Sejarah Yang DiGelapkan 5
Al Quran di Oxford
Suatu Harapan
Menurut sejarawan Lord Macauly;
''Sekiranya tentera Franka tidak mempertahankan secara bermati matian kota CHINON itu nescaya AL QURAN, bukannya INJIL yang di ajarkan di universiti OXFORD sekarang''
Mengimbau kembali salah satu siri perjuangan menawan eropah umat islam hampir menawan kota utama FRANKA CHINON (PARIS) dan KESELURUHAN PERANCIS, tetapi helah yang digunakan musuh hanya dengan menceroboh khemah simpanan harta rampasan perang tentera muslim yang terlalu banyak ketika itu.
Pada akhir Syaban tahun 104 hijrah bersamaan Oktober 732M, Abdul Rahman dan tenteranya menuju ke Kota Poitiers di mana di sinilah berlakunya satu perang yang dikenali sebagai Balat Al-Shuhada atau Battle of Tours. Pada ketika ini, tentera Islam berada di kemuncaknya tetapi pada masa yang sama bebanan harta rampasan perang yang ditanggung semakin bertambah,mencurah-curah ibarat hujan.
Inilah yang membimbangkan Abdul Rahman, kerana harta yang banyak ini akan mengganggu hati tentera Islam dan bakal mengugat kekuatan umat Islam. Abdul Rahman berhasrat untuk memerintahkan tenteranya untuk membuang harta itu tetapi beliau takut cadangannya tidak dapat diterima oleh mereka. Jadi, pilihan terbaik ialah meletakkan semua harta di dalam satu khemah khas di bahagian belakang markas sebelum peperangan meletus.
Dalam suatu ketika, pasukan Charles yang terus bertahan menyekat serangan bertali arus pasukan berkuda tentera Islam akhirnya terpaksa berundur. Akhirnya benteng pertahanan tentera Charles berjaya dipecahkan dan melurulah tentera Islam dengan semangatnya membunuh tentera Franks yang lari bertempiaran.
Tentera Islam telah berjaya mengepung Charles yang dikelilingi tentera pengawalnya yang segera muncul bagi melindungi raja mereka daripada serangan pasukan Islam.
Rupanya ketika peperangan bermula, Charles telah mengirim sebuah pasukan tentera menuju ke base camp tentera Islam. Matlamatnya adalah mahu mengalih perhatian tentera Islam bila melihat kem mereka diserang dan harta rampasan mereka dicuri.
Ketika sedang dikepung inilah, pasukan berkenaan telah menyerang hendap kem tentera Islam dan mula membebaskan tawanan perang. Kem yang ketika itu kosong menjadi porak peranda.
Menyangkakan harta rampasan perang mereka dicuri pihak musuh, kebanyakan tentera Islam mula berundur ke belakang untuk menyelamatkan harta masing-masing. Tindakan ini menyebabkan barisan serangan mereka porak-peranda dan kekuatan mereka mula goyah.
Dalam keadaan ini, pahlawan Islam yang agung, Abdul Rahman al- Ghafiqi terpaksa memacu kudanya ke hadapan dan belakang. Setelah berjaya mendisiplinkan kembali oleh Abdul Rahman al- Ghafiqi , Ketika itulah beliau terkena panahan musuh yang menyebabkannya rebah ke bumi ibarat helang yang gugur dari puncak gunung.
Mendengar sorak sorai tentera Franks yang menghebohkan kematian Abdul Rahman, tentera Islam mula goyah dan berundur. Charles kembali menyusun pasukannya kerana menyangka tentera Islam akan kembali menyerang, sehinggalah keesokan paginya dia terkejut bila mendapati tentera Islam telah berundur sepenuhnya kembali ke Andalusia.
Peperangan
Balat al-Shuhada’ ini merupakan hari penting dalam sejarah. Pada hari tersebut,
umat Islam gagal mencapai impian besar yang dicitakan selama ini. Malah mereka
kehilangan seorang pahlawan agung. Tragedi Uhud berulang kembali. Inilah sunnah
Allah di alam semesta ini dan sunnah ini tidak mungkin dapat diubah.
