Sejarah Yang
DiGelapkan 9
Senjata Melayu Yang
Digelapkan Sejarah
Meriam Mudah Alih Pertama di Dunia.
Tiada yang akan membela sesuatu bangsa melainkan bangsa
itu sendiri.
Beribu-ribu tahun dahulu… di Lembah Bujang, terdapat
satu peradaban yang makmur. Kota-kota yang besar dan istana-istana yang
mengagumkan. Di satu kawasan, terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam; kilang
melebur besi. Zaman berganti zaman. Tahun berganti tahun. Peperangan demi peperangan. Hasad dengki, khianat,
kekejaman dan penipuan menghiasi tabir. Jatuh dan bangun. Bina kembali
peradaban.
Berperang lagi…hancur semuanya…. bangkit kembali membina empayar… perang saudara… kedatangan bangsa Eropah yang tamak…. dijajah… dijajah… dijarah…
Bangkit kembali… tentang penjajah… akhirnya merdeka. Kemudian bina negara… bina peradaban kembali. Perlahan-lahan.
Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah. Apa yang dilihat mereka? Hulubalang Melayu memegang tombak. Panglima Melayu menghunus keris. Selak lagi.. apa dilihat lagi? Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah, dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris. Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang pisang. Gambar askar Melayu mati ditembak istinggar musuh. Gambar rumah beratap rumbia musnah dibedil meriam. Selak lagi….gambar gabenor British bercekak pinggang dengan orang-orang Melayu berpakaian selekeh di satu sudut.
Selak lagi… selak lagi… gambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan yang berimejkan selekeh, miskin dan nampak kurang berpendidikan. Membosankan.
Dalam artikel pengiring terakhir ini, Srikandi akan mendedahkan realiti sebenar peperangan yang disertai orang-orang di Semenanjung mahupun di pulau-pulau Nusantara (Indonesia). Srikandi akan mendedahkan betapa antara orang-orang Melayu pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan menggunakan senjata api.. Ini sekaligus menafikan anggapan popular ketika penjajahan dahulu “hendak buat sebatang jarum pun tak mampu”
Benarkah begitu?
‘Musketeers‘ dan ‘Gunners‘ Melayu
Ketika saya masih kecil lagi, saya masih
teringat satu filem lama tahun 80-an berlatar belakangkan zaman dahulu, mungkin
sekitar abad ke 17. Kalau tak silap saya, Dato Rahim Razali ada berlakon dalam
filem itu. Keistimewaan filem ini ialah, ia memaparkan orang-orang Melayu
dahulukala berperang menggunakan meriam-meriam kecil, dalam istilah Melayunya
‘Lela Rentaka’.
Meriam-meriam ini boleh dikendong menggunakan tenaga dua orang, di bawa ke sana sini. Terdapat satu adegan di mana tentera-tentera bergegas membawa meriam-meriam ini ke medan perang melintasi sawah-sawah padi. Ada adegan tentera yang tumpas terkena bedilan. Aksi letupan yang begitu ‘real’ dan suasana selepas perang di mana mayat-mayat bergelimpangan di sawah padi dihurung lalat dengan darah bersemburan di sana sini. Filem ini begitu istimewa di mata saya, berbanding filem-filem tipikal lain yang juga berlatarbelakangkan sejarah namun imej peperangan yang membosankan dan kurang tepat; asyik-asyik berperang menggunakan keris dan lembing. Penggunaan meriam yang meluas di dalam filem ini amat menarik dan sehingga kini saya masih teringatkan filem itu yang unik dan menimbulkan misteri kepada saya.
Semakin dewasa dan kelebihan menggunakan maklumat yang banyak di perpustakaan semasa melanjutkan pengajian ke luar negara membuatkan saya semakin tertanya-tanya; apakah peranan meriam di dalam budaya orang-orang Melayu dahulukala? Mengapa apabila saya membaca catatan - catatan para conquistador, pengembara Eropah, pedagang dan duta-duta asing, menyebutkan saiz kapal, penggunaan meriam dan kemewahan orang-orang Melayu sebelum era penjajahan? Mengapa apabila membaca buku-buku sejarah di sini, nadanya berlainan? Mengapa catatan pengembara Perancis berlainan sekali dengan catatan Stamford Raffles dan Leyden? Mengapa pandangan para cendekiawan Portugis seperti Eredia dan Pires berlainan dengan pandangan para gabenor dan imperialis Inggeris?
