Buat Baik Pada Ibu bapa
If you wish to know in English https://quran.com/
2:23 Jika kamu dalam ragu ragu tentang (Quran) yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad), maka perbuatlah olehmu satu surat seumpamanya, dan panggillah saksi2mu lain dari pada Allah, jika kamu orang yang benar.
2:24 Kalau tidak kamu perbuat dan takkan dapat kamu memperbuatnya, maka takutlah akan api neraka yang penyalaannya manusia dan batu-batu, disediakan untuk orang-orang kafir.
2:83 Ketika Kami ambil janji Bani Israil, bahawa tidak boleh kamu sembah, selain Allah dan berbuat baik kepada ibu bapa, karib kirabat, anak anak yatim dan orang orang miskin; dan katakanlah kepada manusia perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat, kemudian kamu berpaling (tiada menurut perintah itu), kecuali sedikit di antara mu, sedang kamu tetap berpaling.
2:112 Ya, barang siapa yang telah Islam (menundukkan) mukanya kepada Allah, sedang ia berbuat baik, maka untuknya pahala di sisi Tuhannya; dan tak ada ketakutan atas mereka dan tiada mereka berduka cita.
2:195 Belanjakanlah ( hartamu ) pada jalan Allah dan janganlah kamu jatuhkan dirimu ke dalam kebinasaan dan berbuat baiklah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang orang berbuat baik.
2:215 Mereka bertanya kepada engkau, apakah yang akan mereka nafkahkan? Katakanlah : Apa2 yang kamu nafkahkan dari harta, maka untuk dua orang ibu bapa, karib kerabat, anak2 yatim, orang2 miskin dan orang orang berjalan. Apa2 yang kamu perbuat diantara kebaikan, maka sesungguhnya Allah Maha mengetahuinya.
4:36 Kamu sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan suatupun dan berbuat baiklah kepada ibu bapa, karib kerabat, anak2 yatim, orang2 miskin, tetangga yang karib dan tetangga yang bukan karib, teman sejawat, orang musafir dan kepada hamba sahaya kamu. Sesungguhnya Allah tiada mengasihi orang yang sombong dan bermegah megahan.
6:151 Katakanlah: Marilah kamu, aku bacakan apa apa yang diharamkan Tuhanmu atas kamu, (iaitu) janganlah kamu mempersekutukan Allah dengan sesuatupun, dan berbuat baiklah kepada ibu bapa; dan janganlah kamu bunuh anak2mu kerana takut kemiskinan. Kami memberi rezeki kamu dan mereka dan janganlah kamu hampiri perbuatan yang keji, baik yang lahir atau yang batin; dan janganlah kamu bunuh orang yang diharamkan Allah, kecuali dengan hak. Demikianlah Allah berwasiat kepadamu, mudah mudahan kamu memikirkannya.
6:162 Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku semuanya bagi Allah, Tuhan semesta alam.
17:23 Tuhanmu memerintahkan, supaya janganlah kamu sembah, kecuali Dia dan berbuat baiklah kepada ibu bapa. Jika seseorang di antara keduanya telah tua atau kedua duanya, janganlah engkau katakana “cis” kepada keduanya dan jangan pula engkau herdik keduanya dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang mulia (lemah lembut).
17:24 Rendahkanlah sayap kehinaan (berhina dirilah) kepada keduanya, kerana kasih sayang dan katakanlah: Ya Tuhanku! Kasihanilah keduanya sebagaimana keduanya telah mengasuhku ketika aku masih kecil.
17:79 Pada malam hari, hendaklah engkau bertahajud (berjaga untuk sembahyang malam) sebagai tambahan untuk engkau, mudah mudahan Tuhan mengangkat engkau ke tempat yang terpuji.
20:82 Sesungguhnya Aku amat pengampun bagi orang yang taubat dan beriman serta mengerjakan yang baik baik, kemudian ia mendapat petunjuk.
20:112 Barang siapa mengerjakan yang baik baik sedang dia beriman, maka ia tiada takut akan teraniaya dan tiada pula akan terkurang haknya.
24:55 Allah telah menjanjikan bagi orang orang yang beriman di antara mu, dan mengerjakan yang baik baik, bahwa Allah akan mengangkat mereka jadi khalifah di muka bumi sebagaimana orang orang dahulu telah menjadi khalifah dan Allah akan menetapkan agama mereka (Islam) yang diridhaiNya untuk mereka dan akan mengganti ketakutan mereka dengan keamanan, Mereka menyembah aku dan tiada mempersekutukan Daku dengan suatu juapun. Barang siapa yang kafir sesudah itu, mereka itulah orang yang fasik.
28:77 Hendaklah tuntut kampung akhirat dengan (kekayaan) yang diberikan Allah kepada engkau dan janganlah engkau lupakan bahagian (nasib) engkau dari dunia, dan berbuat baiklah (kepada manusia), sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada engkau dan janganlah engkau berbuat bencana di muka bumi. Sesungguhnya Allah tiada mengasihi orang2 yang memperbuat bencana itu.
