Sejarah Yang Digelapkan
Perpustakaan
Kongres (Library of Congress) di Washington DC ada menyimpan sebuah 'khazanah
tersembunyi Islam' yang mana ianya adalah sebuah perjanjian pemerintah Amerika
Syarikat dengan suku Cherokee, salah satu suku Indian, pada tahun 1787. Di
perpustakaan tersebut - akan ditemukan tanda tangan Kepala Suku Cherokee
ketikaitu AbdeKhak dan Muhammad Ibnu Abdullah.
Isi
perjanjian itu antara lain adalah hak suku Cherokee untuk melangsungkan
keberadaannya dalam perdagangan, perkapalan, dan bentuk pemerintahan suku
cherokee yang saat itu berdasarkan hukum Islam. Lebih lanjut, anda akan ditemui
cara berpakaian suku Cherokee yang menutup aurat manakala kaum lelakinya
memakai turban (surban) dan terusan hingga sebatas lutut. Cara berpakaian ini
dapat ditemui dalam gambar atau lukisan suku Cherokee yang diambil gambarnya
sebelum tahun 1832. Ketua suku terakhir Cherokee sebelum akhirnya benar-benar
pupus dari benua Amerika adalah seorang Muslim bernama Ramadan Ibnu Wati.
Berbicara
berkenaan suku Cherokee, tidak boleh terlepas dari suku Sequoyah. Sequoyah
adalah orang asli suku Cherokee yang berpendidikan dan menghidupkan kembali
Syllabary suku mereka pada 1821. Syllabary adalah sebuah aksara. Jika sekarang
kita mengenali abjad A sampai Z, maka suku Cherokee memiliki aksara mereka
sendiri. Yang membuatkannya sangat luar biasa adalah aksara yang dihidupkan
kembali oleh Sequoyah ini mirip sekali dengan aksara Arab. Bahkan, beberapa
tulisan masyarakat Cherokee abad ke-7 yang ditemui terpahat pada batu-batuan di
Nevada sangat mirip dengan perkataan ”Muhammad” dalam bahasa Arab.
Nama-nama
suku Indian dan ketua sukunya yang berasal dari bahasa Arab tidak hanya ditemui
pada suku Cherokee (Shar-kee), tapi juga pada Anasazi, Apache, Arawak, Arikana,
Chavin Cree, Makkah, Hohokam, Hupa, Hopi, Mahigan, Mohawk, Nazca, Zulu, dan
Zuni. Bahkan, beberapa ketua suku Indian juga mengenakan penutup kepala khas
orang Islam. Mereka adalah Ketua Suku Chippewa, Creek, Iowa, Kansas, Miami,
Potawatomi, Sauk, Fox, Seminole, Shawnee, Sioux, Winnebago, dan Yuchi. Ia
ditunjukkan pada gambar-gambar antara tahun 1835 dan 1870. Secara umumnya,
suku-suku Indian di Amerika juga percaya adanya Tuhan yang menguasai alam
semesta. Tuhan itu tidak terjangkau oleh pancaindera.
Mereka
juga meyakini, tugas utama manusia yang diciptakan Tuhan adalah untuk memuja
dan menyembah-Nya. Seperti kenyataaan oleh seorang Ketua Suku Ohiyesa :”In the
life of the Indian, there was only inevitable duty-the duty of prayer-the daily
recognition of the Unseen and the Eternal”. Bukankah Al-Qur’an juga
memberitakan bahawa tujuan penciptaan manusia dan jin semata-mata untuk
beribadah pada Allah.
Bagaimana
Ketua Suku Indian Cheeroke Boleh Menjadi Seorang Muslim? Semangat orang-orang
Islam dan Cina ketika itu untuk mengenali lebih jauh tentang dunia tempat
tinggalnya selain untuk melebarkan pengaruh, mencari jalur perdagangan baru dan
tentu saja memperluaskan dakwah Islam telah mendorong beberapa pemberani di
antara mereka untuk melintasi wilayah yang masih dianggap gelap dalam peta-peta
mereka pada ketika itu.
Beberapa nama masih lagi sangat tersohor sehingga kini bahkan hampir semua orang pernah mendengarnya -- sebut sahaja Cheng Ho dan Ibnu Batutta, namun beberapa nama lagi hampir tidak terdengar dan hanya tercatat di dalam buku-buku akademik.
Para
ahli geografi dan intelektual dari kalangan Muslim yang mencatatkan perjalanan
ke benua Amerika itu adalah Abul-Hassan Ali Ibn Al Hussain Al Masudi (meninggal
tahun 957), Al Idrisi (meninggal tahun 1166), Chihab Addin Abul Abbas Ahmad bin
Fadhl Al Umari (1300 – 1384) dan Ibn Battuta (meninggal tahun 1369). Menurut
catatan ahli sejarah dan ahli geografi Muslim Al Masudi (871 – 957), Khashkhash
Ibn Saeed Ibn Aswad seorang pengembara muslim dari Cordoba di Andalusia, telah
sampai ke benua Amerika pada tahun 889 Masehi.