Apa sebenar yang ingin mereka sembunyikan dari
kita??
Apabila orang Thai mengeluarkan filem-filem menceritakan sejarah Patani, mereka menggambarkan orang-orang Melayu Patani biasa menggunakan pistol dan senapang, apatah lagi meriam. Ini tidak kalah dengan filem-filem mereka yang menceritakan peperangan menentang tentera Burma. Mereka betul dari segi sejarah.
Mengapa saya kata begitu? Kerana apabila teknologi meriam semakin maju pada abad ke-14, seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini. Kerajaan-kerajaan Eropah, wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan Turki uthmaniyyah, Emperium China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam.
Jadi ADAKAH
SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN PALING KAYA DI TIMUR MENJADI
PEKAK, TULI, BUTA DAN BISU DENGAN PERKEMBANGAN INI?
Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain dengan pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia? Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut ‘kemelayuan’ mereka.
Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain dengan pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia? Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut ‘kemelayuan’ mereka.
Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya berpakat untuk menyorokkan berita-berita tentang meriam, istinggar (musket) dan ubat bedil? Adalah amat tidak logik jika Sultan Melaka yang pernah menakluk sebahagian Sumatera dan tanah semenanjung malah mengalahkan tentera Siam menggunakan keris dan lembing sahaja. Tiada satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka ketika itu KECUALI GABUNGAN TENTERA PORTUGIS, KERAJAAN - KERAJAAN KECIL DI SUMATERA DAN JAWA, ASKAR - ASKAR UPAHAN DARI GOA, JAWA DAN SIAM DITAMBAH DENGAN PEMBELOT DAN PENGKHIANAT DALAMAN DARI PARA PEDAGANG ASING DAN ORANG - ORANG MELAYU SENDIRI.
Hanya filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja menggambarkan pendekar Melayu berperang menggunakan keris dan lembing selepas bergaduh di warung berdinding buluh dan beratapkan rumbia. Sungguh memalukan.
Apabila orang luar membuat filem tentang Melayu, mereka menggambarkan pendekar Melayu menggunakan pistol, meriam dan senapang. Malah pendekar Melayu memakai baju kulit dan sesetengahnya memakai baju zirah; baju besi untuk mengelakkan serpihan peluru meriam melukai daging kulit. Dari mana mereka mengorek rahsia ini? Dari catatan-catatan sejarah mereka yang diluar kawalan Raffles, Winsted, Swettenham dan Leyden.
Malah semua senjata ini, yang diwar-warkan asing bagi bangsa Melayu, mempunyai istilah Melayunya sendiri:
*Cannon = Meriam,Lela
*Portable Cannon/swivel gun= Lela Rentaka
*Flintlock Musket= Istinggar
*Blunderbuss= Pemuras
*Pistol= Terakol
Mari kita lihat antara senjata-senjata ‘terahsia’ Melayu ini:
Pemuras
Pemuras adalah antara senjata
yang gemar digunakan oleh orang-orang Melayu dahulukala. Dalam Perang Naning, catatan
askar Inggeris menyatakan orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras
ini sehingga Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya
menentang Dol Said dan Perang Naning juga berlaku dalam beberapa siri. Orang-orang
Melayu Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu
menggunakan Pemuras.
Pemuras atau dalam bahasa Inggeris Blunderbuss
adalah sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek, besar, yang
mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk kembang (funnel-shaped muzzle
). Pemuras ini menggunakan peluru timah hitam (lead).
Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat dan selalu digunakan oleh pasukan berkuda (Dragoons). Perkataan Dragoon ini berasal dari penggunaan Pemuras yang telah dimajukan bentuknya, menjadi lebih kecil, seperti pistol.
Orang - orang Melayu
memanggilnya sebagai Terakol atau Tarkul. Dragoon atau Terakol inilah asal - usul
pistol pada hari ini. Pemuras juga adalah senapang atau bedil yang pertama
sekali dicipta untuk tujuan pertahanan. Dalam masyarakat Melayu, senjata
Pemuras dan Tarkul adalah agak popular berbanding di dunia barat. Penggunaan
Pemuras adalah lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu
berbanding istinggar atau Flintlock Musket.
Mengapa?
