SEJARAH
MELAYU YANG HILANG DAN DI SEMBUNYIKAN
Salam para pembaca semua, seperti yang telah saya
janjikan, kali ini saya akan memaparkan sebuah artikel berkenaan binaan kota
Melaka pada zaman kegemilangannya. Sebahagian besar daripada lakaran ini belum
pernah diterbitkan oleh mana-mana pihak di negara kita kerana ianya boleh
dikatakan fresh dari sumber utama yang diperolehi dari Belanda dan Portugal.
Oleh itu anda bertuah kerana dapat menatapnya disini. Namun ini hanya
sebahagian kecil sahaja daripada banyak lakaran yang berjaya dibawa pulang oleh
team Pengkaji Universiti. Diharapkan artikel saya kali ini dapat membuka kotak
pemikiran kita dengan lebih luas tentang ketamadunan bangsa Melayu pada zaman
silam.
Sebenarnya para pembaca sekalian, semasa
seorang pengembara Itali yang bernama Ludovico Vertema melawat Melaka antara
tahun 1506 hingga 1510 pihak
Portugis sering menghantar pengintip mareka ke Melaka untuk mencari maklmat
tentang kemajuan perdagangan,, masyarakat dan kerajaan Melaka.Antara maklumat penting yang dibawa oleh
portugis yang datang ke Melaka pada tahun 1506 dan 1508 ialah tentang strategi
pertahanan Melaka. Beberapa lakaran tentang rupa bentuk dan binaan kota, istana dan
kedudukan Bandar pelabuhan Melaka berjaya direkodkan. Antara lakaran tersebut ada menunjukkan
bentuk tembok kota Melaka dan pintu gerbangnya yang kukuh dan dibina daripada
bahan binaan tempatan seperti batu laterit. Bahan binaan ini sememangnya banyak
terdapat di Melaka. Kedua dua pengembara tersebut iaitu Jorge Mello yang datang
pada tahun 1507 dan Jorge De Aguilar yang datang pada tahun 1508, telah
menghantar maklumat kepada sejarawan kerajaan Portugal iaitu Joan De Barros.
Dari lakaran yang dibuat, ia membuktikan
tentang teknologi Melayu pada zaman tersebut. Pembangunan fizikal dan
infrastruktur Melaka ternyata mempunyai ciri-ciri keselamatan yang mantap dan
setanding dengan keududkan kota di Negara Asia lain. Dalam hal ini kemungkinan
juga kerajaan Melaka mendapat tenaga buruh daripada orang gujerat yang memang
terkenal bukan sahaja sebagai pedagang tetapi juga sebagai tukang pembina rumah
dan bangunan. Hal ini juga menggambarkan wujudnya semangat kerjasama yang erat
diantara tukang-tukang Melayu dan India Islam di Melaka dari aspek pembangunan
kota dan pelabuhan yang pentadbiranya berpandukan hukum Islam.
Maklumat yang diperolehi daripada lakaran yang
diterbitkan di Belanda pada tahun 1508 itu juga menunjukkan bahawa pintu
gerbang ke kota Melaka yang ada sekarang sebenarnya bukanlah dari bahan binaan
asal portugis. Berdasarkan lakaran yang ditemui melalui penelitian yang telah
dibuat, mendapati asal binaan
Melayu Melaka yang dimusnahkan Portugis telah diganti serta diubahsuai mengikut
senibina Portugis.
Senibina yang sama dilihat di Goa, Macao dan Ternate. Maklumat ini cukup
membanggakan orang melayu khasnya dan Nusantara amnya kerana lakaran ini
menjadi bukti nyata tentang ketamadunan Melaka pada waktu tersebut. Bermakna
bahawa lakaran tersebut melambangkan betapa keupayaan orang Melayu mempamerkan
kemampuan yang menjadi kemegahan bangsa dan negerinya yang setanding dengan
bangsa lain. Dalam hal ini maklumat yang dicatat dalam Sejarah Melayu dan
Hikayat Hang Tuah mampu merakamkan pencapaian peradaban dan Tamadun Melayu pada
ketika itu.
Lakaran portugis juga turut merakamkan
peristiwa peperangan yang berlaku diantara armada Portugis dengan Melaka. Dari
lakaran tersebut diperlihatkan bahawa meriam-meriam daripada kapal Portugis
dapat merosakkan benteng-benteng pertahanan orang Melaka dan juga kapal-kapal
yang dimiliki oleh saudagar Islam. Dalam lakaran tersebut juga terlihat dikejauhan bangunan –bangunan yang
terdapat di dalam kota Melaka dan di pelabuhan Melaka. Jelas daripada lakaran tersebut terdapatnya
sebuah banggunan yang mempunyai kubah dan menara yang berkemungkinan adalah
masjid Melaka atau mungkin juga istana. Terdapat juga beberapa buah lagi
bangunan yang berderet-deret yang kelihatan diperbuat daripada batu atau
konkrit dan mempunyai lebih daripada dua tingkat, bangunan ini berkemungkinan
adalah istana sultan atau sebuah bangunan yang terpadat di dalam kompleks kota
pelabuhan Melaka.
