Total Pageviews

Wednesday 14 August 2019

Dadah industri penternakan



Dadah dalam industri penternakan







Pelbagai jenis dadah digunakan dalam industri penternakan haiwan. Ia digunakan untuk menggalakkan pertumbuhan ternakan dan mencegah penyakit yang biasa dihidapi oleh ternakan. Isu yang diketengahkan adalah berhubung dengan kesan toksin residu dadah yang tertinggal dalam haiwan tersebut kepada manusia serta kesan jangka panjang yang mungkin dihadapi oleh manusia yang memakannya.

Bahagian Kimia Makanan memiliki pelbagai peralatan yang canggih serta sebilangan besar kakitangan yang terlatih dalam menjalankan analisis surih ini sebagai mematuhi Peraturan Makanan 1985 dan peraturan – peraturan peringkat antarabangsa.Analisis yang dijalankan menggunakan LCMSMS mampu menghasilkan keputusan yang mempunyai selektiviti dan spesifisiti yang lebih baik dan mampu mengesan residu pada paras yang sangat rendah, bersesuaian dengan MRPL yang telah ditetapkan oleh EU Regulation




Beta-agonist
 
Beta-agonist digunakan untuk menggalakkan pertumbuhan ternakan. 

Ia boleh menyebabkan kesan negative kepada manusia yang memakannya pada kuantiti yang tinggi sehingga menyebabkan peningkatan kadar degupan jantung (tachycardia), cardiac fibrillation, dan meningkatkan tekanan darah. 

Bahagian Kimia Makanan menyediakan analisis beta agonist yang meliputi dadah salbutamol, ractopamine, clenbuterol and terbutaline.


Nitrofuran

Nitrofuran adalah sekumpulan dadah antibiotik yang digunakan secara meluas untuk merawat dan mencegah penyakit yang biasa dihidapi oleh ternakan, terutamanya ayam.. Ia merbahaya kepada manusia kerana ia memberi kesan toksin yang boleh menyebabkan barah.

Analisis yang disediakan berupaya untuk mengesan induk dadah (furazolidone, furaltadone, nitrofurantoin dan nitrofurazone) ini serta metabolitnya (AOZ, AMOZ, AHD dan SEM).




Chloramphenicol

Chloramphenicol adalah sejenis antibiotik yang sesuai digunakan untuk pelbagai penyakit dan biasanya digunakan dalam ternakan akuakultur terutamanya udang. 

Residu dadah ini boleh membahayakan manusia yang memakannya. Bagi mengatasi masalah ini, Bahagian Kimia Makanan menyediakan perkhidmatan analisis chloramphenicol supaya ia mematuhi paras maksimum (MRPL) yang ditetapkan. 

Chloramphenicol ada juga digunakan dalam ubat titis mata dan ubat titis telinga dalam kepekatan tertentu. Sentiasa bincang dengan doktor atau Farmasis anda jumlah kepekatan yang selamat untuk digunakan.




Malachite Green

Sebatian ini biasanya digunakan sebagai agen pewarna untuk tekstil. Tetapi ia juga digunakan oleh penternak sebagai racun kulat dan antiseptic untuk ternakan akuakultur terutamanya ikan. Walau bagaimanapun, Malachite Green adalah bersifat karsinogenik dan diharamkan penggunaaanya dalam ternakan di kebanyakkan Negara. 

Bahagian Kimia Makanan menyediakan perkhidmatan analisis Malachite Green dan juga metabolitnya iaitu Leucomalachite Green.




Kemaskini: Mei 25, 2018 pada 11:36 am







.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.