Ini kerana pada masa dahulu orang Melayu adalah pelaut dan pengembara yang gigih. Penggunaan blunderbuss ini adalah amat popular dikalangan pelaut, lanun dan pedagang. Ini kerana ia sesuai untu pertempuran secara pantas dan berdepan kerana ia mampu mencederakan beberapa orang musuh dengan hanya satu tembakan dari jarak dekat.
Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras kurang dari 60 cm (dua kaki), pada ketika laras senapang lantak biasanya melebihi 90 cm (tiga kaki) panjang. Satu sumber menggambarkan senjata dari awal hingga pertengahan abad ke-17, menyenaraikan panjang laras Terakul kancing roda (wheel lock) sekitar 28 cm (sebelas inci), berbanding 41 cm (enam belas inci) panjang bagi Pemuras.
Dalam budaya masyarakat
Melayu,Kesultanan Brunei adalah diantara salah sebuah Kerajaan Melayu yang
menggunakan Pemuras sebagai salah sebuah alat kebesaran kerajaan atau regalia. Ia
menjadi lambang kebesaran Brunei dengan panggilannya yang tersohor ‘Pemuras dan
Karga’. Karga ialah bekas menyimpan peluru pemuras yang dibuat cantik dan
berseni.
Pemuras sering dihiasi dengan ukiran yang amat halus dan cantik. Ada juga Pemuras yang dibuat daripada logam berharga seperti Emas dan Perak serta ditatahkan dengan intan permata. Di dunia barat penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digunakan oleh pasukan berkuda kerana ia mudah digunakan terutama ketika mengisi peluru.
Jika Soviet meletakkan lambang Avtomat Kalashnikova (AK-47) di duit syililing mereka, Mozambique meletakkannya di bendera mereka, bayangkan, kerajaan Melayu seperti Brunei ini meletakkan blunderbuss atau Pemuras ini sebagai lambang kerajaan.
Pemuras sering dihiasi dengan ukiran yang amat halus dan cantik. Ada juga Pemuras yang dibuat daripada logam berharga seperti Emas dan Perak serta ditatahkan dengan intan permata. Di dunia barat penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digunakan oleh pasukan berkuda kerana ia mudah digunakan terutama ketika mengisi peluru.
Jika Soviet meletakkan lambang Avtomat Kalashnikova (AK-47) di duit syililing mereka, Mozambique meletakkannya di bendera mereka, bayangkan, kerajaan Melayu seperti Brunei ini meletakkan blunderbuss atau Pemuras ini sebagai lambang kerajaan.
Terakol
Terakol atau Tarkul adalah antara senjata
popular dikalangan pelaut,pedagang dan lanun-lanun Melayu. Tarkul pada awalnya
menggunakan teknologi ‘wheel lock’ (kancing roda) di mana kemajuan teknologi
ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan
‘fius’.
Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah
perubahan bentuk dari Pemuras yang dikecilkan. Terakol digunakan di dalam
peperangan Rajah, Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol, juga
askar Brunei menentang Rajah Brooke.
Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka. Dalam Perang Naning juga senjata ini digunakan. Sekitar tahun 1530, Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.
Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka. Dalam Perang Naning juga senjata ini digunakan. Sekitar tahun 1530, Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.
Dalam filem Pirates of Caribbean, Jack Sparrow
menggunakan Terakol jenis kancing batu api (flintlock)Ketua Lanun, Laksamana
dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang
bersama-sama keris mereka.
Istinggar
Istinggar atau bahasa inggerisnya
"Musket" pada awalnya ialah sejenis senjata api jenis berat dengan
penggunaan fius atau wheel lock. Kemudian ia menjadi sejenis senapang yang
menggunakan teknologi flintlock (kancing batu api). Penggunaan flintlock ini
meningkatkan kadar tembakan dan mengurangkan kos pembuatan senjata api. Mula
diperkenalkan pada 1630 sebagai flintlock musket,istinggar dengan pantas
menggantikan teknologi picu senjata api lebih awal,seperti mekanisme kancing
sumbu (matchlock) dan kancing roda (wheel lock).
Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama seperti Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Hikayat Megat Terawis. Dalam Hikayat Megat Terawis, dikatakan bahawa Megat telah berjaya membunuh seorang hulubalang yang kebal dan hebat bernama Tun Saban. Tun Saban dikatakan sebagai seorang yang tidak lut kepada segala jenis senjata kecuali istinggar yang dibuat khas pelurunya.Istinggar yang digunakan untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah hadiah daripada ulama dari Hadra-maut kepada raja Pagar Ruyung.
Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama seperti Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Hikayat Megat Terawis. Dalam Hikayat Megat Terawis, dikatakan bahawa Megat telah berjaya membunuh seorang hulubalang yang kebal dan hebat bernama Tun Saban. Tun Saban dikatakan sebagai seorang yang tidak lut kepada segala jenis senjata kecuali istinggar yang dibuat khas pelurunya.Istinggar yang digunakan untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah hadiah daripada ulama dari Hadra-maut kepada raja Pagar Ruyung.
Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam kota Melaka oleh tentera-tentera Portugis. Istinggar juga digunakan oleh tentera Johor-Riau terutama ketika membantu Belanda menyerang Portugis. Istinggar juga digunakan oleh penduduk di Perak ketika menyerang Belanda yang membina loji-loji di Sungai Perak.
Lela Rentaka
Rentaka, adalah sejenis
meriam mudah alih, ringan dan kecil dari meriam biasa. Dalam Bahasa Inggeris, ia
disebut Lantakas (gabungan Lela dan Rentaka). Rentaka adalah senjata khas orang
Melayu, kerana mereka sendiri yang menciptanya, sebab itu orang Inggeris
menyebutnya dengan Lantakas.Ini adalah sesuatu yang menarik kerana Rentaka
adalah setanding dengan keris dan ia adalah senjata Melayu yang terkenal di
dunia Barat. Rentaka inilah yang saya lihat di dalam filem tahun 80-an itu.
Kebiasaannya rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi dan berukuran diantara 50cm hinggalah 2 meter. Bagi yang berukuran lebih daripada 1 meter kebiasaannya ia di panggil Lela dan ada yang dipanggil sebagai ekor Lotong kerana mempunyai pelaras yang panjang dan lentik seperti ekor Lotong.
Bangsa penjajah pertama yang merasa penangan
rentaka ialah Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai arquebuses, portable
cannons or swivel gun yakni meriam mudah alih. Berbanding dengan meriam biasa,
rentaka kebiasaanya mempunyai hiasan yang lebih terperinci dan cantik seperti
ukiran awan larat, naga, buaya, cicak, ikan lelumba malahan turut diukirkan
corak pucuk rebung.
Apa yang unik mengenai
senjata ini ialah ianya adalah sebuah meriam mudah alih yang pertama didunia.
Rentaka mempunyai mekanisme yang membolehkan ianya dipusing-pusingkan keatas
dan kebawah serta boleh dipikul dan dipacakkan di kota, tanah atau belebas
kapal dan perahu. Hal ini amat berbeza dengan meriam barat yang sedia di
ketahui adalah amat berat dan tidak mudah dialihkan. Ciri mudah alih Rentaka
juga menyebabkan bidikannya lebih mudah untuk kena pada sasaran.
Pahlawan Moro adalah diantara pahlawan rumpun Melayu yang dikatakan sebagai pembuat rentaka yang terbaik. Orang Moro telah menggunakan rentaka sebagai senjata api utama ketika diserang oleh Sepanyol dan ketika mereka menyerang kapal-kapal Sepanyol.
Tentera Sepanyol dikatakan amat takut dengan
senjata tersebut kerana diantara banyak-banyak senjata, rentaka adalah salah
satu senjata yang menyebabkan kematian dan kerugian terbesar bagi pihak mereka.
Selain daripada orang Moro, Kerajaan Brunei juga dikenali umum di kalangan para
pedagang dan penjajah sebagai pengeluar rentaka terbanyak dan terbaik di Alam
Melayu. kebanyakan daripada rentaka yang ada di Muzium di seluruh dunia
sekarang ini adalah berasal dari Brunei kalau tidak Filipina. Di Semenanjung,
Jawa dan Sumatera, penggunaan rentaka adalah kurang terutama setelah kejatuhan
Kesultanan Melayu Melaka.
Kehebatan senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah mulut dan kekaguman para penjajah barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda sehinggakan mereka telah meniru teknologi pembuatan rentaka bagi melengkapkan persenjataan mereka. Sehingga abad ke 18 dikatakan penghasilan rentaka di Alam Melayu semakin berkurangan malahan negara yang mengeluarkan rentaka terbaik dan terbanyak adalah negara Belanda.