Peristiwa peperangan Melaka juga ada dirakam
dengan lakaran yang dibuat oleh orang Portugis. Lakaran tersebut menunjukkan
strategi serangan orang Portugis terhadap Bandar Melaka dan juga bagaimana
strategi orang Melaka mempertahankan bandar mereka yang memperlihatkan barisan
pejuang dan hulubalang malahan gajah-gajah perang. Dalam konteks ini, suatu
alat berupa carriage diikat pada gajah-gajah tersebut dan ditempatkan
hulubalang-hulubalang untuk melakukan serangan terhadap askar-askar Portugis
yang sedang bersedia untuk menghadapi serangan orang Melaka. Lakaran ini
juga memperlihatkan
bagaimana perbezaan strategi serangan yang digunakan oleh Portugis dan orang
Melaka. Pihak
Portugis kelihatan menggunakan taktik serangan manakala orang Melayu lebih
bersifat bertahan. Berdasarkan lakaran tersebut juga kita dapat lihat
persenjataan yang digunakan oleh kedua-dua pihak. Portugis menggunakan lebing
panjang yang lazimnya digunakan di Eropah, manakala orang Melayu mengunakan
lembing atau tombak yang lebih pendek. Apa yang menarik ialah kelihatan tembok kota Melaka yang telah
dibina dengan bahan-bahan tempatan seperti batu bata dan laterit. Reka bentuk
tembok tersebut juga menunjukkan struktur pembinaan yang dilengkapi dengan
tempat-tempat peninjau pada sudut-sudut tertentu. Manakala bahagian dalam kota
kelihatan senibina rumah-rumah Melayu yang dimiliki oleh para pentadbir dan
saudagar.
Terdapat sebuah lagi lakaran yang berjaya
diperolehi oleh mahaguru saya dari arkib dan peprustakaan di Lisbon dan
Belanda. Kunjungan wakil pedagang Portugis iaitu Lopez De Sequeiraa pada 1509
ke kota Melaka disambut menurut adat kebesaran tetamu kenamaan dari negeri luar
ada dilakarkan. Dalam lakaran ini beliau telah diberi penghormatan untuk
menunggang gajah yang menjadi salah satu pengangkutan resmi kerajaan Melayu.
Dalam perarakan menuju ke istana Melaka, De Sequera diiringi rombongan
Portugis. Lakaran ini juga memperlihatkan senibina tembok kota dan pintu
gerbang istana sultan Melaka yang diperbuat daripada bahan-bahan binaan yang
kukuh. Berdasarkan kepada lakaran ini, bahan binaan tembok adalah daripada batu putih
tempatan. Manakala Istana Sultan Melaka juga diperbuat daripada bahan binaan
yang sama. Oleh itu istana Melaka yang terdapat di Melaka sekarang tidak
menepati senibina istana asal yang diperbuat hampir keseluruhan dari batubata. Perarakan tersebut menarik perhatian
sebilangan penduduk Melaka yang hairan dengan kedatangan Portugis. Dalam
lakaran tersenut juga memperlihatkan pengawal-pengawal dan hulubalang yang
berada di luar pagar Melaka membawa tombak dan busur panah yang amat besar.
Mereka juga memakai pakaian yang melebihi separas lutu dan melilit pinggang
dengan lain bercorak. Pakaian mereka tak ubah seperti pakaian zaman Rom. Istana Melaka yang dilakarkan tersebut
mempunyai balkoni atau berandah yang menghadap ke arah pelabuhan dan sultan
dilihat sedang duduk diatas balcony sambil menunggu kedatangan utusan Portugis bersama para menteri dan
hulubalang. Istana ini
juga bertingkat-tingkat seperti yang dikatakan dalam Sejarah Melayu.
Maka para-pembaca sekalian,
sekarang telah terjawab mungkin suku daripada persoalan-persoalan tentang
kehebatan kota Melaka yang sering digembar-gemburkan dalam catatan-catatan
pengembara luar dan dalam. Kita juga dapat melihat secara lebih terperinci
bagaimana pesat dan membangunnya Bandar Melaka dan system pertahanannya
daripada lakaran yang telah saya paparkan. Semoga ia member manafaat kepada
anda semua. Wallah hu a’lam.
1.
Senjata Melayu Nusantara yang
terhebat yang di hilang kan dalam Sejarah
SENJATA
MELAYU YG TELAH DIGELAPKAN DLM SEJARAH.
Beribu-ribu tahun dahulu...di Lembah Bujang,terdapat satu peradaban yang makmur.Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan.Di satu kawasan,terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang melebur besi.
Zaman berganti zaman.Tahun berganti tahun.Peperangan demi peperangan.Hasad dengki,khianat,kekejaman dan penipuan menghiasi tabir.Jatuh dan bangun.Bina kembali peradaban.Berperang lagi...hancur semuanya....bangkit kembali membina empayar...perang saudara...kedatangan bangsa Eropah yang tamak....dijajah...dijajah...dijarah...
Bangkit kembali...tentang penjajah...akhirnya merdeka.Kemudian bina negara...bina peradaban kembali.Perlahan-lahan.
Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah.Apa yang dilihat mereka?
Hulubalang Melayu memegang tombak.
Panglima Melayu menghunus keris.Selak lagi..apa dilihat lagi?
Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah,dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris. Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang pisang.
Gambar askar Melayu mati ditembak istinggar musuh.
Gambar rumah beratap rumbia musnah dibedil meriam.Selak lagi....
gambar gabenor British bercekak pinggang dengan orang-orang Melayu berpakaian selekeh di satu sudut.
Selak lagi...selak lagi...gambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan yang berimejkan selekeh,miskin dan nampak kurang berpendidikan...Membosankan.
