SEJARAH
REALITI RAJA SIAM ISLAM TERAKHIR
DINASTI AYUTIA KE-33,TAHUN 1767
KHALIFAH SYARIF ABU BAKAR SYAH
YANG DI PERTUAN YANG MAHA MULIA BENUA ISLAM SIAM KEDAH
BERGELAR
BOROMORAJA V EKATAAT MAHA DAMMAIYAZA
DINASTI AYUTIA KE-33,TAHUN 1767
KHALIFAH SYARIF ABU BAKAR SYAH
YANG DI PERTUAN YANG MAHA MULIA BENUA ISLAM SIAM KEDAH
BERGELAR
BOROMORAJA V EKATAAT MAHA DAMMAIYAZA
“Boromoraja” di
dalam terjemahan bahasa Siam Islam Kedah bermaksud “puak berpengetahuan penyebar
dakwah agama Islam” dan ekataat bermaksud, “beta taat kepada allah dan
rasul”. Gelaran Raja Siam Cau Pija Sitammarat Maha Tammaraja
(Boromokot) Raja Siam Islam Dinasti Ayutia Ke-31 pula telah diberikan pada
tahun 1758 selepas
kemangkatan ayahandanya di Pulau Langkawi Kedah iaitu Sultan Maulana Muhiyuddin
Mansor Syah (rujuk UUK ms16,17) suami kepada Puteri Raja China Hang Li Poh.
“Maha
Dammaiyaza” pula bermaksud “pembesar
darah dari berlainan raja”. Ini adalah disebabkan ayahanda
Syarif Yang Di Pertuan Kedah adalah raja siam Islam dan ibunya pula adalah
berlainan darah dek kerana bondanya adalah Puteri Raja China Hang Li Poh berasal
dari Dinasti Yuan yang
berketurunan Raja China Khaisar Indo-China tahun 1294. Baginda
digelar Dammaiyaza sewaktu
menjadi Raja Siam Toung Oo di
Burma (Myanmar) dan pada masa itu baginda tinggal di Istana Mandalay (rujuk
artikel kami sebelum ini mengenai nama Raja Mandalika, tercatat pada Batu
Bersurat Trengganu). Terdahulu, Istana Mandalay ini telah dibina oleh nenek
baginda yang bernama Aishah
Begum Puteri Siputeh Bawinnoung, Puteri kepada Raja Siam Dinasti Ayutia Rama
Tibodi II Parameswara Melaka Sultan Rijaluddin (ibni) Mohammad Syah.
Aishah Begum adalah permaisuri kepada Khalifah Zahiruddin Mohd Bahador Syah Babur India Monghul yang
bergelar Maha
Tammaraja Chief Dinasti Ayutia 1559.
Istana Aishah Begum diperbuat keseluruhannya
dari kayu masih ada di Myanmar hingga ke hari ini.
Inilah peta Empayar Islam Benua Siam Kedah
dalam tahun 1686 masihi
(Ayuthia diserang Sukhothai tahun 1767) menurut rekod Perancis yang membuat
perhubungan perdagangan dengan Siam di zaman Narai Tun Saaban memerentah
di Ayuthia sebagai Syah Alam Yang Maha Mulia. Narai Tun Saaban menurut waris
adalah adinda Khalifatullah
Akhirul Zaman Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Syah Melaka.
Kalau harapkan Inggeris atau kerajaan Thailand hari ini jangan mimpi mereka
akan mendedahkan peta sebegini kepada umum.(click untuk besarkan)
“As
to history, the Malays had occupied a lot of land in
Southeast Asia since time immemorial. Today, much
of our land has become part of neighbouring countries,
having been conquered or because of treaties entered into
by the British. We should really go to war to regain our
land especially as there are Malays living there.” Tun
Dr Mahathir Mohammad,dari Blog Che Det, perkara 9, jawapan kepada Saudara
Hanan.
Selepas
serangan keatas Mandalay,
baginda Maha Dammaiyaza telah diusir oleh tentera penjajah Raja Buddha Aluang
Phraya Burma Chakri Sokho Thai yang mana pada masa itu telah mula menubuhkan
Kerajaan Buddha Lanna Thai di Luang
Phra Bang, dalam negeri Siam sekitar tahun 1736. Baginda
telah berpindah bersama pengikut-pengikutnya dari Istana Mandalay Toung Oo Siam
ke Kota Ayuthia Shahrul Nuwi.
Bukti pengusiran dapat dilihat di dalam buku sejarah “A history of South
East Asia; 1995; DGE Hall”. Manakala gelaran Syarif Yang Dipertuan Yang Maha
Mulia Benua Siam Islam Kedah pula boleh dilihat catatannya dalam buku
transliterasi Teks Undang- Undang Kedah yang diselenggarakan oleh
Mariyam Salim Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2005 pada muka surat 42 dan
43 dan Sejarah Kerajaan Melayu Patani dimana baginda disebut sebagai
Raja Bakar @ Raja Nambang.
