RAHSIA DI
SEBALIK PENGGUNAAN NOMBOR KOD PADA BOTOL PLASTIK
Pendahuluan
Adakah
anda pernah meminum air dari botol plastik dan melihat simbol segitiga di
bahagian bawah dengan lebih terperinci? Adakah anda tahu apa gunanya nombor
yang tercatat padanya? Adakah anda rasa bahawa ia hanya untuk kitar semula?
Jika anda menjawab ya, ia menandakan anda adalah SALAH! Sebenarnya
kegunaan bilangan nombor tersebut adalah sebagai satu indikator kepada
kita dalam memberitahu BAHAN
KIMIA apakah yang digunakan dalam menghasilkan botol plastik
tersebut. Kod nombor
pada simbol ini bukannya menunjukkan lebih besar nombornya, lebih tahan lama
bekas tersebut, sebaliknya ia menunjukkan jenis bahan yang diguna (dari unsur Polymer iaitu
bi-produk dari bahan Petroleum).
Ini bermakna bahan plastik yang terkandung di dalam bekas tersebut
telah terhakis dan masuk ke dalam makanan/minuman tersebut. Ia dikeluarkan oleh
The Society of Plastic
Industry pada tahun 1988 di US. Dan seterusnya kod-kod ini
digunapakai oleh badan-badan yang berkaitan seperti ISO. Mari kita kenali
jenis-jenis plastik yang dihasilkan dan digunakan secara meluas di seluruh
dunia.
Resin Identification Symbol System (SPI)
Untuk memudahkan dokumentasi sampah yang betul terhadap
jenis-jenis plastik botol dan bekas yang biasa dijumpai dalam longkang dan
parit di sekitar kediaman untuk tujuan kitar semula, Sistem Simbol Pengenalan Resin SPI,
juga dikenali sebagai bahan bekas sistem pengekodan telah dicipta oleh Persatuan Industri Plastik
atau Society of the
Plastics Industry (SPI) pada tahun 1988. Pada masa itu,
majoriti besar bungkusan plastik dibuat dengan salah satu daripada enam bahan
berikut : Polyethylene Terephthalate (PET atau
PETE), High density uretana (HDPE), Vinyl (Polyvinyl
Chloride atau PVC), Polyethylene berketumpatan rendah
(LDPE), Polypropylene ( PP), atau
polistirena (PS).
Berdasarkan kepada SPI, terdapat enam jenis plastik yang digunakan secara
meluas di pasaran Malaysia. Ia telah diberikan nombor khas dari 1 ke 6 sebagai
sistem pelabelan sukarela yang seragam untuk seluruh negara dan
peringkat antarabangsa. Namun begitu, terdapat satu kod SPI berkod nombor
7 yang dikenali sebagai “7-OTHERS” telah
dilabelkan untuk apa-apa
bahan plastik yang diperbuat selain daripada enam jenis bahan
palstik biasa atau diperbuat lebih daripada satu plastik yang digunakan
secara kombinasi. Senario ini berlaku ekoran daripada
perkembangan industri plastik di mana banyak jenis-jenis bahan plastik baru
telah muncul di pasaran dunia.
Jenis-Jenis Bahan Plastik
Setelah kita mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan Resin
Identification Symbol System (SPI) secara sepintas lalu. Maka di
sini ingin saya menerangkan serba sedikit jenis-jenis bahan plastik yang digunakan
bagi tujuan rujukan dan makluman bersama. Bersama ini diterangkan jenis-jenis
bahan plastik dan kesan terhadap manusia.
Kod No. 1 – Polyethylene Terephthalate
(PETE atau PET)
Simbol ini biasanya diklasifikasikan untuk botol yang jernih
seperti botol air
mineral. Penggunaannya disarankan hanya
sekali pakai sahaja kerana jika terlalu kerap digunakan
lebih-lebih lagi untuk mengisi air panas, lapisan polimer pada botol tersebut
akan bocor dan mengeluarkan karsinogenik iaitu antara pencetus
kanser. Semasa plastik jenis ini dihasilkan, antimoni trioksida yang
boleh mengundang bahaya kerana ia boleh memasuki tubuh melalui sistem
pernafasan. Sekiranya seseorang terdedah pada bahan ini dalam jangka masa yang
lama, iritasi pada kulit dan saluran pernafasan akan berlaku. Bagi wanita pula,
ia boleh meningkatkan
masalah haid, keguguran kandungan dan berkemungkinan anak yang dilahirkan
mengalami pertumbuhan yang lambat sehingga usianya menjangkau
12 bulan.
Kod No. 2 – High Density Polyethylene (HDPE)
Lazimnya kita menjumpai simbol ini pada botol susu dan bekas makanan.
HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat digunakan kerana
kemampuannya mencegah tindak balas kimia antara kemasan plastiknya dengan
minuman atau makanan yang diisi di dalamnya. HDPE memiliki sifat bahan yang
kuat, keras dan lebih tahan pada suhu yang tinggi. Seperti juga PET, ia
disarankan untuk sekali pakai kerana pembebasan antimoni
trioksida akan meningkat dari masa ke semasa.
