Golongan Hampir / Golongan Kanan & Kiri
If you wish to know in English https://quran.com/
2:23 Jika kamu dalam ragu ragu tentang (Quran) yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad), maka perbuatlah olehmu satu surat seumpamanya, dan panggillah saksi2mu lain dari pada Allah, jika kamu orang yang benar.
2:24 Kalau tidak kamu perbuat dan takkan dapat kamu memperbuatnya, maka takutlah akan api neraka yang penyalaannya manusia dan batu-batu, disediakan untuk orang-orang kafir.
2:42 Dan janganlah kamu campurkan kebenaran dengan yang batil dan (jangan) kamu sembunyikan kebenaran itu, sedang kamu mengetahuinya.
2:46 (Yaitu) orang orang yang yakin, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan mereka akan kembali kepadaNya.
2:195 Belanjakanlah (hartamu) pada jalan Allah dan janganlah kamu jatuhkan dirimu ke dalam kebinasaan dan berbuat baiklah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang orang berbuat baik.
3:104 Hendaklah ada di antara kamu umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan maaruf (yang baik baik) dan melarang dari yang mungkar; dan mereka itulah yang menang.
3:138 (Quran) ini adalah keterangan untuk manusia, jadi petunjuk dan pengajaran bagi orang orang taqwa.
3:139 Janganlah kamu lemah dan jangan pula berdukacita, sedang kamu orang orang yang lebih tinggi jika kamu orang beriman.
4:13 Demikianlah batas batas (peraturan) Allah. Barang siapa mengikut (perintah) Allah dan rasulNya, niscaya Allah memasukkan dia ke dalam syurga yang mengalir air sungai di bawahnya, sedang mereka kekal di dalamnya. Dan itulah kemenangan yang besar.
4:103 Apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, hendaklah kamu ingat akan Allah waktu berdiri dan duduk dan berbaring. Apabila kamu telah aman (tiada berperang lagi), maka dirikanlah sembahyang (sebaik baiknya). Sesungguhnya sembahyang itu diperlukan atas orang2 mukmin pada waktunya.
7:26 Hai segala anak Adam; Sesungguhnya telah kami turunkan pakaian kepadamu untuk menutupi kemaluanmu, begitu pula pakaian perhiasan. Tetapi pakaian taqwa terlebih baik. Demikianlah ayat ayat Allah (tanda kekuasaanNya), mudah mudahan mereka menerima peringatan.
11:17 Adakah orang yang mendapat keterangan daripada Tuhannya dan diikuti oleh saksi dari Allah (Quran) dan sebelumnya ada kitab Musa (Taurat), menjadi ikutan dan rahmat (sama dengan orang yang tiada mendapat keterangan?). Mereka itu beriman kepadanya. Barang siapa yang ingkar akan dia, di antara beberapa golongan, maka nerakalah tempatnya. Sebab itu janganlah engkau dalam keraguan tentang Quran, sesungguhnya Quran itu sebenarnya daripada Tuhanmu, tetapi kebanyakan manusia tiada mau beriman.
12:23 Kemudian yang empunya rumah tempat tinggalnya (Zalikha) mengajak Yusuf berbuat jahat, lalu ditutupnya segala pintu, serta katanya: Marilah engkau! Jawab Yusuf: Berlindung aku kepada Allah, sesungguhnya suami kau tuan saya, telah membaikkan kedudukan saya (maka tak patut saya berkhianat kepadanya). Sesungguhnya tiada menang orang orang aniaya.
17:60 Ketika Kami berkata kepada engkau: Sesungguhnya Tuhanmu meliputi semua manusia. Kami tiada jadikan penglihatan (mimpi) yang Kami perlihatkan kepada engkau (ketika Israk), melainkan untuk cubaan bagi manusia dan (begitu juga) pohon kayu yang terkutuk dalam Quran, Kami pertakuti mereka itu, tetapi pertakut itu tiada menambah mereka, melainkan kedurhakaan yang besar.
17:79 Pada malam hari, hendaklah engkau bertahajud (berjaga untuk sembahyang malam) sebagai tambahan untuk engkau, mudah mudahan Tuhan mengangkat engkau ke tempat yang terpuji.
