Minyak Sawit Pengganti
minyak hitam
PERCAYAKAH
anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai
minyak pelincir untuk kenderaan anda?
Malahan
sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak
sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi
sebarang masalah.
Pengurus
Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau
telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk
enjin kereta Kancilnya.
"Kancil
saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah
minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam,
saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya.
Jika
dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik
Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari sebuah pasar raya.
Menurutnya,
selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat
rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.
Nik
Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk
ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati
keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini
merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah
naik.
Sementara
itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air,
Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk
kereta Proton Iswaranya.
Beliau
sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan
negatif menimpa keretanya.
Bekas
jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan
kejuruteraan dari Universiti Arkansas, Amerika Syarikat itu berkata:
"Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi kita tidak
tahu mengenainya."
Mekanik
kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak
sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu selepas bertemu dengan
seorang pakar minyak dari luar negara.
Sejak
itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak
hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan
yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka.
"Hanya
minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak
hitam. Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana
minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku," katanya.
Katanya,
harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol
empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik
sepenuhnya, mencecah RM200.
Bagaimanapun,
beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada
jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin
kereta.
Kepada
mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rahsia minyak masak boleh
melayari http://ilmurahsia. name.my.
Orang
ramai juga boleh melayari laman web http://www.nordicgroup.us/oil.htm#
The300 Mile Facts
untuk
maklumat yang sama. - Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.