Kod No. 3 – Polyvinyl Choride (V atau
PVC)
Ia adalah sejenis yang plastik
yang paling sukar dikitar. Ia biasanya digunakan sebagai pembalut
makanan (cling wrap) dan pada botol-botol yang
lain. Ia juga mengandungi DEHA yang berupaya bertindak balas dengan makanan
yang dibalut dengan plastik ini apabila ia bersentuhan secara terus. DEHA
mencair pada suhu -15 darjah. Apabila berlaku tindak balas antara PVC dengan
makanan yang dibalut dengannya boleh mengundang bahaya
kepada ginjal, hati dan berat badan.
Kod No. 4 – Low Density Polyethylene (LDPE)
Sejenis plastik berwarna coklat yang dihasilkan daripada minyak
bumi (thermoplastic). Ia dipakai sebagai bekas
makanan atau botol-botol yang kemek. Ia bersifat kuat, tembus cahaya, fleksibel dan
permukaannya agak berminyak. Ia sangat tahan di bawah suhu 60
darjah selsius kepada tindak balas kimia dan mempunyai daya perlindungan yang
baik terhadap wap air tetapi kurang elok bagi gas-gas lain seperti oksigen. Ia
masih boleh dikitar semula tetapi sukar untuk dilupuskan.
Kod No. 5 – Polypropylene (PP)
Ia merupakan pilihan yang terbaik untuk bahan plastik terutamanya
sebagai tempat menyimpan
makanan, minuman dan botol susu bayi. Ia bersifat jernih, lebih
kuat dan ringan dengan daya tembusan wap yang rendah, tahan terhadap minyak,
stabil pada suhu yang tinggi serta berkilat. Boleh ditemui pada penutup
botol, botol kicap dan juga pada bekas perubatan.
Kod no. 6 – Polystyrene (PS)
Kebiasaannya digunakan sebagai bekas
makanan styrofoam dan cawan atau gelas minuman pakai buang. Ia juga
merupakan polimer aromatik yang boleh mengeluarkan styrene pada makanan
sekiranya ia bersentuhan. Styrene
ini juga boleh ditemui pada asap rokok, kenderaan atau kilang. Plastik
PS ini seharusnya dielakkan kerana ia
berbahaya pada otak,
berpotensi mengganggu hormon estrogen wanita yang mengakibatkan masalah kepada
sistem peranakan, pertumbuhan dan sistem saraf. Ia juga susah
dikitar semula malah memerlukan masa yang lama untuk memprosesnya.
Kod No. 7 – Other : SAN (Styrene
acrylonitrile), ABS (Acrylonitrile butadiene styrene), PC (polycarbonate)
Ia boleh ditemui pada bekas makanan dan minuman,
komputer dan alat elektronik. PC biasanya digunakan untuk
botol susu bayi, sippy cup, botol minuman dan tin susu formula. Bahan ini boleh
memindahkan Bisphenol-A. Jika suhu meningkat ekoran pemanasan kepada makanan
dan minuman yang berpotensi merosakkan hormon, kromosom pada
ovari, penurunan penghasilan sperma serta mengubah fungsi imunisasi. SAN dan
ABS pula memiliki daya tahan yang tinggi terhadap tindak balas kimia dan suhu,
kekuatan, kekakuan dan pertambahan tingkat kekerasan. SAN biasa terdapat
pada mangkuk adunan (mixer), balutan termos, piring, alatan makanan, penapis
minuman dan berus gigi manakala ABS pula digunakan pada barang
mainan dan paip. SAN dan ABS merupakan bahan plastik yang sangat baik digunakan.
Kesimpulan
Setelah kita mengetahui tentang kesan dan bahaya penggunaan
jenis-jenis bahan plastik seperti yang telah diperbincangkan. Saya menyeru dan
menyarankan agar kita bersama-sama berganding bahu untuk mengambil
tindakan SEGERA supaya mengelak dari berlakunya sebarang
perkara yang tidak diingini kepada keluarga dan sanak saudara. INGAT! pastikan
bahan-bahan plastik berkod 1 hanya
digunakan sekali sahaja. Manakala bahan plastik berkod 5, jangan digunakan dalam tempoh yang
terlalu lama. Tetapi PERINGATAN yang
paling PENTING ialah JANGAN
MENGGUNAKAN LANGSUNG bahan plastik berkod 3,6 dan 7.
Alternatif terbaik dalam mengelak penggunaan bahan-bahan ini ialah
menggantikannya dengan bekas yang diperbuat dari seramik atau kaca yang dijamin
selamat.
Untuk mendapatkan gambaran yang jelas berkaitan keburukan dan
kesan bahan plastik ini kepada manusia, sila tontoni klip video yang dimuatkan
di bawah ini.
Sumber Rujukan :
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.