Dalam
bukunya, ‘Muruj Adh-dhahab wa Maadin al-Jawhar’ (The Meadows of Gold and
Quarries of Jewels), Al Masudi melaporkan bahawa semasa pemerintahan Khalifah
Andalusia, Abdullah Ibn Muhammad (888 – 912), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad
berlayar dari Delba (Palos) pada tahun 889, menyeberangi Lautan Atlantik,
hingga mencapai wilayah yang belum dikenal yang disebutnya Ard Majhoola, dan
kemudian kembali dengan membawa berbagai harta yang menakjubkan.
Sesudah
itu banyak pelayaran yang dilakukan mengunjungi daratan di seberang Lautan Atlantik,
yang gelap dan berkabut itu. Al Masudi juga menulis buku ‘Akhbar Az Zaman’ yang
antara lainnya memuatkan bahan-bahan sejarah dari pengembaraan para pedagang ke
Afrika dan Asia.
Dr.
Youssef Mroueh turut menulis, bahawa selama pemerintahan Khalifah Abdul Rahman
III (tahun 929-961) dari dinasti Umayyah, tercatat adanya orang-orang Islam
dari Afrika yang berlayar dari pelabuhan Delba (Palos) di Sepanyol ke Barat
menuju ke lautan lepas yang gelap dan berkabut, Lautan Atlantik. Mereka kembali
dengan membawa barang-barang bernilai yang diperolehi dari tanah asing. Beliau
juga menulis menurut catatan ahli sejarah Abu Bakr Ibn Umar Al-Gutiyya bahwa
pada masa pemerintahan Khalifah Andalusia, Hisham II (976-1009) seorang
pengembara dari Granada bernama Ibn Farrukh tercatat meninggalkan pelabuhan
Kadesh pada bulan Februari tahun 999 melintasi Lautan Atlantik dan mendarat di
Gando (Kepulauan Canary).
Ibn
Farrukh berkunjung kepada Raja Guanariga dan kemudian melanjutkan ke barat
hingga melihat dua pulau dan menamakannya Capraria dan Pluitana. Ibn Farrukh
kembali ke Sepanyol pada bulan Mei 999. Perlayaran melintasi Lautan Atlantik
dari Maroko dicatatkan juga oleh penjelajah laut Shaikh Zayn-eddin Ali bin
Fadhel Al-Mazandarani. Kapalnya berlepas dari Tarfay di Maroko pada zaman
Sultan Abu-Yacoub Sidi Youssef (1286 – 1307) raja ke-enam dalam dinasti
Marinid. Kapalnya mendarat di pulau Green di Laut Karibia pada tahun 1291.
Menurut
Dr. Morueh, catatan perjalanan ini banyak dijadikan rujukan oleh ilmuwan Islam.
Sultan-sultan dari kerajaan Mali di Afrika barat yang beribukota di Timbuktu,
ternyata juga melakukan perjalanan sendiri hingga ke benua Amerika. Sejarawan
Chihab Addin Abul-Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300 – 1384) memerinci
eksplorasi geografi ini dengan seksama. Timbuktu yang kini telah dilupakan,
dahulunya adalah merupakan sebuah pusat peradaban, perpustakaan dan keilmuan
yang maju di benua Afrika. Ekpedisi perjalanan darat dan laut banyak dilakukan
orang menuju ke Timbuktu atau bermulal dari Timbuktu.
Sultan
yang tercatat mengembara benua hingga ke benua baru saat itu ialah Sultan Abu
Bakari I (1285 – 1312), saudara dari Sultan Mansa Kankan Musa (1312 – 1337), yang
telah melakukan dua kali ekspedisi melintasi Lautan Atlantik hingga ke Amerika
dan bahkan menyusuri sungai Mississippi.
Sultan
Abu Bakari I melakukan eksplorasi di Amerika tengah dan utara dengan menyusuri
sungai Mississippi antara tahun 1309-1312. Para pengembara ini berbahasa Arab.
Dua abad kemudian, penemuan benua Amerika diabadikan dalam peta berwarna Piri
Re’is yang dibuat tahun 1513, dan dipersembahkan kepada Raja Uthmaniah, Sultan
Selim I tahun 1517. Peta ini menunjukkan belahan bumi bahagian barat, Amerika
Selatan dan bahkan benua Antartika, dengan penggambaran pesisiran Brazil secara
cukup tepat.
