Hati
hati makan ubat beracun
PRODUK-PRODUK
YANG DICEMARI DENGAN BAHAN RACUN BERJADUAL, UBAT UBAT BARAT DAN BAHAN TERKAWAL
YANG TIDAK DIISYTIHARKAN
Produk-produk yang
tersenarai di dalam buku ini adalah produk-produk yang dilarang penggunaannya
di Negara Brunei Darussalam disebabkan ianya didapati dicemari dengan bahan
racun berjadual, ubat barat atau bahan terkawal yang tidak diisytiharkan.
Kementerian Kesihatan tidak
pernah mengeluarkan kebenaran ke atas pengimportan dan penjualan produk-produk
tersebut. Sehubungan dengan pencemaran ini, produk-produk berkenaan adalah
dilarang untuk diimport, dijual dan digunakan di negara ini.
Orang ramai yang terlibat
dalam penjualan produk-produk tersebut (termasuk penjualan secara online
seperti melalui Facebook dan sebagainya) adalah diingatkan bahawa ianya adalah
menjadi satu kesalahan di bawah Akta Racun 1956 untuk menjual mana-mana produk
yang mengandungi bahan yang dikawal di bawah Akta berkenaan dan boleh dikenakan
denda sebanyak $ 8,000 atau penjara enam bulan, jika didapati bersalah.
Tambahan pula, jika seseorang melakukan sesuatu di atas kecuaiannya sendiri
yang membahayakan atau mungkin membahayakan nyawa manusia, jika dia dapati
bersalah, akan didenda sebanyak $ 16,000 dan duabelas (12) bulan penjara.
Orang ramai yang telah
membeli atau memakan produk-produk tersebut adalah dinasihatkan untuk
memberhentikan pengambilannya dengan serta merta. Jika mereka mengalami kesan
advers dan merasa tidak sihat selepas memakan produk-produk berkenaan,
hendaklah berjumpa doktor dengan segera.
Kementerian Kesihatan juga
ingin memohon kerjasama dari orang ramai untuk melaporkan kepada Bahagian
Penguatkuasaan Farmasi jika mendapati produk-produk berkenaan masih dipasarkan
di negara ini.
Untuk senarai yang terkini
bolehlah menghubungi Bahagian Penguatkuasaan Farmasi atau menyemak laman web
Kementerian Kesihatan Brunei Darussalam. Senarai produk-produk ini akan
sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa.
Untuk maklumat lanjut atau
senarai yang terkini, orang ramai boleh menyemak laman web Kementerian
Kesihatan Negara Brunei Darussalam atau menghubungi Bahagian Penguatkuasaan
Farmasi melalui talian telefon 2393298 sambungan 208, menghantar emel kepada
pharmacy.enforcement@moh.gov.bn atau berjumpa terus Pegawai Penguatkuasaan
Farmasi di Tingkat 1, Bangunan Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Simpang 433,
Lebuhraya Rimba, Kg Madaras, Negara Brunei Darussalam.
Bahan-bahan
pencemar yang sering didapati dalam produk-produk kesihatan
Bahan-bahan pencemar yang
didapati di dalam produk-produk kesihatan yang dilarang boleh menyebabkan
kesan-kesan mudarat yang membahayakan kesihatan.Berikut adalah sebahagian
daripada bahan-bahan pencemar yang sering di kesan di dalam produk-produk kesihatan.
Acetaminophen
/ Paracetamol
Acetaminophen adalah juga
dikenali sebagai Paracetamol. Ia boleh diambil untuk rawatansendiri
(self-medication) tetapi apabila perubatan tradisional tidak diisytiharkan
mengandungi acetaminophen/paracetamol, pengambilannya yang berlebihan tanpa
disedari boleh membawa kepada kerosakan hati, kegagalan buah pinggang, koma dan
akhirnya kematian.
Aminopyrine
Atau Dipyrone
Aminopyrine atau Dipyrone
adalah bahan untuk ubat penahan sakit (pain killers) yang mempunyai risiko
tinggi dalam menyebabkan penyakit darah yang serius. Ini juga mengakibatkan
sistem imunisasi badan berkurangan dan seterusnya menyebabkan jangkitan teruk
dan boleh membawa maut.
Azaleic
Acid
Produk yang mengandungi
azelaic acid adalah digunakan untuk merawat masalah jerawat dan rosacea dan
juga adalah dilarang sebagai bahan di dalam produk kosmetik. Produk yang
mengandungi azelaic acid hanya boleh digunakan di bawah pengawasan doktor.