Dalam artikel pengiring terakhir ini,Srikandi akan mendedahkan realiti sebenar peperangan yang disertai orang-orang di Semenanjung mahupun di pulau-pulau Nusantara (Indonesia).Srikandi akan mendedahkan betapa antara orang-orang Melayu pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan menggunakan senjata api..Ini sekaligus menafikan anggapan popular ketika penjajahan dahulu "hendak buat sebatang jarum pun tak mampu"
Beribu-ribu tahun dahulu...di Lembah Bujang,terdapat satu peradaban yang makmur.Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan.Di satu kawasan,terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang melebur besi.
Zaman berganti zaman.Tahun berganti tahun.Peperangan demi peperangan.Hasad dengki,khianat,kekejaman dan penipuan menghiasi tabir.Jatuh dan bangun.Bina kembali peradaban.Berperang lagi...hancur semuanya....bangkit kembali membina empayar...perang saudara...kedatangan bangsa Eropah yang tamak....dijajah...dijajah...dijarah...
Bangkit kembali...tentang penjajah...akhirnya merdeka.Kemudian bina negara...bina peradaban kembali.Perlahan-lahan.
Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah.Apa yang dilihat mereka?
Hulubalang Melayu memegang tombak.
Panglima Melayu menghunus keris.Selak lagi..apa dilihat lagi?
Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah,dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris. Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang pisang.
Gambar askar Melayu mati ditembak istinggar musuh.
Gambar rumah beratap rumbia musnah dibedil meriam.Selak lagi....
gambar gabenor British bercekak pinggang dengan orang-orang Melayu berpakaian selekeh di satu sudut.
Selak lagi...selak lagi...gambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan yang berimejkan selekeh,miskin dan nampak kurang berpendidikan...Membosankan.
Dalam artikel pengiring terakhir ini,Srikandi akan mendedahkan realiti sebenar peperangan yang disertai orang-orang di Semenanjung mahupun di pulau-pulau Nusantara (Indonesia).Srikandi akan mendedahkan betapa antara orang-orang Melayu pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan menggunakan senjata api..Ini sekaligus menafikan anggapan popular ketika penjajahan dahulu "hendak buat sebatang jarum pun tak mampu"
Benarkah begitu?
Ketika saya masih kecil lagi,saya masih
teringat satu filem lama tahun 80-an berlatar belakangkan zaman dahulu,mungkin
sekitar abad ke 17.Kalau tak silap saya,Dato Rahim Razali ada berlakon dalam
filem itu.Keistimewaan filem ini ialah,ia memaparkan orang-orang Melayu
dahulukala berperang menggunakan meriam-meriam kecil,dalam istilah Melayunya
'Lela Rentaka'.
Meriam-meriam ini boleh dikendong menggunakan tenaga dua orang,di bawa ke sana sini.Terdapat satu adegan di mana tentera-tentera bergegas membawa meriam-meriam ini ke medan perang melintasi sawah-sawah padi.Ada adegan tentera yang tumpas terkena bedilan.Aksi letupan yang begitu 'real' dan suasana selepas perang di mana mayat-mayat bergelimpangan di sawah padi dihurung lalat dengan darah bersemburan di sana sini.Filem ini begitu istimewa di mata saya,berbanding filem-filem tipikal lain yang juga berlatarbelakangkan sejarah namun imej peperangan yang membosankan dan kurang tepat;asyik-asyik berperang menggunakan keris dan lembing.Penggunaan meriam yang meluas di dalam filem ini amat menarik dan sehingga kini saya masih teringatkan filem itu yang unik dan menimbulkan misteri kepada saya.
Meriam-meriam ini boleh dikendong menggunakan tenaga dua orang,di bawa ke sana sini.Terdapat satu adegan di mana tentera-tentera bergegas membawa meriam-meriam ini ke medan perang melintasi sawah-sawah padi.Ada adegan tentera yang tumpas terkena bedilan.Aksi letupan yang begitu 'real' dan suasana selepas perang di mana mayat-mayat bergelimpangan di sawah padi dihurung lalat dengan darah bersemburan di sana sini.Filem ini begitu istimewa di mata saya,berbanding filem-filem tipikal lain yang juga berlatarbelakangkan sejarah namun imej peperangan yang membosankan dan kurang tepat;asyik-asyik berperang menggunakan keris dan lembing.Penggunaan meriam yang meluas di dalam filem ini amat menarik dan sehingga kini saya masih teringatkan filem itu yang unik dan menimbulkan misteri kepada saya.
Semakin dewasa dan kelebihan menggunakan
maklumat yang banyak di perpustakaan semasa melanjutkan pengajian ke luar
negara membuatkan saya semakin tertanya-tanya;apakah peranan meriam di dalam
budaya orang-orang Melayu dahulukala?Mengapa apabila saya membaca
catatan-catatan para conquistador,pengembara Eropah,pedagang dan duta-duta
asing,menyebutkan saiz kapal,penggunaan meriam dan kemewahan orang-orang Melayu
sebelum era penjajahan?Mengapa apabila membaca buku-buku sejarah di
sini,nadanya berlainan?Mengapa catatan pengembara Perancis berlainan sekali
dengan catatan Stamford Raffles dan Leyden?Mengapa pandangan para cendekiawan
Portugis seperti Eredia dan Pires berlainan dengan pandangan para gabenor dan
imperialis Inggeris?
Apa yang ingin mereka sembunyikan dari kita??
Apabila orang Thai mengeluarkan filem-filem menceritakan sejarah Patani,mereka menggambarkan orang-orang Melayu Patani biasa menggunakan pistol dan senapang,apatah lagi meriam.Ini tidak kalah dengan filem-filem mereka yang menceritakan peperangan menentang tentera Burma.Mereka betul dari segi sejarah.
