Total Pageviews

Sunday, 31 December 2017

Kebaikan Hukuman Rotan untuk mendidik





Kebaikan Hukuman Rotan




Di Rusia, para pendidik mereka gagal menangani pelajar yang melakukan kesaalahan jenayah melampau termasuk ketagihan arak, najis dadah, mencuri, samseng, gangsterisme serta penyebaran penyakit melalui aktiviti seks bebas.

Satu kumpulan penyelidik Rusia cuba mencari rawatan bagi ketagihan alkohol dan kegundahan melampau. Ketua kumpulan saintis tersebut, Dr. Sargei Speransky menemui kaedah baru mengatasi masalah tersebut, iaitu dengan sebatan berkali-kali pesakit yang terlibat. Kelihatannya kaedah ini agak ganas, tetapi itulah kaedah yang paling berkesan mengikut ketua penyelidik itu. Kenyataan ini turut di laporkan dalam Yahoo News bertarikh 30 Mac 2005 dan dalam Medical News sehari sebelumnya.

Ini, menurutnya, dengan sebatan di punggung, sejenis hormon akan dikeluarkan oleh badan manusia yang bertindak sebagai antibodi terhadap kesan alkoholik. Endorpin yang merupakan bahan kimia semula jadi badan manusia di dapati mudah dirembes keluar apabila sebatan punggung dilakukan berkali-kali. Bahan kimia ini dikenali sebagai kimia ceria atau happy chemicals yang bertindak menceriakan pesakit tersebut daripada kegundahan. Bahan kimia itu turut menghilangkan rasa ketagihan arak atau rokok.

Sebatan juga, mengikut pasukan penyelidikan itu, berjaya menyembuh ketagihan mencuri bagi sesetengah pelajar. Dalam sesetengah hal, mencuri barangan di pasaraya menjadi ketagihan golongan tersebut. Ada ramai golongan pelajar yang mencuri bukan kerana kemiskinan tetapi merupakan hobi harian, yang lebih menjadi fenomenon akhlak. Mereka puas menerusi aktiviti tersebut. Ini juga boleh disembuhkan dengan sebatan tertentu.



Rawatan HIV Melalui Rotan

HIV turut dirawat dengan sebatan dan kini klinik yang memberi rawatan dibuka secara meluas di Negara tersebut. Dr. Marina Chuhrova yang menjadi ahli penyelidik kumpulan itu menyatakan bahawa beliau sendiri melakukan rawatan kepada 10 pesakit ketagihan itu dengan sebatan dan permintaan semakin tinggi selepas masyarakt melihat rawatan kaedah sebatan itu sangat berjaya. Pesakit menjadi lebih gembira selepas tamat rawatan walaupun pada awalnya mereka teragak-agak mencubanya. Sekitar US100 bayaran dikenakan untuk setiap pakej rawatan. Hasilnya memberansangkan.

Rawatan di lakukan sebanyak 30 kali rawatan tetapi bagi kes yang lebih berat, rawatan di lanjutkan sebanyak 60 kali. Rawatan ini benar-benar berkesan. Bagi remaja yang suka mencuri barangan khususnya di pasar raya, rawatan sebatan juga berkesan. Mencuri di pasaraya di lakukan oleh golongan tersebut bukan kerana kemiskinan, tetapi di lakukan sebagai hobi. Ketagihan rokok dan dadah lebih merupakan penyakit psikologi berbanding dengan masalah fizikal. Maka dengan sebatan merupakan cara rawatan berkesan untuk kedua-dua kes.

Ahli pemikir barat menggunakan alasan hak asasi manusia sebagai helah untuk mengharamkan hukuman sebatan di sekolah secara mutlak. Namun hakikatnya, ada pelajar yangtidak dapat dibentuk oleh nasihat atau disiplin luaran. Ketika itu, hukuman sebatan atau rotan perlu di lakukan bagi mengelakkan masalah disiplin bertambah buruk. Cegahan sebelum terlambat dengan hukuman yang boleh mencegah, lebih baik daripada membiarkan kes tersebut tanpa hukuman sedemikian atas nama hak asasi manusia. Masalah jenayah remaja di negara maju di Timur dan di Barat yang mengamalkan sikap ini sangat menonjol dalam statistik rasmi atau tidak rasmi. Maka hukuman ini perlu di pertimbangkan kembali dalam masyarakat moden kini.






No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.