Penggunaan azelaic acid tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang
disapu akan mengalami rasa terbakar, pedih, kering, mengelupas dan kemerahan.
Bisacodyl
Bisacodyl adalah ubat yang
dimakan untuk merawat sembelit.Penggunaannya tanpa pengawasan boleh menyebabkan
kekejangan perut, merasa mual, muntah-muntah, ciritbirit dan hypokalaemia
(tahap potassium yang rendah).
Chlorpheniramine
Chlorpheniramine adalah ubat
dalam kategori anti-histamine. Penggunaanya tanpa pengawasan boleh menyebabkan
kesan-kesan advers seperti pening, tekanan darah menurun, denyutan jantung yang
tidak menentu, kekeliruan, kemurungan dan sawan adalah antara yang boleh
terhasil dari penggunaan chlorpheniramine.
Cyproheptadine
Cyproheptadine digunakan
untuk melegakan gejala-gejala alahan yang mana ianya mempunyai beberapa kesan
advers termasuk merasa mengantuk, kelemahan otot, tekanan darah menurun, kabur
penglihatan, kemurungan, meningkat selera makan dan menambah berat badan.
Dexamethasone
Dan Prednisone
Dexamethasone dan Prednisone
adalah kortokosteroid yang mana penggunaannya secara berpanjangan tanpa
pengawasan boleh menyebabkan peningkatan paras glukosa dalam darah yang
mengakibatkan kencing manis, tekanan darah tinggi, katarak, penyakit otot dan
tulang, serta meningkatkan risiko jangkitan yang teruk.
Penggunaan kortikosteroid dalam
jangka panjang juga boleh mengakibatkan Cushing’s syndrome yang mana dicirikan
dengan muka bulat atau moon face, serta kegemukkan pada bahagian badan dengan
anggota tangan dan kaki yang kecil.
Pengambilan dos steroid yang
tinggi dalam tempoh yang lama menyebabkan pengguna mengalami gejala keletihan,
sakit otot dan sendi, demam, kadar gula dalam darah rendah, tekanan darah
rendah dan dehidrasi.
Hydroquinone
Hydroquinone adalah bahan
yang lazimnya digunakan untuk merawat penyakit kulit. Bahan ini adalah dikawal
di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik), 2007 di mana Hydroquinone adalah
dilarang dalam produk kosmetik yang digunakan bagi penjagaan kulit.
Penggunaan hydroquinone
tanpa pengawasan boleh menyebabkan hipersensitiviti pada kulit, perubahan kepada
warna kulit yang menyebabkan kulit secara beransur-ansur menjadi kehitaman, dan
meningkatnya risiko kanser kulit.
Lidocaine
Lidocaine adalah sejenis
anaesthesia (ubat bius) yang mana kesan sampingannya adalah pening, kebas,
kekeliruan, masalah pernafasan, tekanan darah menurun, degupan jantung yang
perlahan dan hipersensitiviti.
Mercury
Tahap mercury yang tinggi
atau pendedahan yang kerap boleh meyebabkan kulit kebas, sakit kepala, ruam,
perubahan warna kulit serta kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Anak
damit dan kanak-kanak kecil boleh terdedah dengan kesan sampingan penggunaan
mercury; yang boleh menggangu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil
atau anak damit yang belum dilahirkan.
Phenolphthalein
Phenolphthalein adalah
sejenis bahan yang pernah digunakan dalam rawatan sembelit akan tetapi
penggunaannya sekarang telah dilarang kerana ianya boleh mengakibatkan barah.
Penggunaan berpanjangan boleh mengakibatkan cirit-birit serta kehilangan air
dan mineral dari badan secara berlebihan.
Phenobarbital
Phenobarbital adalah sejenis
barbiturate yang digunakan untuk mengawal penyakit sawan. Pengambilan
phenobarbital tanpa pengawasan boleh menyebabkan kesan advers yang serius
seperti tekanan darah yang rendah, ataxia, gangguan pada tingkah laku, cepat
meradang, kemurungan, kelesuan, halusinasi, alahan pada kulit, hiperaktif
terutamanya pada kanak-kanak dan orang tua.
Phenylbutazone,
Piroxicam Dan Diclofenac
Penggunaan Phenylbutazone,
Piroxicam dan Diclofenac tanpa pengawasan boleh menyebabkan ulser peptik,
pendarahan gastro-usus, loya, muntah-muntah, ruam kulit, kabur penglihatan,
edema, penyakit kuning dan kegagalan buah pinggang. Phenylbutazone juga sering
dikaitkan dengan kesan sampingan yang teruk seperti penyakit darah yang serius.
