Total Pageviews

Wednesday, 13 December 2017

Minyak Kelapa Sawit sebagai 4T



Minyak Kelapa Sawit sebagai 4T


Satu Isu lama. Mungkin ada yang mengetahuinya dan ada yang masih tidak tahu. Saya sendiri pada mulanya tidak percaya, namun saya telah pergi ke sebuah bengkel kereta yang mana pelanggannya menggunakan minyak masak peket sahaja!. Ternyata selepas lebih 5000km, minyak masak masih jernih berbanding minyak pelincir biasa kerana ia mungkin kandungan sintetik yang sangat baik. Selain itu, kadar suhu juga rendah berbanding sebelum guna minyak masak.

Mengapakah minyak masak tidak dikomersialkan? faktor ekonomi negara kita sebahagiannya adalah disumbangkan oleh Petronas iaitu syarikat berkaitan petroleum antara terbaik di dunia. Apakah akan jadi sekiranya minyak kelapa sawit jadi pengganti minyak pelincir sedia ada, tentu harga akan naik kerana permintaan ramai. Saya berpendapat Sebelum berkembangnya teknologi enjin hybrid atau enjin elektrik, eloklah penggunaan minyak masak ini dikomersialkan penggunaannya kepada kenderaan. Ia mampu melonjakkan ekonomi negara. Sehingga ke hari ini minyak masak sudah terbukti penggunaannya, cuma ia belum diputuskan oleh mana-mana pihak yang terbabit.

Masalah utama ialah pengoksidaan, dan kedua kotoran. Minyak enjin mengandungi detergen untuk trik kotoran (tidak hairan minyak menjadi hitam). Jika tiada detergen ini, kotoran akan melekat pada enjin dan boleh sebabkan OVERHAUL.

Adakah minyak masak mempunyai detergen atau molekul untuk tarik kotoran. adakah dicampur juga dengan additives. Minyak sintetik original kalau tidak dicampur additives pun tidak boleh dipakai untuk kereta. kalau pakai nanti komponen dan gear dalam enjin haus dan berdepan dengan masalah keasidan dari minyak.

Elok juga didedahkan di sini bahawa bahawa banyak unsur di dalam minyak moden adalah untuk iklim sejuk yg tak wujud langsung di tropika contohnya 10W40, 10W30, 20W50 dll …W itu adalah utk winter atau suhu sejuk melampau di mana Viscosity Modifier di dalam minyak boleh menipiskan minyak itu dimana mungkin jika tanpa Viscosity Modifier itu minyak enjin tersebut tidak boleh berfungsi sebab cenderung untuk menjadi beku. Jadi keupayaan 10W,0W atau 20W itu tidak diperlukan di tropika cuma kepekatan pada tahap 30, 40 atau 50 shj yg diperlukan. jadi kita juga bayar 
CastrolMobilPetronas bagi R&D mereka untuk benda yg kita tidak diperlukan.
Saya juga berharap respon dari kementerian yang terbabit kerana penggunaan minyak masak ini semakin hari semakin ramai menggunakannya di kenderaan masing-masing terutama golongan berpendapatan sederhana dan ke bawah. Saya juga perlukan pendapat dan komen dari anda semua juga. :)

komen:
sy dh try kat motor jenis suzuki rh, tkde mslh. hr2 jln pg blk keje lbh krg 40km. mesti campur dgn mnyk hitam lain dlm 10 peratus je bg pekat sikit.
sy dah gunakan hampir 3 tahun utk proton sy tiada masalah dgn syarat 4 ltr dicampurkan 2 tin oil STP enjin cantik jimat minyak lagi power. tq


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.