Kerajaan Melayu Segenting Kra yang dilupakan
Tuan-tuan dan puan, setakat ini, yang kita
ketahui bahawa tamadun Melayu yang kita sama-sama sayangi ini sudah mencecah
sekurang-kurangnya 600 SM. Angka ini djangka akan bertambah dan bertambah,
menunjukkan kepada kita bahawa bangsa kita bukan bangsa picisan dalam helaian
sejarah. Antara kehebatan yang ingin saya paparkan di sini ialah kisah tentang
3 raja agung yang pernah memerintah Segenting Kra dahulu, atau lebih molek kita
panggilnya sebagai kerajaan Melayu Purba bernama Sri Dharmaraja.
Kerajaan agung yang dijangka berdiri seawal
abad pertama masihi ini mempunyai banyak raja-raja hebat yang memerintahnya,
namun cukuplah untuk setakat ini, kami perkenalkan kepada anda 3 nama yang
pastinya akan membuatkan darah Melayu kalian menggelegak penuh bangga
mengenangkan kehebatan mereka. Ayuh, bersama saya menelusuri pengembaraan yang
penuh asyik ini.
1. Raja Sujita (1001 – 1006
Masihi)
Raja Sujita ialah salah seorang penakluk
agung dalam sejarah Melayu. Baginda dikatakan berketurunan pemerintah Srivijaya
yang namanya cukup masyur dalam prasasti-prasasti asia tenggara, tetapi
seolah-olah dibisukan namanya dalam helaian sejarah Melayu terutama di
Malaysia. Tiada siapa di kalangan kita anak Melayu yang pernah mendengar nama
Sujita kerana kita sudah selalu dimomokkan bahawa orang Melayu hanya mempunyai
satu kerajaan agung sahaja di dunia, iaitu Kesultanan Melayu Melaka padahal
kita sudah membina tamadun seawal 600 SM, 600 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa
A.S dan 1100 tahun sebelum kelahiran junjungan besar kita Rasulullah S.A.W.
Ini ialah kisah bagaimana seorang raja Melayu
menundukkan tiga kerajaan agung di Asia Tenggara sekaligus! Mari kita mulakan
dengan sejarah awal Raja Sujitha. Rekod-rekod sejarah menceritakan kepada kita
bahawa baginda pernah bertugas di dalam empayar Angkor sebagai panglima tentera
Angkor sendiri seawal 962 Masihi sendiri ketika era pemerintahan Raja
Rajendravarman lagi. Daripada ini, kita sendiri tahu bahawa Sujita ini bukanlah
orang asing. Lagipun rekod sejarah seperti Batu Bersurat Prasat Khana yang
berusia 1001 Masihi pula memberitahu kita bahawa saudara perempuan kepada
Sujita ialah isteri kepada raja Jayavarman V yang pernah memerintah Angkor.
Diceritakan kepada kita dalam helaian sejarah
bahawa ketika tahun 1001 Masihi, seorang raja Angkor bernama Jayavarman V telah
mangkat dan ini telah mewujudkan kekosongan dalam takhta Angkor yang telah
membawa kepada serangan sebuah kerajaan Mon bernama Haripunjaya yang terletak
di utara Thailand ke atas kerajaan Lavo, sebuah lagi kerajaan bangsa Mon yang
menjadi “vassal” (naungan) kepada Empayar Angkor dan berindak sebagai pos
kawalan tentera Angkor di sebelah barat.
Di saat dua kerajaan ini sedang bersengketa
antara satu sama lain, maka seorang raja Melayu bernama Sujita telah mengambil
kesempatan untuk menyerang dua kerajaan yang bertelagah ini. Ianya tercatat
dalam sebuah kitab lama sejarah Chiang Mai yang bernama Jinakalamali yang
dikarang sekitar abad ke 16:
“Seorang raja Haripunjaya bernama Atrasataka
telah menyerang Lavo, di mana Ucchittachakravatti bersemaym. Pada ketika dua
kerajaan ini sedang bersedia untuk bertempur, seorang raja Sri Dhammanagara
bernama Sujita telah tiba di Lavo dengan angkatan perang dan armada yang besar.
Dek kerana serangan mengejut Sujita ini, dua kerajaan ini melarikan diri ke
Haripunjaya.”
Haripunjaya dan Lavo kedua-duanya ialah buah
kerajaan bangsa Mon yang muncul selepas kejatuhan Dvaravati sebuah kerajaan
legenda Mon yang menjadi mangsa penaklukan Angkor. Apa yang menarik tentang
catatan di dalam Jinkalamali ini memberitahu kita bahawa betapa besarnya
martabat raja-raja Melayu ketika itu. Dua kerajaan Mon tengah bergaduh, lalu
seorang raja Melayu masuk campur. Kehadiran raja Melayu itu membuatkan dua
kerajaan asing itu bertempiaran lari tak cukup tanah!
