Total Pageviews

Tuesday 5 December 2017

Apa yang buah kiwi istimewa


Apa yang istimewa sangat dengan buah kiwi


Apabila sebut buah kiwi, ramai yang mengemarinya.  Cuma kita hairan sebab rasanya bukanlah sedap sangat pun... agak masam. Kalau yang Espri Gold itu agak manis dan harganya pun mahal sedikit...

Yang kita hairan kenapa buah kiwi sangat popular di Malaysia? Hampir semua pasaraya ada menjualnya. Ini mungkin disebabkan oleh usaha gigih dan berterusan negara pengeluarnya iaitu New Zealand dalam mempromosi dan memberi kesedaran kepada orang ramai rakyat dunia akan kebaikan dan khasiat buah kiwi iaitu ia banyak mengandungi Vitamin C yang bermanfaat untuk tubuh manusia.

Namun demikian, negara kita pun tidak kurang hebatnya... malahan mungkin jauh lebih hebat lagi dengan buah yang serupa tetapi jauh lebih sedap dan jauh lebih berkhasiat iaitu buah ciku... ada juga yang lebih kurang sama dengan pisang kaki iaitu buah ceropu. Kenapa buah buah tempatan ini sepi sahaja dan tidak mendapat tempat di dunia?

Kemanakah perginya badan badan kerajaan yang sepatutnya bertanggungjawab mempromosikan buah buah tempatan ini dan kementerian seangkatannya bagi menjana pendapatan negara seperti new Zealand yang banyak mengeksport buah buahan dan hasil tenusu?

Kenapa buah buahan tempatan dipandang sepi dan tidak diketengahkan?




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.