Mengapa saya kata begitu?Kerana apabila teknologi meriam semakin maju pada abad ke-14,seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini.Kerajaan-kerajaan Eropah,wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan Turki uthmaniyyah,Emperium China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam.
Jadi ADAKAH SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN PALING KAYA DI TIMUR MENJADI PEKAK,TULI,BUTA DAN BISU DENGAN PERKEMBANGAN INI?
Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain dengan pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia?Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut 'kemelayuan' mereka.
Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya berpakat untuk menyorokkan berita-berita tentang meriam,istinggar (musket) dan ubat bedil?Adalah amat tidak logik jika Sultan Melaka yang pernah menakluk sebahagian Sumatera dan tanah semenanjung malah mengalahkan tentera Siam menggunakan keris dan lembing sahaja.Tiada satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka ketika itu KECUALI GABUNGAN TENTERA PORTUGIS,KERAJAAN-KERAJAAN KECIL DI SUMATERA DAN JAWA,ASKAR-ASKAR UPAHAN DARI GOA,JAWA DAN SIAM DITAMBAH DENGAN PEMBELOT DAN PENGKHIANAT DALAMAN DARI PARA PEDAGANG ASING DAN ORANG-ORANG MELAYU SENDIRI.
Hanya filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja menggambarkan pendekar Melayu berperang menggunakan keris dan lembing selepas bergaduh di warung berdinding buluh dan beratapkan rumbia.Sungguh memalukan.
Apabila orang luar membuat filem tentang Melayu,mereka menggambarkan pendekar Melayu menggunakan pistol,meriam dan senapang.Malah pendekar Melayu memakai baju kulit dan sesetengahnya memakai baju zirah;baju besi untuk mengelakkan serpihan peluru meriam melukai daging kulit.Dari mana mereka mengorek rahsia ini?Dari catatan-catatan sejarah mereka yang diluar kawalan Raffles,Winsted,Swettenham dan Leyden.
Malah semua senjata ini,yang diwar-warkan asing bagi bangsa Melayu,mempunyai istilah Melayunya sendiri:
*Cannon = Meriam,Lela
*Portable Cannon/swivel gun = Lela Rentaka
*Flintlock Musket = Istinggar
*Blunderbuss = Pemuras
*Pistol = Terakol
Mari kita lihat antara senjata-senjata 'terahsia' Melayu ini:
Pemuras
pemuras-dan-karga.jpg
Apa yang ingin mereka sembunyikan dari kita??
Apabila orang Thai mengeluarkan filem-filem menceritakan sejarah Patani,mereka menggambarkan orang-orang Melayu Patani biasa menggunakan pistol dan senapang,apatah lagi meriam.Ini tidak kalah dengan filem-filem mereka yang menceritakan peperangan menentang tentera Burma.Mereka betul dari segi sejarah.
Mengapa saya kata begitu?Kerana apabila teknologi meriam semakin maju pada abad ke-14,seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini.Kerajaan-kerajaan Eropah,wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan Turki uthmaniyyah,Emperium China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam.
Jadi ADAKAH SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN PALING KAYA DI TIMUR MENJADI PEKAK,TULI,BUTA DAN BISU DENGAN PERKEMBANGAN INI?
Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain dengan pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia?Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut 'kemelayuan' mereka.
Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya berpakat untuk menyorokkan berita-berita tentang meriam,istinggar (musket) dan ubat bedil?Adalah amat tidak logik jika Sultan Melaka yang pernah menakluk sebahagian Sumatera dan tanah semenanjung malah mengalahkan tentera Siam menggunakan keris dan lembing sahaja.Tiada satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka ketika itu KECUALI GABUNGAN TENTERA PORTUGIS,KERAJAAN-KERAJAAN KECIL DI SUMATERA DAN JAWA,ASKAR-ASKAR UPAHAN DARI GOA,JAWA DAN SIAM DITAMBAH DENGAN PEMBELOT DAN PENGKHIANAT DALAMAN DARI PARA PEDAGANG ASING DAN ORANG-ORANG MELAYU SENDIRI.
Hanya filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja menggambarkan pendekar Melayu berperang menggunakan keris dan lembing selepas bergaduh di warung berdinding buluh dan beratapkan rumbia.Sungguh memalukan.
Apabila orang luar membuat filem tentang Melayu,mereka menggambarkan pendekar Melayu menggunakan pistol,meriam dan senapang.Malah pendekar Melayu memakai baju kulit dan sesetengahnya memakai baju zirah;baju besi untuk mengelakkan serpihan peluru meriam melukai daging kulit.Dari mana mereka mengorek rahsia ini?Dari catatan-catatan sejarah mereka yang diluar kawalan Raffles,Winsted,Swettenham dan Leyden.
Malah semua senjata ini,yang diwar-warkan asing bagi bangsa Melayu,mempunyai istilah Melayunya sendiri:
*Cannon = Meriam,Lela
*Portable Cannon/swivel gun = Lela Rentaka
*Flintlock Musket = Istinggar
*Blunderbuss = Pemuras
*Pistol = Terakol
Mari kita lihat antara senjata-senjata 'terahsia' Melayu ini:
Pemuras
pemuras-dan-karga.jpg
Pemuras adalah antara senjata yang gemar
digunakan oleh orang-orang Melayu dahulukala.Dalam Perang Naning,catatan askar
Inggeris menyatakan orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini
sehingga Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya
menentang Dol Said dan Perang Naning juga berlaku dalam beberapa
siri.Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka
yang selalu menggunakan Pemuras.Pemuras atau dalam bahasa Inggeris,blunderbuss
adalah sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber
pendek,besar,yang mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk kembang
(funnel-shaped muzzle ).Pemuras ini menggunakan peluru timah hitam (lead)
Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat dan selalu digunakan oleh pasukan berkuda (Dragoons).Perkataan Dragoon ini berasal dari penggunaan Pemuras yang telah dimajukan bentuknya,menjadi lebih kecil,seperti pistol.
Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau Tarkul.Dragoon atau Terakol inilah asal-usul pistol pada hari ini.Pemuras juga adalah senapang atau bedil yang pertama sekali dicipta untuk tujuan pertahanan. Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak popular berbanding di dunia barat.Penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar atau Flintlock Musket. Mengapa?
Ini kerana pada masa dahulu orang Melayu adalah pelaut dan pengembara yang gigih.Penggunaan blunderbuss ini adalah amat popular dikalangan pelaut,lanun dan pedagang.Ini kerana ia sesuai untu pertempuran secara pantas dan berdepan kerana ia mampu mencederakan beberapa orang musuh dengan hanya satu tembakan dari jarak dekat.
Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras kurang dari 60 cm (dua kaki), pada ketika laras senapang lantak biasanya melebihi 90 cm (tiga kaki) panjang.Satu sumber menggambarkan senjata dari awal hingga pertengahan abad ke-17, menyenaraikan panjang laras Terakul kancing roda (wheel lock) sekitar 28 cm (sebelas inci), berbanding 41 cm (enam belas inci) panjang bagi Pemuras.
*Betapa segaknya panglima Melayu menyandang Pemuras berkilat seperti ini.
Dalam budaya masyarakat Melayu,Kesultanan Brunei adalah diantara salah sebuah Kerajaan Melayu yang menggunakan Pemuras sebagai salah sebuah alat kebesaran kerajaan atau regalia.Ia menjadi lambang kebesaran Brunei dengan panggilannya yang tersohor 'Pemuras dan Karga'.Karga ialah bekas menyimpan peluru pemuras yang dibuat cantik dan berseni.
Pemuras sering dihiasi dengan ukiran yang amat halus dan cantik. Ada juga Pemuras yang dibuat daripada logam berharga seperti Emas dan Perak serta ditatahkan dengan intan permata. Di dunia barat penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digunakan oleh pasukan berkuda kerana ia mudah digunakan terutama ketika mengisi peluru.
Jika Soviet meletakkan lambang Avtomat Kalashnikova (AK-47) di duit syililing mereka,Mozambique meletakkannya di bendera mereka,bayangkan,kerajaan Melayu seperti Brunei ini meletakkan blunderbuss atau Pemuras ini sebagai lambang kerajaan.
Terakol atau Tarkul adalah
antara senjata popular dikalangan pelaut,pedagang dan lanun-lanun Melayu.Tarkul
pada awalnya menggunakan teknologi 'wheel lock' (kancing roda) di mana kemajuan
teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa
memerlukan 'fius'.Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan
bentuk dari Pemuras yang dikecilkan.Terakol digunakan di dalam peperangan
Rajah,Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol,juga askar Brunei
menentang Rajah Brooke.
Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka.Dalam Perang Naning juga senjata ini digunakan.Sekitar tahun 1530,Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.
Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka.Dalam Perang Naning juga senjata ini digunakan.Sekitar tahun 1530,Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.
pirate6_500.jpg
*Dalam filem Pirates of Caribbean,Jack Sparrow menggunakan Terakol jenis kancing batu api (flintlock)
Ketua Lanun,Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.
Istinggar
Istinggar (Bahasa Inggeris:musket) pada awalnya ialah sejenis senjata api jenis berat dengan penggunaan fius atau wheel lock.Kemudian ia menjadi sejenis senapang yang menggunakan teknologi flintlock (kancing batu api).Penggunaan flintlock ini meningkatkan kadar tembakan dan mengurangkan kos pembuatan senjata api.Mula diperkenalkan pada 1630 sebagai flintlock musket,istinggar dengan pantas menggantikan teknologi picu senjata api lebih awal,seperti mekanisme kancing sumbu (matchlock) dan kancing roda (wheel lock).
Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama seperti Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Hikayat Megat Terawis. Dalam Hikayat Megat Terawis, dikatakan bahawa Megat telah berjaya membunuh seorang hulubalang yang kebal dan hebat bernama Tun Saban.Tun Saban dikatakan sebagai seorang yang tidak lut kepada segala jenis senjata kecuali istinggar yang dibuat khas pelurunya.Istinggar yang digunakan untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah hadiah daripada ulama dari Hadra-maut kepada raja Pagar Ruyung.
Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam kota Melaka oleh tentera-tentera Portugis.Istinggar juga digunakan oleh tentera Johor-Riau terutama ketika membantu Belanda menyerang Portugis.Istinggar juga digunakan oleh penduduk di Perak ketika menyerang Belanda yang membina loji-loji di Sungai Perak.
Lela Rentaka
Rentaka,adalah sejenis meriam mudah alih,ringan dan kecil dari meriam biasa.Dalam Bahasa Inggeris,ia disebut Lantakas (gabungan Lela dan Rentaka).Rentaka adalah senjata khas orang Melayu,kerana mereka sendiri yang menciptanya,sebab itu orang Inggeris menyebutnya dengan Lantakas.Ini adalah sesuatu yang menarik kerana Rentaka adalah @@@@@ding dengan keris dan ia adalah senjata Melayu yang terkenal di dunia Barat.Rentaka inilah yang saya lihat di dalam filem tahun 80-an itu.
