Pejuang kemerdekaan sebenar
Panjang
ulasan dua penulis dan blogger di bawah... Adakah British-Kapitalis lebih
baik dari Cina-Komunis?
Penjajah
British (dan sebelum itu Portugis dan Belanda) telah menjajah tanah Melayu,
membunuh ribuan rakyat termasuk para Ulama.
Ketika tentera British melarikan diri dari penjajah Jepun, Para pejuang tanah air bangun menentang penjajah Jepun, . Setelah Jepun menyerah kalah dan British kembali ke Tanah Melayu, British bergabung dengan Elit Melayu UMNO untuk menentang 'pejuang kemerdekaan sebenar'.
Sebagai tanda terimakasih British, golongan elit ini dihadiahkan jawatan PM dan menteri lain selepas "kemerdekaan" palsu atau separuh masak yang British kurniakan pada 31 Ogos 1957....Begitu ke?
Ketika tentera British melarikan diri dari penjajah Jepun, Para pejuang tanah air bangun menentang penjajah Jepun, . Setelah Jepun menyerah kalah dan British kembali ke Tanah Melayu, British bergabung dengan Elit Melayu UMNO untuk menentang 'pejuang kemerdekaan sebenar'.
Sebagai tanda terimakasih British, golongan elit ini dihadiahkan jawatan PM dan menteri lain selepas "kemerdekaan" palsu atau separuh masak yang British kurniakan pada 31 Ogos 1957....Begitu ke?
Tapi MERDEKA tetap merdeka... Tiada lagi SC, Home
Guard; Henry Gurney,JW Birch atau Penasihat Inggeris lain di Malaysia. Kita
boleh buat Pilihan Raya sendiri. kalau tak setuju kita boleh berarak BERSIH di
jalan raya. Paling terukpun kena cota FRU juga gas atau cecair pemedih
mata...
Jadi 31 Ogos MERDEKA...kita terima, saya pun suka. Kita cuti MERDEKA Raya balik kampung...(PM Najib pun pergi bercuti!) Kita cuma berbalah... siapa pejuang kemerdekaan sebenar. ..rileks la brader...
Persoalan seterusnya... sejauh mana kita merdeka?.. Kita merdeka dari Komunis atau dari British?.. Komunis kejam..British tak kejam?.. kita sanjung, kita tiru undang-undang dan cara hidup mereka, malah, masih ada lagi orang Melayu yang minum arak lebih kuat dari orang Inggeris, buat lagi kilang arak..naudzubillah (semoga Allah lindungi kita)..
Ingat Syed Qutb dan
Ikwanul Muslimun-IM (Muslim Brotherhood-MB)? IM adalah antara pelopor awal
gerakan Kemerdekaan dari penjajah..
Syed Qutb ditahan
bersama seluruh anggota keluarganya.
Sebelum hukuman gantung dilaksanakan, Presiden
Naser menghantar utusan menemui Syed Qutb. Melalui utusan itu Presiden Naser
meminta agar Syed Qutb menulis pernyataan meminta ampun agar beliau dibebaskan.
Tetapi Syed Qutb dengan tegas menjawab;
"Telunjuk yang bersyahadah setiap kali dalam solat menegaskan bahawa Tiada Ilah yang disembah dengan sesungguhnya melainkan Allah dan Muhamad adalah Rasulullah, dan aku takkan menulis satu perkataan yang hina. Jika aku dipenjara kerana kebenaran aku redha. Jika aku dipenjara secara batil, aku tidak akan menuntut rahmat daripada kebatilan. "
Pagi hari Isnin, 29 Ogos 1966, Syed Qutb syahid di tali gantung.
Kini selepas era Hosni Mubarak di Mesir, gerakan Ikhwan kembali menjadi antara penentu utama masa depan Mesir dan negara lain di Timur Tengah.. Perjuangan kemerdekaan tidak dapat lari dari mencontohi kegigihan mereka yang istiqamah dengan Islam.