Salicylic
Acid
Salicylic Acid adalah bahan
yang boleh digunakan dalam produk kosmetik tetapi dalam had dan kondisi yang
dibenarkan seperti yang ditetapkan didalam Perintah Ubat (Produk Kosmetik).
Penggunaan produk yang mengandungi salicylic acid dengan tahap yang tinggi
boleh mengakibatkan kulit terasa gatal, kering dan merah.
Sibutramine
Sibutramine adalah agen
pelangsing badan yang tidak lagi disarankan penggunaannya dalam rawatan obesiti
kerana kesannya yang boleh memudaratkan jantung dan hati. Pengambilan
sibutramine juga boleh menyebabkan kesan advers yang serius seperti tekanan
darah tinggi, denyutan jantung yang tidak menentu dan sukar untuk tidur; dan
dalam kes-kes yang paling teruk, ianya boleh menyebabkan kerosakan pada buah
pinggang dan hati.
Sildenafil,
Tadalafil dan Vardanafil
Sildenafil, Tadalafil atau
Vardanafil adalah ubat yang digunakan untuk merawat mati pucuk yang mana
pengambilannya memerlukan preskripsi doktor. Antara kesan-kesan sampingan
apabila memakan ubat-ubat tersebut ialah merasa mual, muntah-muntah, muka
kemerahan dan pening. Dalam kes-kes yang teruk, ia juga boleh menyebabkan
peningkatan yang luar biasa dalam degupan jantung, kehilangan pendengaran
secara tiba-tiba dan sawan.
Simvastatin
Simvastatin adalah merupakan
sejenis ubat yang digunakan untuk menurunkan paras kolesterol dalam darah.
Pengambilan simvastatin tanpa pengawasan boleh menyebabkan kesan sampingan
seperti sakit kepala, loya, sembelit, gatal/ruam, keletihan, gangguan tidur, tekanan,
gangguan pada fungsi normal hati, sakit pada otot dan pada kes yang jarang
berlaku, ianya juga boleh menyebabkan pecahan pada tisu-tisu otot yang boleh
membawa kepada kerosakan pada buah pinggang.
Spirinolactone
Spironolactone adalah
sejenis diuretik potassium-sparing yang digunakan untuk merawat tekanan darah
tinggi, kegagalan jantung kengesif dan lebihan kandungan air dalam badan.
Penggunaan spironolactone tanpa pengawasan boleh menyebabkan kesan sampingan
seperti kerosakan pada hati, kekeliruan, pening, loya-loya, keletihan, gangguan
pada kitaran haid, paras potasium yang meningkat dalam darah yang menyebabkan
degupan jantung tidak menentu dan ruam pada kulit hingga menyebabkan
kemerah-merahan dan melepuh pada bahagian lain badan (dinamakan sebagai sindrom
Stevens-Johnson).
Theophylline
Theophylline adalah ubat
yang digunakan dalam rawatan asma dan mempunyai kesankesan advers seperti
merasa mual, muntah, iritasi pada perut, cirit-birit, degupan jantung yang tidak
teratur, peningkatan kadar jantung yang tidak normal, susah tidur dan sawan.
Topiramate
Topiramate adalah ubat yang
hanya boleh didapati melalui preskripsi doktor untuk merawat penyakit sawan.
Antara kesan-kesan sampingan pengambilan topiramate adalah merasa loya, sakit
bahagian perut, cirit-birit, keletihan, mengantuk, sukar untuk tidur dan
kemurungan.
Tretinoin
Tretinoin adalah bahan yang
digunakan dalam ubat-ubatan yang memerlukan preskripsi bagi merawat penyakit
kulit dan ianya dilarang sebagai bahan di dalam produk kosmetik penjagaan kulit
di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik). Penggunaan tretinoin yang tidak
betul boleh menyebabkan kulit yang disapu menjadi kemerahan, mengelupas dan
parut pada kulit.
