Sejarah Yang Digelapkan
6
Orang Islam adalah
pelukis pertama Peta Dunia
Orang Islam adalah
pemilik pertama Peta Dunia
Dalam Kitab Suci al-Qur’an, Allah SWT memuji
suatu golongan dalam kalangan orang-orang beriman yang disebut sebagai
golongan ulul albab. Golongan ulul albab ini dari
segi bahasanya bermaksud golongan yang mempunyai akal fikiran yang bersih. Dari
segi istilahnya, ulama tafsir iaitu Imam Ibn Kathir menyatakan bahawa
golongan ulul albab ini merupakan golongan yang mempunyai
pemikiran yang sempurna sehingga mampu memahami hakikat sesuatu perkara dengan
sebenar-benarnya, dan membawa mereka kepada kejayaan di dunia dan akhirat. Bagi
menunjukkan betapa pentingnya golongan ini, istilah ulul albab diulang
sebanyak 24 kali melalui 10 surah dalam al-Qur’an. Antara faktor yang menyebabkan
generasi ini dimuliakan oleh Allah SWT dijelaskan dalam firman-Nya yang
bermaksud:
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (ayat-ayat kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi golongan ulul albab; (iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah sesama mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau jadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka’.” (Surah Ali ‘Imran ayat 190-191).
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (ayat-ayat kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi golongan ulul albab; (iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah sesama mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau jadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka’.” (Surah Ali ‘Imran ayat 190-191).
Pencapaian Umat Islam
Muzium Sains dan
Teknologi di Turki mempamerkan pelbagai pencapaian Muslim dalam bidang sains dan
teknologi termasuk astronomi, geografi, matematik, kimia, fizik, perubatan,
pelayaran, kartografi dan bidang yang berkaitan. Manuskrip turut dipamerkan
dalam Muzium ini. Demikian pula, model rekaan saintis Muslim termasuk jam,
cermin kanta, astrolab, balaicerap, perkapalan, dan seumpamanya dipamerkan
untuk membuktikan betapa agungnya peninggalan warisan Muslim terhadap dunia
keseluruhannya.
Barat sering menutup
keagungan pencapaian dalam sains dan teknologi Muslim kerana mereka yang
menulis sejarah dunia ketika keruntuhan empayar Islam. Dalam astronomi,
Barat menyatakan bahawa Copernicus yang mencipta teleskop dan Galileo yang
mencipta jam bandul. Catatan ini dinafikan dengan artifak yang dipamerkan dalam
muzium ini apabila jam awal yang dicipta Ibn Yunus al-Safadi sejak kurun ke-10
lagi sedangkan Galileo hidup dalam kurun ke-17. Model balai cerapan bintang di
Samarkhan yang mempunyai tiga tingkat bersama dengan jadual falak dibina dalam
kurun ke-15. Jadual falak cerapan Samarkhan digunakan di Barat kemudiannya oleh
Copernicus, Kepler dan Barahe. Mereka sangat kagum tentang ketepatan cerapan
tersebut sehingga mereka menyangka data tersebut dicatatkan oleh
malaikat.
Namun, apabila orientalis
mula menulis sejarah, mereka menghapuskan sumber rujukan Barat yang dilakukan
semata-mata di atas rasa permusuhan dan prejudis terhadap umat Islam. Buku
tulisan mereka itulah yang digunakan dalam sejarah moden kini di seluruh dunia.
Model glob bumi yang terdapat di muzium
Istanbul yang dilakar oleh pelayar Muslim zaman pemenrintahan Khalifah
al-Makmun Abbasiyyah dalam kurun ke-8 yang menunjukkan sebahagian besar dunia
telah dijelajahi oleh pelayar Muslim. Peta Semenanjung Tanah Melayu turut
dilakar dalam glob yang sama (gambar kanan) yang diletakkan berhampiran dengan
Sarandib (Sri Lanka) Semenanjung Zinj (Kepulauan Melayu) termasuk Jawa atau
Sumatera. Islam sampai ke Tanah Jawi sejak zaman Khalifah al-Rasyidin lagi
setelah armada pimpinan Muawiyah membelah laut di timur dan barat.
Dalam pelayaran misalnya mereka mendakwa
Columbus menemui Amerika dan Magallan orang pertama mengelilingi dunia. Dakwaan
ini bercanggah dengan artifak pameran yang ditunjukkan dalam bentuk manuskrip
atau lakaran peta dunia oleh pelayar Muslim sejak zaman al-Makmun, iaitu dalam
kurun ke-8 Masihi lagi. Kompas yang digunakan dalam bentuk jarum bermagnet yang
digunakan dalam pelayaran tersebut turut dipamerkan bersama dengan alat
astrolab yang terkenal sebagai alat astronomi dalam tamadun Islam. Ahli
pelayaran Uthmaniyyah yang terkenal Piri Reis turut melakar peta dunia yang
menunjukkan benua utama dunia dan kutub utara dan selatan. Piri Reis sangat
terkenal dalam sejarah pelayaran menerusi peranannya mengetua armada laut
kerajaan Uthmaniyyah di Laut Arab dan India.
