Sejarah
Yang Digelapkan 10
Jack
Sparrow Adalah Muslim
Dalam filem Pirates of the Carribean, watak Jack
Sparrow lakonan Johnny Depp digambarkan sebagai seorang yang berseloroh, acuh
tidak acuh dan licik. Lakonan cemerlang Johnny Depp menenggelamkan watak utama
yang lain terutamanya watak Will Turner lakonan Orlando Bloom yang lebih macho
dan serius. Disebabkan penonton turut sama menyukai watak Jack Sparrow lakonan
Johnny Depp, ia kemudiannya diangkat menjadi watak utama untuk siri-siri
seterusnya.
Namun, dalam meminati watak Jack Sparrow, ramai
yang tidak menyedari bahawa watak Jack Sparrow diilhamkan daripada watak
seorang lanun terkenal yang pernah hidup sekitar abad ke-16 dan abad ke-17.
Tambah menarik, watak tersebut adalah seorang lanun yang bernama Yusuf Reis
yang beragama Islam.
Yusuf Reis dilahirkan sebagai Jack Ward,
gelarannya Jack Birdy (lebih dikenali sebagai Jack Sparrow) pada tahun 1553 di
Feversham, Kent di tenggara England. Kehidupan awal Jack bermula sebagai
seorang nelayan memandangkan kampung halamannya terletak berhampiran dengan
laut. Kelebihan tersebut menjadikan beliau seorang panglima laut berkaliber
suatu hari nanti.
Pada tahun 1588 ketika umurnya menginjak 25
tahun, Jack Ward nekad berjuang untuk England sebagai Privateer. Privateer
adalah seseorang yang diberi kelulusan oleh kerajaan England berdasarkan letter
of marque untuk menyerang kapal-kapal musuh terutama kapal armada Sepanyol.
Sokongan sepenuhnya daripada Queen Elizebeth I memberikan semangat luar biasa
kepada beliau. Karier beliau sebagai privateer berlangsung dengan cemerlang sehinggalah
pada awal tahun 1600-an.
Walaubagaimanapun, sekitar tahun 1603, King
James I menaiki takhta. Kegiatan Jack Ward yang selama ini disokong oleh
Kerajaan England tiba-tiba terhenti selepas King James I memeterai perjanjian
perdamaian dengan Kerajaan Sepanyol.
Akibatnya, ramai privateer memberontak dan
menjadi lanun yang bertindak merampas kekayaan kapal-kapal dagang Sepanyol.
Namun begitu, Jack Ward tidak terus menjadi lanun tetapi mencari rezeki menjadi
nelayan.
Jack Ward mula menjadi lanun pada tahun 1603
apabila Jack dan 30 orang rakannya merampas kapal kecil di Perlabuhan
Portsmouth. Jack kemudian sebulat suara dipilih menjadi kapten kapal yang mana
ia kemudiannya tercatat sebagai antara ‘pilihanraya’ pertama di kalangan para
lanun.
Berbekal kapal kecil tersebut, Jack dan 30 orang
rakannya melanun sekitar tanah Britain. Hasil pertama Jack adalah sebuah kapal
yang dikenali ‘Violet’ yang membawa harta pelarian penganut Kristian Katholik
ke Isle of Wight.
Dengan kapal tersebut, Jack kemudian berjaya
merampas kapal yang lebih besar di Laut Mediterranean. Kapal yang lengkap
dengan tiga puluh dua meriam kemudian dikenali The Gift. The Gift kemudiannya
digunakan oleh Jack Ward untuk melanun kapal kargo selama lebih dua tahun.
Pada Ogos 1606, Jack Ward telah mengadakan
perjanjian persefahaman dengan pemerintah Tunisia ketika itu, Sultan Uthman Dey
untuk menjadikan perlabuhan Tunisia sebagai pengkalan operasi. Melihat kepada
kepentingan ummah dan kecenderongan Jack Ward kepada Islam, Sultan Uthman Dey bersetuju.
Di tapak operasi baru tersebut, Jack Ward dengan
bantuan beberapa panglima yang berkaliber seperti Richard Bishop dan Francis
Varney daripada England, Kara Osman daripada Turki Uthmaniyyah, Simon
Dangizer(Simon Reis) dan Jan Jansz(Murat Reis) daripada Belanda berjaya
menghapuskan kekuatan Sepanyol dan Perancis di Laut Mediterranean.