Tapi nanti dulu, di sebalik kejayaan Sujita
ini menawan kerajaan Lavo, sebenarnya baginda juga secara tak langsung menakluk
Empayar Angkor yang luas. Ini memberitahu kita bahawa empayar orang Khmer dua
kali telah ditakluk oleh orang Melayu. Pertama ketika Chenla teruk dibantai
oleh Raja Dharanindra daripada Dinasti Sailendra dari Jawa Timur ketika itu.
Kali kedua pula ialah di tangan Sujita sendiri. Apabila Lavo yang menjadi pusat
kawalan Angkor jatuh ke tangan raja Sujita, ianya sekaligus memberi kita info
bahawa seluruh Angkor jatuh ke tangan Sujita. Maka sejarah pun bercerita bahawa
Jayaviravarman ialah nama yang dipilih Sujita yang bermaksud vira yang berjaya,
penguasa Ligor dan Angkor.
2. Suryavarman I (1006 – 1050
Masihi)
Selepas Chenla dilanggar oleh Dinasti Melayu
Sailendra, bangsa Khmer hidup di dalam kegelapan sebelum seorang raja bernama
Javayarman II yang dikatakan dibesarkan di dalam istana Sailendra telah
memberontak dari Sailendra dan mendirikan Kerajaan Angkor, yang selepas ini
akan dikenang sebagai salah satu daripada kerajaan agung dalam Asia Tenggara,
bahkan Asia kerana kejayaan-kejayaan hebat yang dicapai oleh kerajaan purba ini
seperti pembinaan Kota Angkor yang lengkap dengan sistem perbandaran yang
teratur yang membawa kepada jumlah populasi 1 Juta manusia, bandar pertama di
Asia yang mencapai tahap seperti itu ketika zamannya selepas kejatuhan Baghdad
di tangan bangsa Monggol. Selain itu, Angkor juga terkenal dengan pembinaan
Angkor Wat yang didabikkan sebagai salah satu daripada 7 Keajaiban Dunia Purba.
Tetapi tahukah kalian bahawa di sebalik semua
keagungan itu, ianya hanya dimualakan pada sekitar tahun 1006 hingga 1050
Masihi di bawah pemerintahan seorang raja Melayu bernama Suryavarman yang
merupakan anak kepada raja Sujita dan berdarah Khmer di sebelah ibunya yang
baru sahaja saya sebutkan namanya dalam senarai no 1?
Tak-tak… bukan saya yang menyebut tentang ini
sebaliknya salah seorang sejarawan Inggeris bernama Dr Quaritch Wales yang
menganggap bahawa Suryavarman I ialah “Pemula Zaman Teragung Angkor”. Bahkan
Suryavmarman I selalu mendapat jolokan “Penakluk Teragung Asia Tenggara.”
Lihatlah betapa seorang raja Melayu menjadi seorang raja yang dijolok sebagai
penakluk terhebat Asia Tenggara.
Untuk mendapt jolokan itu bukannya mudah.
Suryavarman I dengan bantuan ayaghnya Raja Sujita yang ketika itu memerintah
Sri Dharmaraja harus menakluk wilayah-wilayah seperti kerajaan Mon, Tanah
Dataran Korat, Segenting Kra sehingga sampai jauh ke Chiengsen di utara
Thailand hari ini. Kemuncak penaklukan Suryavarman I adalah seluas seperti di
dalam gambar yang saya kongsikan dengan kalian dalam pautan ini ;
Luaskan empayar yang berjaya dicapai oleh
Suryavarman I? Tak hairanlah kalau baginda mendapat gelaran penakluk terhebat
Asia Tenggara. Tapi nanti dulu. Survavarman I bukan sahaja seorang penakluk yang
hebat. Baginda lebih daripada itu. Baginda ialah seorang pemerintah yang sangat
mempunyai toleransi agama yang penting.
Sebagai seorang raja Melayu yang asal-usulnya
daripada Sri Dharmaraja, anutan baginda pada ketika itu ialah agama Buddha
Mahayana. Orang Melayu kebanyakannya merupakan pengganut agama Buddha
berbanding Hindu. Tetapi walaupun sedemikian, Suryavamarn I tidak mempunyai
masalah dengan orang-orang Khmer yang diperintahnya yang kebanyakannya
mengganut agama Devaraja, sejenis agama Hindu yang segala ajarannya sudah
bercampur sudah bercampur dengan ajaran agama asal orang Khmer sendiri.