Pada
tahun 1767 pula,
Boromoraja V Ekataat Raja Siam Islam Dinasti Ayutia Ke-33 telah diserang kali
kedua oleh tentera Raja Buddha Burma Aluang Phaya dari Kota Ayuthia dan baginda
berundur ke Istana
Kota Raja Siam Cau Pija Si Tamrat Na Khun Si Tamrat Kota Ligur Nambang Siam di
Semenanjung Melaka. Beribu-ribu tentera telah terkorban dalam serangan ke atas
Ayuthia yang dikepung selama beberapa hari untuk memutuskan bekalan makanan.
Terdahulu, Kota Istana Cau Pija Si Tammarat di Ligur Nambang Na Khun Si Tamrat
ini telah dibina oleh Raja Siam Cau Pija Si Tamrat Mahatamaraja (Boromokot)
Dinasti Ayutia Ke-31, Maulana
Sultan Muhiyuddin Mansor Syah.
“Dalam
tahun Masehi 1767 Kota
Ayuthia pusat pemerintahan Siam pada masa itu telah dapat ditawan oleh
orang-orang Burma menyebabkan sentisa berlaku kacau-bilau yang hebat dan
orang-orang Burma telah masuk memerintah Kota Ayuthia itu.” di petik dari
Sejarah Kerajaan Melayu Patani.
Di
Nambang Na Khun Si Tammrat baginda Boromoraja Ekataat V di kenali dengan nama
sebenarnya iaitu Raja
Bakar @ Raja Nambang (bermaksud air telok). Ayahanda
baginda, Maulana Syah Alam Sultan Muhiyuddin Mansor Syah juga pernah tinggal di Istana Kota Palas Gunung
Raya Pulau Langkawi pada tahun 1668 Masihi.
Catitan yang berkaitan boleh dilihat di dalam Buku Undang-Undang Kedah di muka
surat 16 dan 17.
“Sekalian
kerabat diraja dan orang-orang besarnya telah bermesyuarat mencari persetujuan
untuk memilih siapa yang patut dan layak menaiki takhta kerajaan. Pada masa itu
telah ada seorang pembesar yang tertua bernama Raja Bakar duduknya di
kampung Teluk yang layak sekali menjadi pemerintah itu. Di dalam permesyuaratan
yang tersebut masing-masing telah bersetuju melantik Raja Bakar ini menjadi
pemerintah lalu dijemputnya menaiki takhta kerajaan Patani tetapi tiada berapa
tahun sahaja Raja Bakar memerintah di atas takhta kerajaan itu pun mangkat.”
Sila rujuk di sini, tapi awas Siam Islam di sebut sebagai thai Buddha,
Sila rujuk di sini, tapi awas Siam Islam di sebut sebagai thai Buddha,
Kota
Palas hari ini telah ditukar namanya ke Padang Madsirat bertempat di Pulau Langkawi
Kedah. Istana Kota Palas ini asalnya dibina oleh Raja Siam Islam Dinasti Ayutia
Khun Wara Wangsa (1548) Sultan Yaakob Jalil Syahyang
dikenali juga sebagai Raja
Siam Langkasuka Benua Siam Islam Kedah. Hari ini, Makam
Almarhum Sultan Yaakob Jalil Syah ini berada di Kepala Titi Limbung Kapal
(pejabat TDC) Bandaraya Alor Setar Kedah Darulaman dalam keadaan terbiar. Nama
Almarhum Sultan Yaakob Jalil Syah ini ada tercatit di dalam Buku Undang-Undang
Kedah pada muka surat xi iaitu di bahagian pendahuluan. Ketika Sultan
Rijaluddin Mohammad Johan Syah menetap di Kota Naga, Raja Jalil Putera menjawat
jawatan Syahbandar di Kota Setar Kedah. Catatan Naka dalam UUK Kedah sebenar
nya adalah Naga dan sekali gus mengesahkan bahawa Bandaraya Alor Setar telah
pun lama wujud dari yang telah diwartakan.
Sebagai
tambahan di sini, di dalam peta semenanjung Siam Melaka pada tahun 1754 dari
Perancis, ada ditandakan tiga Kota Siam Melaka yang telah dibina oleh Raja Siam
Islam Cau Pija Sitamrat Maulana Sultan Muhiyuddin Mansor Syah. Kota yang
pertama adalah Kota
Ligur Na Khun SiTamrat (asalnya Tammaraja), kota kedua
adalah Kota Kuala Kedah dan
yang ketiga adalahKota
Pagoh di Johor yang berada didalam wilayah Johor Riau
Lingga, Empayar Islam benua Siam Kedah.
Berdasarkan
bukti catitan dari Buku Undang-Undang Kedah pada muka surat 43 dan 44, ianya
menunjukkan bahawa Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Islam Siam Kedah
adalah penguasa di Semenanjung Siam Melaka. Pemerintah Raja Siam Islam muthlak
kemudiannya telah bertitah kepada semua jemala Datuk Bendahara agar bermuafakat
dengan semua pegawai serta mengatur adat pada fasal aduran @ aduan hamba allah
iaitu pada hijrahnya Nabi Muhammad s.a.w 1199 bersamaan 1778 Masihi
bertempat di Kota Istana Ligur Nambang Na Khun Si Tamrat. Kota Istana ini masih
wujud lagi di Na Khun Sitammarat (asalnya
tammaraja) berdekatan Segenting
Kra, Thailand.
