Apakah
itu HPV?
Human papillomavirus (juga dikenali HPV) adalah satu kumpulan
virus yang terdiri lebih daripada 120 jenis. Sebahagiannya lebih
kurang 40 jenisadalah dikenali sebagain ‘genital human
papillomavirus‘ adalah penyakit kelamin yang paling biasa berjangkit pada
manusia. HPV jenis ini boleh menjangkiti bahagian kemaluan lelaki dan
perempuan. HPV jenis ini turut boleh menjangkiti bahagian mulut, tekak dan
dubur.
HPV
boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Ini termasuklah ketuat pada
kemaluan dan kanser. Walaupun begitu, tidak semua orang yang dijangkiti akan
menghadapi masalah kesihatan yang serius. Dalam kebanyakkan kes, HPV akan
sembuh dengan sendiri tanpa memberikan apa-apa masalah kesihatan dan
kebanyakkan orang yang dijangkiti HPV tidak sedar mereka mempunyainya.
HPV bukanlah herpes atau HIV (virus yang
menyebabkan AIDS) walaupun kedua-dua virus ini turut dipindahkan ketika
hubungan seks.
Siapakah yang berisiko mendapat HPV?
Sesiapa sahaja yang pernah atau sedang
melakukan kegiatan seks boleh dijangkiti HPV terutamanya lelaki dan perempuan
yang kerap bertukar-tukar pasangan.
Ini
adalah kerana HPV dijangkiti melalui hubungan kelamin, biasanya
semasa seks melalui faraj dan dubur. HPV juga boleh dijangkiti semasa seks oral
mahupun sentuhan antara kemaluan. HPV boleh dijangkiti walaupun pasangan seks
tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda atau gejala (symptom).
Kebanyakkan orang yang dijangkiti tidak sedar
mereka dijangkiti atau menjangkiti pasangan seks mereka. Seseorang masih boleh
dijangkiti HPV walaupun bertahun tidak melakukan hubungan seks dengan pasangan
yang dijangkiti. Manusia juga boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis HPV.
Dalam kes yang terpencil, ibu mengandung
dengan jangkitan HPV pada kemaluan boleh menjangkiti anaknya semasa dilahirkan.
Teori vaksin HPV
Harald zur Hausen, iaitu pemenang Hadiah Nobel tahun 2008 bagi kategori
‘Psychology or Medicine’ dalam kajiannya menemui sebahagian HPV yang onkogenik
sebagai penyebab kanser rahim.
Penemuan
ini membawa kepada pemahaman jangkitan HPV secara semulajadi dan mekanisma
bagaimana HPV boleh menjadi punca bagi kanser rahim. Ini kemudiannya membawa
kepada penghasilan vaksin HPV.
Teori mudah bagi vaksin HPV adalah sekiranya
jangkitan HPV boleh dielakkan, maka kanser tidak akan berlaku.
Sejarah
ringkas vaksin HPV
Vaksin
HPV yang pertama, Quadrivalent
Human Papillomavirus (Types 6, 11, 16, 18) sejenis vaksin
rekombinan (HPV4) telah dilesenkan oleh Food and Drug Administration
untuk kegunaan dalam US pada Jun
2006 dan pada bulan yang sama, Advisory Committee on
Immunization Practices mengesyorkan vaksin ini sebagai vaksinasi berkala bagi
perempuan antara 11 dan 12 tahun.
Pada
tahun 2009, HPV4 turut dilesenkan untuk mengelakkan ketuat pada lelaki dan pada
tahun 2010, untuk mengelakkan kanser dubur bagi lelaki dan perempuan.
Pada tahun 2009 juga, FDA turut melesenkan
vaksin HPV2, Bivalent Vaccine (Types 16 dan 18).