Meriam / Lela
Meriam mempunyai sejarah yang panjang, terahsia
dan digelapkan dalam sejarah Melayu. Meriam digunakan di tembok-tembok kota
Melaka. Meriam digunakan di semasa peperangan melawan penjajah di Selangor. Meriam
digunakan di Pasir Salak. Meriam digunakan di Singgora melawan Thai dan
Inggeris dan Belanda. Meriam adalah cukup sinonim dengan seni peperangan
Melayu. Jika Brunei dan Sulu terkenal mengeluarkan Rentaka (meriam mudah alih)
terbaik,maka Patani pula adalah pengeluar meriam paling terbaik di Asia
Tenggara suatu ketika dahulu.
Sebelum kemunculan meriam, pada awalnya teknologi artileri atau bedilan ini diperkenalkan oleh orang-orang Cina. Kemudian meriam diperkenalkan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah, yang juga merupakan pembuat meriam yang menggerunkan seluruh Eropah ketika itu.Kemudian pedagang Belanda pula memperkenalkannya.
Meriam yang paling terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seri Nagara, Seri Patani dan Mahalela. Dan meriam Seri Nagara dan Seri Patani ini adalah meriam yang terbesar di Asia Tenggara! Menariknya bukan orang lain yang membuat dan memilikinya, tetapi orang Melayu juga!
Meriam-meriam ini adalah milik Kerajaan Patani. Sebagai tindak balas berikutan khabar angin akan serangan Siam ke atas Patani, Raja Kerajaan Melayu Pattani pada waktu itu iaitu Raja Biru (1616-1624) telah menugaskan seorang lelaki Cina-Islam yang bernama Tok Kayan (Lim To Khiam) untuk mengetuai pembinaan meriam-meriam kerajaan. Tiga buah meriam telah dibina iaitu Sri Patani, Sri Nagara dan Mahalela. Sri Patani dan Sri Nagara mempunyai saiz yang sama manakala Mahalela pula lebih kecil iaitu hanya sepanjang 5 hasta 1 jengkal. Meriam-meriam ini telah berjaya menyekat empat kali serangan Siam ke atas Patani iaitu pada tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638.
Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula telah hilang tanpa dapat dikesan.
Pada 1787, Raja Rama I telah mengarahkan pembinaan meriam yang sama saiz dengan Sri Patani yang dinamakan sebagai Narai Sanghan untuk diletakkan bergandingan dengan Seri Patani yang telah di tawan. Jika anda melihat kepada gambar meriam seri Patani di atas, bolehkah anda bayangkan kekuatan meriam tersebut ketika ia membedil kapal-kapal perang Thai. Menurut Hikayat Patani tiga buah meriam kerajaan Pattani ini telah berjaya mengaramkan banyak kapal Thai ketika Kerajaan Thai menyerang Pattani. Anda boleh membayangkan suasana meriam-meriam ini digunakan dan peperangan tersebut dengan menonton filem Queen of Langkasuka.
Kesimpulan
Setelah mengetahui fakta sejarah yang digelapkan dari pengetahuan kita ini,adakah kita masih berfikir nenek moyang kita berperang menggunakan sumpit,lembing dan keris? Jika nenek moyang kita berperang dengan senjata-senjata itu sahaja, alamat kita sekarang bukanlah duduk di Malaysia, tetapi di sebuah negeri Inggeris lain, seperti Australia. Sebab orang-orang Melayu mempunyai senjata-senjata beginilah mereka mampu mempertahankan takhta raja-raja mereka dan sedikit sebanyak mengawal tindak tanduk penjajah yang ganas dan tamak. Bayangkan betapa gigih nenek moyang kita dahulu memikul rentaka, membawa Pemuras di samping parang dan keris, menentang ketamakan dan kebuasan penjajah. Jika nenek moyang kita dahulu lembik tidak berjuang mempertahankan tanah air, mungkin hari ini kita akan menjadi seperti Red Indian atau aborigine Australia.