Datuk
Bendahara pula pada ketika itu adalah Raja Siam Islam Negeri Champa @
Kemboja Pho Chan Koya Long Sultan Mad
Zafar Syah III Kedah yang mana juga adalah anak lelaki sulung Syarif Yang
Dipertuan Yang Maha Mulia. Paduka Seri Maharaja Jalil Raja Siam
Negeri Bangkok Koya Ngah Sultan Megat
Terawis pula anak lelaki kedua Syarif Yang Dipertuan Yang
Maha Mulia. Anak ketiga baginda ialah Raja Siam Negeri Chang Mai Koya Shuib
Sultan Megat Shuib Syah.
Datuk Paduka Maharaja Koya Nai Chau Megat
Manja Abu Kasim Raja Siam Negeri Tenasirim pula adalah
anak lelaki keempatnya. Negeri Tenasirim yang dimaksudkan di sini sekarang ini
berada di dalam Negara
Burma (Myanmar).
“Keturunan
Megat menguasai jawatan Orang besar Empat, diantara nama penyandang gelaran
Bendahara ialah Megat Terawis, Megat Shuib,
Megat Manja, Megat Iskandar,…”. Rujuk Cempaka Sari,
Sejarah Kesultanan Negeri Perak, M.A Fawzi Basri,ms140.
Datuk Paduka Maharaja anak lelaki keempat Syarif Yang Dipertuan
Yang Maha Mulia ini dan Datuk Ku Raja Cenak Raja Siam bagi Negeri Songkhla
Sultan Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang (anakanda Datuk Bendahara
Sultan Mad Zafar Syah III Kedah). Datuk Paduka Raja Sultan Raja Siam Negeri
Johor Riau Koya Fai Sultan (Megat Iskandar)Iskandar pula adalah anak lelaki
kelima baginda Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia. Manakala Raja Seri Bongsu
adalah adik ipar kepada Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia ini. Gelaran
untuknya adalah Raja Seri Bongsu Sultan Mohammad Jiwa Nainal Adil Perdana
Menteri Benua Siam Islam Kedah. Datuk Seri Raja Putera ialah Raja Siam Negeri
Legeh Sultan Tengku Long Putera Ibni Sultan Mohammad Jiwa Nainal Adilin.
Bentara Seri Dewa Raja Siam Negeri Perlis pula adalah Nai Ta
Syed Mohammad Hatta Ibni Datuk Bendahara Sultan Mad Zafar Syah III Kedah iaitu
anak lelaki kedua kepada Syed Alang Alauddin (keturunan Raja Perlis sekarang).
Bentara Seri Indera Raja Siam Kota Setar Kedah Sultan Syed Yahya Tajuddin Syah
pula adalah anak lelaki ketiga kepada Datuk Bendahara. Sejarah diputar belitkan
dengan mengatakan bahawa Ahmad Tajuddin Halim Syah (marhum Melaka) adalah
Sultan Kedah, mungkin tercelaru dengan nama Syed Yahya Tajuddin Syah seperti
diatas. Pada muka surat 40 dan 47 Buku Undang-Undang Kedah, jika diteliti
dengan jelas, Datuk Paduka Seri Bongsu hanyalah Datuk Paduka Seri Perdana
Menteri Anak Bukit. Paduka Seri Sultan Mohammad Jiwa Nai Nal Adilin jelasnya,
bukanlah Sultan Negeri Kedah (Paduka Seri Sultan adalah gelaran bagi raja-raja
daerah). Siapa pula yang menjadi raja ketika itu kalau sudah ada Perdana
Menterinya? Tak lain tak bukan ialah Yang Di Pertuan Kedah, Khalifah Syarif Abu
Bakar Syah.
Sebagai penambahan lagi di sini, Tun Pekerma Dewa Raja Siam
Albani Australia Nai Long Ena Sultan Dili Tengku Ali Ibni Sultan Mad Zafar Syah
III Kedah adalah Tun Pekerma Dewa Putera yang keempat. Sang Setia Lela Raja
Siam Manila Filipina Sultan Ismail Ibni Sultan Mad Zafar Syah III Kedah adalah
Sang Setia Lela Sultan Ismail Manila Filipina Putera yang kelima.
Mengikut
rujukan di muka surat 26 dan 27 Buku Undang-Undang Kedah, jelas dikatakan
bahawa Perdana Menteri Kedah iaitu Sultan Mohammad Jiwa Nai Nal Adilin telah
menghantar bunga emas kepada Raja Siam Dinasti Ayutia Ke-33 iaitu Boromoraja V
Ekataat Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Islam Kedah di Benua
Siam Kota Ligur Nambang Na Khun Sitamrat pada tahun 1778 Masihi.
Empat tahun selepas itu iaitu pada tahun 1782, Kota Raja Ligor Nambang Na Khun Sitammarat
telah diserang oleh Raja Buddha Burma Aluang Phraya yang diketuai oleh General
Chula Luak Rama I Dinasti Chakri Sokho Thai iaitu selepas mereka berjaya
merampas kuasa daripada General Taksin di Ayutia Siam.