Berita kekalahan di Balat al-Shuhada’ ini amat menyayat hati umat Islam di setiap tempat. Tragedi yang menimpa mereka ini amat menggemparkan mereka. Seluruh kota, kampung dan setiap rumah berkabung kesedihan menerima berita ini. Malah luka yang amat pedih ini masih terasa hingga kini. Luka ini tidak akan sembuh selamanya.
Sebenarnya, luka yang begitu mendalam ini bukan sahaja menggores hati umat Islam. Malah luka ini turut dikongsi bersama para cendekiawan Eropah. Bagi mereka, kemenangan datuk nenek moyang mereka mengalahkan umat Islam di Poitiers merupakan satu bencana yang merugikan seluruh bangsa manusia. Suatu kerugian yang terpaksa ditanggung oleh Eropah. Suatu bencana yang memalapkan suatu tamadun.
Jika anda ingin melihat pandangan mereka mengenai malapetaka di Balat al-Shuhada’ ini, silalah dengar apa yang dikatakan akan oleh Henry De Shamboone, pengarah majalah Rivi Barlmintier berbahasa Perancis. Dia pernah menyebut:
“Jika Charles Martel tidak mencapai kemenangan ke atas umat Islam, sudah tentu negara kita tidak terjerumus ke dalam zaman kegelapan di kurun pertengahan. Jika Charles tidak menang, sudah tentu kita tidak akan merasai kedahsyatan zaman itu. Sudah tentu tidak akan berlaku peperangan saudara yang disebabkan oleh fanatik agama kemazhaban. Benar, jika tidak kerana kemenangan barbarian ke atas umat Islam di Poitiers itu, sudah tentu Sepanyol masih menikmati keadilan Islam. Sudah tentu Sepanyol akan selamat daripada Mahkamah Taftish (mahkamah yang diwujudkan oleh Ferdinand dan Ratu Isabella untuk menghukum umat Islam Sepanyol dan memahat sejarah hitam bangsa manusia). Sudah tentu perjalanan tamadun manusia tidak akan terbantut selama lapan kurun.
Kata beliau lagi; "Walau apa sekalipun perasaan kita terhadap kemenangan ini, kita sebenarnya masih terhutang budi kepada umat Islam yang telah banyak berjasa kepada tamadun ilmu, teknologi dan industri kita. Kita perlu mengakui bahawa mereka adalah contoh manusia yang unggul. Dalam masa yang sama kita adalah contoh manusia barbarian. Apa yang kita dakwa hari ini bahawa zaman telah kembali berulang adalah suatu pembohongan. Termasuklah juga dakwaan kita bahawa umat Islam di zaman ini sama seperti keadaan kita di zaman pertengahan.”
Maraji’ – Dr. Abdul Rahman Ra’fat al-Basha, 37 Kisah Kehidupan Tabi’in,
2:96 Sesungguhnya
engkau dapati mereka seloba loba manusia untuk hidup (di dunia), sehingga dari
orang2 yang muysrik: Salah seorang mereka menghendaki supaya berumur seribu
tahun lamanya; dan ia tiada jauh dari azab, meskipun panjang usianya. Dan Allah
Mahamelihat apa apa yang mereka kerjakan.
3:14 Dihiaskan kepada
manusia, mencintai shahwat (keinginan nafsu), seperti perempuan2, anak anak dan
harta benda yang banyak, dari emas, perak, kuda yang bagus, binatang binatang
ternak dan tanam tanaman. Demikian itulah kesukaan hidup di dunia, dan di sisi
Allah tempat kembali yang sebaik baiknya (iaitu syurga).
6:70 Biarkanlah
orang2 yang mengambil agamanya jadi permainan dan pergurauan, dan mereka terperdaya
oleh (kesenangan) hidup di dunia dan berilah mereka peringatan dengan Quran,
supaya jangan dijatuhkan diri mereka ke lembah kebinasaan, kerana usahanya.
Tidak adalah baginya wali dan tiada pula pembantu, selain daripada Allah. Jika
dia tebus dengan bermacam macam tebusan, tiadalah diterima daripadanya. Mereka
itulah orang2 yang dijatuhkan kelembah kebinasaan, kerana usahanya. Untuk
mereka itu minuman yang panas dan siksaan yang pedih, sebab mereka itu kafir
(tiada beriman).