" Kebebasan yang hakiki adalah apabila kita bebas dari segala belenggu perhambaan kepada selain Allah, atau dengan kata lain mengikhlaskan ubudiah (pengabdian) dengan tulus ikhlas hanya kepada-Nya semata-mata. "
"Saat ini masih banyak perkara yang membelenggu dan membelit diri kita sehingga merencatkan pengabdian kita kepada-Nya. .. ada yang masih dibelenggu cinta dunia, dikongkong budaya leka, jahil, malas dan berbagai-bagai sifat negatif sehingga membenarkan diri diperguna dan dieksploitasi oleh pelbagai pihak.
Maka sewajarnya kita, ... untuk mempertingkatkan kesedaran serta komitmen mempertahankan;....
Erti kebebasan atau kemerdekaan sebenar yang
merupakan fitrah semula jadi setiap insan."...Ustazah Maznah Daud,Ketua Wanita IKRAM Pusat.
Kata-kata Rubai’ bin Amir di hadapan Rustum, panglima tentera Parsi. Kata-kata keramat ini menjadi mercu tanda KEMERDEKAAN yang sejati; “Sesungguhnya kami datang untuk membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan hanya kepada Allah yang Esa, membebaskan manusia daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat, membebaskan manusia daripada kezaliman pelbagai anutan, kepada keadilan Islam.”
Jom .. kita realisasikan KEMERDEKAAN sebenar..
Rujukan:
Tulisan dalam blog IbnuHasyim(IH
"Perjuangan awal menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan secara moden bermula pada tahun 1906 oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha)." boleh baca seterusnya di http://www.ibnuhasyim.com/2009/09/umno-bukan-pejuang-merdeka.html
Tulisan dalam blog IbnuHasyim(IH
"Perjuangan awal menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan secara moden bermula pada tahun 1906 oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha)." boleh baca seterusnya di http://www.ibnuhasyim.com/2009/09/umno-bukan-pejuang-merdeka.html
Berikut pula ialah penjelasan M S Ibrahim Al-Malbar mengenai sejarah tanahair yang digelapkan, di bawah berita Malaysiakini 31/8/11 bertajuk "Dr M bimbang ada pihak cuba pesong fakta sejarah":
"Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan tidak lama selepas itu yang berusaha untuk membangkitkan kesedaran kemerdekaan dikalangan orang melayu dan anti British, antara pimpinannya ialah Dr Burhanuddin Al-Helmi, Ibrahim Hj Yaakub, Ishak Hj Mohamad dan Ahmad Boestamam.
Pada 17.10.1945 ditubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) untuk meneruskan perjuangan kemerdekaan tanah melayu dengan slogannya MERDEKA, hanya pada 1946 Datuk Onn dan pengikutnya yang terdiri dari golongan atasan dan pertengahan melayu menubuhkan UMNO, slogan umno ialah HIDUP MELAYU dan merupakan pro-penjajah, umno memperkecilkan perjuangan PKMM dengan ungkapan "....membuat sebatang jarum pun tak pandai, nak merdeka...."
Pada 1947 Dr Burhanuddin, Ghanapathi, Abdullah CD dan Miau Siu telah menghadiri persidangan Asia di New Delhi yang membincangkan gerakan kemerdekaan di berbagai negara asia.
PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) terdiri dari parti2 kiri melayu dan AMCJA (Majlis Bergerak Serentak Malaya) terdiri dari parti2 kiri bukan melayu telah bergabung (macam Pakatan Rakyat pada hari ini) dan merupakan kemuncak perjuangan menuntut kemerdekaan secara berlembagaan dan merupakan persatuan berbagai kaum yang terbesar di Tanah Melayu.