Kebiasaannya rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi dan berukuran diantara 50cm hinggalah 2 meter. Bagi yang berukuran lebih daripada 1 meter kebiasaannya ia di panggil Lela dan ada yang dipanggil sebagai ekor Lotong kerana mempunyai pelaras yang panjang dan lentik seperti ekor Lotong. Bangsa penjajah pertama yang merasa penangan rentaka ialah Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai arquebuses, portable cannons or swivel gun yakni meriam mudah alih. Berbanding dengan meriam biasa, rentaka kebiasaanya mempunyai hiasan yang lebih terperinci dan cantik seperti ukiran awan larat,naga,buaya,cicak,ikan lelumba malahan turut diukirkan corak pucuk rebung.
Apa yang unik mengenai senjata ini ialah ianya adalah sebuah meriam mudah alih yang pertama didunia. Rentaka mempunyai mekanisme yang membolehkan ianya dipusing-pusingkan keatas dan kebawah serta boleh dipikul dan dipacakkan di kota, tanah atau belebas kapal dan perahu. Hal ini amat berbeza dengan meriam barat yang sedia di ketahui adalah amat berat dan tidak mudah dialihkan. Ciri mudah alih Rentaka juga menyebabkan bidikannya lebih mudah untuk kena pada sasaran.
Pahlawan Moro adalah diantara pahlawan rumpun Melayu yang dikatakan sebagai pembuat rentaka yang terbaik . Orang Moro telah menggunakan rentaka sebagai senjata api utama ketika diserang oleh Sepanyol dan ketika mereka menyerang kapal-kapal Sepanyol. Tentera Sepanyol dikatakan amat takut dengan senjata tersebut kerana diantara banyak-banyak senjata, rentaka adalah salah satu senjata yang menyebabkan kematian dan kerugian terbesar bagi pihak mereka.
Selain daripada orang Moro, Kerajaan Brunei juga dikenali umum di kalangan para pedagang dan penjajah sebagai pengeluar rentaka terbanyak dan terbaik di Alam Melayu. kebanyakan daripada rentaka yang ada di Muzium di seluruh dunia sekarang ini adalah berasal dari Brunei kalau tidak Filipina. Di Semenanjung, Jawa dan Sumatera, penggunaan rentaka adalah kurang terutama setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.
Kehebatan senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah mulut dan kekaguman para penjajah barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda sehinggakan mereka telah meniru teknologi pembuatan rentaka bagi melengkapkan persenjataan mereka. Sehingga abad ke 18 dikatakan penghasilan rentaka di Alam Melayu semakin berkurangan malahan negara yang mengeluarkan rentaka terbaik dan terbanyak adalah negara Belanda.
Meriam mempunyai sejarah yang panjang,terahsia dan digelapkan dalam sejarah Melayu.Meriam digunakan di tembok-tembok kota Melaka.Meriam digunakan di semasa peperangan melawan penjajah di Selangor.Meriam digunakan di Pasir Salak.Meriam digunakan di Singgora melawan Thai dan Inggeris dan Belanda.Meriam adalah cukup sinonim dengan seni peperangan Melayu.Jika Brunei dan Sulu terkenal mengeluarkan Rentaka (meriam mudah alih) terbaik,maka Patani pula adalah pengeluar meriam paling terbaik di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.
Sebelum kemunculan meriam,pada awalnya teknologi artileri atau bedilan ini diperkenalkan oleh orang-orang Cina.Kemudian meriam diperkenalkan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah,yang juga merupakan pembuat meriam yang menggerunkan seluruh Eropah ketika itu.Kemudian pedagang Belanda pula memperkenalkannya.
Meriam yang paling terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seri Nagara,Seri Patani dan Mahalela.Dan meriam Seri Nagara dan Seri Patani ini adalah meriam yang terbesar di Asia Tenggara!Menariknya bukan orang lain yang membuat dan memilikinya,tetapi orang Melayu juga!
Meriam-meriam ini adalah milik Kerajaan Patani.Sebagai tindak balas berikutan khabar angin akan serangan Siam ke atas Patani, Raja Kerajaan Melayu Pattani pada waktu itu iaitu Raja Biru (1616-1624) telah menugaskan seorang lelaki Cina-Islam yang bernama Tok Kayan (Lim To Khiam) untuk mengetuai pembinaan meriam-meriam kerajaan. Tiga buah meriam telah dibina iaitu Sri Patani, Sri Nagara dan Mahalela. Sri Patani dan Sri Nagara mempunyai saiz yang sama manakala Mahalela pula lebih kecil iaitu hanya sepanjang 5 hasta 1 jengkal. Meriam-meriam ini telah berjaya menyekat empat kali serangan Siam ke atas Patani iaitu pada tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638.
Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula telah hilang tanpa dapat dikesan.
Pada 1787, Raja Rama I telah mengarahkan pembinaan meriam yang sama saiz dengan Sri Patani yang dinamakan sebagai Narai Sanghan untuk diletakkan bergandingan dengan Seri Patani yang telah di tawan. Jika anda melihat kepada gambar meriam seri Patani di atas, bolehkah anda bayangkan kekuatan meriam tersebut ketika ia membedil kapal-kapal perang Thai. Menurut Hikayat Patani tiga buah meriam kerajaan Pattani ini telah berjaya mengaramkan banyak kapal Thai ketika Kerajaan Thai menyerang Pattani.Anda boleh membayangkan suasana meriam-meriam ini digunakan dan peperangan tersebut dengan menonton filem Queen of Langkasuka.
