Total Pageviews

Tuesday, 15 September 2020

Simplified it, Make it simple.

 

Permudahkanlah Urusan manusia

 


 

If you wish to know in English   https://quran.com/    

 

4:28 Allah menghendaki supaya meringankan bagimu (peraturan agama), kerana manusia itu dijadikan dalam keadaan lemah.

 

5:32 Oleh sebab itulah, Kami tetapkan atas Bani Israel, bahawa sesungguhnya, siapa membunuh seorang manusia, yang bukan membunuh orang atau bukan berbuat bencana di muka bumi, maka seolah olah ia telah membunuh manusia semuanya. Barang siapa menghidupkan seorang manusia, maka seolah olah ia telah menghidupkan manusia sekaliannya. Sesungguhnya telah datang kepada mereka beberapa orang rasul Kami dengan membawa keterangan, kemudian kebanyakkan mereka selepas itu melampaui batas di muka bumi.

 

31:17 Hai anakku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah orang (memperbuat) yang ma’ruf (yang baik) dan laranglah (memperbuat) yang mungkar (haram), serta sabarlah atas cobaan yang menimpa engkau. Sesungguhnya demikian itu pekerjaan yang dicita citakan.

 

32:13 Jikalau Kami kehendaki, niscaya Kami berikan petunjuk kepada tiap2 orang, tetapi telah tetaplah perkataanKu, bahawa akan Kupenuhkan neraka jahanam dengan jin dan manusia sekaliannya.

 

32:15 Hanya yang beriman kepada ayat ayat Kami ialah orang orang, bila mereka diberi peringatan dengan ayat ayat itu, mereka meniarap sujud dan mereka tasbih serta memuji Tuhannya, sedang mereka tiada sombong.

 

32:16 Rusuk (lambung) mereka terjauh dari tempat berbaring ( kurang tidur malam hari ), sedang mereka memohon kepada Tuhannya dengan ketakutan dan harapan, dan mereka menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepadanya.

 

32:17 Seseorang tidak mengetahui, apa yang disembunyikan untuknya diantara bermacam macam kesenangan, sebagai balasan apa yang telah mereka amalkan.

 

32:18 Adakah orang yang beriman, sama dengan orang yang pasik? (Tentu) mereka tidak bersamaan.

 

32:19 Adapun orang orang yang beriman dan beramal salih, maka untuk mereka syurga tempat tinggalnya, sebagai perbekalan (dari Allah), sebab amalan yang telah mereka kerjakan.

 

58:11 Hai orang orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu: Berlapang lapanglah kamu dalam majlis, maka hendaklah kamu berlapang lapang, niscaya Allah melapangkan untukmu. Dan apabila dikatakan Bangunlah (berdirilah) kamu, maka hendaklah kamu berdiri, niscaya Allah meninggikan orang orang yang beriman diantara kamu dan orang orang yang berilmu beberapa darjat. Allah Maha amat mengetahui apa apa yang kamu kerjakan.

 

60:10 Hai orang orang yang beriman, apabila datang kepadamu perempuan perempuan Mukminat hendak berhijrah (pindah dari Makkah ke Madinah), maka hendaklah kamu uji mereka itu, (Apa sebenarnya mereka betul beriman atau tidak)? Allah lebih mengetahui keimanan mereka. Kalau kamu ketahui bahwa mereka (sebenarnya) Mukminat, maka janganlah kamu kembalikan mereka kepada (suami suami mereka) orang orang kafir itu, Mereka tidak halal bagi laki laki yang kafir itu dan tidak pula laki laki yang kafir itu halal bagi mereka. Dan berikanlah kepada suami mereka yang kafir itu (emas kawin) yang telah diberikannya kepada mereka. Tiadalah kamu berdosa mengahwini mereka, bila kamu berikan emas kahwinnya. Janganlah kamu pegang perhubungan (nikah) perempuan perempuan yang kafir (bahkan ceraikanlah mereka itu), dan mintalah (emas kahwin) yang telah kamu berikan kepadanya dan mereka hendaklah meminta pula (emas kahwin) yang telah mereka berikan. Itulah hukum (peraturan) Allah. Dia menghukum antara kamu dan Allah Mahamengetahui lagi Maha bijaksana.

 

74:6 Janganlah engkau memberikan (sesuatu) kerana hendak meminta lebih banyak (daripadanya).

 

 

 

.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.