Sejarah Yang DiGelapkan 4
Dracula Untold: Antara Realiti & Fantasi
Untuk
makluman anda, filem ini menampilkan barisan pelakon yang boleh tahan famous.Antaranya
ialah Luke Evans, Dominic Cooper, Sarah Gadon, Charles Dance dan ramai lagi.
Tapi, sebelum buat review, kami nak cerita dahulu sinopsis filem
supaya anda semua tahu ‘what to expect‘ ketika menonton filem arahan
Gary Shore ini.
Kisah ini bermula pada tahun 1462 di tanah Transylvania yang
pada ketika itu aman damai di bawah pemerintahan pahlawan perang yang amat
digeruni, Putera Wallachia, Vlad III The Impaler (lakonan Luke Evans).
Namun keamanan Transylvania mula bergoyah apabila Sultan
Mehmed II (lakonan Dominic Cooper), pemerintah empayar Uthmaniyyah mengarahkan
agar Vlad menyerahkan 1,000 orang kanak-kanak lelaki untuk menjadi bala
tenteranya.
Tidak cukup dengan itu, Sultan Mehmed juga mahukan anak
Vlad, Ingeras (lakonan Art Parkinson) berpisah dengan Vlad dan Mirena (lakonan
Sarah Gadon), sekaligus dibesarkan di bawah kawalannya.
Enggan menurut perintah Sultan Mehmed itu, Vlad meminta
pertolongan Master Vampire (lakonan Charles Dance) di gunung Broken Tooth
supaya memberikannya kuasa untuk menewaskan bala tentera Turki.
Namun,
pertolongan Master Vampire bukan lah secara percuma. sudah tentu sesuatu yang
besar perlu dikorbankan oleh Vlad.Vlad harus menahan keinginannya untuk minum
darah manusia selama 3 hari. Jika ingkar, Vlad akan bergelar dracula buat
selamanya.
Nak mengubah sejarah senang sahaja kerana umat Islam cukup liat dan
culas membaca. Hanya dengan movie dan diselitkan edegan cinta supaya penonton
tepukau dengan perasaan.Tanpa perasan mereka menunjukkan watak Vlad the Impaler
yang sangat baik sampai sanggup korbankan diri kerana rakyatnya, manakala Turki
Uthmaniyah dimainkan sebagai kerajaan yang sangat kejam dan gila kuasa. Mereka
tidak pula menunjukkan bagaimana Vlad The Impaler membunuh utusan Turki dengan
mengetuk paku ke dalam kepalanya.
Sayf Muhammad & Felixsiauw.
Pada faktanya, Vlad III tidak pernah menguasai Transylvania,
seperti digambarkan dalam filem Dracula UNTOLD. Namun wilayah yang diwariskan
kepadanya adalah wilayah Wallachia, ROmania. Dia adalah anak dari Vlad II yang
menyerah pada kekuasaan Kesultanan Turki Utsmani pada masa Murad II, ayah
Mehmed II. Mehmed II dan Dracula memang berseteru, namun Mehmed tidak pernah
mati di tangan Dracula, sebaliknya, Dracula yang kalah dalam permusuhannya
dengan Mehmed II.
“Dracul-ae” itu sebutan bahasa Rumania untuk bangsawan Ordo Naga (Rumania; Draco = Naga), dan akhiran “-ae” bermakna “putranya dari” atau Princess of Dracul yg mana gelaran dracul dimulai oleh ayahnya iaitu Vlad II. Adapun “Ordo Naga” ini sendiri adalah salah satu kelompok kesatria yang ditubuhkan oleh Sigismund sang Raja Suci Romawi sebagai pahlawan khusus dalam perang salib.
Nama Dracula sendiri merujuk pada Vlad III “Tepes”, anak dari Vlad II voivode (gubernur) Wallachia, Rumania. Pada masa Vlad II ayahnya, Wallachia dikuasai oleh Kesultanan Utsmani, dan sebagai jaminan kesetiaan, Vlad III (Dracula) kemudian dihantar untuk disekolahkan di Kesultanan Utsmani.
Dracula/Vlad III lalu dididik di kesatuan Jannisari, tempat pasukan khusus militer Kesultanan Turki bersama adiknya Radu Cel Frumos. Disitulah mereka belajar di kesatuan militer terbaik pada masanya. Usia Dracula waktu itu masih belia, 13 tahun saja, hanya berbeza satu tahun lebih tua dari Mehmed II (Al fateh) putra Murad II Sultan Turki pada saat itu.
Namun walaupun masih muda Dracula sudah direkrut k dalam Ordo Naga yang dibentuk untuk memerangi kaum Muslim, dan itulah yang menjadi matlamatnya selama ini. Karena dia begitu membenci Mehmed dan Islam, sedangkan adiknya Radu Cel Frumos menjadi Muslim dan panglima Jannisari kepercayaan Al fateh pada saat beliau memangku Sultan Turki.