Product:
Gardasil (HPV4)
Manufacturer: Merck
Year Licensed: 2006
Manufacturer: Merck
Year Licensed: 2006
Product:
Cervarix (HPV2)
Manufacturer: GlaxoSmithKline
Year Licensed: 2009
Manufacturer: GlaxoSmithKline
Year Licensed: 2009
Kedua-dua vaksin dikatakan
berkesan untuk mengelakkan jangkitan HPV bagi jenis (types) yang terkandung
dalam vaksin. Maka secara tidak lansung melindungi
daripada kanser mahupun pra-kanser yang disebabkan oleh HPV 16 dan 18. Vaksin
HPV4 pula dikatakan mampu melindungi daripada ketuat pada kelamin yang
disebabkan oleh HPV 6 dan 11 pada lelaki dan perempuan.
Permasalahan
vaksin HPV
Vaksin
HPV hanya melindungi
2 daripada 40 jenis kanser servik yang berbeza yang
disebabkan HPV. (Menurut CAP).
90%
daripada semua jangkitan HPV akan disingkirkan oleh sistem imun dalam tempoh
dua tahun. Selain itu, kebanyakkan jangkitan
tidak memberikan sebarang tanda-tanda mahupun gejala yang negatif.
HPV
bukanlah satu-satunya penyebab kanser servik. Antara
punca berisiko tinggi lain yang dikenalpasti adalah merokok, jangkitan
bersama herpes, Chlamydia atau HIV, dan penggunaan hormon perancang keluarga.
Ketidakseimbangan hormon estrogen terutamanya dikaitkan dengan kanser servik.
Malah
jika seseorang perempuan dijangkiti HPV type yang boleh menyebabkan kanser,
tidak semestinya dia pasti akan mendapat kanser. Kemungkinan besarnya, badannya akan menyingkirkan virus
itu sebelum kanser terbentuk.
HPV adalah penyakit jangkitan seksual. Penyakit ini hanya berjangkit melalui hubungan seks sahaja. Hanya mereka yang aktif secara seksual dan mengamalkan seks rambang berisiko untuk menjangkiti HPV dengan mudah. Ini bermakna vaksin ini sesuai untuk golongan yang mengamalkan seks bebas dan pelacur.
HPV adalah penyakit jangkitan seksual. Penyakit ini hanya berjangkit melalui hubungan seks sahaja. Hanya mereka yang aktif secara seksual dan mengamalkan seks rambang berisiko untuk menjangkiti HPV dengan mudah. Ini bermakna vaksin ini sesuai untuk golongan yang mengamalkan seks bebas dan pelacur.
Dalam usia ini, remaja kita tidak melakukan
kegiatan seksual. Ini adalah kerana budaya dan agama di Malaysia melarang
hubungan seks sebelum perkahwinan. Ini jelas berbeza dengan budaya Barat yang
kebanyakkan remaja mereka aktif melakukan hubungan seks walaupun bertentangan
dengan agama. Jelas tidak logik untuk mevaksinasi remaja kita di Malaysia.
Kanser
serviks hanya terjadi lebih daripada 10 tahun setelah jangkitan. Vaksinasi
kepada remaja berumur antara 9-13 tahun seperi yang dicadangkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia hanya mampu melindungi mereka daripada 2 jenis
HPV sahaja. Itupun kesan vaksinasi tidak dapat bertahan lebih daripada 5 tahun.
Kadar
kematian daripada kanser servik adalah amat rendah di Malaysia. Mengikut data
dari Statistik Kanser Kebangsaan
2003, kadar kejadian kanser rahim adalah 6.9 di dalam 100,000 populasi.
Kadar
kejadian kanser rahim tidak setinggi di negara-negara Barat. Kejadian kanser serviks menurun daripada
12.9 % pada 2003 kepada 12.2% pada 2006 dan ini berlaku
sebelum adanya vaksin HPV. Sepanjang tahun 2006, hanya 1,074 kes sahaja
yang telah dilaporkan. Bilangan kes tidak menunjukkan bilangan kematian yang
disebabkan kanser servik dan bukan semua kanser servik adalah disebabkan oleh
HPV.