7:51 (Yaitu) orang2
yang menjadikan agamanya sebagai permainan
dan pergurauan, sedang mereka telah terpedaya dengan kehidupan di dunia.
Maka pada hari ini Kami lupakan mereka, sebagaimana mereka telah melupakan
pertemuan hari ini dan kerana mereka menyangkal ayat ayat Kami.
8:28 Ketahuilah
bahawa harta dan anak2mu menjadi cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah pahala
yang besar.
9:24 Katakanlah: Jika
bapak2mu anak anakmu, saudara2mu, isteri2mu, karib kirabatmu, harta benda yang
kamu usahakan dan perniagaan yang kamu takuti kerugiannya serta tempat kediaman
yang kamu sukai, (semuanya itu) lebih kamu cintai daripada Allah dan rasulNya
dan berjuang di jalan Allah, maka tunggulah olehmu, sehingga Allah mendatangkan
perintahNya (siksaanNya). Allah tiada menunjuki kaum yang pasik itu.
9:34 Hai orang2 yang
beriman, sesungguhnya kebanyakan di antara pendeta2 dan alim ulama mereka itu,
memakan harta manusia dengan jalan yang batil (tiada hak) dan mereka
menghalangi orang dari pada jalan Allah. Orang2 yang menyimpan emas dan perak
dan tiada membelanjakannya di jalan Allah, hendaklah beri peringatan dengan
siksaan yang pedih.
9:35 Pada hari harta
itu dibakar dalam neraka jahanam, lalu dibakar dengan dia muka, rusuk dan
punggung mereka. Inilah harta benda yang kamu simpan untuk dirimu, maka
rasailah olehmu (balasan) dari barang yang kamu simpan dahulu itu.
9:38 Hai orang2 yang
beriman, mengapa kamu jika dikatakan orang kepadamu: “Berperanglah kamu pada
jalan Allah”, lalu kamu berlambat lambat (duduk) di tanah? Adakah kamu suka
dengan kehidupan di dunia ini daripada akhirat? Maka tak adalah kesukaan hidup
di dunia diperbandingkan dengan akhirat, melainkan sedikit sekali.
9:55 Janganlah engkau
takjub kerana harta benda dan anak anak mereka. Sesungguhnya Allah
mengkehendaki untuk menyiksa mereka dengan dia waktu hidup di dunia dan keluar
nafas (jiwa) mereka, sedang mereka orang kafir.
9:85 Janganlah engkau
takjub kerana harta benda dan anak anak mereka. Hanya Allah mengkehendaki
menyiksa mereka dengan demikian di dunia; dan keluar nafas mereka, sedang
mereka orang kafir.
10:7 Sesungguhnya
orang orang yang tiada mengharap akan menemui Kami, sedang mereka suka kepada
kehidupan di dunia, serta tenang hatinya terhadap demikian, begitu juga orang
orang yang lalai dari ayat ayat Kami,
10:8 Mereka itu tempatnya dalam neraka, disebabkan
apa yang telah mereka usahakan.
10:72 Jika kamu berpaling, maka aku tiada minta upah (gaji)
kepadamu. Upahku tidak lain, hanya dari Allah dan aku disuruh supaya aku salah
seorang Muslimin.
11:15 Barang siapa menghendaki
hidup di dunia dan perhiasannya, Kami sempurnakan pekerjaannya di dunia, sedang
mereka tiada dirugikan.
11:16 Tetapi tidak
ada bagi mereka di akhirat, melainkan neraka. Dan hapuslah apa apa yang mereka
perbuat di dunia, dan binasalah apa apa yang mereka amalkan.
11:29 Hai kaumku, aku tiada minta harta kepadamu atas
urusan ini. Tidak ada upahku, melainkan dari pada Allah, dan aku tiada akan
mengusir orang2 yang beriman. Sesungguhnya mereka menemui Tuhannya, tetapi aku
melihatmu kaum yang jahil.
