Total Pageviews

Tuesday, 15 September 2020

Do Good and goodness follows you

 

Berbuat baik ada kebaikan pula

 

 

If you wish to know in English   https://quran.com/    

 

 

 

2:23 Jika kamu dalam ragu ragu tentang (Quran) yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad), maka perbuatlah olehmu satu surat seumpamanya, dan panggillah saksi2mu lain dari pada Allah, jika kamu orang yang benar.

 

2:24 Kalau tidak kamu perbuat dan takkan dapat kamu memperbuatnya, maka takutlah akan api neraka yang penyalaannya manusia dan batu-batu, disediakan untuk orang-orang kafir.

 

2:112 Ya, barang siapa yang telah Islam (menundukkan) mukanya kepada Allah, sedang ia berbuat baik, maka untuknya pahala di sisi Tuhannya; dan tak ada ketakutan atas mereka dan tiada mereka berduka cita.

 

2:195 Belanjakanlah ( hartamu ) pada jalan Allah dan janganlah kamu jatuhkan dirimu ke dalam kebinasaan dan berbuat baiklah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang orang berbuat baik.

 

2:280 Jika orang yang berhutang dalam kesempitan, tunggulah hingga waktu kelapangan dan kalau kamu sedekahkan, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.

 

4:114 Bukanlah suatu kebaikan dalam kebanyakkan bisikan bisikan mereka, kecuali orang yang menyuruh bersedekah atau dengan ma’ruf atau memperdamaikan antara manusia. Barang siapa memperbuat demikian, kerana menghendaki keredaan Allah, maka nanti akan Kami berikan kepadanya pahala yang besar.

 

6:162 Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku semuanya bagi Allah, Tuhan semesta alam.

 

9:120 Tidak patut bagi penduduk Madinah dan orang orang yang di kelilingnya, di antara orang orang Arab Badwi, bahawa mereka tinggal di belakang Rasul Allah (tiada pergi berperang) dan tiada pula patut, bahawa mereka sayang kepada diri mereka daripada diri Rasul itu. Demikian itu, disebabkan mereka, tiada ditimpa haus, tiada payah dan tiada pula kelaparan di jalan Allah dan tiada menginjak suatu tempat yang menimbulkan amarah orang orang kafir  dan tiada pula menderita sesuatu penderitaan dari musuh, melainkan semuanya itu dituliskan untuk mereka menjadi amal yang saleh. Sesungguhnya Allah tiada menyia nyiakan pahala orang orang yang berbuat kebajikan.

 

11:115 Hendaklah engkau sabar, kerana sesungguhnya Allah tiada menyia nyiakan pahala orang orang yang berbuat kebaikan.

 

17:23 Tuhanmu memerintahkan, supaya janganlah kamu sembah, kecuali Dia dan berbuat baiklah kepada ibu bapa. Jika seseorang di antara keduanya telah tua atau kedua duanya, janganlah engkau katakana “cis” kepada keduanya dan jangan pula engkau herdik keduanya dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang mulia (lemah lembut).

 

17:24 Rendahkanlah sayap kehinaan (berhina dirilah) kepada keduanya, kerana kasih sayang dan katakanlah: Ya Tuhanku! Kasihanilah keduanya sebagaimana keduanya telah mengasuhku ketika aku masih kecil.

 

17:79 Pada malam hari, hendaklah engkau bertahajud (berjaga untuk sembahyang malam) sebagai tambahan untuk engkau, mudah mudahan Tuhan mengangkat engkau ke tempat yang terpuji.

 

19:60 Kecuali orang yang taubat dan beriman lagi mengerjakan yang baik, mereka itu akan masuk syurga, sedang mereka tiada teraniaya sedikitpun.

 

19:61 (Iaitu), Syurga Aden yang dijanjikan oleh Yang Mahapengasih kepada hambaNya, dengan barang yang ghaib. Sungguh janjiNya akan datang.

 

19:62 Mereka tiada mendengarkan di sana omong kosong, kecuali (ucapan) selamat. Untuk mereka ada rezeki di dalamnya pada pagi dan petang.

 

19:63 Itulah Syurga yang akan Kami wariskan kepada orang yang taqwa di antara hamba hamba Kami.

 

20:82 Sesungguhnya Aku amat pengampun bagi orang yang taubat dan beriman serta mengerjakan yang baik baik, kemudian ia mendapat petunjuk.

 

20:112 Barang siapa mengerjakan yang baik baik sedang dia beriman, maka ia tiada takut akan teraniaya dan tiada pula akan terkurang haknya.

 

22:78 Berjuanglah kamu pada (agama) Allah dengan sebenar benar perjuangan. Dia telah memilih kamu dan tiada mengadakan kesempitan bagimu dalam agama, seperti agama bapamu Ibrahim. Dia (Allah) menamakan kamu orang Islam dari dahulu dan dalam ini (Quran), supaya rasul menjadi saksi terhadap kamu dan kamu menjadi saksi pula terhadap manusia. Maka dirikanlah sembahyang dan bayarkanlah zakat dan berpegang teguhlah kepada Allah. Dia wali kamu; Maka Dia sebaik baik wali dan sebaik baik penolong.

