Total Pageviews

Sunday, 31 December 2017

Sejarah yang digelapkan 15





Sejarah yang digelapkan 15




Islam Bukan Pengganas


Pengumuman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengiktiraf Baitulmaqdis atau Jerusalem sebagai ibu negara Israel dilihat seolah-seolah menghina rakyat Palestin dan masyarakat Islam seluruh dunia. 
Israel itu sendiri merupakan sebuah negara haram. Pembentukannya menindas rakyat Palestin selama beberapa dekad sehingga sekarang.
Tahukah anda, sebelum perpindahan kaum Yahudi beramai-ramai ke Palestin, rakyat negara tersebut hidup aman damai dan normal seperti kita walaupun dihuni oleh mereka yang berbilang agama dan bangsa?
Adakah kita sedar bagaimana Palestin yang dahulunya aman damai boleh berubah sekelip mata menjadi tanah jajahan Israel?

Bermulanya Idea Perpindahan Kaum Yahudi Dari Eropah ke Palestin


Pelan yang serius bagi menubuhkan sebuah negara Yahudi pertama kali dilontarkan di Persidangan Bale di Switzerland pada tahun 1897. Persidangan yang diadakan pada tahun tersebut turut dikenali sebagai First Zionist Congress, dengan kehadiran orang kuat Yahudi berfahaman Zionist seperti Theodor Herzl (Bapa Politik Moden Zionisma) dan Abraham Salz. 
Kebanyakan mereka yang hadir merupakan bijak pandai Yahudi daripada pelbagai negara di sekitar Eropah yang inginkan tanah air sendiri. Persidangan ini dianggap berjaya bagi mereka kerana berjaya mencapai kata sepakat bagi penubuhan sebuah negara Yahudi di Palestin. 
Hasil persidangan ini, kumpulan gerakan Yahudi dilihat menjadi lebih aktif dalam mencapai objektif mereka. Sultan Abdul Hameed, yang merupakan khalifah terakhir bagi kerajaan Turki Uthmaniyah berasa menjadi tanggungjawab baginda untuk mempertahankan Palestin, kerana wilayah tersebut di bawah naungan kerajaan Turki. 
Pada tahun 1900, baginda telah mengeluarkan perintah bahawa jemaah pilgrim Yahudi tidak dibenarkan untuk tinggal lebih dari 3 bulan di Palestin. Sultan Abdul Hameed sangat mengetahui rancangan jahat kaum Yahudi tersebut. 
Kaum Yahudi merupakan kaum yang licik. Pelan bagi penubuhan negara Israel telah lama wujud, lebih awal dari Persidangan Bale. Mereka mula mendekati baginda pada tahun 1882 melalui Friends of Zion bagi memohon penempatan di Palestin. 
Baginda kemudiannya memberi respons dengan mengeluarkan perintah bahawa semua kaum Yahudi yang ingin berpindah ke Turki tidak dibenarkan untuk tinggal di Palestin. 
Walaupun kaum Yahudi berang dengan perintah tersebut, mereka mula menghantar delegasi demi delegasi bagi terus memujuk Sultan Abdul Hameed untuk mengubah keputusan baginda. Namun, respons yang diterima adalah lebih teruk daripada sebelumnya. 
Pada tahun 1901, baginda meluluskan undang-undang bagi menghalang penjualan tanah di Palestin kepada mana-mana Yahudi. Tahun berikutnya, Theodor Herzl membentuk sebuah lagi delegasi baharu bagi menyakinkan baginda berkenaan penempatan Yahudi di Palestin. Ini merupakan percubaan kedua baginda selepas percubaan pertama pada tahun 1896. 
Delegasi yang dihantar pada tahun 1902 gagal kerana Sultan enggan bertemu mereka. Jadi, delegasi ini bertemu dengan Perdana Menteri Tahsin Baba dengan cadangan mereka tersebut. 
Kaum Yahudi sangat pandai dalam manipulasi kerana mereka bijak dalam ekonomi dan kaya dengan wang ringgit. Mereka membuat tawaran untuk membayar semua hutang kerajaan Turki Uthmaniyah sebanyak £23 million, dan membantu membina armada perang dengan kos yang sangat tinggi. 
Mereka turut menawarkan loan tanpa bunga sebanyak ₺35 million bagi memulihkan ekonomi dan perbendaharaan negara. 
Semua tawaran ini dibuat bertujuan bagi mendapatkan kebenaran Sultan untuk membenarkan kaum Yahudi menubuhkan sebuah negara Yahudi di Palestin. Sekiranya baginda menerima tawaran tersebut, ini bermakna baginda menjual maruah dan seluruh kehidupan rakyat Palestin serta tanah suci itu sendiri kepada mereka.
Seorang Sultan yang berani dan tidak mudah kalah dengan hasutan dunia, baginda menolak semua tawaran tersebut. 