Bukti
lainnya adalah, Christopher Columbus sendiri mengetahui bahawa orang-orang
Carib (Karibia) adalah pengikut Nabi Muhammad SAW. Dia faham bahawa orang-orang
Islam telah berada di sana terutama orang-orang dari Pantai Barat Afrika.
Mereka mendiami Karibia, Amerika Utara dan Selatan.
Namun
tidak seperti Columbus yang ingin menguasai dan memperbudakkan rakyat Amerika.
Orang-Orang Islam datang untuk berdagang dan bahkan beberapa orang daripada
mereka menikahi orang-orang pribumi. Seterusnya, Columbus juga mengakui pada 21
Oktober 1492 dalam pelayarannya antara Gibara dan Pantai Kuba melihat sebuah
masjid (berdiri di atas bukit dengan indahnya menurut sumber tulisan lain).
Hingga ini sisa-sisa runtuhan masjid telah ditemui di Kuba, Mexico, Texas dan
Nevada.
Dan
tahukah anda? 2 orang nakhoda kapal yang dipimpin oleh Columbus, kapten kapal
Pinta dan Nina adalah orang-orang muslim iaitu dua bersaudara Martin Alonso
Pinzon dan Vicente Yanex Pinzon yang masih keluarga dari Sultan Maroko Abuzayan
Muhammad III (1362). [THACHER, JOHN BOYD: Christopher Columbus, New York 1950]
Dan mengapa hanya Columbus sahaja yang hingga kini dikenali sebagai penemu
benua Amerika?
Kerana
ketika terjadi pengusiran 300 000 orang Yahudi dari Sepanyol oleh Raja
Ferdinand yang beragama Kristian, orang-orang Yahudi kemudiannya telah
mengumpul (membiayai) dana untuk pelayaran Columbus dan berita ‘penemuan benua
Amerika’ telah dikirim pertama kali oleh Christopher Columbus kepada
kawan-kawannya yang merupakan orang Yahudi di Sepanyol.
Pelayaran
Columbus ini nampak sangat demi hanya mengejar kemahsyuran dan diperlukan untuk
menciptakan legenda sesuai dengan ‘pesanan penaja Columbus’ iaitu orang Yahudi
Sepanyol. Sehingga kini media massa mahupun ahli akademik dunia yang dikuasai
dan dimonopoli oleh Yahudi terus-menerus mengguna pakai 'berita penemuan benua
Amerika' oleh Columbus. Maka tampaknya ada ketidakjujuran dalam menulis fakta
sejarah berkenaan penemuan benua Amerika. Penyelewengan sejarah oleh
orang-orang Yahudi yang terjadi sejak pertama kali mereka bersama-sama orang
Eropah menjejakkan kaki ke benua Amerika.
Dan
tahukah anda?
Sebenarnya
laksamana Cheng Ho adalah penemu benua Amerika lebih awal iaitu sekitar 70
tahun sebelum Columbus. Sekitar 70 tahun sebelum Columbus memacakkan benderanya
di tanah Amerika, Laksamana Cheng Ho sudah terlebih dahulu datang ke sana. Para
peserta seminar yang dianjurkan oleh Royal Geographical Society di London tidak
lama dulu telah mengalami kejutan besar dek kerana pendedahan seorang krew
kapal selam dan sejarawan bernama Gavin Menzies dengan paparannya dan lantas
mendapat perhatian besar.
Menzies
yang tampil dengan penuh keyakinan - menjelaskan teorinya tentang pelayaran
terkenal dari pelaut mahsyur asal China, Laksamana Cheng Ho. Bersama
bukti-bukti yang ditemuinya dari catatan sejarah, dia lantas membuat kesimpulan
bahawa pelaut serta pengembara ulung dari Dinasti Ming itu adalah penemu awal
benua Amerika, dan bukannya Columbus.
Bahkan
menurutnya, Cheng Ho ‘mengalahkan’ Columbus dengan jarak (perbezaan) waktu
sekitar 70 tahun.
Apa
yang dikemukakan Menzies tentu membuat kekecohan kerana masyarakat dunia selama
ini mengetahui bahawa Columbus lah penemu benua Amerika pada sekitar abad
ke-15.
Pendedahan
Menzies ini dikuatkan dengan sejumlah bukti sejarah.
Beliau
menunjukkan sebuah peta yang dilakar sebelum Columbus memulakan ekspedisinya,
lengkap dengan gambar benua Amerika serta sebuah peta astronomi milik Cheng Ho
yang disandarkan sebagai bahan bukti.
Menzies
sangat yakin selepas beliau meneliti ketepatan dan kesahihan bahan-bahan
bersejarah tersebut.
Cherokee
Syllabary ”Laksamana inilah yang sepatutnya dinobatkan sebagai penemu pertama
benua Amerika,” ujarnya.
Menzies
melakukan kajian selama lebih dari 14 tahun.
