Sejarah Yang DiGelapkan 3
Terowong Keretapi
Bawah Laut - Usaha Sultan Abdul Hamid
Cita-cita Turki untuk membina sebuah terowong
bawah laut merentasi Selat Bosphorus wujud sejak Turki di bawah
pemerintahan Empayar Uthmaniyyah. Pada 1891, Sultan Abdulhamid
memerintahkan jurutera-jurutera Perancis mereka sebuah terowong bawah laut
dimana terowong didirikan di atas tiang penyokong di bawah laut namun tidak
menjadi kenyataan.
Marmaray merupakan suatu
projek usahasama Kerajaan
Turki dengan Kerajaan Jepun untuk membina pengangkutan
kereta api di bandar raya Istanbul, Turki. Ia terdiri daripada
sebuah terowong kereta api
bawah laut di Selat Bosporus dan pemodenan landasan kereta api
pinggir bandar yang sedia ada di sepanjang Laut Marmara dari Halkalı
di sebelah Eropah ke Gebze di sebelah Asia. Selat
Bosporus turut menghubungkan Laut Marmara dengan Laut Hitam. Projek Marmaray
diusaha menerusi kerjasama syarikat mega Taisei Corp. Jepun dengan
syarikat tempatan Nurol dan Gama. Terowong
ini menghubungkan Eropah dengan Asia dan seterusnya menyambung perjalanan Jalan
Sutera yang silam.
Pembinaannya dimulakan pada
tahun 2004 dengan sasaran awal bagi tarikh pembukaannya ialah pada April
2009. Selepas beberapa kelewatan yang disebabkan oleh penemuan sejarah,
fasa pertama projek itu dibuka pada 29 Oktober 2013 sempena ulang tahun ke-90
penubuhan Republik Turki.
Nama Marmaray berasal
daripada gabungan antara nama Laut Marmara dengan ray, perkataan bahasa
Turki untuk kereta api.
Kerjasama Projek Marmaray tersebut
mengingatkan kita jalinan Turki-Jepun dalam sejarah silam mereka ketika jalinan
mereka untuk menentang Rusia dan Eropah. Terowong tesrebut diilhamkan oleh
Sultan Abdul Majid pada 1860, lalu dirancang denga teliti oleh Sultan Abdul
Hamid II ketika pemerintahannya dengan perlantikan subuah syarikat kejuruteraan
Perancis, British dan Amerika untuk merangka pelan perojek terowong di bawah
laut pada 1891 untuk menghubungkan benua Eropah dengan Asia dan seterusnya
memudahkan umat Islam menunaikan haji serta menyambung Jalan Sutera untuk
pengembaraan antara benua. Namun, hasrat baginda terbantut apabila beginda
diguling oleh British, Yahudi dan sebahagian rakyat baginda sendiri.
Pemecatannya dirasmikan menerusi surat oleh mufti kerajaan yang dilantik oleh
baginda sendiri.
Perdana Menteri Turki Teyyeb Erdogan dengan
segala usaha gigih beliau merealisasikan hasrat sultan Uthmaniyah 150 tahun
yang silam dalam pembinaan jalan tersebut. Pentadbiran Erdogan memulakan projek
tersebut pada tahun 2005, tetapi banyak pihak yand berusaha untuk mengagalkan
usaah tesrebut kerana usaha Erdogan tesrebut dilihat seolah-oleh mengembalikan
kegemilangan kerajaan Islam yang lepas. Projek ditangguh pada 2009.
Dalam pembinaan tersebut, bahan sejarah
kerajaan Bizantine silam ditemui, lalu pencinta alam Barat mendesak agar
perojek tersebut dihentikan untuk kajian arkeologi yang didakwa lebih penting
daripada projek tersebut. Ini melambatkan proses pembinaan tersebut,
sehinggalah dirasmikan kembali oleh perdana menteri Turki dengan penyaksian
perdana menteri Jepun. Projek ini akan menghubungkan Eropah barat dengan
Beijing dalam rangkaian keretapi moden, yang digambarkan seolah-olah Jalan
Sutera Moden. Ini benar-benar mengingatkan kita kepada hubungan erat Sultan
Abdul Hamid Turki dengan Maharaja Meiji Jepun 100 tahun yang silam. Kerjasama
mereka diteruskan oleh pemimpin kini dengan semangat yang sama. Adakah satu
masa akan datang projek ini diteruskan untuk menyambung tanah besar China ke
Jepun pula?
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.