Total Pageviews

Tuesday, 5 December 2017

SRI WIJAYA Kerajaan Islam Yang Disepikan







Kedatangan Sharifah Mariam al-Jefri bersama dengan suaminya, Merong Maha Wangsa ke Kedah untuk menyebarkan agama Islam ke seluruh Nusantara. Gerombolan mereka datang ke Kedah dengan Kapal Arang beserta candi batu berlubang ditengah untuk memacak bendera atau panji kalimah syahadah berwarna merah dan gambar naga berwarna hijau. Candi batu berlubang tersebut kini disimpan oleh pihak muzium negeri Kedah.

Sebelum kedatangan baginda bersama isterinya, Jamal al-Jefri telah memberi arahan agar membuka kerajaan yang dekat dengan sebuah gunung yang mempunyai masjid milik putera nabi Noh yang bernama Yafis, orang siam mengelar Yafis sebagai Tok Kong yang bermakna Datuk Puak. Selepas kematian Tok Kong (Yafis) generasi selepasnya membuat gambar Tok Kong dan memuja serta menyembah gambar tersebut.

Kedatangan Raja Iskandar Zulkarnain ke negeri Kedah ialah untuk menghapuskan amalan khurafat mereka dan membawa ajaran Nabi Allah Ibrahim a.s. Putera Raja Iskandar Zulkarnain bernama Phonain dengan bahasa siam bermakna ‘Lelaki Putera Raja Iskandar Zulkarnain’. Phonain telah banyak membina bangunan purba di sekitar Gunung Jerai, Kemboja, Laos dan Vietnam termasuklah bangunan Angkor yang dirampas oleh Raja Khameang Thai dan Raja Anam. Kawasan ini banyak ditumbuhi dengan pokok Rhu. Bukti adanya bangunan purba di sekeliling gunung Jerai telah di temui oleh ahli-ahli arkeologi. Bangunan-bangunan ini telah dirobohkan oleh tentera Thai dan British selepas mereka berjaya membunuh Sultan Jaafar Muadzam Shahpada tahun 1876 yang ditangkap di Kota Pulau Tiga, Sungai Merbuk Kedah.

Bukti sirah Nabi S.A.W, beliau mengutuskan Saad Bin Abi Waqas untuk mengIslamkan Raja China, Sai Ti Song yang sebelum itu merupakan pengikut ajaran Nabi Allah Ibrahim a.s dari ajaran kitab Allah Suhuf iaitu agama Hanif. Anaknya Sheikh Huang Ti ialah ayahanda kepada Merong Maha Wangsayang bergelar Sultan Muzaffar Shah I. Beliau telah berkahwin dengan puteri raja Turki ‘Wali Allah Abdal’ Syed Jamal al-Jefri.

Semasa mereka berkerajaan di Kedah, adik Sharifah Mariam telah pergi berdagang di benua Hindi (India). Rombongan perdagangannya telah menarik perhatian raja Hindu yang bernama Soka. Dengan takdir Allah Raja Soka telah memeluk Islam dan mengahwini adik Sharifah Mariam yang bernama Sharifah Mumtaz al-Jefri. Jadi oleh kerana itu hubungan Raja Merong Maha Wangsa sebagai biras dengan Raja Soka, India.

Dari catatan Abu Dulaf berasal dari bandar Bukhara pada tahun 940 masihi, beliau sendiri telah singgah di Kedah. Katanya ‘Saya dapati tempatnya amat indah dengan tembok-tembok kota, taman-taman bunga dan aliran mata air dari bumi. Saya melihat lombong bijih timah yang tidak ada tolok bandingnya di dunia ini. Di kota ini ada tukang-tukang membuat pedang ‘Qala’i’ iaitu sejenis Pedang Hindi yang tulen. Penduduknya mempunyai Mahkamah Keadilan, penjara serta hukuman denda. Rajanya tunduk kepada negara Islam China dan menyebut maharaja Islam China dalam khutbah jumaat dan mempunyai sikap pandang ke timur (mencontohi maharaja China). Mata wang mereka adalah dirham perak yang dipanggil ‘fahri‘. Mereka memakai kain sutera yang amat mahal seperti orang China‘.

Abu Dulaf juga mengatakan orang Kedah pandai menggunakan tepung gandum, memakan buah kurma, roti dan sayur seperti kebudayaan orang Arab.

Pengembara China pula mengatakan di Kedah ramai orang yang mempunyai nama berpangkal ‘Pu‘. Ahli kaji bahasa China bersetuju ia bermakna ‘Abu‘. Ini membuktikan Kedah mempunyai ramai orang Islam.