29:8 Kami wasiatkan kepada manusia, supaya berbuat kebaikan kepada ibu bapanya. Jika keduanya (ibu bapa) memaksa engkau, supaya mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tiada engkau ketahui, maka janganlah engkau ikut keduanya. KepadaKu tempat kembalimu, lalu Kukhabarkan kepadamu apa apa yang telah kamu kerjakan.
31:14 Kami wasiatkan kepada manusia, terhadap ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan (menderita) kelemahan di atas kelemahan dan menceraikannya dari susuan dalam dua tahun (iaitu): Berterima kasihlah kepadaKu dan kepada ibu bapamu. KepadaKu tempat kembali.
39:9 Adakah orang yang taat (patuh mengikut Allah) pada waktu malam, seraya sujud dan berdiri, lagi takut akan (siksa) akhirat, serta mengharapkan rahmat Tuhannya ( sama dengan orang yang durhaka)? Katakanlah; Adakah sama orang orang yang berilmu pengetahuan dengan orang orang yang tidak berilmu pengetahuan? (Tentu tidak). Hanya yang menerima peringatan ialah orang orang yang berakal.
39:10 Katakanlah: Hai hamba hambaKu yang beriman, takutlah kepada Tuhanmu! Untuk orang orang yang berbuat baik di dunia ini ada kebaikan pula. Dan bumi Allah itu luas. Orang orang yang sabar disempurnakan pahalanya tanpa terhitung.
39:11 Katakanlah: Sesungguhnya aku disuruh supaya aku menyembah Allah, serta mengikhlaskan agama bagiNya.
39:12 Dan aku disuruh pula, supaya aku orang yang mula mula Islam.
39:13 Katakanlah: Sesungguhnya aku takut akan siksa hari yang besar, jika aku mendurhakai Tuhanku.
39:14 Katakanlah: Hanya Allah aku sembah, serta mengikhlaskan agamaku bagiNya.
46:12 Dan sebelum Quran, ada kitab Musa (Taurat), jadi ikutan dan rahmat. (Quran) ini kitab yang membenarkan (kitab kitab dahulu itu) dalam bahasa Arab, untuk memberi peringatan kepada orang orang yang aniaya, dan memberi khabar gembira bagi orang orang yang berbuat baik.
46:13 Sesungguhnya orang2 yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka berlaku lurus, maka tiadalah mereka takut dan tiada pula berdukacita.
46:15 Kami wasiatkan kepada manusia, supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula. Masa mengandungnya sampai menceraikannya dari susuan, tiga puluh bulan lamanya. Sehingga bila ia sampai dewasa dan sampai (umurnya) empat puluh tahun, ia berkata: Ya Tuhanku, taufiqkanlah aku (tunjukilah hatiku) buat mensyukuri nikmat Engkau, yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan supaya aku kerjakan amalan salih yang Engkau sukai dan perbaikilah bagiku anak anak cucuku (keturunanku). Sungguh aku bertaubat kepadaMu dan aku termasuk orang orang Islam.
46:17 Orang yang berkata kepada ibu bapanya: Cis kamu berdua, adakah kamu janjikan kepadaku, bahawa aku akan dikeluarkan (dari dalam kubur), sesungguhnya telah lalu beberapa umat sebelumku? Lalu keduanya meminta tolong kepada Allah, (katanya): Celakalah engkau (hai anakku), berimanlah, sungguh janji Allah sebenarnya. Lalu anaknya berkata: Ini tidak lain, hanya dongeng dongeng orang orang dahulu.
46:18 Mereka itulah orang orang yang telah berhak perkataan (siksa) untuk mereka, serta termasuk umat umat yang telah lalu sebelum mereka, iaitu di antara jin dan manusia. Sungguh mereka itu orang merugi.
46:19 Untuk masing masing mereka ada beberapa darjat (tingkat) menurut amalan yang telah mereka amalkan, dan supaya Allah menyempurnakan (balasan) amalan mereka, sedang mereka itu tiada teraniaya.
46:20 Pada hari dihadapkan orang2 yang kafir ke dalam neraka (lalu dikatakan kepadanya): Adakah kamu sia siakan kesenanganmu waktu hidupmu di dunia dan kamu telah bersukaria dengan dia, maka pada hari ini kamu dibalas dengan siksa kehinaan, kerana kamu takbur di muka bumi, tanpa kebenaran dan kerana kamu pasik.
74:6 Janganlah engkau memberikan (sesuatu) kerana hendak meminta lebih banyak (daripadanya).
92:5 Adapun orang yang memberi dan taqwa,
92:6 Dan membenarkan adanya kebajikan,
92:7 Maka akan Kami mudahkan baginya jalan yang mudah.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.