Total Pageviews

Wednesday 13 December 2017

MAT KILAU PAHLAWAN PAHANG



MAT KILAU PAHLAWAN PAHANG


Mat Kilau adalah pahlawan Pahang yang paling terkenal selain Tok Gajah (ayahnya) dan Tok Bahaman dalam menentang penjajahan inggeris di negeri Pahang. sebut pasal Mat Kilau ni.. aku sendiri dilahirkan di kg Mat Kilau Jerantut Pahang tapi takde langsung kaitan sanak saudara dengannya. ( hanya kaitan persaudaraan dalam islam).. cucu mat kilau adalah rakan sekelas masa kat sekolah rendah dulu..

Mat Kilau dilahirkan pada tahun 1865@1866 di kampung pulau tawar jerantut pahang (kampung tersebut masih wujud sampai sekarang). Beliau adalah anak kepada Imam rasu @ Tok Gajah seorang pembesar dan pahlawan terbilang sultan Pahang pada waktu itu. Ilmu kepahlawanannya dipelajari daripada ayahnya sendiri dan beberapa orang yang lain. Pernah diberitakan.. Mat Kilau sempat menuntut ilmu agama daripada wali Allah iaitu tukku paloh seorang ulama terbilang di Terengganu semasa berlindung diri daripada pihak inggeris.

Mat Kilau menunjukkan ciri ciri kepimpinan dimana hugh clifford sendiri berunding dengan beliau. Semasa pertempuran dengan pihak british.. adakalanya beliau menang dan adakalanya beliau kalah. (salah satu kubur anak kepada pegawai british yang terbunuh semasa pertempuran di jeram Ampai dijumpai di kebun bunga kat sekolah aku).

Dalam satu pertempuran sengit.. beliau telah mendapat luka parah dan pihak british telah mengandaikan beliau mati dalam pertempuran. waktu itu pula datuk bahaman telah ditangkap oleh kerajaan siam pada tahun 1895. Berita kematian Mat Kilau telah disiarkan oleh the free press yang berpusat di singapore.

Oleh kerana dicop penderhaka oleh british, beliau telah terpaksa bersembunyi dan berpindah randah.. sehingga akhirnya menetap di Gambang Kuantan dan memakai nama Mat Siam.

Pada hari jumaat 26 disember 1969, Mat Kilau telah menggemparkan seluruh Malaysia dengan membuat pengumuman dirinya di hadapan jemaah di kampung pulau tawar jerantut pahang, kampung kelahirannya. Ini memaksa kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa khas menyiasat dakwaannya,,, akhirnya pada pukul 10.30 pagi hari Khamis,6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. empat hari selepas pengiktirafan itu,, beliau telah kembali ke rahmatullah tatkala berusia 122 tahun.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.