Inggeris walaupun buas dan kejam, namun masih
menjaga ‘standard’ mereka cuba menghormati perjuangan orang-orang Melayu
mempertahankan warisan. Mereka cuba mengawal alter amuk para musketeers (ahli
senjata api) dan gunners (ahli meriam) Melayu dengan cuba meletakkan para
residen mereka terlebih dahulu di setiap negeri Melayu. Apa salahnya Inggeris
membawa balatenteranya meranapkan takhta-takhta raja-raja Melayu ini terus atau
menghalau mereka sepertimana mereka menumbangkan raja-raja Tamil, Hindi dan
Maharaja Moghul di India. Sultan Abdullah memang dibuang ke Pulau Seychelles, namun
yang peliknya Inggeris berusaha mengadakan raja baru di Perak dengan membiarkan
institusi beraja Perak menabalkan pengganti Sultan Abdullah. Pelikkan? Apa
salahnya Inggeris melantik sahaja Hugh Low menjadi ‘Rajah Perak’ sebagaimana
James Brooke menjadi Rajah Sarawak. Biar warisan raja-raja Perak hancur
sebagaimana mereka berjaya menghancurkan dinasti raja China dan India. Tetapi
ini tidak berlaku.
Bukan sahaja orang Melayu, malah ‘Mat Salleh’
pun berdegil ‘mempertahankan’ takhta raja-raja Melayu. Lucu dan aneh,
sebenarnya jika kita bersemangat mempertahankan warisan budaya kita sendiri, orang
lain pun akan segan dan hormat pada kita. Seperti juga hari ini, jika kita acuh
tak acuh dengan warisan kita sendiri, sebagai contoh Tulisan Jawi, Cina Komunis
pun tidak segan silu mahu membuang tulisan Jawi dari papan-papan tanda jalan. Jika
kita sendiri tidak berusaha mengambil berat diri kita sendiri, siapa lagi
hendak diharapkan menjaga segala warisan dan identiti bahkan pegangan agama
kita sendiri?? Orang asing??
Sebagai kesimpulannya,dengan pendedahan ini yakinlah kita bahawa orang Melayu adalah bukanlah bangsa yang lemah dan hanya mengenal keris dan tombak sahaja malah pandai menggunakan meriam dan membuatnya juga!Orang Melayu juga biasa menggunakan musket (Istinggar) dan pistol (Terakol).
Sebagai kesimpulannya,dengan pendedahan ini yakinlah kita bahawa orang Melayu adalah bukanlah bangsa yang lemah dan hanya mengenal keris dan tombak sahaja malah pandai menggunakan meriam dan membuatnya juga!Orang Melayu juga biasa menggunakan musket (Istinggar) dan pistol (Terakol).
Sehingga ke hari ini saya
masih terngiang-ngiang jeritan hulubalang Melayu meledakkan Rentakanya di dalam
filem 80-an itu. Adegan dua orang hulubalang mengandar batang Rentaka yang
diikat pada sebatang kayu sambil meniti batas-batas sawah meninggalkan misteri
yang aneh kepada saya. Kenapa drama dan filem lain tidak seperti filem yang
satu ini? Siapa pengarah filem ini? Sungguh,saya betul-betul tabik pada pembuat
filem itu,malangnya saya terlupa tajuk filem itu.
Jadi fikirkan, adakah Inggeris dan Belanda takutkan orang-orang Nusantara yang menentang mereka menggunakan sumpit, lembing dan keris (kesampingkan ilmu mistik, kita bercakap soal realiti)? Tidak sama sekali. Para musketeers dan gunners Melayu inilah antara ‘penggerun’ mereka dan membuatkan Inggeris berfikir 10 kali untuk menghapuskan raja-raja Melayu, mengkristiankan seluruh orang Melayu dengan paksaan dan menjadikan Tanah Melayu seperti Filipina, Amerika dan Australia.
Alangkah bagusnya kalau dalam buku-buku sejarah terdapat gambar ini. Betapa megahnya hulubalang Melayu menyangkutkan blunderbassnya (Pemuras) di bahu.
Dalam
legenda Melayu, berkaitan ilmu mistik dalam kategori ilmu kebal, antara pantang
orang yang mengamalkan ilmu kebal ialah peluru emas. Dan ini adalah benar, dan
askar Belanda menggunakan peluru emas untuk menundukkan pahlawan-pahlawan
Melayu di Sumatera dan Jawa. Malah Mat Kilau juga dikatakan dikhianati orangnya
sendiri berkenaan rahsia ini. Jadi fikirkan, dalam amalan mistik Melayu itu
sendiri menyebutkan perihal peluru emas, masakan orang Melayu ketika itu masih
terkebil-kebil memegang lembing berhadapan dengan askar Portugis yang
bersenjatakan matchlock musket, blunderbuss dan cannon?
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.