13:35 Umpama syurga
yang dijanjikan untuk orang orang yang taqwa (menurut yang kami ceritakan
kepadamu), mengalir air sungai di bawahnya. Makanannya abadi (tak habis habis),
begitupun naungannya. Itulah akibat orang orang yang taqwa ; dan akibat orang
orang kafir ialah neraka.
14:3 (Iaitu) orang2
yang memilih hidup di dunia dari akhirat dan menghalangi jalan Allah dan
mencari (jalan) yang bengkok. Mereka itu dalam kesesatan yang jauh.
16:106 Barang siapa
yang kafir (ingkar) akan Allah sesudah beriman, kecuali orang yang dipaksa,
sedang hatinya masih tetap beriman, tetapi orang yang terbuka dadanya kepada
kekafiran, maka atas mereka amarah Allah, dan untuk mereka itu siksaan yang
besar.
16:107 Demikian itu, kerana mereka mencintai hidup di dunia
lebih dari akhirat, dan kerana Allah tiada menunjuki kaum yang kafir.
16:108 Mereka itulah
yang dicap Allah hati, pendengaran dan pemandangan mereka, dan mereka itulah
orang yang lalai.
16:109 Sebenarnya,
bahawa mereka itu di akhirat orang2 yang merugi.
16:117 Kesukaan yang
sedikit (di dunia) dan untuk mereka siksaan yang pedih.
17:18 Barang siapa
menghendaki dunia, Kami segerakan baginya didunia apa apa yang Kami kehendaki
untuk siapa yang kami kehendaki. Kemudian Kami adakan untuknya neraka jahanam,
ia masuk ke dalamnya, sedang ia tercela dan terusir.
17:19 Barang siapa
menghendaki Akhirat dan mengusahakan amalan untuk akhirat itu, sedang dia orang
beriman, maka usahanya itu diterima.
18:28 Sabarkanlah
hatimu serta orang orang yang menyembah Tuhannya pada pagi dan petang, sedang
mereka menghendaki keredhaan Allah; dan janganlah engkau palingkan pemandangan
dari pada mereka, kerana menghendaki perhiasan hidup di dunia. Janganlah engkau
turut orang yang telah Kami lalaikan hatinya dari mengingat Kami dan mengikut
hawa nafsunya; dan adalah perbuatannya melebihi batas.
18:46 Harta benda dan
anak anak adalah perhiasan hidup di dunia, dan (amal2) yang kekal lagi baik,
lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu, dan lebih baik di cita cita.
20:131 Janganlah
engkau layangkan kedua matamu kepada perhiasan yang Kami berikan kepada
bermacam macam orang di antara mereka, sebagai bunga hidup di dunia, supaya
mereka kami cobai dengan demikian itu. Dan rezeki Tuhanmu (dalam syurga), lebih
baik dan lebih kekal.
23:72 Adakah engkau
meminta upah kepada mereka? Maka upah Tuhanmu lebih baik dan Dia sebaik baik
yang memberi rezeki.
26:88 Pada hari yang
tidak bermanfaat harta benda dan tidak pula anak anak,
26:109 Aku tidak
minta upah (gaji) kepadamu atas usahaku ini. Tidak adalah upahku, melainkan
dari pada Tuhan semesta alam.
26:127 Aku tidak minta upah (balasan) kepadamu atas
usahaku. Tidak ada upahku selain daripada Tuhan semesta alam.
26:145 Aku tidak minta upah (balasan) kepadamu atas
usahaku. Tidak ada balasanku, kecuali dari pada Tuhan semesta alam.
26:164 Aku tidak minta upah kepadamu atas usahaku. Upahku
tidak lain, hanya dari pada Tuhan semesta alam.
26:180 Aku tidak minta upah kepadamu atas usahaku, upahku
tidak lain, hanya dari pada Tuhan semesta alam.
26:207 Maka tiadalah
bermanfaat apa yang menyenangkan mereka itu.
28:60 Sesuatu yang
diberikan kepadamu, adalah untuk kesukaan hidup di dunia dan (untuk)
perhiasannya, sedang pahala di sisi Allah terlebih baik dan terlebih kekal
daripadanya. Tiadakah kamu memikirkan?