Peta dunia di atas glob bumi yang dilukis oleh
pelayar Muslim menggambar tanah dan benua yang sudah diketahui sejak zaman yang
silam. Manuskrip ini tidakdapat dipastikan tarikh tetapi adalah dipercayai
lakaran dibuat selepas al-Biruni kerana al-Biruni yang memperkanalkan koordinat untuk
lokasi di dunia.
Tradisi melukis peta di
atas glob dimulakan oleh al-Biruni. Beliau memperkenalkan koordinat yang
dilukis berdasar garis bujur dan lintang bumi, dengan khatul istiwa membahagi
dua glob kepada hemisfera selatan dan utara. Al-Biruni merupakan pengasas ilmu
kartografi moden. Al-Biruni berasal dari kawasan yang terletak dalam negara
kesatuan Soviet Union yakni rantau yang merangkumi Samarkhan, Bukhara dan
Tashkent yang merupakan kawasan kegemilangan ilmu selepas zaman
Baghdad. Al-Biruni pernah diisytiharkan saintis agung Soviet Union pada
tahun 1950 sempena ulang tahun ke-1000 al-Biruni.
Di Universiti Tashkent, terdapat lukisan mural di dinding bangunan Fakulti Sains Matematik yang menggambarkan keagungan saintis Muslim termasuk al-Biruni, al-Khawarizmi, al-Farabi dan Ulugh Begh. Al-Farabi ialah tokoh falsafah yang berasal dari Turki. Ketika itu, hubungan Samarkhan dengan Turki adalah sangat erat. Bahkan para sultan Uthmaniyyah berasal daripada Asia tengah. Gelombang hijrah antara Uthnmaniyah-Samarkhan terjadi sejak zaman berzaman melalui Jalan Sutera.
Lukisan gambar al-Biruni dan al-Farabi yang
terdapat di Fakulti Sains Matematik, Universiti Tashkent. Uzbekistan dalam
sejarah silamnya melahirkan ramai saintis Muslim seperti al-Khawarizmi,
al-Biruni, Ulugh Begh, Qadi Zadih dan lain-lain.
Di balai cerap di
Istanbul yang di bina di sepanjang Jalan Sutera suatu ketika dulu merupakan
tempat berkumpulnya saintis dan ahli matematik. Di bawah kelolaaan al-Kasyi,
Qadi Zadih, Ulugh Begh, astonomi berkembang ke China lalu membentuk tamadun
astronomi yang agung di China di bawah pemerintahan Dinasti Islam Ming. Dinasti
Ming pula mengembangkan dakwah Islamiyyah ke seluruh rantau Asia dan Afrika
menerusi pelayaran Zheng He dalam kurun ke-15. Hubungan China
dengan Alam Melayu turut terjalin apabila misi China sampai ke
Melaka. Di China seorang menteri khusus diberikan perfolio astronomi danm
matematik, yang secara tradisinya dipegang oleh orang Islam. Menteri ini
bertanggungjawab terhadap pelayaran, percukaian serta kewangan yang melibatkan
akaun dan pengiraan.
Dalam satu aliran lagi,
ilmu astronomi Samarkhan dibawa ke Turki Uthmaniyyah oleh Ali Kusyi, seorang
pengikut Ulugh Begh. Tokoh ini menjadi penasihat astronomi Uthmaniyah
kemudiannya. Kompas dan alat astronomi untuk pelayaran yang berupa kompas dan
astrolab tamadun Islam dipamerkan di muzium tersebut ada hubungannya dengan
kegemilangan Islam di seluruh dunia termasuk China dan Samarkhan.
Gambar Baginda Ulugh Begh di dinding Fakulti
Sains matematik, Universiti Tashkent. Ulugh Begh terkenal sebagai raja dan
saintis yang membina balaicerap al-Sultan, Samarkhan. Al-Sultan merujuk kepada
baginda Ulugh Begh yang mencatatkan cerapan bintang menerusi balai cerap
tersebut.
Balai cerap turut dibina di Turki untuk tujuan
cerapan bintang yang berkaitan dengan falak syari’e. Ilmu falak dianggap ilmu
yang penting dalam kehidupan harian seseorang Muslim, sama ada melibatkan
ibadat seperti takwim solat atau urusan lainnya seperti pelayaran dan
pengembaraan. Ilmu falak turut dikembangkan di Makkah dan Madinah. Umat Melayu
yang berpeluang menuntut ilmu di Makkah dan Madinah, turut perpeluang
mempelajari ilmu falak, lalu dikembangkan di Alam Melayu untuk tujuan yang
sama. Alam Melayu turut melahirkan tokoh falak mereka sendiri seperti Syeikh
Muhammad Arsyad al-Banjari, Syeikh Ahmad bin Abdul Latif al-Khatib, Syeikh
Ahmad al-Fatani dan Syeikh Muhammad Nur al-Fatani. Falak turut berkembang dalam
kurikulum pengajian tradisi di seluruh rantau Islam termasuk Alam Melayu.
Alat astrolabe yang digunakan dalam kajian
astronomi dan pelayaran yang dipamerkan di Muzium Istanbul (kiri) serta glob
bumi yang dibina berdasar model geosentrik oleh saintis Muslim era
kegemilangan.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.