Perang Dunia Pertama & Kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyah

Selepas kekalahan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama, British dan Perancis telah menandatangani Perjanjian Sykes-Picot, di mana tanah arab dibahagikan mengikut zon pengaruh kuasa-kuasa besar dunia. 
Menurut perjanjian ini, Palestin diletakkan di bawah bidang kuasa British. British memainkan peranan penting dalam perpindahan kaum Yahudi dari Eropah ke Palestin, yang berlaku secara berperingkat.
Migrasi ini turut mendapat sokongan negara-negara Eropah yang lain terutamanya ketika berlakunya Perang Dunia Kedua. Negara-negara tersebut kesian akan kaum Yahudi yang ditindas dan diseksa oleh Adolf Hitler. Hitler melakukan kekejaman Holocaust terhadap mereka tanpa sebarang belas kasihan.

Deklarasi Balfour Suatu Pengkhianatan British

Pada tahun 1917, kerajaan British berjanji kepada pemimpin-pemimpin Arab untuk memberikan kemerdekaan kepada negara-negara Arab termasuklah negara Palestin melalui surat-surat yang dikenali sebagai The McMahon-Hussein Correspondence. 
Pada masa yang sama, British secara rahsia turut menandatangani Deklarasi Balfour yang menjanjikan tanah Palestin sebagai tanah air kepada kaum Yahudi. Ketika itu, kaum Yahudi hanya meliputi 8% populasi keseluruhan Palestin, dan mereka hanya memiliki 2.5% tanah di tanah suci tersebut. 
Tahun berikutnya, British bersama dengan nasionalis Arab bergabung menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyah. Mereka berjaya memecahbelahkan Empayar Uthmaniyah dan akhirnya menjajah Palestin secara total. 


Tanpa perlindungan kerajaan Turki, Palestin menjadi lemah. kerajaan British kemudiannya dengan serta merta memulakan kempen bagi perpindahan kaum Yahudi di Eropah ke Palestin. 
Perpindahan secara beransur-ansur bangsa ini menyebabkan populasi mereka di Palestin meningkat. Sehingga tahun 1947, jumlah populasi Yahudi di Palestin mencecah lebih kurang 650,000 orang, bersamaan 31% keseluruhan penduduk.  
Mereka mula menubuhkan organisasi-organisasi pertahanan dan keganasan, dengan latihan dalam keganasan terancang. Kebanyakan kaum Yahudi yang menyertai organisasi ini adalah terlatih, dan mereka menyertai Perang Dunia Kedua bagi mendapatkan pengalaman serta skil bagi pertempuran seterusnya dengan Palestin dan tanah Arab yang lain.
Apabila Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengarahkan pembahagian tanah Palestin melalui United Nations Partition Plan for Palestine pada tahun 1947, kaum Yahudi telah stabil dari segi ketenteraan dan mempunyai 75,000 tentera bersenjata yang terlatih. 