PUTERA + AMCJA telah mengemukakan sepuluh prinsip Perlembagaan Rakyat kepada British untuk menubuhkan sebuah negara yang merdeka, ianya merupakan julung kali di Tanah Melayu, tetapi British menolak cadangan tersebut dan British berpakat dengan umno untuk mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu, British hanya akan memberikan kemerdekaan kepada golongan yang bersedia untuk meneruskan dasar dan sistemnya, maka yang paling setia dengan British ketika itu ialah umno.
18.6.1948 British isytiharkan darurat dan semua parti2 dan persatuan berhaluan kiri diharamkan, pada 20.6.1948 British lancarkan Ops-tangkap secara besar-besaran terhadap pimpinan PUTERA DAN AMCJA, ingat ketika itu tiada seorang pun pimpinan umno dan ahli umno yang ditangkap, apa maknanya itu?.
Tunku dapat kemerdekaan atas angin sahaja dan ada perjanjian yang mesti ditunaikan oleh Tunku, antara isi perjanjian itu
1. Tunku hendaklah mempertahankan perang kolonial yang dicetuskan oleh British
2. Menjamin Malaya tidak terpisah dengan blok Sterling
3. Menjamin keselamatan pelabur British dan negara2 barat yang lain serta membenarkan mereka membawa pulang keuntungan ke negara mereka.
Gagalnya rundingan Baling adalah kerana Tunku tidak memberikan ruang kepada PKM, Tunku hanya beri dua pilihan kepada PKM serah diri atau dimusnahkan, pada hal PKM sudah bersetuju untuk letak senjata dan menyertai politik demokrasi, Tunku lakukan ini adalah atas desakan British, sebab itu dalam perjanjian tercatat meneruskan perang kolonial, British sangat2 berdendam dengan PKM, jika Tunku terima cadangan PKM kemungkinan besar askar melayu tidak perlu masuk hutan dan tiadalah askar yang mati meninggalkan janda dan anak yatim, perlu diingat British gunakan orang melayu untuk mempertahankan kekuasaannya di Tanah Melayu dengan melantik mereka jadi SC, Home Guard dan juga askar melayu (arwah ayah teman pun jadi SC). Tulisan ini bukan menyokong PKM, tetapi hanya mencatat apa yang ada dalam lipatan sejarah yang tidak terdapat dalam buku sejarah di sekolah....
Setiap kali datangnya 31 Ogos maka slogan merdeka akan kedengaran dan Jalur Gemilang pun akan dikibarkan walau pun pada hakikatnya kemerdekaan yang dicapai hanyalah kemerdekaan palsu dan temberang dan Dato’ Onn Jaafar kata "kemerdekaan setengah masak", apa ertinya merdeka jika negara masih kekalkan perlembagaan yang digubal oleh penjajah British dan menolak Islam .
Pejuang kemerdekaan yang sebenar ialah PUTERA (yang dilabel oleh British sebagai berhaluan kiri melayu) dan AMCJA (berhaluan kiri bukan melayu) termasuklah Parti Komunis Malaya (PKM) mereka inilah yang berjuang menentang penjajah British dan menuntut kemerdekaan.
Percantuman PUTERA dengan AMCJA telah mengemukakan 10 prinsip perlembagaan rakyat kepada British dan ianya merupakan julung kali di Tanah Melayu, ianya telah meletakkan British dalam keadaan serba salah dan terpaksa berpakat dengan anak didiknya umno yang ketika itu umno telah bersedia untuk ..meneruskan sistem British di Tanah Melayu.
Memang British hendak tinggalkan tanah jajahan mereka dengan syarat yang akan ambil alih mestilah setia dengan British ...
...