 

24:55 Allah telah menjanjikan bagi orang orang yang beriman di antara mu, dan mengerjakan yang baik baik, bahwa Allah akan mengangkat mereka jadi khalifah di muka bumi sebagaimana orang orang dahulu telah menjadi khalifah dan Allah akan menetapkan agama mereka (Islam) yang diridhaiNya untuk mereka dan akan mengganti ketakutan mereka dengan keamanan, Mereka menyembah aku dan tiada mempersekutukan Daku dengan suatu juapun. Barang siapa yang kafir sesudah itu, mereka itulah orang yang fasik.

 

29:8 Kami wasiatkan kepada manusia, supaya berbuat kebaikan kepada ibu bapanya. Jika keduanya (ibu bapa) memaksa engkau, supaya mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tiada engkau ketahui, maka janganlah engkau ikut keduanya. KepadaKu tempat kembalimu, lalu Kukhabarkan kepadamu apa apa yang telah kamu kerjakan.

 

31:14 Kami wasiatkan kepada manusia, terhadap ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan (menderita) kelemahan di atas kelemahan dan menceraikannya dari susuan dalam dua tahun (iaitu): Berterima kasihlah kepadaKu dan kepada ibu bapamu. KepadaKu tempat kembali.

 

31:17 Hai anakku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah orang (memperbuat) yang ma’ruf (yang baik) dan laranglah (memperbuat) yang mungkar (haram), serta sabarlah atas cobaan yang menimpa engkau. Sesungguhnya demikian itu pekerjaan yang dicita citakan.

 

32:16 Rusuk (lambung) mereka terjauh dari tempat berbaring ( kurang tidur malam hari ), sedang mereka memohon kepada Tuhannya dengan ketakutan dan harapan, dan mereka menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepadanya.

 

32:17 Seseorang tidak mengetahui, apa yang disembunyikan untuknya diantara bermacam macam kesenangan, sebagai balasan apa yang telah mereka amalkan.

 

32:18 Adakah orang yang beriman, sama dengan orang yang pasik? (Tentu) mereka tidak bersamaan.

 

32:19 Adapun orang orang yang beriman dan beramal salih, maka untuk mereka syurga tempat tinggalnya, sebagai perbekalan (dari Allah), sebab amalan yang telah mereka kerjakan.

 

35:29 Sesungguhnya orang-orang yang membaca kitab Allah (Quran), mendirikan sembahyang dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepadanya dengan bersembunyi atau berterang terang, adalah mereka mengharapkan suatu perniagaan yang tidak akan merugi.

 

35:30 Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambah mereka dengan kurniaNya. Sungguh Allah pengampun lagi berterima kasih. (Memberi nikmat dan pahala).

 

39:9 Adakah orang yang taat (patuh mengikut Allah) pada waktu malam, seraya sujud dan berdiri, lagi takut akan (siksa) akhirat, serta mengharapkan rahmat Tuhannya ( sama dengan orang yang durhaka)? Katakanlah; Adakah sama orang orang yang berilmu pengetahuan dengan orang orang yang tidak berilmu pengetahuan? (Tentu tidak). Hanya yang menerima peringatan ialah orang orang yang berakal.

 

39:10 Katakanlah: Hai hamba hambaKu yang beriman, takutlah kepada Tuhanmu! Untuk orang orang yang berbuat baik di dunia ini ada kebaikan pula. Dan bumi Allah itu luas. Orang orang yang sabar disempurnakan pahalanya tanpa terhitung.

 

39:11 Katakanlah: Sesungguhnya aku disuruh supaya aku menyembah Allah, serta mengikhlaskan agama bagiNya.

 

39:12 Dan aku disuruh pula, supaya aku orang yang mula mula Islam.

 

39:13 Katakanlah: Sesungguhnya aku takut akan siksa hari yang besar, jika aku mendurhakai Tuhanku.

 

39:14 Katakanlah: Hanya Allah aku sembah, serta mengikhlaskan agamaku bagiNya.

 

58:11 Hai orang orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu: Berlapang lapanglah kamu dalam majlis, maka hendaklah kamu berlapang lapang, niscaya Allah melapangkan untukmu. Dan apabila dikatakan Bangunlah (berdirilah) kamu, maka hendaklah kamu berdiri, niscaya Allah meninggikan orang orang yang beriman diantara kamu dan orang orang yang berilmu beberapa darjat. Allah Maha amat mengetahui apa apa yang kamu kerjakan.

 

74:6 Janganlah engkau memberikan (sesuatu) kerana hendak meminta lebih banyak (daripadanya).

 

.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.