28:83 Itulah kampong
akhirat, Kami adakan untuk orang2 yang tiada menghendaki sombong di muka bumi
dan tiada pula memperbuat bencana. Akibat (yang baik) untuk orang2 yang taqwa.
29:64 Hidup di dunia
ini, tidak lain hanya suatu kesenangan dan permainan. Sesungguhnya kampung
akhirat, itulah kehidupan yang sebenarnya, jika mereka mengetahui.
34:47 Katakanlah: Aku tidak minta upah (balasan) kepadamu,
hanya balasan itu untukmu. Upahku tidak lain hanya dari pada Allah. Dia menjadi
saksi atas tiap tiap sesuatu.
35:5 Hai manusia,
sesungguhnya janji Allah sebenarnya, sebab itu janganlah kamu terpedaya oleh
kehidupan di dunia dan jangan pula terpedaya terhadap Allah dengan si pendaya (Setan).
40:39 Hai kaumku,
hidup di dunia ini hanya kesukaan sedikit, dan sesungguhnya akhirat ialah
kampung yang tetap.
43:35 Dan (lagi Kami
adakan bagi mereka) perhiasan (dari emas). Semuanya itu tidak lain, hanya
kesukaan hidup di dunia. Dan akhirat di sisi Tuhanmu untuk orang orang yang
taqwa.
53:29 Maka
berpalinglah engkau dari pada orang yang telah berpaling daripada peringatan
Kami (Quran) dan dia tiada menghendaki, kecuali hidup di dunia.
56:45 Sesungguhnya mereka sebelum itu (dahulu) bersenang senang
(bermewah mewah),
57:20 Ketahuilah,
bahawa sesungguhnya hidup di dunia, hanya pergurauan, permainan, perhiasan dan
bermegah megah antara kamu serta berlumba lumba banyak pada harta benda dan
anak anak. Umpama demikian itu seperti air hujan yang menakjubkan orang orang
kafir kerana tumbuh tumbuhannya, kemudian ia menjadi kering, lalu engkau lihat
dia menjadi kuning, kemudian menjadi lumat (hancur). Dan di akhirat siksa yang
keras (untuk orang orang kafir), dan ampunan dan keredhaan daripada Allah (untuk
orang orang mukmin). Hidup di dunia tidak lain, hanya kesukaan tipuan.
63:9 Hai orang orang yang beriman, janganlah kamu lalai
(lengah) kerana harta benda dan anak anakmu daripada mengingat Allah. Barang
siapa memperbuat demikian itu maka mereka orang merugi.
64:14 Hai orang2 yang
beriman, sesungguhnya di antara isteri2mu dan anak2mu ada yang menjadi musuhmu,
sebab itu waspadalah kamu terhadap mereka; jika kamu memaafkan, membebaskan dan
mengampun, maka sesungguhnya Allah Pengampun lagi Penyayang.
64:15 Sesungguhnya harta bendamu dan anak anakmu menjadi
cobaan (ujian) bagimu. Allah di sisiNya pahala yang besar.
100:8 Sesungguhnya ia
sangat bakhil, kerana mencintai harta bendanya.
102:1 Kamu telah
dilalaikan oleh perlumbaan (memperbanyak harta benda dan anak anak).
104:3 Ia mengira,
bahwa hartanya itu akan mengekalkannya (buat hidup di dunia).
104:4 Tidak sekali
kali tidak, sesungguhnya dia akan dilemparkan ke dalam neraka (hutamah).
Sudah
Terang Masih Bersuluh... Sudah Jelas masih teraba raba. Sudah tahu masih
menggaruk gatal bertanya ...
Apabila
seorang manusia muslim terpesong kepada cintakan hendakkan dunia maka Allah
tidak suka dan tidak redha kepadanya sehinggakan apa apa yang diperbuatnya
tidak lagi jadi kenyataan atau timbul kejayaan...
Contohnya
apabila berperang ia kalah, Kalau ia mentadbir jabatan, institusinya jadi
goyah. Kalau ia menjadi Perdana Menteri,
negaranya porak peranda dsbnya...
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.