Kanser
serviks yang tipikal berlaku pada wanita berumur 40 tahun ke atas. Apakah
logiknya untuk vaksinasi remaja yang baru akhil baligh? Kesan vaksinasi tidak kekal
spanjang hayat, biasanya hanya mampu bertahan beberapa tahun sahaja. Fakta
ini boleh dilihat dalam ujian klinikal Gardasil (vaksin HPV4),perlindungan
terhadap ‘cell dysplasia’ (perubahan kepada permukaan sel servik) hilang
setelah 4 tahun sahaja dan dalam ujian klinikal, peserta ujian diberikan dos
suntikan yang keempat untuk menambahkan bilangan antibodi. Dan ujian klinikal
ini dilaporkan oleh Merck (pembuat vaksin) walaupun vaksinnya dipasarkan dengan
tiga suntikan sahaja, bukan empat.
Menurut Dr Diane Harper,
saintis utama untuk Gardasil, vaksin HPV hanya memberikan perlindungan 5 tahun
sahaja daripada suntikan yang pertama. Dan Gardasil hanya mengekalkan titer
(kepekatan) antibodi untuk HPV 16 sahaja (tidak untuk 18/11/6) selama 5 tahun.
Ini bermakna perlindungan yang benar kekal lama daripada suntikan vaksin HPV4
Gardasil yang sebenar hanyalah bagi kanser yang disebabkan HPV type 16 sahaja.
Menurut Dr Diane Harper, jika seseorang
yang divaksinasi tidak aktif secara seksual dalam 5 tahun, maka vaksin tersebut
tidak melindunginya daripada kanser rahim. Dia berkata demikian kerana tidak
ada bukti bahawa Gardasil memberikan keberkesanan lebih lama daripada 5 tahun.
Dr ini juga menyebut kegagalan logik memberikan vaksin kepada mereka yang
berumur antara 9-15 tahun kerana mereka mungkin tidak akan terdedah kepada HPV
sehinggalah kesan vaksin hilang dan tak berkesan lagi.
Kajian saintifik menunjukkan suntikan vaksin HPV tidak selamat dan tidak berkesan seperti yang didakwa oleh pembuat vaksin.
Laporan
yang sistematik telah dilakukan oleh kumpulan saintis di Kanada terhadap kajian
vaksin sebelum dan selepas dilesenkan menunjukkan bahawa keberkesanan vaksin
adalah tidak benar dan keberkesanannya tidak pernah dibuktikan.
Mereka
mendedahkan bahawa ujian keselamatan vaksin ini mengandungi kesilapan yang
besar dan bukti keselamatan vaksin adalah bertentangan dengan kes-kes yang
dikaitkan dengan vaksin HPV (termsuklah kematian dan kecacatan kekal).
Menurut kajian yang dilakukan oleh Merck
(pembuat vaksin) pula, jika seseorang telah terdedah kepada HPV 16 dan 18
sebelum suntukan vaksin, risiko untuk membentuk luka pra-kanser atau lebih
teruk meningkat sebanyak 44.6%.
Vaksin HPV mempunyai kesan sampingan yang
bahaya. Antara laporan yang telah dilakukan kepada VAERS, antara kesan
sampingan yang serius termasuklah:
Guillain Barre Syndrome
Blood clots
Heart problems
Fainting
Seizures
Pancreatitis
Spontaneous abortion/Miscarriages
Fetal abnormalities
Neurology problems
Bells Palsy
Paralysis
Speech problem
Short term memory loss
Ovarian cysts
Blindness
Cardiac arrest
Sudden death
Blood clots
Heart problems
Fainting
Seizures
Pancreatitis
Spontaneous abortion/Miscarriages
Fetal abnormalities
Neurology problems
Bells Palsy
Paralysis
Speech problem
Short term memory loss
Ovarian cysts
Blindness
Cardiac arrest
Sudden death
Sehingga
13 Ogos, 2012, VAERS telah menerima 119
laporan kematianselepas suntikan vaksin HPV berserta:
894 laporan kecacatan kekal
517 kejadian mengancam nyawa
9,889 kemasukan ke wad kecemasan
2,781yang dihospitalkan
Kesan serius yang lain boleh juga dibaca dari http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/21425100 yang menunjukkan perkaitan jelas penyakit autoimmune seperti Guillain-Barre syndrome selepas suntikan vaksin HPV.