Keganasan Negara Haram Israel di Bawah Zionist

Pada tahun 1948, kaum Yahudi secara rasmi menuntut penubuhan sebuah negara untuk kaum mereka di tanah Palestin dan menamakan negara tersebut sebagai Israel. 
Beratus ribu masyarakat Muslim di Palestin dihalau keluar dari negara sendiri atas desakan keselamatan oleh tentera-tentera Yahudi. Tentera-tentera ini adalah yang terlatih oleh organisasi keganasan seperti Irgun, Levi dan Haganot. Organisasi-organisasi ini mendapat sumber kewangan dan senjata dari tentera British serta Amerika Syarikat. 
Pada tahun 1967, Israel telah menyerang Mesir, Jordan dan Syria, serta menjajah tanah Palestin yang lain termasuklah kawasan Masjid Al-Aqsa buat pertama kalinya.
Sejak dari itu, Masjid Al-Aqsa sering kali menjadi target ancaman oleh Israel untuk dihancurkan, termasuklah usaha untuk meruntuhkan masjid ini melalui penggalian bawah tanah. Penjajahan Israel ke atas bumi Palestin memberi tekanan kepada rakyat Palestin dan ke satu tahap mereka tidak lagi dapat menerimanya.

Pemberontakan Rakyat Palestin - Intifada Pertama & Kedua

Pada 8 Disember 1987, rakyat Palestin memulakan pemberontakan (Intifada Pertama) di West Bank dan semenanjung Gaza terhadap penjajahan kaum Yahudi. Pemberontakan ini berlangsung selama hampir 6 tahun, dengan jumlah syahid rakyat Palestin seramai lebih kurang 2000 orang. 
Pada 28 September 2000, Perdana Menteri Israel iaitu Ariel Sharon telah memasuki Masjid Al-Aqsa bersama 3000 orang tentera. Tindakan provokasi ini dilihat seolah-olah menghina rakyat Palestin dan menjatuhkan maruah mereka.
Rakyat Palestin bertindak balas dengan melakukan bantahan. Dari situ, bermulalah Intifada Kedua. Intifada kali ini berlangsung selama lebih kurang 4.5 tahun yang mengakibatkan syahid seramai lebih kurang 3400 orang rakyat Palestin. Akibat daripada Intifada Kedua, Israel telah membina dinding pembahagi di West Bank.
Adakah pengumuman Donald Trump untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel baru-baru ini akan menjadi penyebab berlakunya Intifada Ketiga?

Kesimpulan

Israel sudah sekian lama mengimpikan tanah Palestin untuk dijadikan negara mereka kerana kepentingan dari segi sejarah kaum mereka, yang berbalik kepada Nabi Musa A.S, Nabi Daud A.S. dan Nabi Sulaiman A.S.. 
Dengan bantuan kuasa-kuasa besar dunia, mereka semakin hampir untuk mencapai cita-cita mereka. Namun, sebagai umat Islam, wajib bagi kita untuk mempertahankan tanah Palestin, Masjid Al-Aqsa dan darah saudara seagama kita di sana. 
Jika kita tidak mampu untuk berperang bersama mereka di sana, sekurang-kurangnya apa yang kita boleh lakukan adalah dengan memboikot secara konsisten semua produk Israel atau mana-mana produk yang menyumbang kepada kententeraan negara haram Israel. 
Sedangkan mereka yang non-muslim pun turut menuntut hak rakyat Palestin ditegakkan, apakah alasan kita sebagai umat Islam untuk tidak turut bersama membantu mereka yang seagama dengan kita?
Bayangkan kita dalam situasi mereka, tidakkah kita mengharapkan saudara seagama kita untuk turut memberi sokongan kepada kita? Adakah kita sanggup melihat anak-anak Palestin merana tanpa peluang untuk membesar dewasa seperti anak-anak kita di Malaysia?
Sekurang-kurangnya marilah kita bersama-sama menunaikan solat hajat mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin. 






No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.