PRODUK
UNTUK RHEUMATISM, MELEGAKAN SAKIT, SEJAHAN YANG DILARANG PENGGUNAANNYA DI
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PRODUK UNTUK RHEUMATISM, MELEGAKAN SAKIT,
SEJAHAN YANG DILARANG PENGGUNAANNYA DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
|
NO
|
NAMA PRODUK
|
PENGILANG / PENGEDAR
|
DICEMARI DENGAN
|
1
|
357 Nasal Spray
|
Qiandongan Liqaqing Tec Co Ltd China
|
Dexamethasone
|
2
|
Air Ikan Haruan
|
Perniagaan Jasa Sykt Mulia Setiawan, Perak
|
Dexamethasone
|
3
|
Al-Taqwa Juice Skyline Sihat dan Kuat
|
Al-Mubarak Medical, Saudi Arabia
|
Dexamethasone
|
4
|
Akar Ginseng
|
PJ Yogatama, Indonesia
|
Paracetamol
|
5
|
Amargo Jaya Gemuk Sehat Serbuk
|
Mujur Jaya PJ, Cilacap
|
Paracetamol & Phenylbutazone
|
6
|
Amuraten
|
PT Herba International, Indonesia
|
Dexamethason, Piroxicam & Paracetamol
|
7
|
Antanan Kapsul
|
Tiara Cipta Usaha PJ
|
Paracetamol, Phenylbutazone &
Dexamethasone
|
8
|
Antanan Kapsul
|
Tiara Cipta Usaha, Indonesia
|
Phenylbutazone & Dexamethasone
|
9
|
Antik Kaplet
|
Serbuk Manjur Jaya PJ, Cilacap
|
Phenylbutazone
|
10
|
Armatik Serbuk
|
Delapan Dewa PJ. Cilacap
|
Paracetamol & Phenylbutazone
|
11
|
Asam Urat Cap Unta Serbuk
|
Unta Mas PJ, Cilacap
|
Phenylbutazone
|
12
|
Asam Urat Citra Madura Kapsul
|
Citra Fajar Sehat PT, Surabaya
|
Paracetamol
|
13
|
Asam Urat Jamur Mas
|
PT Gading Oci Purnama Setya, Indonesia
|
Phenylbutazone & Dexamethasone
|
14
|
Asam Urat Flu
|
Tulang Cikunguya Cap Suramadu PJ. Suramadu,
Indonesia
|
Paracetamol
|
15
|
Asam Urat Nyeri Tulang Pengapuran Buah
Merah
|
PJ Buah Alam Papua Indonesia
|
Paracetamol
|
16
|
Asam Urat Sangat Manjur
|
PJ Jaya Asli, Cilacap Indonesia
|
Phenylbutazone
|
17
|
Asam Urat dan Pengapuran Buah Naga Tunggal
Jaya
|
P.J Andy Jaya Indonesia / PT SM Jaya
Indonesia
|
Phenylbutazone
|
18
|
Asam Urat Flu Tulang Cap Kijang Kencana
Serbuk
|
Sehat Segar Supra PJ, Cilacap
|
Methampyrone
|
19
|
Asam Urat Flu Tulang Kapsul
|
Kopja Sabuk Kuning,Banyumas
|
Phenylbutazone
|
68
|
Flu Tulang Tablet Untuk Pria Dan Wanita
|
Nusantara Buana Surya, Jakarta-Indonesia
|
Phenylbutazone & Acetaminophen
|
69
|
Flu Tulang Sido Waras
|
Tidak diketahui
|
Acetaminophen, Chlorpheniramine &
Dexametahasone
|
71
|
Fukuwan
|
Shanghai Export & Import Product
|
Dexamethasone
|
80
|
Glaxi Rheumatic Cap
USA Lincon
|
Nebraska
|
Dexamethasone
|
81
|
|
Tientsin Medical Manufactory Co. China
|
Dexamethasone
|
82
|
Huo Li Bao
|
|
Shen Loon She Enterprise Sdn Bhd, Penang, Malaysia
|
|
|
Chlorpheniramine, Frusemide
& Piroxicam
|
91
|
|
|
Lidocaine
|
106
|
|
|
Phenylbutazone &
Dexamethasone
|
119
|
.
|
Majun Dua Istimewa (Yellow Label)
|
|
|
Dexamethasone,
Griseofulvin & Etophylline
|
208
|
SALOMA ZARA-Ultimate Skin
Perfection-PEARL DAY CREAM SPF 30
|
Saloma Zara Spa & Beauty
|
Merkuri
|
241
|
Qu Puteh Kosmetik-Whitening Pro 9
|
Distributed by Vida Beauty Sdn Bhd Wisma
Vida Beauty, Block C-G-5, Jalan Dato Seri Ahmad Said, Greentown Suria, 30450,
Ipoh, Perak
|
Mercury
|
242
|
Qu Puteh Kosmetik-Whitening UV
Block
|
Distributed by Vida Beauty Sdn
Bhd Wisma Vida Beauty, Block C-G-5, Jalan Dato Seri Ahmad Said, Greentown
Suria, 30450, Ipoh, Perak
|
Mercury
|
Senarainya
ada banyak lagi weh ....
Sila
Klik Pautan di atas atau pautan di bawah
Terima Kasih
....