Vaksin HPV mengandungi bahan-bahan yang
boleh berbahaya kepada manusia. Antaranya:
HPV Types 6, 11, 16, and 18 (dari DNA rekombinan)
HPV Types 6, 11, 16, and 18 (dari DNA rekombinan)
aluminum hydroxyphosphate sulfate (sejenis neurotoxin, boleh menyebabkan penyakit autoimmune)
yeast protein (boleh menyebabkan alahan kepada sesetengah orang)
sodium chloride,
L-histidine (berisiko menyebabkan penggumpalan darah)
polysorbate 80 (boleh menyebabkan kemandulan pada perempuan)
sodium borate (digunakan sebagai racun lipas, dikaitkan dengan kemandulan)
Mengikut
senarai di The National Library of Medicine (NLM) oleh National Institutes of
Health, sodium borate yang
ada dalam vaksin HPV telah disenaraikan sebagai racun yang berbahaya dan kini
tidak digunakan lagi dalam persiapan perubatan. Kesan atau gejala akibat
keracunannya adalah seperti convulsion, collapse dan seizures, dan
gejala-gejala ini sering berlaku setelah suntikan vaksin HPV.
Kaedah
lain mengatasi masalah kanser serviks.
Mengikut laporan CDC berkaitan HPV kepada
Congress pada tahun 2004:
Kanser servik adalah kesan yang jarang berlaku akibat jangkitan HPV pada wanita terutamanya jika mereka diperiksa untuk kanser secara berkala dengan pap smear. Jika kanser dikesan awal dan diurus dengan cepat, kadar hidup bagi kanser servik adalah lebih daripada 90%.
Kanser servik adalah kesan yang jarang berlaku akibat jangkitan HPV pada wanita terutamanya jika mereka diperiksa untuk kanser secara berkala dengan pap smear. Jika kanser dikesan awal dan diurus dengan cepat, kadar hidup bagi kanser servik adalah lebih daripada 90%.
Kondom boleh mengurangkan risiko dijangkiti
HPV. Kajian yang telah dilakukan kepada pelajar perempuan di kolej selama tiga
tahun di US (semuanya anak dara pada mulanya) mendapati bahawa perempuan yang
bersama pasangan yang sentiasa memakai kondom semasa seks adalah 70% kurang
dijangkiti dengan HPV berbanding dengan perempuan yang bersama pasangan yang
tidak memakai kondom.
Dr.
Tom Fitch, seorang pakar kanak-kanak di San
Antonia dan lembaga pengerusi di Medical
Institut for Sexual Health menegaskan bahawa kaedah yang
terbaik untuk mengelakkan penyakit berjangkit secara seksual seperti HPV adalah
dengan menahan diri (dari seks) dan monogami (tidak bertukar-tukar
pasangan/seks rambang/seks bebas).
Nota
kaki:
1. Jangan dekati zina.
2. Sistem imun badan manusia adalah perlindungan terbaik. Jangan bergantung dengan ubatan. Kalau demam, elakkan paracetamol, uphamol @ panadol tu. Sejukkan badan dengan kaedah tradisi dan natural, banyakkan minum air.
3. Bidang kesihatan, farmasi dan perubatan zaman ni hanyalah bermotifkan perniagaan semata2.
1. Jangan dekati zina.
2. Sistem imun badan manusia adalah perlindungan terbaik. Jangan bergantung dengan ubatan. Kalau demam, elakkan paracetamol, uphamol @ panadol tu. Sejukkan badan dengan kaedah tradisi dan natural, banyakkan minum air.
3. Bidang kesihatan, farmasi dan perubatan zaman ni hanyalah bermotifkan perniagaan semata2.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.