Serangan
tentera musuh Chakri Sukho Thai tersebut telah ditewaskan tentera Islam siam
yang diketuai oleh Panglima Bukit Gantang Datuk Ku Raja Cenak Syed Alang
Alauddin, Raja Siam Songkhla. Kawasan tentera Islam siam yang terkorban telah
digelar “cherat” dalam
bahasa siam yang bermaksud “tanah
perkuburan para syuhada di Na Khun Sitamrat Thailand”
dalam bahasa siam. Makam-makam mereka masih ada lagi hingga ke hari ini.
Pada
tahun 1782 Masihi
pula, Raja Siam Islam Kota Ligur Na Khun Sitammarat telah membina Kota Meang Kuang @
Kota Negara Luas Benua Siam Kedah di mukim Wang Tepus daerah Kubang Pasu Kedah
Darulaman Malaysia. Pada tahun 1788 Masihi
pula, tentera penjajah inggeris telah menyerang Raja Siam Albani Australia
iaitu Sultan Nai Long Ena Tengku Ali @ Sultan Dili Ibni Raja Siam Kamboja Pho
Chan Koya Long Sultan Mad Zafar Syah III Kedah.
Disebabkan
peristiwa itu, Sultan Dili berundur bersama- sama umat Islam Albani Australia
ke Pulau Timor, Timor Leste Benua Siam Islam Kedah. Australia Benua Siam Islam
Kedah telah dijajah oleh penjajah inggeris bermula pada tahun 1788 dan
Australia itu seperti dinyatakan sebelum ini adalah sebagai tempat buangan
banduan dari England, juga pada zaman Raja Siam Dinasti Ayutia Ke-33 Boromoraja
V Ekataat Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia tinggal di Istana Benua Siam
Kedah Kota Meang Kuang mukim Wang Tepus daerah Kubang Pasu Kedah Darulaman
Malaysia.
Jelas dari bukti peta Tallis bertarikh 1851 di
atas, puak sukhothai yang menjajah negeri Siam tidak menguasai Selatan Thailand
hari ini. Ketika itu dari Sergenting Kra ke bawah masih berada di bawah jajahan
Raja Siam Islam, Yang Di Pertuan Kedah Syed Alang Alauddin Panglima Bukit
Gantang (1825-1862).
Peta di atas telah mula menyebut BANGKOK sebagai ibu negeri Siam kerana setelah
menawan Ayuthia mereka tidak lagi menjalankan pemerentahan dari situ. Sekiranya
begitu, raja siam manakah yang berjaya ditipu muslihat oleh Tunku Anum kalau
bukan raja siam Islam. Kenapa pengkhianat kepada Raja Maha Besar diakui dan
dikatakan wira dalam Sejarah Kedah?, dinamakan sekolah atas namanya?, di mana
pengiktirafan kita hari ini terhadap Khalifah Syarif Abu Bakar Syah?(click
untuk besarkan)
Peta
tahun 1851 ini
membuktikan bahawa mereka ketika itu sibuk merampas semula wilayah siam Islam
di Champa yang enggan bernaung di bawah Raja thai Buddha. Mereka menangkap,
menyiksa dan membunuh raja-raja Islam yang enggan tunduk kepada mereka dan
berjaya berkuasa di sana sahaja, tidak di selatan Siam. Wilayah di Champa, Laos
ini kemudiannya dirampas oleh Perancis. Manakala Inggeris pula sudah menguasai
Semenanjung Melaka dan menukar nama semenanjung ini kepada Semenanjung Tanah
Melayu atau Malaya. Proses memelayukan pelbagai masyarakat di sini pun bermula.
(click untuk besarkan).
Pada
tahun 1819 pula,
pihak tentera raja inggeris telah menyerang Timor Leste dan kemudiannya
membunuh Sultan Riau Lingga Sultan Dili dan juga membunuh adik Sultan Riau
Lingga iaitu Sultan Manila Filipina yang mana mereka berdua ini adalah cucu
kepada Raja Besar Benua Siam Kedah Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia. Pada
tahun 1819 ini
juga, penjajah inggeris telah bekerjasama dengan pengkhianat untuk mengusir
Sultan Iskandar dari Istana Raja Pagoh, Johor.
Selain
itu, di dalam Buku Undang- Undang Kedah di muka surat 27 dan 28 telah tercatat
“maka pada zaman Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah Ibni Sultan
Abdullah Mukaram Syah naik kerajaan pada tarikh 1222 tahun
alif, dilebihkan tinggi bunga emas dan bunga perak sebab baginda sendiri
mengadap Raja Maha Besar Benua Siam”. Dari catitan tersebut, ia telah
membuktikan Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah telah diberikan
pangkat di dalam kerajaan oleh Raja Maha Besar Benua Siam Kedah Syarif Yang
Dipertuan Yang Maha Mulia iaitu pada tahun 1812. Beliau telah dilantik sebagai Pemerintah
Angkatan Laut Kedah yang berjawatan
Laksamana dan (bukanlah sebagai Sultan Kedah) bertugas di
Kota Kuala Kedah untuk memungut cukai perdagangan.