19:60 Kecuali orang yang taubat dan beriman lagi mengerjakan yang baik, mereka itu akan masuk syurga, sedang mereka tiada teraniaya sedikitpun.
19:61 (Iaitu), Syurga Aden yang dijanjikan oleh Yang Mahapengasih kepada hambaNya, dengan barang yang ghaib. Sungguh janjiNya akan datang.
19:62 Mereka tiada mendengarkan di sana omong kosong, kecuali (ucapan) selamat. Untuk mereka ada rezeki di dalamnya pada pagi dan petang.
19:63 Itulah Syurga yang akan Kami wariskan kepada orang yang taqwa di antara hamba hamba Kami.
23:57 Sesungguhnya, orang orang yang takut, kerana takut (akan azab) Tuhannya,
23:58 Dan orang orang yang percaya kepada ayat ayat Tuhannya,
23:59 Dan orang orang yang tiada mempersekutukan Tuhannya,
23:60 Dan orang orang yang memberikan apa apa yang telah diberikannya (sedekah, zakat dsbnya) sedang hati mereka itu takut, kerana mereka akan kembali kepada Tuhannya.
23:61 Mereka itulah orang orang yang bersegera membuat kebaikkan dan merekalah yang terdahulu (menang).
24:55 Allah telah menjanjikan bagi orang orang yang beriman di antara mu, dan mengerjakan yang baik baik, bahwa Allah akan mengangkat mereka jadi khalifah di muka bumi sebagaimana orang orang dahulu telah menjadi khalifah dan Allah akan menetapkan agama mereka (Islam) yang diridhaiNya untuk mereka dan akan mengganti ketakutan mereka dengan keamanan, Mereka menyembah aku dan tiada mempersekutukan Daku dengan suatu juapun. Barang siapa yang kafir sesudah itu, mereka itulah orang yang fasik.
25:63 Hamba hamba Yang Mahapengasih, ialah orang orang yang berjalan di muka bumi dengan tenang (tidak sombong), jika mereka dicela oleh orang orang jahil (jahat), mereka berkata: Selamat !
25:64 Dan orang orang yang pada malam hari bersujud dan sembahyang pada Tuhannya.
25:65 Dan orang orang yang berkata: Ya Tuhan kami, hindarkanlah siksa neraka daripada kami. Sungguh siksanya itu mesti menimpa (orang orang yang kafir).
25:67 Dan orang orang yang menafkahkan (hartanya) tanpa berlebih lebihan dan tiada pula kikir, melainkan pertengahan antara keduanya.
25:68 Dan orang orang yang tiada menyembah Tuhan yang lain bersama Allah, dan tiada pula membunuh manusia yang diharamkan Allah, kecuali dengan kebenaran dan tidak pula mereka berzina. Barang siapa yang memperbuat demikian, niscaya akan menemui dosa (siksa).
25:70 Kecuali orang yang taubat dan beriman lagi mengerjakan amal salih. Maka Allah akan mengganti kejahatan mereka dengan kebaikan. Allah Pengampun lagi Penyayang.
25:71 Barang siapa yang taubat dan beramal salih, maka sesungguhnya ia bertaubat kepada Allah sebenar benarnya taubat.
25:72 Dan orang orang yang tidak mau menjadi saksi palsu, jika mereka liwat dengan omong kosong, mereka lewat sebagai orang yang mulia.
25:73 Dan orang orang, jika mereka diberi peringatan dengan ayat ayat Tuhan, mereka tiada menerima dengan telinga pekak dan mata buta (malahan diturutnya).
25:74 Dan orang orang yang berkata: Ya Tuhan kami, berilah kami isteri isteri dan anak anak yang mengirangkan hati kami, dan jadikanlah kami imam (ikutan) bagi orang orang yang taqwa.
25:75 Orang orang yang tersebut itu akan diberi balasan dengan darjat yang tinggi (syurga) kerana mereka berhati sabar, dan mereka akan disambut dengan kehormatan dan keselamatan di dalamnya.
25:76 Mereka kekal di dalamnya. (Syurga itu) sebagus bagus tempat tetap dan tempat diam.
26:227 Kecuali orang2 yang beriman dan beramal salih, serta banyak mengingat Allah dan mereka beroleh kemenangan sesudah teraniaya. Nanti akan tahu orang2 yang aniaya, ke tempat mana mereka akan kembali.
