Total Pageviews

Tuesday, 15 September 2020

Habil & Qabil

 

Habil & Qabil

 

 

5:27 Bacakanlah (ya Muhammad) kepada mereka itu perkhabaran dua orang anak Adam, (Habil dan Qabil) dengan sebenarnya, ketika keduanya berkorban dengan satu pengorbanan, lalu diterima korban itu dari salah seorang keduanya (Habil) dan tiada diterima dari yang lain (Qabil). Berkata ia (Qabil): Demi, akan kubunuh engkau. Berkata Habil: Hanya Allah menerima korban dari orang orang yang taqwa.

 

5:28 Demi, jika engkau memukulku dengan tanganmu, kerana hendak membunuhku, niscaya aku tiada akan memukul engkau dengan tanganku hendak membunuhmu, sesungguhnya aku takut akan Allah, Tuhan semesta alam.

 

5:29 Sesungguhnya aku menghendaki, supaya engkau kembali dengan membawa dosaku dan dosamu, lalu engkau termasuk orang orang penghuni neraka. Itulah balasan orang orang aniaya.

 

5:30 Kemudian hawa nafsu Qabil hendak membunuh saudaranya (Habil), lalu dibunuhnya, maka adalah ia termasuk orang orang yang merugi.

 

5:31 Kemudian Allah mengirim seekor burung gagak yang melubangi tanah (dengan paruhnya dan kakinya), supaya diperlihatkannya kepada Qabil bagaimana ia menguburkan mayat saudaranya. Berkata ia (Qabil): Amat celakalah aku ini, apa lemahkah aku memperbuat seumpama perbuatan gagak ini untuk menguburkan mayat saudaraku. Maka ia termasuk orang orang yang menyesal.

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.