Berkenaan
dengan cukai perdagangan ini, cukai tersebut telah disampaikan sendiri oleh
Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah ke Benua Siam Kota
Meang Kuang mukim Wang Tepus daerah Kubang Pasu Kedah. Ini adalah disebabkan
kedudukkan Kota Kuala Kedah dan Kota Meang Kuang melalui jalan sungai dan laut
adalah berdekatan. Malah nama-nama tempat seperti Tanjung Pauh, Pedu, Anak
Bukit, Naga yang disebut dalam UUK di ms 25 masih ada lagi hingga ke hari ini
di Kedah.
Pada
tahun 1821,
Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah telah belot dan membawa masuk
tentera-tentera musuh Chakri Sokho Thai Raja Buddha Rama II secara senyap dan
menyerang Kota Meang Kuang Benua Siam Islam Kedah secara serang hendap.
Khalifah Syarif Abu Bakar Syah telah dibunuh di Istana Kota Meang Kuang. Dek
kerana itulah tahun serangan tahun 1821 digelar
“tahun musuh bisik”, ibaratkan musuh dalam selimut. Ini juga ada dicatit
sebagai bukti oleh ahli sejarah inggeris iaitu Robert Adison.
Tentera-tentera Thai telah mencuri harta khazanah Syarif Yang Di Pertuan
seperti Bunga Emas dan membawa balik ke Bangkok. Dengan itu, hari ini sejarah
kita mengatakan bahawa Bunga Emas di hantar kepada mereka di Bangkok, pada hal
ia di rampas di Istana Kota Meang Kuang dalam tahun 1821.
Paduka
Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah telah mengikut jejak langkah ayahnya
Sultan Abdullah Mukarram Shah iaitu Raja Pulau Pinang (bukan Sultan Kedah)
menjadi pembelot Syarif Yang Di Pertuan Kedah. Terdahulu, Sultann Abdullah
telah membuat perjanjian sulit dengan penjajah Inggeris untuk menyerahkan Pulau
Pinang kepada penjajah Inggeris Francis Light pada tahun 1786 Masihi.
Dia berbuat demikian adalah kerana tamak dan inginkan pihak penjajah inggeris
mengiktiraf dirinya sebagai Sultan Kedah iaitu di zaman Raja Maha Besar Benua
Siam Islam Kedah masih ada dan tinggal di Kota Meang Kuang Benua Siam Islam
Kedah di mukim Wang Tepus daerah Kubang Pasu Kedah.
Antara
yang menjadi mangsa musuh bisik oleh tentera Raja Buddha Chakri Sokho Thai Rama
II pada tahun 1821 adalah
seperti Raja Maha Besar Benua Siam
Islam Kedah Boromoraja V Ekataat Dinasti Ayutia Ke-33 Syarif Yang Dipertuan
Yang Maha Mulia yang dimakamkan di Makam Diraja Siam
Kampung Tualang mukim Tualang Kota Setar Kedah bersama anak lelaki keduanya
iaitu almarhum Raja
Siam Negeri Bangkok Koya Ngah Sultan Megat Terawis. Kedua,
makam Permaisuri Maha Raja Siam
Tengku Suria Ibni Sultan Tengku Marin Langkat Sumatera Pasai (makamnya
digelar makam Tok Jame berada di Alor Rambai Kota Meang Kuang Kubang Pasu
Kedah).
Ketiga
adalah makam Sultan
Marin Langkat Sumatera Pasai yang makamnya berada di Jeti
Kuala Kedah yang digelar makam
Tok Pasai. Sultan Marin ini adalah cucu kepada Tun Saaban yang
bergelar Iskandar
Mahkota Alam semasa menjadi Raja Acheh (sebagai Laksemana
ketika muda bergelar Hang
Tuah dan ketika menjadi Raja Ayuthia baginda
bergelar Narai).
Kemudiannya
makam Sultan Johor Riau iaitu Sultan
Iskandar Koya Fai yang berada di Kota Meang Kuang mukim
Wang Tepus Kubang Pasu Kedah. Makam Raja Siam Tenasirim Burma (Myanmar)
iaitu Sultan Koya Nai Chau Abu Kasim
@ Sultan Datuk Maharaja Megat Manja Abu Kasim yang berada
di Kampung Kubang Lintah Langgar Kedah pun menjadi mangsa musuh bisik.
Antaranya termasuk makam Raja
Siam Chang Mai Sultan Koya Shuib @ Megat Shuib yang berada
di Alor Raja Langgar mukim Langgar Kota Setar Kedah.
Seterusnya,
makam Raja Legeh Kok Nanas Jeli Kelantan Sultan Tengku Long Taha Ibni Sultan Tengku Long Putera yang
berada di Kampung Kota Sarjana Alor Ganu Anak Bukit Kedah. Antara lain lagi
adalah makam Raja Bang Nara Yala Sultan
Tunku Nong Chik Ibni Sultan Tunku Long Putera yang berada
di Kampung Kota Sarjana juga. Makam Raja Mindanao Sultan Koya Tunku Ali Ibni Sultan
Tunku Long Putera berada di Kampung Kubang Besar mukim
Tualang Kedah juga menjadi mangsa dan juga makam Perdana Menteri Benua Siam
Islam Kedah Sultan
Tunku Long Putera Laksemana Datu Ibni Sultan Mohammad Jiwa Nainal Adilin yang
berada di Kampung Kepala Bendang mukim Tualang Kota Setar Kedah.
