Qarun
If you wish to know in English https://quran.com/
28:76 Sesungguhnya Qarun adalah salah seorang dari kaum Musa (bangsa Israil), kemudian ia aniaya kepada bangsanya. Telah Kami berikan kepadanya harta benda yang banyak, sehingga anak anak kunci gudang2nya amat berat dipikul oleh orang banyak yang kuat kuat. Ketika kaumnya berkata kepadanya: Janganlah engkau terlalu bersuka ria, kerana Allah tidak mengasihi orang2 yang sangat bersuka ria itu.
28:77 Hendaklah tuntut kampung akhirat dengan (kekayaan) yang diberikan Allah kepada engkau dan janganlah engkau lupakan bahagian (nasib) engkau dari dunia, dan berbuat baiklah (kepada manusia), sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada engkau dan janganlah engkau berbuat bencana di muka bumi. Sesungguhnya Allah tiada mengasihi orang2 yang memperbuat bencana itu.
28:78 Qarun berkata: Aku memperoleh harta benda itu, adalah dengan ilmu pengetahuanku sendiri. Tiadakah ia tahu, bahawa Allah telah membinasakan di antara umat umat yang sebelumnya orang2 yang sangat kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan (harta). Tiada (perlu) diperiksa orang2 yang berdosa tentang dosa2 yang diperbuatnya, (kerana telah maklum oleh Allah).
28:79 Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan (memakai) perhiasannya. Berkata orang2 yang mengkehendaki hidup di dunia: Hai kiranya, untuk kami seumpama (kekayaan) yang didapati Qarun itu, sungguh dia mempunyai untung yang besar.
28:80 Berkata orang2 yang berilmu pengetahuan: Celakalah kamu, pahala Allah terlebih baik untuk orang yang beriman dan beramal salih, tetapi tiadalah yang memperolehnya, melainkan orang2 yang sabar.
28:81 Kemudian Kami benamkan Qarun itu, beserta rumah tangganya ke dalam bumi. Maka tak adalah satu kaum yang menolongnya, selain daripada Allah, sedang dia tidak mendapat pertolongan.
28:82 orang2 yang bercita cita kelmarin, supaya setempat dengan Qarun berkata: Ajaib seolah olah Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya di antara hamba hambaNya dan menyempitkannya. Jikalau tiadalah Allah memberi kurnia kepada kami, niscaya Allah membenamkan kami pula. Ajaib kerana sesungguhnya tiada menang orang2 kafir itu.
29:39 Dan (telah Kami binasakan pula) Qarun, Firaun dan Haman. Sesungguhnya telah datang Musa kepada mereka, dengan (membawa) keterangan keterangan, lalu mereka menyombongkan diri di muka bumi, sedang mereka tidak akan terdahulu (terlepas dari siksa Kami).
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.