Bahkan jasa paling besar Suryavarman I ialah
dengan membangunkan bahagian barat Tasik Ton Le Sap yang merupakan tasik
terbesar di Asia Tenggara. Baginda telah membangunkan yayasan-yayasan keagamaan
dan memberikan tanah kepada yayasan agama ini untuk membangunkan mmonasteri dan
kuil-kuil sebagai tempat belajar agama dan sembahan. Apabila monasrteri ini
dibangunkan, secara tak langsung kawasan disekitarnya akan membangun.
Kampung-kampung akan wujud. Maka apabila kampung-kampung wujud, maka sistem
saliran terbaik harus dibangunkan untuk mengairi tanaman di sekitar kampung.
Kemuncaknya, Suryavarman I telah membangunkan
sebuah tasik buatan sendiri yang seluas 7.8 X 2.1 KM. Tasik ini dipanggil
sebagai West Baray. Tasik buatan sendiri ini mengandungi 123 juta liter air.
Tasik ini telah berfungsi sebagai pengairan kepada tanaman, pengakutan bahkan
dibina penuh dengan falsafah Hindu-Buddha yang menjadi anutan Empayar Angkor
yang diperintahnya.
Tetapi selain daripada West Baray,
Suryavarman I turut membina binaan yang penuh mengagumkan dunia yang kini
menjadi rebutan antara Kemboja sehingga meletusnya konflik perang antara dua
negara ini iaitu Preah Vihear!
Saya petik kata-kata daripada L.P Briggs yang
sangat menyanjung ketokohan Suryavarman I:
“Pada keseluruhannya, dalam kemahirannya
sebagai seorang pahlawan, pengatur dan pemerintah, sikap toleransinya,
tabiatnya mengumpulkan penasihat-penasihat yang berilmu dan luas pandangan,
sikapnya menggalakkan kesenian dan seni binanya, langkahnya memajukan
kepentingan awam, maka tidak syak lagi baginda salah seorang daripada Maharaja
Angkor yang teragung.”
3. Chandrabanu Dharmaraja (1230 – 1263
Masihi)
Kalau ditanyakan kepada saya, siapakah
raja-raja Melayu dalam sejarah yang saya kira berjiwa singa dan seorang berani,
pastinya nama Chandrabanu Sri Dharmaraja ialah orangnya. Baginda pernah
menyerang Sri Lanka pada tahun 1247 Masihi untuk mencari relik Buddha yang
bernama Pra Shing yang dianggap mempunyai mukjizatnya tersendiri daripada
kerajaan Sri Lanka. Ini dicatatkan dalam riwayat sejarah Sri Lanka,
Hatthavanagallaviharavamsa sendiri yang menyebut:
“Seekor singa yang tidak terkalahkan di atas
gajah yang gagah, yang di mana sang singa ini adalah raja untuk banyak negara
lain, yang telah mempamerkan kepada dunia khidmatnya yang tidak terbalas pada
dunia dan agama, yang mempunyai kekuatan angkata tentera yang hebat, yang
mempunyai tekad untuk menawan kerajaan asing Lanka (Sri Lanka atau Ceylon),
yang datang daripada sebuah kerajaan bernama Tambalinga dan ditemani oleh
raja-raja daerah.”
Baginda cuba menakluk seluruh pulau tersebut
namun dihalang oleh tentera kerajaan Sri Lanka sendiri yang diketuai oleh Putera
Virabahu,anak saudara kepada raja Parakramabahu II.
Dalam pertempuran antara tentera Chandrabhanu
dan tentera Dambedeniya (Sri Lanka), tentera Dambedeniya berjaya mengatasi
serangan panah beracun dari askar Javaka dan berjaya menghapuskan ancaman Chandrabhanu
dan tentera panah beracunnya dari mara ke Dambedeniya.
Dalam catatan Sri Lanka, tentera Melayu dari
Tambralingga tersebut dikenali sebagai Javakas atau Malalas. Javakas dan
Malalaas adalah gelaran dan panggilan orang Sri Lanka kepada orang Melayu.
Sebaik sahaja berjaya memiliki utara Sri Lanka, Candrabhanu telah membina
kembali dan memperiabiki kuil-kuil Buddha yang rosak di Sri Lanka.
Namun sayangnya tidak lama kemudian, kerajaan
utara Candrabhanu telah diserang pula musuh dari Selatan India iaitu kerajaan
Pandya dan Candrabhanu sendiri memimpin tentera untuk membantu anaknya yang
menjadi gabenor di Sri Lanka. Namun sayangnya, angkatan tentera Candrabhanu
ditewaskan dan Candrabhanu sendiri terkorban dalam pertempuran dengan tentera
Pandya.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.