Selain
itu ialah makam Laksamana
Mad Sirat Tunku Mohammad Chan Keramat Tok Tekai Ibni Sultan Legeh Tunku Long
Taha yang berada di Permatang Harimau mukim Lesong Kedah.
Kemudiannya makam cucu Sultan Idris Jammu Patani Almarhum Radin Megat Mad Ibni Radin
Megat Tam Tunggal dan makam isterinya Tunku Puteri Dayang Ibni Sultan
Tunku Long Putera Laksemana Datu.
Terdapat
juga lain-lain yang terlibat dalam perang dan mati syahid seperti makam Putera
Sultan Idris Jammu Patani Radin
Megat Tam Tunggal yang berada di Tanjung Inggeris Pekan
Langgar Kedah, makam Raja Siam Perlis Nai Ta Sultan Syed Mohd Hatta Ibni Sultan Mad Zaffar Syah III
Kedahyang turut berada di Tanjung Inggeris Langgar juga dan
makam Sultan Idris Jammu Patani dan Puteri Majapahit yang
berada di Masjid Kampung Sena Mukim Tobiar Pendang Kedah serta makam Raja Siam
Kota Setar Sultan
Syed Yahya Tajuddin Syah yang berada di Kampung Alor Siam,
Mukim Tajar.
Pada
tahun 1821 ini
lah juga tentera Raja Buddha Rama II Chakri Sokho Thai telah diserang balas dan
diusir keluar dari Negeri Kedah oleh Panglima Bukit Gantang Datuk Ku Raja Chenak Sultan Syed Alang
Alauddin Panglima Bukit Gantang yang mana ketika itu
baginda menjadi Raja Siam Songkhla. Baginda telah mendapat bantuan tentera
china Manchu memandangkan baginda adalah menantu kepada Maharaja itu.
Kemudiannya angkatan tentera China Manchu ini telah belayar ke Istana Bukit
Chandan Perak untuk menjemput Raja Champa Kamboja Pho Chan Koya Long Sultan Mad
Zafar III Kedah (juga disebut Putera Raja Siam Ligor) untuk datang bersemayam
ke Kota Sarjana Alor Ganu Kedah.
Sultan Mad Zafar Syah III Kedah adalah ayahanda kepada Datuk
Panglima Bukit Gantang Raja Siam Songkhla Sultan Syed Alang Alauddin. Selepas
itu Sultan Mad Zafar Syah III Kedah telah ditabalkan menjadi Yang Dipertuan
Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah. Wilayah pemerentahan baginda adalah seperti
peta semenanjung di atas. Pada ketika inilah Ahmad Tajuddin Halim Syah
melarikan diri ke Pulau Pinang dan dihantar oleh Inggeris ke Melaka. Di sana
sebagai penaung penulisan sejarah dan dengan bantuan kewangan dari penjajah
Inggeris (mereka membawa agenda freemason), Ahmad Tajuddin Halim Syah telah
bertindak menulis semula Sejarah Melayu (agenda inggeris, tanpa pengarang),
Hikayat Hang Tuah dll. Beginilah kita semua mengetahui sejarah bangsa melayu
hari ini, tersasar dari hakikat sejarah Islam sebenarnya.
Antara
senarai nama-nama bagi raja- raja negeri yang dilantik oleh Sultan Mad Zafar
Syah III Kedah adalah Ku
Din Ku Meh bagi menjadi Raja Negeri Setoi (atau negeri
Satun, bersebelahan Perlis hari ini). Kedua adalah Tunku Mohammad Diah Kerabat Tok
Bai yang dilantik menjadi Sultan Kelantan dan Terengganu
atau dikenali sebagai Raja Legeh Kok Nanas Jeli Kelantan dengan gelaran Sultan Mohammad I
Kelantan. Antara lainnya adalah Syed Harun Ibni Sultan Syed Mohd Hatta yang dilantik menjadi
Raja Negeri Perlis, Nai
Doi Ibni Sultan Datuk Maharaja dilantik menjadi Raja
Kubang Pasu, Nai
Moreh (Tok Moreh) Ibni Sultan Syed Mohd Hattayang dilantik
menjadi Sultan Kota Setar, Tunku
Ibrahim Tunku Mehdilantik menjadi Raja di Kuala Muda, Nai Long Abu Taha Ibni Sultan
Syed Alang Alauddin Raja Siam Songkhla dilantik menjadi
Raja Selama termasuk Pulau Pinang, Nai
Long Jaafar Ibni Sultan Syed Alang Alauddin Raja Siam
Songkhla yang dilantik menjadi Raja Siam di Larut Matang. KemudiannyaNai Long Ismail @ Sultan Ismail
Kinta Ibni Sultan Syed Mohd Hatta yang dilantik sebagai
Raja di Kinta dan Raja
Lumu anak saudara kepada permaisuri baginda Puteri Raja Bugis Sri Andalas pula
telah dilantik sebagai Raja Negeri Selangor.
Sultan
Mad Zafar Syah III Kedah telah mangkat pada tahun 1825 di
Berahman Indera Balai Besar Alor Setar Kedah setelah memerentah selama 4 tahunsahaja.