Raja Soka setelah memeluk Islam telah menukarkan namanya kepada Shah Jihan I. Baginda dan isterinya Sharifah Mumtaz al-Jefri menubuhkan kerajaan Sri Wijaya yang berpusat di beberapa tempat antaranya ialah di Kedah. Ramai orang tidak tahu di manakah tempat tetap pemerintahan kerajaan Sri Wijaya malah ada yang mengatakan di Palembang, Jawa dan di Kelantan.

Ramai ahli sejarah yang berpendapat bahawa kerajaan Sri Wijaya adalah kerajaan Buddha tetapi tanpa bukti yang kukuh, hanya pada andaian sahaja. Sri Wijaya dalam bahasa melayu tua atau bahasa siam bermakna Penempatan Tentera Islam Menyebar Nasihat Raja. Raja Sri Wijaya iaitu Shah Jihan I telah menempatkan tenteranya di kota yang bernama Kota Samarahan di Kepulauan Borneo dan baginda juga membina sebuah Masjid yang besar di Kepulauan Jawa Indonesia berbentuk seperti kuil hindu dan Masjid itu masih wujud hingga sekarang.

Ada catatan sejarah mengatakan pada tahun 1000 masihi kerajaan Kedah pernah menyerang India, ini menyebabkan sebuah kerajaan Hindu di pantai Koromandel yang rajanya bernama Rajendra Chola yang mempunyai angkatan laut yang kuat telah membuat serangan balas.

Kedah telah disebut-sebut oleh Raja Rajendra Chola sebagai negeri yang paling hebat membuat tindakan balas dan kita sedari ini kerana Kedah mempunyai paling ramai penduduk Islam.

Pada tahun 1025 masihi raja Rajendra Chola telah menyerang Sri Wijaya dan menyebut bahawa Kedah adalah antara kota-kota yang penting bagi kerajaan Sri Wijaya. Pulau Langkawi telah berjaya dimusnahkan dengan teruknya oleh armada perang raja hindu tersebut.

Paul Wheatley telah menterjemahkan batu bersurat raja hindu tersebut katanya “Beta Rajendra menghantar beratus-ratus kapal ke lautan bergelora dan telah berjaya menawan Raja Kadaram (Kedah) sekali dengan gajah-gajah angkatan perangnya yang sangat hebat, beta juga telah berjaya merampas harta-harta yang amat banyak kepunyaan raja tersebut yang dikumpulnya dengan jujur sejak beberapa lama“.

Dalam Hikayat Merong Maha Wangsa diceritakan tentang serangan ke atas Raja Kedah :

Sebermula maka tersebutlah perkataan pulau Langkapuri(Langkawi) itu selepas peninggalan perang Seri Rama dan Andanum jadi sunyilah pulau itu, tiada siapa-siapa pun duduk“.

Merong Maha Wangsa telah memilih Kedah sebagai pelabuhan Melakakerana ia mempunyai keistimewaan berikutan wujudnya Gunung Jerai yang dapat menjadi panduan kepada pelayar-pelayar, pedagang-pedagang dari timur dan barat dan menjadi panduan armada laut Sri Wijaya yang melalui Selat Melaka.

Kota Portugis yang terdapat di Bandar Hilir Melaka hanyalah kota untuk tentera upahan Portugis Islam pada tahun-tahun selepas itu. Dan Ulu Melaka ialah Pulau Langkawi. Selain dari itu Gunung Jerai juga menjadi daya penarik kepada ekonomi kerajaan Merong Maha Wangsa yang selalu singgah di Kota Aur di Lembah Bujang.

Sebelum itu Kuala Perlis dan Kuala Kedah belum wujud malah Kuala Kedah digelar pada masa itu sebagai Kuala Bahang. Kuala Bahang mempunyai kubu yang kuat dan digelar sebagai Gerbang Kacapuri yang sering digunakan oleh kerajaan Kedah dan tentera Sri Wijaya sebagai benteng pertahanan. Pelabuhan Melaka pada masa dahulu ialah merangkumi dari Kuala Perlis hingga ke Kota Aur di Lembah Bujang Merbuk, Kedah.

Bukti dari sejarah menunjukkan pelabuhan Melaka di Kuala Bahang merupakan tempat berlakunya peperangan yang sengit sebelum British dan Belanda mengambil keseluruhan Nusantara ke dalam empayar mereka. Hasil-hasil dari Syburi iaitu Kedah Timur yang di bawa dari Songkla dan pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu di eksport dari sini, di antaranya termasuklah emas dan geliga.

Moorhead mengatakan pelabuhan di Kedah membekalkan timah yang paling banyak di dunia pada masa itu dan kekal sebagai pembekal buat beberapa kurun.




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.