunia.
79:39 Maka sesungguhnya nerakalah tempat diamnya.
79:40 Adapun orang yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan dirinya daripada nafsunya,
79:41 Maka sesungguhnya syurgalah tempat diamnya.
90:4 Sesungguhnya Kami menciptakan manusia padahal ia dalam kesusahan.
90:8 Tiadakah Kami adakan baginya dua buah mata,
90:9 Dan lidah dan dua buah bibir,
90:10 Dan Kami tunjukkan kepadanya, dua buah jalan, (jalan yang baik dan jalan yang buruk).
90:11 Tetapi manusia tidak mau menempuh kesulitan, (mengerjakan yang berat).
90:12 Tahukah engkau apakah kesulitan itu?
90:13 (Ialah) memerdekakan budak,
90:14 Atau memberi makan pada hari kelaparan,
90:15 Kepada anak yatim yang berkarib,
90:16 Atau orang miskin yang telah tidur di tanah (sangat miskin).
90:17 Kemudian ia (orang yang mengerjakan demikian itu) tergolong orang orang yang beriman dan berwasiat dengan sabar dan berwasiat dengan berkasih sayang.
90:18 Mereka itulah golongan kanan (ahli syurga).
98:7 Sesungguhnya orang orang yang beriman dan beramal salih, mereka itulah, manusia yang sebaik baiknya.
98:8 Balasan untuk mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Aden, yang mengalir air sungai di bawahnya, sedang mereka kekal di dalamnya selama lamanya. Allah redho kepada mereka dan mereka redho kepadaNya. (Syurga) Itu untuk orang orang yang takut kepada Tuhannya.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.