Jenazah baginda telah dimakamkan di Makam Diraja Siam Kampung Tualang mukim
Tualang Kota Setar Kedah. Kemudian selepas kemangkatan baginda, anak lelaki
baginda iaitu Sultan Syed Alang Alauddin Datuk Ku Raja Chenak Syed Alang
Alauddin Panglima Bukit Gantang ketika itu menjadi Raja Siam Songkhla ditabal
menjadi Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Islam Kedah. Baginda menetap
di Istana Kuning Berahman Indera Alor Setar Kedah pada tahun 1825 dan
memerentah sehingga tahun 1862 dan
dimakamkan di Makam Diraja Siam Kampung Tualang Mukim Tualang Kota Setar Kedah.
Anak lelaki baginda Nai
Long Jaafar kemudiannya kembali dari menjadi Raja Larut
Matang dan ditabal menjadi Raja Besar Benua Siam Islam Kedah bergelar Sultan Jaafar Mad Azam Syah dan
baginda pula melantik Che Ngah Ibrahim menjadi menteri di Larut Perak pada
tahun yang sama menggantikan tempatnya.
Pada
tahun 1875, penguasa
penjajah inggeris, J.W.W. Birch yang mula menguasai negeri Perak telah dibunuh
di Sungai Pasir Salak oleh Datuk Maharajalela. Fikirkan lah saudara pembaca
budiman, arahan siapakah yang menyebabkan Datuk Maharajalela berani bertindak
sedemikian rupa? Penguasaan Inggeris di Perak bermula semenjak Perjanjian Pangkor
1874 yang mengenepikan peranan Yang Di Pertuan Kedah.
Penjajah kemudiannya telah memohon bantuan tentera penjajah Raja Rama V Chakri
Sokho Thai Chula Luang Khun agar menyerang Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah
yang pada masa itu berada di Istana Pulau Tiga Sungai Merbuk Kuala Muda Kedah.
Istana ini asalnya adalah istana lama milik Raja Iskandar Zulkarnain Raja China
Siamen. Selepas itu pada tahun 1876 Masihi,
Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah telah dibunuh oleh tentera Raja Rama V
Chakri Sukho Thai Chula Luang Khun di Gurun Kedah. Makam almarhum kini berada
di Makam Diraja Siam Kampung Tualang mukim Tualang Kedah.
Mayat baginda telah dibawa di dalam dulang besar (dalam keadaan
berkecai dipijak gajah) oleh tentera China Manchu dari Gurun ke Kampung Tualang
untuk dikebumikan. Penglibatan tentera China Manchu yang beragama Islam adalah
disebabkan ibu kepada Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah adalah Puteri Raja
China Manchu Siamen China dan tentera Manchu Islam ini dihantar oleh Maharaja
Cina Manchu untuk mengawal baginda. Merekalah yang mengorek terusan Alor Cina
di Kg Tualang Kedah untuk tujuan pengairan air ke sawah padi. Keturunan tentera
China Manchu Islam hari ini masih ada di Kedah, tetapi hari ini mereka dikenali
sebagai Melayu kerana berkahwin dengan orang tempatan, dengan paras rupa
berwajah bujur sireh, berkulit putih kemerah-merahan. Kekecohan yang dilakukan
oleh Inggeris di China untuk menjatuhkan Maharaja China Manchu itu kemudiannya
tidak memungkinkan lagi Maharaja itu menghantar bantuan ke Benua Siam.
Ahli
sejarah Inggeris Colonel
James Low diminta menjadi pencatat sejarah fantasi (dia
bukan pakar) dengan bayaran lumayan atas arahan Raja Thai Rama V Chakri Sokho
Thai Thailand Chula Luang Khun supaya tentera buddha Thailand dapat memusnahkan
bahan bukti Empayar Islam Benua Siam Kedah. Raja Thai ketika itu telah
menjalankan pemerintahan Tentera Buddha Thai dibawah seorang Raja Perempuan
Thai, Mak enche Manjalara di
negeri Kedah selama lima tahun dari 1876 sehingga 1881. Mak
Enche Manjalara ini kemudiannya berkahwin dengan Sultan Abdul Hamid dan
beliau pun dilantik menjadi Sultan Kedah.
Tentera-tentera thai telah ditempatkan di seluruh negeri kedah
untuk memastikan tiada siapa yang berani membuat penentangan terhadap wakil
Raja Thai, Sultan Abdul Hamid dan Mak Enche Manjalara. Pada masa ini waris
Raja-raja Siam Islam terpaksa mendiamkan diri bimbang ditangkap dan dibunuh
oleh tentera thai, hinggalah ke hari ini mereka bangun menyuarakan wasiat yang
dituntut oleh agama Islam. Keturunan tentera thai ini masih ada di Kedah dan
dikenali sebagai orang siam (beragama Buddha) kerana orang siam Islam di Kedah
sudah di Melayukan oleh penjajah Inggeris. Lagi pun tentera-tentera ini datang
dari negeri Siam yang tidak ditukar namanya setelah dijajah oleh raja Thai
dengan sebab itu mereka masih lagi dipanggil orang-orang siam. Malahan di Kedah
dan Malaysia amnya, rakyat negara ini masih memanggil Thailand sebagai Siam.