27:2 Untuk petunjuk dan khabar gembira bagi orang2 yang beriman.
27:3 (Iaitu) orang orang yang mendirikan sembahyang dan membayarkan zakat, sedang mereka yakin akan adanya akhirat.
35:31 Yang Kami wahyukan kepadamu, iaitu kitab adalah kebenaran, membenarkan (kitab kitab) yang sebelumnya. Sesungguhnya Allah Mahamengetahui lagi Mahamelihat (segala hambaNya).
35:32 Kemudian Kami pusakakan kitab itu untuk orang orang yang Kami pilih di antara hamba hamba Kami. Di antara mereka ada yang aniaya kepada dirinya (tidak menurut isi kitab itu) dan di antaranya ada yang sederhana (menurut sekadar tenaganya) dan di antaranya ada yang maju (juara) memperbuat kebaikan dengan izin Allah. Itulah kurnia yang besar.
37:74 Kecuali hamba hamba Allah yang disucikan.
37:128 Kecuali hamba hamba Allah yang disucikan.
38:45 Ingatlah akan hamba hamba Kami Ibrahim, Ishak dan Yaqub, yang mempunyai kekuatan dan pemandangan.
38:46 Sesungguhnya Kami sucikan mereka dengan suatu kesucian, (iaitu) mengingat kampung (akhirat).
38:47 Sungguh mereka itu di sisi Kami, termasuk orang orang pilihan dan orang orang baik.
38:48 Ingatlah akan Ismail Ilyasa’ dan Zulkifli, masing masingnya termasuk orang orang yang baik.
38:49 Inilah peringatan nama baik mereka. Sesungguhnya untuk orang orang yang taqwa sebaik baik tempat kembali.
38:50 (Iaitu) syurga Aden yang dibukakan pintu pintunya untuk mereka.
38:51 Sedang mereka duduk bersandar di sana, sambil meminta buah buahan yang banyak dan minuman.
38:52 Disisi mereka ada (isteri isteri) yang rendah mata (bukan mata keranjang) lagi sebaya.
38:53 Inilah yang dijanjikan kepadamu pada hari berhisab (kiamat).
38:54 Sesungguhnya inilah rezeki Kami yang tidak habis habisnya.
49:13 Hai manusia, sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari laki laki dan perempuan (bapa dan ibu), dan Kami jadikan kamu berbangsa bangsa (bermacam macam umat) dan bersuku suku supaya kamu berkenal kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah, ialah orang yang lebih taqwa. Sungguh Allah Mahamengetahui lagi Maha amat mengetahui.
50:16 Sesungguhnya telah Kami jadikan manusia dan Kami ketahui apa apa yang diwas waskan (dibisikkan) oleh hatinya dan Kami lebih hampir kepadanya dari urat lehernya.
56:7 (Ketika itu) kamu ada tiga macam:
56:8 Golongan kanan, siapakah golongan kanan itu? (Orang orang mukmin yang diunjukkan buku amalannya dari sebelah kanannya).
56:9 Dan golongan kiri, siapakah golongan kiri itu? (Orang orang kafir yang diunjukkan buku amalannya dari sebelah kirinya).
56:10 Dan orang orang dahulu yang terdahulu (masuk Islam),
56:11 Mereka itu orang yang hampir di sisi Tuhan,
56:12 Dalam syurga kesenangan,
56:13 Mereka itu banyak di antara orang orang dahulu,
56:14 Dan sedikit di antara orang orang yang kemudian.
56:15 Mereka di atas dipan (peterana) yang bertatahkan (emas dan intan).
56:16 Sedang mereka bersandar di atasnya, berhadap hadapan,
56:17 Mereka dikelilingi (dilayani) oleh anak anak yang berkekalan,
56:18 Menghidangkan cangkir cangkir, kendi kendi dan gelas arak yang mengalir,
56:19 Mereka tiada pusing dan tidak pula mabuk, kerana minuman itu,
56:20 Dan buah buahan di antara apa apa yang mereka sukai,
56:21 Dan daging burung yang mereka ingini.