Sebuah kapal yang terkenal besarnya dikenali
dengan nama Reneira e Sodeira berjaya dirampas. Kapal tersebut serta merta
ditukar menjadi kapal perang oleh Jack Ward. Malangnya, kapal ini karam pada
tahun 1605 di sekitar laut di Greece sehingga memakan korban lebih 400 orang
krew. 250 orang krew adalah muslim Tunisia dan 150 adalah warga Inggeris.
Berita ini mengundang kemurkaan Uthman Dey dan
rakyat Tunisia turut sama marah kepada Jack Ward. Beliau kemudian mengambil
keputusan untuk mendapat pengampunan daripada King James I. Walaubagaimanapun
ia tidak berjaya malahan beliau telah diburu untuk dihukum.
Akhirnya beliau cuba memohon ampun kepada Uthman
Dey. Kerana berpegang kepada prinsip amanah kepada perjanjian, Uthman Dey
memberi pengampunan dan seterusnya suaka politik kepada beliau.
Kemurahan hati Uthman Dey menarik minat Jack
Ward untuk mendalami Islam secara mendalam. Tidak lama selepas itu, Jack Ward
secara rasminya menganut Islam. Daripada detik itu juga, Jack Ward yang selama
ini turut digelar Jack Birdy atau Jack Sparrow telah memeluk Islam dan diikuti
oleh krew-krew kapalnya yang setia. Sepertimana Simon Dangizer yang menukar
namanya kepada Simon Reis dan Jan Jansz kepada Murat Reis, Jack Ward turut
menukarkan nama Kristiannya kepada Yusuf Reis. Jack Ward atau Yusuf Reis
kemudian bernikah dengan seorang gadis berasal daripada Sicily, Italy yang
bernama Jessimina.
Pada 1622, seorang dramatis bernama Robert Daborne
mendapat inspirasi daripada kehidupan Jack Ward atau Yusuf Reis yang mana
beliau kemudiannya menghasilkan novel bertajuk ‘A Christian Turned Turk’.
Dahulunya, beliau seorang kapten lanun yang
licik serta sering mabuk arak. Selepas menganut Islam, beliau lebih berdisiplin
dan menggunakan kemahiran lautnya untuk berjihad menyelamatkan tanah masyarakat
Muslim daripada terus diancam bahaya armada Sepanyol. Beliau turut direkodkan
menyelamatkan ribuan masyarakat Muslim dan Yahudi Andalusia yang ditindas oleh
kerajaan Kristian Katholik Sepanyol. Miskipun berdarah Inggeris, beliau tidak
kekok untuk berpakaian sepertimana orang Turki berpakaian.
Beliau dalam satu rekod dinyatakan sebagai
seorang yang tidak tinggi, rambut tidak lebat dengan uban serta botak di depan,
wajah agak gelap dan berjanggut. Beliau turut memakai turban yang senonim
dengan masyarakat Islam ketika itu. Beliau agak kecoh dan kadangkala agak
melucukan. Peribadi dan tingkah laku ini kemudiannya melahirkan watak Jack
Sparrow di dalam filem Pirates of the Carribean.
Pada 1622, Yusuf Reis atau Jack Ward kembali ke
rahmatullah selepas menderita terkena tempias wabak penyakit. Beliau meninggal
dunia dalam beragama Islam tidak sepertimana rakan akrabnya, Francis Varney
yang murtad di akhir hayatnya.
Watak Jack Sparrow dalam Pirates of the
Carribean
Sudah namapun mengadaptasi watak sebenar kepada
watak dalam filem. Beberapa elemen telah diterapkan dalam pemakaian dan
aksesori yang dipakai oleh Jack Sparrow lakonan Johnny Depp. Jack Sparrow dalam
Pirates of the Carribean dilihat memakai aksesori bulan dan bintang (simbol
Islam), kain lilit kepala berwarna merah(menggantikan serban merah ala Turki
Uthmaniyyah) dan janggut (Johnny Depp melilit janggut supaya kelihatan ranggi).
Ada juga teori yang mengatakan Jack Sparrow
sebagai seorang Melayu malah ada yang berpendapat beliau adalah Panglima Awang
Hitam, manusia pertama mengelilingi dunia serta membuktikan bumi itu bulat.
Wallahualam
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.