Saat ayahnya Vlad III Dracul, yaitu Vlad II dibunuh dan
dikudeta pada 1447 oleh John Hunyad dari Hungaria, Kesultanan Utsmani lalu
membantu membebaskan Wallachia dari cengkeraman John Hunyad. Selepas itu Sultan
Murad II, ayah Mehmed II, lalu meminta pada Vlad III untuk menggantikan ayahnya
memimpin di Wallachia.
Diluar dugaan Sultan Murad II, inilah kesempatan yang ditunggu-tunggu Vlad III Dracula, yang dari awal lagi membenci ayahnya karena tunduk pada kaum Muslim. Berbekalkan bahasa Arab, Turki dan pengetahuan militer di Jannisari , Dracula menyamar menjadi sebahagian dari kaum Muslim di setiap benteng-benteng kaum Muslim dan menghapuskan benteng-benteng Islam di Romania dari dalam.
Pasca 1453 Sultan Mehmed II yang bergelar Al-Fatih karena berhasil menaklukkan Konstantinopel, mengutus beberapa utusannya untuk memastikan semua hal baik-baik saja di Wallachia pada tahun 1459. Tanpa perasaan belas Vlad III Dracul membunuh kesemua utusan dari Kesultanan Turki yang datang untuk memungut jizyah yang seharusnya dibayarkan setiap tahun. Mencari masalah, Vlad III membunuh para utusan ini dengan memaku serban mereka ke kepalanya. Mereka tidak pula menunjukkan bagaimana Vlad The Impaler membunuh delegasi Turki dengan mengetuk paku ke dalam kepalanya tetapi sebaliknya lebih menonjolkan watak kejam di pihak tentera Utsmani. Dan mengikut peraturan perang pada masa dulu, delegasi atau utusan ialah orang tidak boleh dibunuh walaupun dalam perang sekalipun, kalau bunuh, itulah jenayah paling terbesar waktu itu. Namun Vlad telah memberi alasan bahawa utusan itu bertindak kurang ajar, tidak menghormatinya dengan tidak mahu membuka serbannya, dan hanya ingin membuka serbannya dihadapan Allah.
Mendengar hal ini Sultan Mehmed II lalu menganggapi masalah Wallachia secara khusus yang perlu diselesaikan. Pada 1461 Sultan Mehmed II memerintahkan panglimanya Hamzah Bey membawa 1000 pasukan untuk menangkap Dracula dan mengembalikan kestabilan di wilayah Wallachia, dan nasib 1000 pasukan ini berakhir tragis.
Dracula menggunakan kemampuan infiltrasinya dengan apa yang dia pelajari di Jannisari , dia benar-benar memahami taktik dan strategi berperang ummat Muslim, lalu dengan gerakan-gerakan yang efektif, Dracula kemudian mengalahkan dan membantai 1000 pasukan Muslim itu. Dracula menyula (menusuk dengan kayu dari anus hingga tembus ke kerongkongan) 1000 pasukan ini, hingga jadi hutan mayat manusia. Hamza Bey, komandan pasukan ini, ditempatkan ditengah hutan mayat dan diletakkan di kayu paling tinggi sebagai simbol.
Mangsa-mangsa tersebut dibunuh dengan berbagai cara yang
sangat biadab dan kejam, iaitu dibakar hidup-hidup, dipaku kepalanya, dan yang
paling kejam adalah disula.
Dracula memerintahkan para tenteranya melakukan perintah
tersebut seolah robot yang telah dipogram. Penyulaan disulami dengan lolong
kesakitan dan jeritan penderitaan yang segera memenuhi segala penjuru tempat.
Umat Islam yang malang ini sedang dijemput ajal dengan cara yang begitu
mengerikan. Mereka tak sempat lagi mengingat kenangan indah dan manis yang
pernah mereka alami. Tidak hanya orang dewasa sahaja yang menjadi mangsa
penyulaan, tapi juga bayi. Diceritakan dahsyatnya bayi-bayi yang disula
sehingga tak sempat menangis kerana mereka kesakitan yang amat apabila hujung
kayu menembus perut kecilnya.
Sejak itu Vlad III Dracul mendapat gelar “Tepes” atau “The Impaler” – “Sang Penyula”, kekejamannya dikenal dan diakui dunia.
Mendapati hal ini, Sultan Mehmed II lalu menugaskan Radu Cel Frumos, adik dari Vlad III Dracula untuk memimpin 90 000 pasukan guna menghentikan Dracula. Perlu serigala untuk hentikan serigala, Mehmed paham bahwa Radu orang yang tepat karena dataran Romania hanya bisa dipahami selok belok oleh orang asalnya.
Berbeza dengan abangnya Vlad III Dracula, adiknya Radu Cel Frumos (The Handsome) ini memeluk Islam dan menjadi Muslim serta pemimpin pasukan khusus Jannisari . Radu memimpin 90 000 menerobos hutan dan tanah berbukit Rumania untuk menyerang abangnya Dracula yang bertahan di benteng ‘Poenari’ miliknya.
