Mujahid buka
segala pintu kemaksiatan berleluasa
Menteri agama patut bincang dengan
NGO kaedah bendung gejala maksiat bukan halang ambil tindakan
06/10/2018
Oleh
Siti Hafidah Abd Ghaffar
BANGI, 26 Muharram 1440H, Sabtu – Ikatan Muslimin
Malaysia (Isma) menyelar kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr
Mujahid Yusof Rawa yang meminta Majlis Agama Islam Negeri tidak mengambil
tindakan kepada orang Islam sekiranya maksiat dilakukan secara tertutup.
Presidennya,
Haji Aminuddin Yahaya berkata, kenyataan menteri agama itu amat tidak wajar dan
boleh membuka kepada segala pintu kemaksiatan berlaku berleluasa.
Katanya,
sekiranya benar apa yang diucapkan Mujahid, ia bermakna peranan Majlis Agama
dalam membanteras gejala maksiat semakin dikecilkan malah mungkin tidak
berperanan lagi.
“Apa
yang didefinisikan tempat tertutup dan tempat awam perlu dibahaskan kerana ini
membawa tafsiran yang pelbagai. Adakah maksiat yang berlaku di rumah-rumah urut
dianggap tempat awam atau persendirian?
“Jika
mengikut kenyataan Mujahid, ia boleh didefinisikan tempat persendirian. Ini
bermakna sesiapa sahaja boleh melakukan maksiat di tempat berkenaan tanpa
halangan,” katanya kepada Ismaweb, hari ini.
Dalam
temu bual eksklusif dengan The Star sebelum ini, Mujahid mengkritik tindakan
pihak berkuasa agama yang memecahkan pintu dalam serbuan bagi menahan pasangan
berkhalwat.
Beliau
mendakwa, penguatkuasaan dalam beberapa kes khalwat telah disalahgunakan dan
dieksploitasi, sedangkan apa yang dilakukan oleh orang Islam di kawasan
tertutup bukanlah urusan kerajaan.
“Katakan
anda melakukan sesuatu dalam lingkungan peribadi anda, saya tidak akan campur
tangan. Adalah penting untuk mereka (pegawai penguatkuasa) tidak mengganggu
lingkungan individu.
“Kebimbangan
saya adalah apa yang berlaku di khalayak umum yang mencemarkan sensitiviti,
kesahihan atau jenayah. Hanya dengan itu kerajaan akan masuk campur, bukan
kerana kita mahu menjadi polis moral tetapi kerana kita mahu menjamin
kesejahteraan awam,” kata Mujahid.
Membidas
kenyataan itu, Haji Aminuddin memohon pihak menteri berbincang sebaik mungkin
dengan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang selama ini
bertungkus lumus mencegah gejala maksiat sebelum membuat sebarang kenyataan
atau polisi.
Pada
masa sama, beliau juga turut mempersoalkan kesungguhan tindakan kerajaan dalam
membendung kelahiran anak luar nikah yang dilihat semakin membarah.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.