Orang Melayu di negara ini sewajarnya berterima kasih kepada PKM terutama Chin Peng yang berjaya membunuh Henry Gurney, kerana Henry Gurney adalah setan yang bertanggungjawab membunuh ratusan umat Islam di Palestin, tetapi Umno menjulang Henry Gurney sebagai wira mereka dan mengabadikan nama setan Henry Gurney di beberapa tempat di negara ini. "
Orang Melayu di negara ini sewajarnya berterima kasih kepada PKM terutama Chin Peng yang berjaya membunuh Henry Gurney, kerana Henry Gurney adalah setan yang bertanggungjawab membunuh ratusan umat Islam di Palestin, tetapi Umno menjulang Henry Gurney sebagai wira mereka dan mengabadikan nama setan Henry Gurney di beberapa tempat di negara ini. "
Tentang Mat Indra pula, IH menulis
"Mat Indera Seorang Mujahidin, Wanted: $75,000.00
Menurut Mohamed Hadi al-Majwi melalui Harakahdaiy net. 3 Sept 11,
"Saya hanya merujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri. Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO
"Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn. "
"Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. ".
"Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin "
Pada awalnya, Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Ketika British menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua parti politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API (UMNO masih halal ketika ini dan hanya pernah haram sekali sahaja pada tahun 1988!).
"Secara tidak langsung, Mat Indera menjadi buruan penjajah British. Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis. Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. I
"Ibu bapa Mat Indera, adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera terpaksa keluar masuk penjara selama beberapa bulan kerana disoal siasat oleh pihak British, namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh penjajah."
"Peranan Mat Indera di dalam tragedi Bukit Kepong juga hangat diperdebatkan. Banyak teori yang dikemukakan, ada yang mengiyakan, tapi tak kurang juga yang menafikan. Namun hampir kesemuanya bersetuju Mat Indera terbabit secara langsung menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong.
"Misalnya, anggota polis marin yang terselamat di dalam tragedi itu, Abu Bakar Daud menafikan bahawa Mat Indera turut menyerang anggota polis, sebaliknya Mat Indera melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis daripada menjadi mangsa pihak komunis. Seorang komunis Melayu, Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong Peng mengesahkan bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong diarahkan oleh Mat Indera.
"Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Apa yang berlaku ialah orang-orang bawahannya yang berbangsa Cina telah melanggar arahan Mat Indera dan membuat pakatan rahsia tanpa pengetahuan Mat Indera.
"Apa pun peranan sebenar Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong itu, pihak British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas dan tawaran dinaikkan kepada $75,000.00 untuk sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Rancangan demi rancangan diatur, akhirnya pada 1952, Mat Indera tertangkap setelah diperdayakan oleh rakan yang dipercayai olehnya. Akhirnya, Mat Indera didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953." .
.. tokoh yang terlibat secara langsung menangkap Mat Indera iaitu Bajuri Haji Siraj atau Sarjan Bajuri. Beajuri merupakan pegawai yang terlibat untuk memberkas Mat Indera dan menerima habuan $75,000.00 seperti yang ditawarkan oleh pihak British. Dia pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Pontian. Pernah bertanding sebagai calon bebas setelah tidak terpilih sebagai calon Perikatan di dalam pilihanraya kecil Dun Pontian Kecil pada tahun 1961."
Kalau Mat Indera pengkhianat, apakah Sarjan Bajuri itu pejuang bangsa, atau talibarut penjajah macam pemimpin-pemimpin UMNO lain? Ataupun juga golongan cari makan atau pemberkas upahan?
Profesor Datuk Abu Bakar lagi, "proses pembuktian dan pentafsiran ini berjalan terus menerus tanpa henti selagi manusia mampu menggali dan berfikir untuk mencari 'kebenaran'". Kebenaran inilah yang dicari oleh setiap pengkaji sejarah.
Secara jelas Ismail Adnan dalam biografi Mat Indera dari dalam buku ini menukilkan, "Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu, bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan".
Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis ada menyebut..
"Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang".
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau Mat Sabu pencetus idea Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan itu pengkhianat, adakah Yayasan Warisan Johor juga pengkhianat seperti Mat Sabu? Yang jelas, kebenaran sejarah biasanya ditentukan oeh pemerintah yang berkuasa pada masa itu. Itulah yang terjadi kepada sejarah Islam dan sejarah golongan-golongan tertindas. ...(IH) "
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.