Pertempuran ini bukanlah mudah, kerana Cetatea Poenari
(Benteng Poenari), sangat berbukit tanahnya dan sulit ditembus. Akhirnya
serangan Radu pada 1462 puncaknya di Benteng Poenari terjadi malam hari yang
dikenal “Atacul de Noapte” – “The Night Attack”.
Radu Cel Frumos menggantikan Dracula jadi pemimpin Wallachia
setelah mengalahkannya. Dracula yang kalah dalam peperangan kemudiannya
menyelamatkan diri dan lari meminta perlindungan pada John Hunyad Raja
Hungaria. Dracula menghabiskan sisa hidupnya dibawah kekuasaan pembunuh ayahnya
sendiri, John Hunyad , sebelum akhirnya Dracula meninggal pada 1478 ditebas
kepalanya oleh pedang pasukan Utsmani di tepi Danua Snagov.
Namun barat berusaha memutar belit fakta ini. Mereka
berusaha agar merekalah yang kelihatan mengalahkan Dracula. Maka diciptakan
sebuah fiksyen bahawa Dracula hanya boleh dikalahkan oleh salib. Penggunaan
simbol salib juga merupakan cara Barat untuk menghapus jejak sejarah pahlawan
tentera Islam dalam perang salib, sekaligus untuk menunjukkan kehebatan mereka.
Tujuannya hendak mengaburkan peranan Sultan Mehmed II juga
sekaligus untuk menunjukkan bahawa merekalah yang paling hebat, yang boleh
mengalahkan Dracula si Haus Darah. Kalau filem Rambo merupakan suatu fiksyen
yang kemudian dihasilkan seolah-olah menjadi tokoh yang nyata oleh Barat,
tetapi Dracula merupakan keterbalikannya, tokoh yang nyata wujud cuba
dikaburkan menjadi fiksyen.
Begitu juga dengan gambaran buruk berkenaan Jannisari
kumpulan tentera komando elit pada Turki Uthmaniyah yang tidak terlepas dari
fitnah ini. Sememangnya sejarah merakamkan Turki Uthmaniyah mengambil anak anak
Kristian sebagai ahli dalan Jannisari, namun perlu diketahui tujuan Sultan
mengambil anak anak Kristian, ialah golongan ini tidak ada kepentingan pollitik
ataupun mana mana hubungan dalam pimpinan negara dan perkara ini dapat
memastikan tidak berlaku “coup-de-etat” di kalangan tentera Janissari terhadap
kerajaan.
Malah pengambilan bukannya sekejam digambarkan dalam filem
ini. Dicatatkan dalam sejarah, ibu bapa Kristian berebut-rebut menghantar anak
mereka ke Jannisari kerana pada ketika itu mereka yang berada dalam pasukan itu
akan mendapat tempat paling terbaik oleh negara. Sehinggakan juga ada ibu bapa
yang menyamar jadi Kristian lagi semata mata ingin menghantar anak mereka untuk
menyertai Jannisari. Mereka juga belajar secara percuma, disekolah percuma,
makanan diberi percuma. Dan contohnya yang terbaik adalah Radu, adik kepada
Vlad sendiri malah Vlad juga mendapat pendidikan tersebut.
Namun warisan Dracula tetap kekal bagi dunia, kekejaman
tiada banding yang dia telah tunjukkan dan kezaliman tanpa batas. Sampai saat
ini Romania mengakuinya sebagai pahlawan negara dalam perang salib, dan
patung-patungnya bertebaran di Romania. Bagi kaum Muslim, Dracula adalah simbol
kekejaman musuh kemanusiaan, penusuk manusia, dan penghisap darah. Namun saat
ini konsep Dracula, Vampir, dibuat dan dibungkus dengan bagus hingga memikat
ummat Muslim dan melupakan wajah aslinya.
Kelicikan Hollywood berpropaganda dengan memutar sejarah, dan menjadikan Kesultanan Turki yang Muslim seolah kejam dan tak berprikemanusiaan, sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya, pasukan Muslim adalah pasukan yang penuh kebaikan, kekesatriaan dan sering menunjukkan nilai-nila murni seperti keberanian, kejujuran, kasih-sayang dan pemaaf. Malah Sultan Mehmet II juga digelar sebaik baik raja menurut hadis nabi tapi kini sudah dianggap dunia sebagai seorang pembuli, berlagak, dan gila kuasa dek kerana filem ini.
Kelicikan Hollywood berpropaganda dengan memutar sejarah, dan menjadikan Kesultanan Turki yang Muslim seolah kejam dan tak berprikemanusiaan, sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya, pasukan Muslim adalah pasukan yang penuh kebaikan, kekesatriaan dan sering menunjukkan nilai-nila murni seperti keberanian, kejujuran, kasih-sayang dan pemaaf. Malah Sultan Mehmet II juga digelar sebaik baik raja menurut hadis nabi tapi kini sudah dianggap dunia sebagai seorang pembuli, berlagak, dan gila kuasa dek kerana filem ini.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.