56:22 (Di samping) mereka itu ada bidadari,
56:23 Seperti mutiara yang tersimpan rapi
56:24 (Sebagai) balasan bagi amalan yang mereka kerjakan,
56:25 Mereka tiada mendengar di dalamnya omong kosong dan tidak pula yang mendosakan,
56:26 Melainkan ucapan: selamat, selamat!
56:27 Golongan kanan, siapakah golongan kanan itu?
56:28 Mereka dalam (kebun) pohon sidr yang tidak berduri,
56:29 Dan pohon pohon pisang yang tersusun,
56:30 Dan Naung yang terbentang,
56:31 Dan air yang mengalir terus
56:32 Dan buah buahan yang banyak,
56:33 Yang tidak putus putus dan tidak pula terlarang
56:34 Dan hamparan yang tinggi
56:35 Sesungguhnya Kami adakan ( untuk mereka ) bidadari bidadari dengan satu kejadian.
56:36 Lalu Kami jadikan mereka itu tetap perawan,
56:37 Cinta kepada suaminya, sebaya umurnya.
56:38 (Semuanya itu) untuk orang2 golongan kanan,
56:39 (Mereka itu) banyak di antara orang orang dahulu,
56:40 Dan banyak pula di antara orang orang yang kemudian.
56:41 Orang orang golongan kiri, siapakah orang orang golongan kiri itu?
56:42 (Mereka) dalam api yang panas dan air yang panas
56:43 Dan naungan asap yang hitam.
56:44 Yang tiada sejuk dan tiada pula baik.
56:45 Sesungguhnya mereka sebelum itu (dahulu) bersenang senang (bermewah mewah),
56:46 Dan mereka terus menerus (memperbuat) dosa yang besar.
56:47 Dan mereka itu berkata: Apabila kami telah mati dan telah menjadi tanah dan tulang tulang, adakah kami akan dibangkitkan kembali,
56:48 Dan manakah bapa bapa kami yang dahulu?
56:49 Katakanlah: Sesungguhnya orang orang dahulu dan orang orang kemudian,
56:50 Akan dihimpunkan pada waktu hari yang ditentukan,
56:57 Kami telah menjadikan kamu, maka mengapakah kamu tidak membenarkan (hari berbangkit itu)?
57:4 Dia yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari (enam masa yang tertentu). Kemudian Dia bersemayam di atas arasy. Dia mengetahui apa apa yang masuk ke dalam bumi dan apa apa yang keluar daripadanya dan apa apa yang turun dari langit dan apa apa yang naik kepadanya. Dia beserta kamu dimana kamu berada. Allah Mahamelihat apa apa yang kamu kerjakan.
64:17 Jika kamu meminjami Allah (berderma kepada orang orang miskin) dengan pinjaman yang baik, niscaya Allah melipatgandakan (balasannya) bagimu dan mengampuni kamu. Allah Penerima kasih (memberi pahala) lagi Penyantun.
73:20 Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui, bahwa engkau sembahyang malam hari, kurang dari dua pertiga malam dan ada yang seperduanya dan ada pula yang sepertiganya, bersama sama dengan segolongan orang orang yang bersama engkau. Allah menentukan kadar (waktu) malam dan siang. Dia mengetahui bahawa kamu tiada dapat mengghinggakannya (menentukan kadar malam itu), maka Allah menerima tobat mu, sebab itu bacalah apa apa yang mudah di antara Al Quran. Dia mengetahui bahwa akan ada di antara kamu orang orang yang sakit dan yang lain berjalan di muka bumi, mencari kurnia (rezeki) Allah dan yang lain berperang di jalan Allah. Sebab itu bacalah apa apa yang mudah di antaranya (Quran) dan dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat dan piutangilah Allah dengan piutang yang baik (berderma). Apa apa kebaikan yang kamu usahakan untuk dirimu, akan kamu peroleh di sisi Allah kebaikan pula dan pahala terbesar. Minta ampunlah kamu kepada Allah, sungguh Allah Pengampun lagi Penyayang.
74:6 Janganlah engkau memberikan (sesuatu) kerana hendak meminta lebih banyak (daripadanya).
74:39 Kecuali orang orang golongan kanan.
74:40 (Mereka itu) dalam syurga, sambil tanya bertanya,
76:5 Sesungguhnya orang orang baik akan meminum (arak) dari gelas, yang campurannya (air) kapur (nama tumbuh2an yang harum baunya).