Situasi yang sama berlaku di Patani di mana orang-orang Melayu Patani begitu
marah dengan tentera siam (pada hal mereka ini thai) kerana mereka pun sudah
pun di melayukan sepertimana kita yang berada di Malaysia.
Antara
yang dimusnahkan tentera thai sewaktu zaman penjajahan ini (1876-1881)
adalah istana-istana Ayutia Raja Siam Islam Kedah, makam-makam dan juga
masjid-masjid yang bersejarah dan tinggalan sejarah di sekitar Lembah Bujang,
Kedah. Kebijaksanaan orang-orang kedah dahulu pula antara lainnya mereka telah
bertindak menimbus makam Sultan Syeikh Abdul Kadir ibni Hussein Syah Alirah
bertarikh 904 masihi di
Tanjong Inggeris, makam Maulana Sultan Muhiyuddin Mansur Syah di Kota Palas
Pulau Langkawi.
Malangnya,
makam Maulana Sultan Muhiyuddin Mansur Syah kini dikenali sebagai “makam purba
milik seorang perempuan” walaupun nama baginda ada disebut dalam Undang-Undang
Kedah dan dimaklumkan kedudukkan makam tersebut oleh warisnya hari ini melalui
penulisan di blog ini. Terkini, saudara pembaca sakelian para penyelidik dari
USM, Pulau Pinang menjumpai lagi 3 tapak kesan tinggalan bangunan sejarah yang
diterbalikkan dan dikambus di zaman dahulu oleh penjajah Inggeris dan thai
sewaktu Kedah dijajah. Lokasinya hanya 2-3km saja dari makam Raja Merong
Mahawangsa yang bergelar Sultan
Madzaffar Syah I.
Istana
Ayutia dan masjid- masjid yang dibina di zaman Raja Iskandar Zulkarnain Raja
China Saimen di Pulau
Tiga Sungai Merbuk daerah Kuala Muda Kedah Darulaman telah
diletupkan dan dicampak ke dalam Sungai Merbok. Yang tinggal hanyalah candi
kubu tentera China Siamen Raja Iskandar Zulkarnain (lihat artikel kami sebelum
ini) yang dikelilingi gok membuat arang daripada kayu-kayu bakau dari zaman
Raja Maha Besar Benua Siam Kedah Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah untuk
kegunaan kapal- kapal. Tempat-tempat bersejarah lain yang hanya tinggal nama di
Kedah antaranya, Kota Sarang Semut, Kota Meang Kuang, Kota Sarjana, daerah Kota
Kuala Muda, Kota Aur dll.
Pembaca yang dihormati semua, bukan lah tujuan kami untuk
mengaibkan sesiapa. Sejarah harus diceritakan semula dengan niat kebenaran
mengatasi segalanya. Sejarah realiti ini hanya boleh diriwayatkan semula oleh
waris-warisnya yang menanggung pelbagai kesusahan, siksaan, dihina dan dikeji,
tohmahan termasuk dipadam langsung dari sejarah bangsa Melayu hari ini, mereka
hilang pengiktirafan oleh sejarawan dan pentadbiran kerajaan Malaysia semenjak
negara kita mula merdeka lagi.
Kami sebagai waris tidak perlu takut disebut derhaka kerana kami
kini ada manuskrip Undang Undang Kedah, kami dari golongan yang melantik
mereka-mereka dahulu sebagai raja-raja daerah walaupun kemudiannya mereka belot
dan bersubahat dengan penjajah untuk mendapatkan kuasa dan kekayaan lantas
mengenepikan undang-undang Islam. Orang kebanyakkan tidak menerima wasiat dan
kefahaman sejarah mereka amatlah terhad (dengan maaf) jadi amat sukar untuk
mereka meriwayatkan semula sejarah realiti, mungkin dituduh derhaka dsbnya.
Raja-raja daerah zaman dahulu telah bertindak megenepikan Maharaja Benua Islam
Siam yang bergelar Khalifah, Kaifa dan Maulana sepertimana tercatat dalam
Undang-Undang Kedah. Sehingga hari ini, sejarah negara kita masih ditulis dalam
acuan penjajah dan mereka-mereka yang engkar terdahulu. Jadinya, sejarah bangsa
Melayu hari ini hanya mengikut betul mereka sajalah.
Saudara
pembaca sekelian, sama-samalah kita insaf dan merafak sembah berdoa kehadrat
Allah swt semoga roh-roh pejuang islam dahulu di masukkan dalam golongan para
syuhadah kerana mereka sanggup menempah maut dalam memperjuangkan kebenaran
agama islam. Haruslah kita sedar bahawa dengan hilangnya bukti-bukti keagungan
sejarah islam di negara Kedah, orang-orang melayu kita hari ini kehilangan
zaman kegemilangan empayar Islamnya, kewibawaannya, manakala sejarahnya telah
dicaturkan semula oleh penjajah, pada hal di suatu masa dahulu kita semua adalah bangsa yang disanjung
tinggi oleh kawan dan lawan. Renungkanlah.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.