Meriam-meriam Melayu boleh dilihat juga di
Kota Melawati dan Pasir Salak pada hari ini.
Setelah mengetahui fakta sejarah yang digelapkan dari pengetahuan kita ini,adakah kita masih berfikir nenek moyang kita berperang menggunakan sumpit,lembing dan keris?JIka nenek moyang kita berperang dengan senjata-senjata itu sahaja,alamat kita sekarang bukanlah duduk di Malaysia,tetapi di sebuah negeri Inggeris lain,seperti Australia.SEbab orang-orang Melayu mempunyai senjata-senjata beginilah mereka mampu mempertahankan takhta raja-raja mereka dan sedikit sebanyak mengawal tindak tanduk penjajah yang ganas dan tamak.
Bayangkan betapa gigih nenek moyang kita dahulu memikul rentaka,membawa Pemuras di samping parang dan keris,menentang ketamakan dan kebuasan penjajah.Jika nenek moyang kita dahulu lembik tidak berjuang mempertahankan tanah air,mungkin hari ini kita akan menjadi seperti Red Indian atau aborigine Australia.Inggeris walaupun buas dan kejam,namun masih menjaga 'standard' mereka cuba menghormati perjuangan orang-orang Melayu mempertahankan warisan.Mereka cuba mengawal alter amuk para musketeers (ahli senjata api) dan gunners (ahli meriam) Melayu dengan cuba meletakkan para residen mereka terlebih dahulu di setiap negeri Melayu.
Apa salahnya Inggeris membawa balatenteranya meranapkan takhta-takhta raja-raja Melayu ini terus atau menghalau mereka sepertimana mereka menumbangkan raja-raja Tamil,Hindi dan Maharaja Moghul di India.Sultan Abdullah memang dibuang ke Pulau Seychelles,namun yang peliknya Inggeris berusaha mengadakan raja baru di Perak dengan membiarkan institusi beraja Perak menabalkan pengganti Sultan Abdullah.Pelikkan?Apa salahnya Inggeris melantik sahaja Hugh Low menjadi 'Rajah Perak' sebagaimana James Brooke menjadi Rajah Sarawak.Biar warisan raja-raja Perak hancur sebagaimana mereka berjaya menghancurkan dinasti raja China dan India.
Tetapi ini tidak berlaku.Bukan sahaja orang Melayu,malah 'Mat Salleh' pun berdegil 'mempertahankan' takhta raja-raja Melayu.Lucu dan aneh.Sebenarnya jika kita bersemangat mempertahankan warisan budaya kita sendiri,orang lain pun akan segan dan hormat pada kita.Seperti juga hari ini,jika kita acuh tak acuh dengan warisan kita sendiri,sebagai contoh Tulisan Jawi,Cina Komunis pun tidak segan silu mahu membuang tulisan Jawi dari papan-papan tanda jalan.Jika kita sendiri tidak berusaha mengambil berat diri kita sendiri,siapa lagi hendak diharapkan menjaga segala warisan dan identiti bahkan pegangan agama kita sendiri??Orang asing??
SEbagai kesimpulannya,dengan pendedahan ini yakinlah kita bahawa orang Melayu adalah bukanlah bangsa yang lemah dan hanya mengenal keris dan tombak sahaja malah pandai menggunakan meriam dan membuatnya juga!Orang Melayu juga biasa menggunakan musket (Istinggar) dan pistol (Terakol).
Sehingga ke hari ini saya masih terngiang-ngiang jeritan hulubalang Melayu meledakkan Rentakanya di dalam filem 80-an itu.Adegan dua orang hulubalang mengandar batang Rentaka yang diikat pada sebatang kayu sambil meniti batas-batas sawah meninggalkan misteri yang aneh kepada saya.Kenapa drama dan filem lain tidak seperti filem yang satu ini?Siapa pengarah filem ini?Sungguh,saya betul-betul tabik pada pembuat filem itu,malangnya saya terlupa tajuk filem itu.
Jadi fikirkan,adakah Inggeris dan Belanda takutkan orang-orang Nusantara yang menentang mereka menggunakan sumpit,lembing dan keris (kesampingkan ilmu mistik,kita bercakap soal realiti)?Tidak sama sekali.Para musketeers dan gunners Melayu inilah antara 'penggerun' mereka dan membuatkan Inggeris berfikir 10 kali untuk menghapuskan raja-raja Melayu,mengkristiankan seluruh orang Melayu dengan paksaan dan menjadikan Tanah Melayu seperti Amerika dan Australia.
Alangkah bagusnya kalau dalam buku-buku sejarah terdapat gambar ini.Betapa megahnya hulubalang Melayu menyangkutkan blunderbassnya (Pemuras) di bahu.
Dalam legenda Melayu,berkaitan ilmu mistik dalam kategori ilmu kebal,antara pantang orang yang mengamalkan ilmu kebal ialah peluru emas.Dan ini adalah benar,dan askar Belanda menggunakan peluru emas untuk menundukkan pahlawan-pahlawan Melayu di Sumatera dan Jawa.Malah Mat Kilau juga dikatakan dikhianati orangnya sendiri berkenaan rahsia ini.Jadi fikirkan,dalam amalan mistik Melayu itu sendiri menyebutkan perihal peluru emas,masakan orang Melayu ketika itu masih terkebil-kebil memegang lembing berhadapan dengan askar Portugis yang bersenjatakan matchlock musket,blunderbuss dan cannon?[/FONT][/COLOR][/SIZE] – Sumber
Yang
tinggal adalah MELAYU YANG PENUH PERASAAN ‘INFERIOR’ terhadap bangsanya
sendiri. Menganggap bangsa sendiri adalah kolot dan agama Islam adalah jumud
padahal bangsanya adalah ahli pengembara dan pelaut terbaik dunia.