76:6 Dari mata air, yang diminum oleh hamba hamba Allah (yang salih), mereka alirkan dia dengan aliran (kemana yang disukainya).
76:8 Dan mereka memberikan makanan yang dikasihinya kepada orang miskin, anak yatim dan orang tawanan.
76:10 Sesungguhnya kami takut dari pada Tuhan kami akan hari, (pada masa itu) orang orang bermuka masam sesangat sangat masamnya.
76:11 Kemudian Allah memeliharakan mereka dari kejahatan pada hari itu, dan menganugerahi mereka (muka) yang berseri seri dan (hati) yang gembira.
76:12 Dia membalasi mereka, kerana mereka sabar, dengan syurga dan pakaian sutera,
76:13 Sedang mereka duduk di sana di atas dipan yang indah. Mereka tiada melihat di dalamnya matahari (yang memanaskan) dan tidak pula sangat dingin.
76:14 Naung (pohon pohonnya) hampir kepada mereka dan buah buahannya mudah memetiknya, semudah mudahnya.
76:15 Diedarkan kepada mereka bejana dari perak dan gelas gelas dari botol botol,
76:16 (Iaitu) botol botol dari perak, mereka aturkan menurut kadarnya.
76:17 Dan mereka diberi minum di dalamnya dengan arak, campurannya adalah sepedas (jahe).
76:18 Dari mata air di dalamnya dinamai Salsabila.
76:19 Beredar keliling mereka beberapa anak anak yang kekal, apabila engkau melihat mereka, niscaya engkau kira mereka itu mutiara yang bertebaran.
76:20 Apabila engkau lihat di sana, niscaya engkau lihat nikmat dan kerajaan yang besar.
76:21 Di atas (badan) mereka kain sutera halus yang hijau dan kain sutera yang tebal. Dan dihiasi (tangan) mereka dengan gelang gelang dari perak dan Tuhan mereka memberi minuman mereka dengan minuman yang suci.
76:22 Sesungguhnya ini adalah balasan untukmu dan usaha kamu diterima dengan baik.
87:14 Sesungguhnya menanglah orang yang suci (hati),
87:15 Dan menyebut nama Tuhannya serta bersembahyang.
87:16 Tetapi kamu mengutamakan hidup di dunia.
87:17 Sedang akhirat itu lebih baik dan lebih kekal.
87:18 Sesungguhnya (ayat ayat) ini (sudah termaktub) dalam kitab kitab dahulu.
87:19 (iaitu) kitab kitab Ibrahim dan Musa.
90:4 Sesungguhnya Kami menciptakan manusia padahal ia dalam kesusahan.
90:10 Dan Kami tunjukkan kepadanya dua buah jalan, (jalan yang baik dan jalan yang buruk).
90:11 Tetapi manusia tidak mau menempuh kesulitan, (mengerjakan yang berat).
90:12 Tahukah engkau, apakah kesulitan itu?
90:13 (Ialah) memerdekakan budak,
90:14 Atau memberi makan pada hari kelaparan,
90:15 Kepada anak yatim yang berkarib,
90:16 Atau orang miskin yang telah tidur di tanah (sangat miskin).
90:17 Kemudian ia (orang yang mengerjakan demikian itu) tergolong orang orang yang beriman dan berwasiat dengan sabar dan berwasiat dengan berkasih sayang.
90:18 Mereka itulah golongan kanan (ahli syurga).
90:19 Orang orang yang kafir (tak percaya) kepada ayat ayat Kami, mereka itulah golongan kiri.
90:20 Api neraka akan ditutupkan atas mereka itu.
96:19 Sekali kali janganlah begitu, janganlah engkau ikut orang yang bersalah itu dan sujudlah (kepada Allah) dan berhampir dirilah (kepadaNya).
98:7 Sesungguhnya orang orang yang beriman dan beramal salih, mereka itulah, manusia yang sebaik baiknya.
98:8 Balasan untuk mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Aden, yang mengalir air sungai di bawahnya, sedang mereka kekal di dalamnya selama lamanya. Allah redho kepada mereka dan mereka redho kepadaNya. (Syurga) Itu untuk orang orang yang takut kepada Tuhannya.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.