Ini
termasuk penelitian peta-peta kuno, bukti artifak dan juga penggunaan teknologi
astronomi moden seperti melalui program software Starry Night.
Dari
bukti-bukti tersebut, kata kunci yang boleh mengubah sejarah ini, Menzies
mengatakan bahawa sebahagian besar peta mahupun tulisan penjelajahan Cina kuno
bersumberkan pada masa pelayaran Laksamana Cheng Ho.
Penjelajahannya
sehingga merangkaui benua Amerika telah mengambil masa antara tahun 1421 dan
1423. Sebelum itu, armada kapal Cheng Ho berlayar menyusuri jalur selatan
melewati Afrika dan sampai ke Amerika Selatan. Huraian astronomi pelayaran
Cheng Ho menyebut, pada larut malam ketika terlihat bintang selatan sekitar
tanggal 18 Mac 1421, lokasinya di hujung selatan benua Amerika Selatan.
Kata
kunci ini kemudiannya dibina semula dengan menggunakan software Starry Night
dengan membandingkan peta pelayaran Cheng Ho. “Saya memprogram Starry Night
hingga masa di tahun 1421 serta bagian dunia yang diperkirakan pernah dilayari
ekspedisi tersebut,” jelas Menzies yang juga merupakan seorang ahli pelayaran
dan bekas komanden kapal selam angkatan laut British.
Daripada
bukti ini, beliau akhirnya menemukan dua lokasi berbeza daripada pelayaran ini
berdasarkan catatan astronomi (bintang) ekspedisi Cheng Ho. Telah terjadi
pergerakan pada bintang-bintang ini, sesuai putaran serta orientasi bumi di
angkasa.
Akibat
putaran bumi yang kurang sempurna membuatkan paksi bumi seolah-olah mengukir
lingkaran di angkasa setiap 26 ribu tahun. Fenomena ini, yang disebut
ketepatan, berarti tiap titik kutub membidik bintang berbeza selama waktu
berjalan.
Menzies
menggunakan software untuk membina kedudukan bintang-bintang seperti pada masa
tahun 1421. “Kita sudah memiliki peta bintang China kuno namun masih memerlukan
penanggalan petanya,” kata Menzies.
Ketika
sedang pening memikirkan masalah ini, tiba-tiba beliau menemui kata kuncinya.
“Dengan kemujuran luar biasa, salah satu dari tujuan yang mereka lalui, yakni
antara Sumatra dan Dondra Head, Srilanka, mengarah ke barat.” Bahagian dari
pelayaran tersebut sebenarnya sangat dekat dengan garisan khatulistiwa di
Lautan Hindi.
Adapun
Polaris, sang bintang utara, dan bintang selatan Canopus, yang dekat dengan
lintang kutub selatan, tercantum dalam peta. “Dari situ, kita berjaya
menentukan arah dan kedudukan Polaris.
Sehinggalah
kita boleh memastikan masa daripada peta itu iaitu tahun 1421, lebih dan
mkurang 30 tahun.” Sequoyah Atas penemuan tersebut, Phillip Sadler, iaitu pakar
pelayaran dari Harvard-Smithsonian Center for Astrophysics, mengatakan
perkiraan dengan menggunakan peta kuno berdasarkan posisi bintang amatlah
dimungkinkan (berkemungkinan tepat).
Dia
juga bersetuju bahawa anggaran waktu 30 tahun, seperti dalam pandangan Menzies,
juga masuk akal.
Selama
ini, masyarakat dunia mengetahui sejarah Cheng Ho sebagai penjelajah ulung. Dia
lahir di Kunyang, kota yang berada di sebelah barat dayaYunan, pada tahun 1371.
Keluarganya
yang bernama Ma, adalah sebahagian daripada etnik minoriti Semur. Mereka
berasal dari kawasan Asia Tengah serta menganut agama Islam.
Ayah
dan datuk Cheng Ho diketahui pernah membuat perjalanan menunaikan haji ke Tanah
Suci Makkah. Sementara Cheng Ho sendiri membesarr dengan banyak mengadakan
pengembaraan ke banyak wilayah.
Beliau
adalah seorang Muslim yang taat. Yunan adalah salah satu wilayah terakhir
pertahanan bangsa Mongol, yang sudah ada jauh sebelum masa dinasti Ming.
Pada
saat pasukan Ming menguasai Yunan tahun 1382, Cheng Ho turut ditawan dan dibawa
ke Nanjing. Ketika itu dia masih berusia 11 tahun.
Cheng
Ho pun dijadikan sebagai pembantu putera mahkota yang kemudiannya menjadi
Maharaja bernama Yong Le.
Maharaja
inilah yang memberi nama Cheng Ho hingga akhirnya beliau menjadi salah seorang
panglima laut termashyur di dunia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.