Apabila
berbincang mengenai kehebatan bangsa Melayu adn kerajaannya,asyik-asyik
terhenti pada Empayar Melayu Melaka.Benarkah bangsa Melayu mampu membina
Empayar dan menjadi pengurus pemerintahan bermula dari era Melaka?Bagaimana
dengan sebelum itu?Logikkah orang-orang Melayu yang duduk dikampung-kampung
dipinggir-pinggir hutan,tiba-tiba menjadi pengurus sebuah empayar dan pelabuhan
antarabangsa paling strategik dan terkaya di dunia?Sehinggakan para pedagang
yang mahu berurusan di pelabuhan Melaka wajib mempelajari bahasa Melayu untuk
berbincang dengan syahbandar-syahbandar Melayu dan berniaga dengan pedagang
lain.
Tahukah
anda jumlah kapal yang berlabuh di pelabuhan Melaka pada satu-satu masa?
Jumlahnya beratus-ratus!! Ini bukan main-main kerana sumber-sumber Portugis dan
Sepanyol yang tersimpan rapi di perpustakaan-perpustakaan Eropah yang
menyebutnya begitu.
Jika mahu
mengetahui keupayaan sebenar bangsa Melayu,kita harus mengkaji manuskrip
pengembara Eropah di universiti-universiti Eropah seperti di Leiden dan
surat-surat serta dokumen-dokumen para pengurus,pegawai dan bangsawan Melayu
dahulukala ketika itu.Bukannya hanya membaca hasil kajian atau tesis para
pengkaji sejarah Melayu dari Barat kemudian mengganggap tamadun Melayu setakat
bermula dari zaman Melaka sahaja.
Malangnya semua manuskrip itu tidak terdapat di sini.Semuanya
hilang dibawa ke Eropah dalam satu operasi pembersihan fakta sejarah Melayu
besar-besaran ketika penjajahan Barat (rujuk Munsyi Abdullah).Jadi apa yang
tinggal di sini hanyalah buku-buku teks sekolah yang berasaskan kajian
pembohongan para orientalis Barat serta ulasan dari sarjana Melayu pemalas yang
hanya mengkompilasikan hasil kajian Barat.Jadi yang tertera adalah zaman Batu
seperti Paleolitik,Mesolitik dan litik-litik lainnya kemudian terus ke tajuk
Empayar Melaka seterusnya zaman Penjajahan.Hanya itukah sejarah bangsa
Melayu????
Padahal
kapal perang Melayu ketika zaman Melaka dan Acheh lebih besar dari kapal induk
Portugis malah lebih pantas dan hebat dari kapal The Black Pearl dalam filem
Pirates The Caribbean dan orang Melayu mampu mentadbir sebuah pelabuhan yang
lebih kaya dari Port Royal.Ini belum lagi masuk bab empayar Melayu lain seperti
Srivijaya dan Majapahit.
INILAH
RAHSIA PENJAJAHAN BARAT KE ATAS UMAT MELAYU. Ketika kaum Islam lain seperti
Arab, Bosnia atau Chechen menghadapi kaedah penghapusan etnik yang ganas,tetapi
lain pula dengan bangsa Melayu.Pihak Barat tidak mengejar-ngejar orang Melayu
untuk dihapuskan tetapi memburu manuskrip manuskrip berharga, surat-surat cinta
Melayu dan perutusan diraja untuk disimpan (bukan pula untuk dibakar atau
dimusnahkan).
Rahsia yang
terpendam beribu tahun tentang satu bangsa pengembara yang mencari ‘Tanah yang
Dijanjikan’ semakin lama semakin terbongkar dengan penemuan pelbagai artifak
yang penuh misteri dan mengundang pertanyaan seperti penemuan keris di sebuah
kuil purba di Okinawa Jepun, kendi purba yang sama di Vietnam, Kemboja dan
Pahang, penemuan kota purba yang dinamakan Jawi/Jawa di Jordan dan juga
penemuan keris purba di Rusia selain gendang Dong Son dan Kapak Tua Asia Tengah
yang popular itu.
APA MAKSUD KEPADA SEMUA MISTERI INI?
Ketika
Ptolemy, seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu, beliau
telah menamakan semenanjung ini ‘Golden Chersonese’ yang bermaksud Semenanjung
Emas ketika manuskrip manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai
‘Suvarnabhumi’ iaitu Tanah Emas.
Sebuah
manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina
negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur
Jauh yang dinamakan Ophir.
Kajian dari
manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah
mendapati bahan pengawet, kapur barus dan rempah-rempah untuk upacara ritual
mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini.
Apa yang terjadi
di Nusantara beribu tahun yang silam?
Benarkah
ketika Firaun-Firaun Mesir sedang membina Piramid, bangsa yang tinggal di
Nusantara masih bercawat dan melukis gambar monyet di gua-gua?
Nampaknya
perdagangan rempah telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa misteri di
Nusantara telah mampu mengeksport emas di kala kerajaan lain hanya mampu
memperdagangkan kendi-kendi, gendang dan seramik purba.
ADAKAH SEJARAH YANG KITA BACA SELAMA INI
BETUL-BETUL TEPAT?
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.